10 Tempat Menarik bagi Fotografi di Malaysia 2025

Anda suka bergambar dan ingin abadikan gambar anda berlatarkan tempat-tempat menarik di media sosial? Jangan susah hati kerana Malaysia ada banyak tempat yang menarik untuk anda kunjungi dan bergambar.

Malaysia terkenal dengan keindahan alam semula jadinya yang menawan dan indah. Banyak tempat di negara ini yang mampu mempesonakan anda jika anda rajin menerokai Malaysia. Tidak kiralah sama ada sawah padi, puncak gunung mahupun pantai, Malaysia hanya menawarkan keindahan semula jadi yang terbaik untuk anda.

Bagaimanakah anda menentukan tempat menarik yang sesuai untuk bergambar?

Perkara yang harus anda titik beratkan ialah lokasi, bajet dan juga tema untuk bergambar. Ya, perkara-perkara yang disebutkan tadi merupakan perkara asas yang perlu difikirkan sebelum anda ke tempat tersebut. Anda perlu membuat kajian mengenai lokasi yang ingin dituju sama ada dekat ataupun tidak.

Selain itu, anda harus mengatur bajet anda bagi merealisasikan matlamat anda untuk bergambar. Jika lokasi yang ingin dituju itu dekat, ia bukan saja menjimatkan masa perjalanan malah bajet anda juga. Tema bergambar juga harus diketahui supaya anda dapat memilih lokasi yang sesuai dengan selera anda.

10 Tempat Menarik bagi Fotografi di Malaysia 2025

1. KLCC

KLCC
Kredit Gambar: Sleepy Bear Homes & Suites
KLCC
Kredit Gambar: Accor Hotels
KLCC
Kredit Gambar: Chasing Continents

KLCC ialah mercu tanda antarabangsa yang terkenal di Malaysia dan ia terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ramai para pengunjung menyukai tempat ini kerana Menara Berkembar KLCC sangat menakjubkan dan cantik untuk dilihat. Ramai pelawat dan penduduk tempatan mengambil gambar berlatarkan menara ini. Lokasi ini merupakan lokasi yang wajib dilawati oleh pelancong luar kerana menara ini menjadi mercu tanda Malaysia.

Alamat: Kuala Lumpur, Malaysia

Google Map: Klik

Google Review Klik

2. Sawah Padi Sekinchan

Sekinchan Paddy Field
Kredit Gambar: Flick
Sekinchan Paddy Field
Kredit Gambar: Ummi Goes Where?
Sekinchan Paddy Field
Kredit Gambar: Foursquare

Ingin mengambil gambar berlatarkan sawah padi yang indah? Anda mesti lawati Sawah Padi Sekinchan ini kerana kawasannya luas dan dipenuhi padi yang menghijau. Pemandangan sebegini membuatkan anda terasa dekat dengan kampung halaman. Pemandangan sawah padi yang jauh mana memandang yang cantik sememangnya akan menghasilkan gambar yang menarik. Selain itu, ramai pasangan pengantin yang memilih tempat ini bagi sesi fotografi terbuka mereka. Lawatilah tempat ini dan potretkanlah gambar anda di sini. Hasilnya pasti tidak sia-sia.

Alamat: Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Google Map: Klik

Google Review Klik

3. Pulau Mabul, Sabah

Pulau Mabul Sabah
Kredit Gambar: Pulau Mabul
Pulau Mabul Sabah
Kredit Gambar: Pulau Mabul
Pulau Mabul Sabah
Kredit Gambar: Pulau Mabul
Pulau Mabul Sabah
Kredit Gambar: Pulau Mabul

Pulau Mabul ialah sebuah pulau kecil yang terletak di luar pantai Sabah. Jika anda ke sini, pengalaman bergambar anda pasti tidak sia-sia kerana pantainya yang jernih dan indah akan menghasilkan gambar yang cantik. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air di sini sambil memotretkan gambar untuk dijadikan kenangan. Keindahan pulau ini yang menawarkan pelbagai elemen alam yang indah akan memberikan anda pengalaman bergambar yang menyeronokkan.

Alamat: Pulau Mabul, 91300 Semporna, Sabah

Google Map: Klik

Google Review Klik

4. Penang Street Art

Penang Street Art
Kredit Gambar: An Islander’s Perspective of Penang
Penang Street Art
Kredit Gambar: myPenang
Penang Street Art
Kredit Gambar: our travel home
Penang Street Art
Kredit Gambar: Living + Nomads

Apabila melancong ke Pulau Pinang, anda mesti mengambil gambar berlatarkan lukisan mural yang berada di sana. Boleh dikatakan, seni lukisan mural ini terletak hampir di seluruh bandar. Menariknya, seni lukisan ini berdasarkan gaya hidup masyarakat Pulau Pinang sehari-hari. Ada sesetengah lukisan mural tersembunyi di bandar ini jadi anda harus meneroka bandar Pulau Pinang untuk mencari dan bergambar dengannya. Dikhabarkan lukisan mural ini dilukis seperti gambar hidup kerana ia dihasilkan oleh artis profesional dan pelukis mural. Jika anda ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan lukisan mural yang terkenal ini.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (24 jam)

Alamat: 316, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Review Klik

5. Batu Caves

Batu Caves
Kredit Gambar: Road Affair
Batu Caves
Kredit Gambar: Pinterest
Batu Caves
Kredit Gambar: My Asia Vacations

Batu Caves merupakan salah satu tempat yang akan memberikan anda pemandangan ikonik di Kuala Lumpur. Dengan gua batu kapur yang megah dikawal oleh patung dewa Hindu Murugan yang besar setinggi 42 meter, pusat keagamaan ini seringkali menjadi destinasi bergambar oleh para pelancong. Apa yang menarik di sini ialah 272 anak tangga yang berwarna-warni menjadikan ia kelihatan menarik dan estetika. Ramai pengunjung lebih suka mengambil gambar semasa mereka mendaki tangga kerana warna-warna pada anak tangga itu menarik perhatian dan menjadi latar belakang gambar yang cantik.

