10 Tempat Honeymoon Terbaik di Malaysia 2025

“Weddings aren’t about you. But honeymoons are,” said Irina Vishnevskaya. Banyak pasangan pengantin baru yang ingin menikmati bulan madu mereka dengan perasaan yang romantis dan gembira. Apatah lagi mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangan mereka.

Berbulan madu merupakan salah satu aktiviti yang akan dilakukan oleh pasangan pengantin baru. Aktiviti ini akan menjadi penguat ikatan antara dua hati yang baru sahaja disatukan. Di sinilah mereka akan mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Untuk itu, pencarian tempat berbulan madu yang sesuai amatlah penting bagi menjayakan perkenalan pasangan pengantin baru.

Bagaimanakah anda mencari tempat berbulan madu yang sesuai?

Di sini, pemilihan tempat untuk berbulan madu amat memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan ikatan perkahwinan yang baru sahaja terjalin. Biasanya, ketika bulan madu ini segalanya indah dan menakjubkan jadi bagi melancarkan perjalanan bulan madu anda, anda harus mengetahui kehendak pasangan anda terlebih dahulu sebelum menempah tempat penginapan.

Di Malaysia, terdapat banyak tempat penginapan yang sesuai untuk dijadikan pilihan sebagai tempat berbulan madu. Biasanya, bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin, mereka tidak mahu diganggu dan mahukan tempat penginapan yang menawarkan privasi kepada mereka. Selain lengkap dengan kemudahan dan privasi, pakej bulan madu yang ditawarkan oleh hotel atau resort juga mampu menggembirakan lagi hati raja sehari.

10 Tempat Honeymoon Terbaik di Malaysia 2025

1. Tiarasa Escapes

Tiarasa Escapes
Kredit Gambar: Tripfez Travel
Tiarasa Escapes
Kredit Gambar: Tiarasa Escapes
Tiarasa Escapes
Kredit Gambar: Lamyerda

Tiarasa Escapes sesuai untuk pasangan yang sukakan pengembaraan dan mencari percutian di dalam hutan belantara. Tempat ini terletak di tengah-tengah Hutan Hujan Tropika Janda Baik dan hanya 45 minit pemanduan sahaja dari Kuala Lumpur. Di sini, anda boleh memilih tempat penginapan anda sama ada gaya khemah safari atau rumah atas pokok. Selain itu, anda boleh berkelah di tepi sungai dengan pasangan anda atau menonton filem berbumbungkan bintang di langit. Anda juga boleh berenang atau bersantai di kolam renang yang tersedia di sini.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (24 jam)

Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Google Map: Klik

Google Review: Klik

2. Glamz at Genting

Glamz at Genting
Kredit Gambar: Glamz at Genting
Glamz at Genting
Kredit Gambar: Glamz at Genting
Glamz at Genting
Kredit Gambar: Glamz at Genting
Glamz at Genting
Kredit Gambar: Jassa Li

Ingin menikmati saat yang tenang dan damai bersama pasangan anda? Glamz at Genting ialah tempat yang sesuai untuk anda berdua. Tempat ini dikelilingi oleh banyak flora dan memberi peluang kepada pasangan yang ingin melarikan diri daripada kehidupan bandar yang sibuk. Anda boleh memilih bilik penginapan berbentuk kubah yang lengkap dengan jakuzi peribadi, atau khemah eksklusif yang mana anda tidak perlu risau tentang serangga. Yang pasti, bulan madu anda akan menjadi lebih romantis dengan adanya si dia di sisi.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (9.00 pagi-5.00 petang)

Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Review: Klik

3. The Haven All Suit Resort, Ipoh

The Haven All Suit Resort Ipoh
Kredit Gambar: Booking
The Haven All Suit Resort Ipoh
Kredit Gambar: Booking
The Haven All Suit Resort Ipoh
Kredit Gambar: Submerryn
The Haven All Suit Resort Ipoh
Kredit Gambar: Hanli Bubu

The Haven Resort ialah resort yang memberikan pasangan pengalaman bermalam di tepi hutan yang berkonsepkan moden. Anda akan ditemani dengan keindahan tebing batu kapur, hutan dan tasik sambil berenang di dalam kolam infiniti khas yang tersedia di sini. Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan terkenal di Ipoh seperti dim sum, kopi putih Ipoh dan ayam taugeh.

Alamat: Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Review: Klik

4. Happi Village

Happi Village
Kredit Gambar: Happi Village
Happi Village
Kredit Gambar: Happi Village
Happi Village
Kredit Gambar: Happi Village
Happi Village
Kredit Gambar: Happi Village

Happi Village ialah sebuah resort yang cantik dan romantik yang tersembunyi di dalam hutan Janda Baik. Resort ini dikelilingi oleh alam semula jadi yang subur. Luangkan masa bulan madu anda dengan aktiviti riadah seperti meredah hutan, bermain di air terjun serta berenang di dalam tab mandi terbuka yang disediakan di sini.

