Berada dekat dengan alam semula jadi boleh memberi banyak kesan yang baik kepada tubuh dan minda anda. Selain itu, ia merupakan cara terbaik untuk berehat dan melepaskan diri daripada belenggu tekanan yang sentiasa menyesakkan fikiran.
Tekanan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anda. Oleh sebab itu, percutian ke alam semula jadi menjadi salah satu cara anda berehat dan mengecas semula tenaga yang hilang.
Bagaimanakah anda menentukan tempat percutian alam semula jadi yang sesuai?
Alam semula jadi memainkan peranan yang penting bagi ekosistem di bumi. Percutian dalam alam semula jadi merupakan cara yang sesuai untuk berhubung dengan alam sambil bersantai dan menghirup udara yang segar. Malaysia dikelilingi oleh kehijauan kerana iklimnya dan merupakan salah satu tempat terbaik yang menawarkan percutian alam semula jadi.
Apa yang penting, anda harus tahu tujuan percutian anda terlebih dahulu, sama ada ingin berehat di tempat yang tenang atau menyibukkan diri dengan aktiviti sukan yang lasak. Jika anda sudah tahu tujuan percutian anda, buatlah kajian terlebih dahulu tentang tempat penginapan yang boleh menepati tujuan percutian anda. Cari maklumat mengenai tempat penginapan tersebut dan berapa bayaran yang bakal dikenakan sekiranya anda bermalam di situ. Paling penting, pilihlah tempat penginapan yang berdekatan dengan kediaman anda supaya dapat menjimatkan masa perjalanan dan juga wang ringgit.
10 Tempat Percutian Alam Semula Jadi Terbaik di Malaysia 2025
1. Sekeping Serendah



Sekeping Serendah ialah tempat percutian alam semula jadi yang bersifat privasi dan minimalis yang membolehkan anda menikmati masa percutian anda tanpa sebarang gangguan. Sama ada anda berseorangan atau bersama orang tersayang, flora di tempat ini dapat menenangkan fikiran dan hati yang tengah berserabut. Tempat penginapan ini dibina dengan berasaskan bangsal yang luas yang diberi sentuhan minimalis dan moden. Tujuan konsep rekaan sebegini dipilih adalah untuk memberikan para penginap pengalaman bermalam di dalam alam semula jadi yang indah. Di sini, anda boleh melakukan aktiviti seperti berenang, barbeku, meredah hutan, memancing dan meneroka air terjun berhampiran dengan tempat penginapan ini.
Keunikan: Rekaan tempat penginapan yang unik, dekat dengan alam semula jadi
Alamat: SERENDAH FS, 43300, 48200, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: https://www.sekeping.com/serendah/home
2. Rumah Kebun



Rumah Kebun terletak di Hulu Langat, Selangor dan berjarak 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Tempat penginapan ini dikelilingi dengan kehijauan dan bukit-bukau yang mempersonakan sehingga menjadikan ia destinasi penginapan yang sesuai untuk individu mahupun keluarga. Vila yang dibina di sini mempunyai konsep rekaan asas dan kesederhanaan bagi mendekatkan para penginap dengan alam sekitar sekaligus membuatkan mereka terasa seperti berada di desa. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah berenang di kolam air mata semula jadi dan memberi makan kepada kambing.
Keunikan: Reka bentuk tempat penginapan yang unik dan selesa
Alamat: Kampung Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: https://www.instagram.com/rumah.kebun/
3. Time Capsule Retreat



Time Capsule Retreat terletak di Sungai Lembing di Pahang. Tempat penginapan ini mempunyai reka bentuk unik seperti kapsul yang luas dan besar bagi menampung para penginap untuk bermalam dengan selesa. Selain itu, kapsul penginapan ini dikelilingi dengan persekitaran yang hijau dan subur. Terletak di tengah-tengah hutan hijau dan indah, suasana di sekeliling tempat penginapan ini cukup menarik perhatian barang siapa yang melihatnya. Tempat penginapan ini juga menyediakan pilihan kotej dan bilik tingkap kaca untuk para penginap. Di sini, anda boleh barbeku, melihat pemandangan matahari terbenam dan air terjun pelangi.
Keunikan: bilik kapsul, air terjun pelangi
Alamat: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: https://www.timecapsuleretreat.com/
4. Tanah Larwina



