Daripada mahkota bunga yang cantik hinggalah kepada hiasan taman yang cantik, kekwa ialah bunga yang menakjubkan yang boleh anda temui di sekeliling rumah. Selain menghiasi taman bunga dengan keindahannya, bunga kekwa juga boleh dijadikan teh yang lazat!
Selain ia terkenal dengan pelbagai manfaatnya, teh ini juga sesuai diminum pada waktu pagi sewaktu anda bersarapan. Kalau boleh, elakkan pengambilannya dengan perut kosong. Jika anda berminat untuk menikmati secawan dua teh herba kekwa yang lazat, maka anda bolehlah membaca artikel ini kerana di sini kami ada menyenaraikan 10 teh kekwa terbaik di Malaysia.
Apakah khasiat teh bunga kekwa atau teh kekwa ini?
Seperti yang sedia maklum, teh ini mempunyai banyak khasiatnya. Selain dapat melancarkan peredaran darah, teh ini juga sesuai diminum untuk menyejukkan dalaman badan yang panas selain meredakan tekanan yang anda alami seharian di tempat kerja atau di sekolah.
Selain itu, teh ini juga boleh mengurangkan masalah asma atau menguatkan paru-paru anda untuk sistem pernafasan. Teh ini boleh didapati di kedai-kedai serbaneka ataupun di pasaraya dengan harga yang berpatutan. Jika anda mencuba teh ini, pasti anda akan menyukainya kerana rasanya yang manis dan sihat selain boleh menceriakan hari anda dengan perisanya.
10 Teh Kekwa Terbaik di Malaysia 2025
1. Imperial Tea Chrysanthemum Flower Buds

Dibalut dalam beg sutera, anda akan dapat melihat tunas bunga kekwa yang indah ini dengan jelas. Warna dan haruman yang tersendiri pasti membuatkan anda seronok meminum setiap tegukan teh kekwa anda yang lazat ini!
Bahan-bahan: Chrysanthemum Flower Buds
Negara Pengeluar: China
Saiz: 36g
Harga: RM16.50
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
2. Chrysanthemum Cassia Seed Tea

Teh ini bukan sahaja lazat, malah cantik untuk dilihat. Teh biji cassia kekwa ini pastinya mempunyai manfaat kesihatan yang menakjubkan buat anda yang meminumnya. Gabungan biji kekwa dan biji cassia mempunyai rona manis namun pahit dan masin, tetapi ini semua adalah sebahagian daripada daya tarikan teh ini! Mana tahu teh ini menjadi salah satu minuman kegemaran anda!
Bahan-bahan: Chrysanthemum Cassia Buds
Negara Pengeluar: China
Saiz: 120g
Harga: RM4.00
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
3. Jin Si Huang Ju Chrysanthemum Tea

Lihatlah pemandangan bunga kekwa yang indah di dalam cawan anda sendiri sewaktu anda meminum teh ini! Bau bunga, rasa manis dan herba di dalam teh kekwa ini dapat membantu anda melegakan tekanan setiap hari. Selain itu, teh ini dapat menyegarkan badan anda sewaktu keletihan. Malah pemandangan bunga yang indah “mekar” di dalam air teh membawa anda merasai saat-saat santai sambil menikmati setiap tegukan teh ini.
Bahan-bahan: Chrysanthemum flower
Negara Pengeluar: China
Saiz: 100g
Harga: RM0.60 (Individual Packet) (Shopee) | RM22.80 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
4. Chrysanthemum Cassia Seed Tea

Nikmati rasa manis-pahit gabungan teh kekwa dan biji cassia ini. Rasanya yang sihat dan aromanya yang harum membuatkan anda teruja untuk mencubanya. Mana tahu jika minuman ini menjadi salah satu minuman kegemaran anda!
Bahan-bahan: chrysanthemum, cassia, wolfberry, burdock root, osmanthus, honeysuckle
Negara Pengeluar: China
Saiz: 150g
Harga: RM15.00 (Shopee) | RM12.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
5. Lots Flower Tea Series