Alamat: Lot A848, PT 14333 Kampong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Google Map: Klik

Google Review: Klik

5. Sea Horizon Resort

Sea Horizon Resort
Kredit Gambar: Sea Horizon Resort
Sea Horizon Resort
Kredit Gambar: TheSmartLocal
Sea Horizon Resort
Kredit Gambar: TripAdvisor

Sea Horizon Resort ialah resort tepi pantai yang menawarkan anda pemandangan yang menakjubkan. Resort ini terletak di atas tebing yang menghadap ke Laut China Selatan. Resort ini merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu kerana dekorasi dan rekaan bilik penginapannya yang unik dan kreatif boleh mengundang suasana romantis dan santai antara pasangan pengantin baru. Selain itu, anda boleh menikmati detik romantis pada waktu malam dalam kubah igloo dengan melihat pemandangan malam yang indah atau pemandangan matahari terbenam bersama pasangan anda.

Alamat: Lot 901, Kuala Sedili Besar, 81900 Kota Tinggi, Johor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

6. The Lakehouse Cameron Highlands

The Lakehouse Cameron Highlands
Kredit Gambar: The Lakehouse Cameron Highlands
The Lakehouse Cameron Highlands
Kredit Gambar: The Lakehouse Cameron Highlands
The Lakehouse Cameron Highlands
Kredit Gambar: The Lakehouse Cameron Highlands

Lakehouse Cameron Highlands mempunyai reka bentuk seni bina British yang unik. Hotel ini ialah tempat yang sesuai untuk anda berehat bersama pasangan anda. Selain itu, anda boleh menikmati makanan British yang mewah dan klasik di teres terbuka di sini. Pada waktu tengah hari, anda boleh minum petang bersama dengan hidangan pencuci mulut yang pelbagai dan lazat. Lakehouse merupakan pilihan yang sempurna untuk percutian intim kerana hotel ini hanya mempunyai 19 bilik sahaja bagi memastikan bulan madu anda tidak terganggu.

Alamat: 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang

Google Map: Klik

Google Review: Klik

7. Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson
Kredit Gambar: Lexis Hibiscus Port Dickson
Lexis Hibiscus Port Dickson
Kredit Gambar: Lexis Hibiscus Port Dickson
Lexis Hibiscus Port Dickson
Kredit Gambar: Lexis Hibiscus Port Dickson
Lexis Hibiscus Port Dickson
Kredit Gambar: Lexis Hibiscus Port Dickson

Hisbiscus Lexis Port Dickson ialah resort pantai bertaraf 5 bintang yang mewah. Resort ini terkenal dan sesuai untuk percutian romantis. Vila-vila yang luas ini  dibina di atas tiang dan disusun dalam bentuk bunga raya yang unik. Anda boleh berendam di dalam kolam renang peribadi yang tersedia di sini sambil melihat pemandangan laut dan matahari terbenam bersama pasangan anda.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (24 jam)

Alamat:  12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Google Map: Klik

Google Review: Klik

8. Gem Island Resort And Spa

Gem Island Resort And Spa
Kredit Gambar: Gem Island Resort And Spa
Gem Island Resort And Spa
Kredit Gambar: Gem Island Resort And Spa
Gem Island Resort And Spa
Kredit Gambar: Gem Island Resort And Spa

Resort ini menawarkan percutian tepi pantai yang romantis buat pasangan yang ingin berbulan madu. Vila penginapan yang terletak di tepi laut ini dilengkapi dengan kemudahan yang moden bagi memastikan percutian anda selesa. Selain itu, resort ini turut menawarkan pakej sukan air seperti menyelam dan snorkeling. Oh ya,  perkhidmatan concierge turut ditawarkan di sini. Anda boleh bersantai di pantai berpasir putih yang indah dan membuat rawatan spa bersama pasangan anda.

Alamat: Lot 2804, Pulia Gemia, Mukim, 21600 Gemia Island, Terengganu

Google Map: Klik

Google Review: Klik

9. Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Resort
Kredit Gambar: Berjaya Langkawi Resort
Berjaya Langkawi Resort
Kredit Gambar: Berjaya Langkawi Resort
Berjaya Langkawi Resort
Kredit Gambar: Berjaya Langkawi Resort

Resort ini terkenal kerana terpencil, mengutamakan privasi dan tenang bagi memberikan percutian yang selesa buat para penginap. Resort ini juga dikelilingi oleh alam semula jadi dan hidupan liar seperti monyet, lemur terbang dan pelbagai burung! Resort ini menawarkan pelbagai jenis tempat penginapan seperti studio yang indah, chalet gaya kampung, ataupun chalet di atas air yang dilengkapi dengan tab mandi terbuka bagi membolehkan anda dan pasangan melihat pemandangan lautan yang menakjubkan.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (24 jam)

Alamat: Karung Berkunci 200 Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Review: Klik

10. The Taaras Beach & Spa Resort

The Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: The Taaras Beach & Spa Resort
The Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: The Taaras Beach & Spa Resort
The Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: The Taaras Beach & Spa Resort
The Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: The Taaras Beach & Spa Resort

Taaras Beach & Spa Resort ialah tempat yang selesa untuk pasangan berbulan madu. Anda boleh berenang di perairan laut yang jernih sambil menikmati keindahan hidupan marin yang pelbagai. Anda juga boleh berendam di dalam tab mandi di tempat penginapan anda sambil melihat pemandangan matahari terbenam bersama pasangan anda. Resort ini juga menyediakan spa bagi mereka yang inginkan rawatan urut bagi melegakan badan yang letih.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (24 jam)

Alamat: Peti Surat 126, Main Post Office, 20928 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Klik

Google Review: Klik


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close