Alamat: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Google Map: Klik

Google Review Klik

6. Platform 9 1/2 Coffee & Brew Cafe

Platform Coffee Brew Cafe
Kredit Gambar: Says
Platform Coffee Brew Cafe
Kredit Gambar: dahcuti
Platform Coffee Brew Cafe
Kredit Gambar: TripAdvisor

Adakah anda ingin belajar di Hogwart School seperti Harry Potter? Di Ipoh, terdapat sebuah kafe yang direka seperti Hogwart School, iaitu namanya Platform 9 1/2 Coffee & Brew Cafe. Bahagian dalaman dan luaran kafe ini menonjolkan seni bina Hogwart School yang bertujuan menarik perhatian peminat Harry Potter. Anda boleh bergambar di setiap sudut kafe ini kerana hiasannya menarik dan unik. Selain menghidangkan minuman dan makanan, kafe ini juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk peminat Harry Potter. Anda juga berpeluang mengambil gambar dengan memakai skarf dan jubah Gryffindor. Pasti menyeronokkan!

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (11.30 pagi–6.30 petang)

Alamat: 22, Lorong Panglima, Concubine Ln, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Review Klik

7. River of Life

River of Life
Kredit Gambar: Sunway Clio Hotel
River of Life
Kredit Gambar: The Storyteller
River of Life
Kredit Gambar:  Jom Jalan

Projek River of Life bermula pada 2012 sebagai usaha kerajaan untuk menjadikan kawasan kejiranan Masjid Jamek Kuala Lumpur sebagai tempat bergambar dan bersantai pada waktu malam. Biasanya, para pengunjung akan dihiburkan dengan acara seperti Dancing Symphony Fountain yang memaparkan kesan visual dan muzik. Jika anda mahu ke sini, datanglah pada waktu malam kerana lampu-lampu yang indah akan dihidupkan menembusi kabus yang menjadikan kawasan tersebut kelihatan seperti terapung. Jika anda inginkan gambar yang berlatarkan misteri dan ajaib, anda bolehlah ke sini.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (24 jam)

Alamat:  Unnamed Road, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Check Google Review Klik

8. Jalan Alor KL Street Art 1 Lane

Jalan Alor KL Street Art Lane
Kredit Gambar: Jom Jalan
Jalan Alor KL Street Art Lane
Kredit Gambar: Jom Jalan
Jalan Alor KL Street Art Lane
Kredit Gambar: Fun N’ Taste

Tempat ini merupakan salah satu tempat yang menyeronokkan untuk bergambar. Seperti di Pulau Pinang yang memaparkan lukisan mural pada dinding, di Kuala Lumpur juga menawarkan hal yang sama. Seni jalanan ini menarik minat ramai orang dengan lukisan dindingnya yang berwarna-warni malah lantaiya juga dipenuhi dengan warna. Ia boleh menjadi satu pengalaman yang hebat untuk anda berjalan di sini sambil mengambil gambar pelbagai lukisan mural.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (24 jam)

Alamat:  64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Check Google Review Klik

9. Kwai Chai Hong

Kwai Chai Hong
Kredit Gambar: Kwai Chai Hong
Kwai Chai Hong
Kredit Gambar:  Kwai Chai Hong
Kwai Chai Hong
Kredit Gambar: Kwai Chai Hong

Di ChinaTown, anda patut melawat Kwai Chai Hong yang merupakan tempat terbaik untuk fotografi kerana menonjolkan elemen klasik dan estetika yang menarik. Selain itu, ia juga sesuai buat fotografi jalanan. Terdapat banyak arca seni jalanan yang interaktif dan sesuai dijadikan latar belakang dalam gambar anda. Selain itu, terdapat banyak seni berunsurkan Cina yang menawarkan anda latar gambar yang menarik, terutama pada waktu malam.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (9.00 pagi-12.00 malam)

Alamat:  Lorong Panggung, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik

10. Elmina Valley Central Park

Elmina Valley Central Park
Kredit Gambar: EdgeProp
Elmina Valley Central Park
Kredit Gambar: iProperty
Elmina Valley Central Park
Kredit Gambar: Hype Malaysia

Elmina Valley Central Park di Shah Alam ini merupakan taman rekreasi yang terkenal dengan laluan pelangi serta karya seni bina yang unik sejak tahun 2020 lagi. Anda mesti mengambil gambar semasa berjalan di sepanjang laluan pelangi kerana reka bentuk laluan ini unik dan menyediakan pelbagai sudut menarik untuk sesi fotografi. Jika pada waktu malam, banyak lampu neon akan dihidupkan bagi menonjolkan suasana yang mengagumkan terutama dari lensa kamera anda!

Alamat: Elmina Valley 3, 176, Jln Metafasa U16/3, 40160 Shah Alam, Selangor

Google Map: Klik

Google Review Klik


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close