Apa kata anda cuba teh kekwa dahulu? Dengan rasanya yang lazat, teh ini da-at menambah tenaga anda untuk melakukan aktiviti harian. Lihatlah pemandangan indah bunga kekwa di dalam teh anda sambil menghirup aroma yang wangi! Teh ini juga tinggi dengan vitamin A, B1 dan nutrisi lain yang menjadikan anda lebih sihat.
Bahan-bahan: Teh Chrysanthemum
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 30g
Harga: RM14.90 (Shopee) | RM15.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
6. Star Master Chrysanthemum Tea

Star Master Chrysanthemum Tea ialah minuman formula herba semula jadi yang tiada bahan pengawet di dalamnya. Selepas anda selesai merebusnya, tidak perlu mengambil lebihan daripada teh herba kerana ia masih mengekalkan rasa asli dan kemanisan ramuan pada teh tersebut. Jangan risau, minuman ini lazat tanpa rasa pahit.
Bahan-bahan: Chrysanthemum, Mountain Branch, Gula
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 130g
Harga: RM12.00 (Shopee) | RM3.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
7. Super Honey Chrysanthemum Tea

Rangkaian teh Super sesuai dengan setiap mood anda. Sama ada anda mahukan sesuatu yang kaya dan mengenyangkan, atau mahukan infusi yang jernih dan menyegarkan, bancuhan teh kekwa ini serba boleh dan lazat dalam apa jua keadaan dan cita rasa anda. Ternyata jenama Super mempunyai setiap produk yang boleh menepati setiap keperluan anda. Bersantailah dengan secawan Super’s Chrysanthemum with Honey yang menenangkan. Infusi bunga jernih dengan sedikit nektar ini akan menenangkan fikiran anda dan menggembirakan hati anda.
Bahan-bahan: Chrysanthemum extract, madu
Negara Pengeluar: Malaysia/ Singapura
Saiz: 360g
Harga: RM12.66 (Shopee) | RM12.45 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
8. Signature Market Premium Mountain Snow Chrysanthemum

Kaya, beraroma dengan haruman bunga kekwa yang tersendiri, Signature Market’s Premium Mountain Snow Chrysanthemum bersedia untuk menyerlahkan rasa hebat teh kekwa ini untuk anda. Bunga-bunga ini bukan sahaja menghasilkan teh yang wangi dan cantik, malah mempunyai banyak manfaat kepada mereka yang meminumnya. Pengamal perubatan tradisional Cina percaya bahawa kekwa mempunyai kesan penyejukan pada badan selain membantu untuk menghilangkan angin, mengurangkan kepanasan dalaman dan melegakan sakit tekak.
Bahan-bahan: Pure Mountain Snow Chrysanthemum.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 50g
Harga: RM21.00
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
9. Ge Xian Weng Luo Han Guo Chrysanthemum Herbal Tea

Dapatkan secawan teh herba wangi yang mengandungi kekwa daripada Ge Xian Weng Luo Han Guo Chrysanthemum Herbal Tea hari ini! Ini adalah salah satu teh kekwa terbaik untuk anda nikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.
Bahan-bahan: Gula, grosvenor momordica, kekwa.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 160g
Harga: RM4.85
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
10. Zmpx Brand Chrysanthemum Bud Tea

Jika anda berminat untuk menikmati beberapa teh kekwa terbaik dengan harga yang berpatutan, maka inilah adalah jenama teh kekwa terbaik untuk anda. Kualiti teh ini hebat dan anda akan dapat menikmati rasa teh kekwa yang lazat dan kaya dengan pelbagai rasa. Selain harum, teh ini juga baik untuk kesihatan.
Bahan: Putik bunga kekwa
Negara Pengeluar: China
Saiz: 35g, 60g
Harga: RM9.90
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.