Tanah Larwina ialah tempat penginapan yang dibina di dalam ladang yang terletak di daerah Hulu Langat. Tempat penginapan ini seluas 3 ekar dan mempunyai pondok di tebing Sungai Larwin bagi sesiapa yang ingin bersantai sambil melihat aliran sungai jernih yang nyaman dan tenang. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti barbeku, memancing dan juga melawat haiwan ternakan.
Keunikan: Boleh melihat haiwan ternakan dan menangkap ikan
Alamat: Batu 23, Jalan Sungai Lui, Kampung Paya Lebar, 43100 Hulu Langat, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: https://www.tanahlarwina.com/
5. The Shorea



The Shorea merupakan tempat percutian peribadi dan tenang yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Tempat percutian ini menawarkan beberapa vila dan dupleks yang mempunyai pemandangan puncak bukit yang menakjubkan. Apa yang unik tentang tempat penginapan ini ialah reka bentuk seni bina ruang yang estetika dan menyenangkan. Jika anda menginap di sini, anda boleh meredah hutan dan meneroka air terjun yang indah untuk menggembirakan hati anda.
Keunikan: Reka bentuk bangunan yang unik, air terjun yang cantik
Alamat: Village Kolam Air, Mukim Pantai,, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: https://www.theshorea.com/
6. Embun Luxury Villas



Embun Luxury Villas terletak di atas bukit yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang dihuni oleh burung-burung berterbangan sehinggakan anda berasa tenang dan privasi. Tempat penginapan di sini dibina luas dan berkonsepkan mewah bagi memberikan keselesaan kepada para penginap. Dari kejauhan, anda boleh melihat burung-burung berterbangan dari tempat penginapan anda. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di sini seperti melawat ladang haiwan dan kebun bunga, memanah, mendaki air terjun, bermain paintball dan juga menunggang kuda.
Keunikan: Kebun bunga dan ladang haiwan ternakan, menunggang kuda
Alamat: Hulu Sum-Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: https://www.embunvillas.com/
7. Permai Rainforest Resort



Permai Rainforest Resort terletak di kaki Gunung Santubong yang terletak di dalam hutan Borneo. Resort ini mempunyai ruang tamu yang terdiri daripada kabin, vila dan juga rumah pokok yang unik. Resort ini dibina dengan cara menghormati alam sekitar sambil memberikan keselesaan kepada para penginap. Anda boleh meredah hutan atau melihat haiwan sewaktu berada di sini.
Keunikan: Rumah pokok yang unik
Alamat: Teluk Penyuk, Jalan Sultan Tengah, Santubong, 93050 Kuching, Sarawak
Google Map: Klik
Google Review: Klik
8. Malihom Private Estate



Dahulunya, Malihom Private Estate merupakan tempat penginapan untuk keluarga yang menempatkan dua jenis bilik penginapan iaitu bilik penginapan atas bukit dan bilik penginapan di kaki bukit. Bilik penginapan di atas bukit lebih terpencil dan peribadi, sesuai buat mereka yang mahukan privasi. Manakala bilik di kaki bukit menawarkan ruangan terbuka yang luas dan sesuai untuk menampung penginapan kumpulan yang lebih besar. Di sini, anda boleh berenang di dalam kolam, mendapatkan urutan dan membuat kraftangan.
Keunikan: Bilik di puncak bukit, bilik di kaki bukit
Alamat: Kiri NT 168, Jalan Bukit Penara, Mukim 6, 11000 Balik Pulau, Penang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: https://www.malihom.com/
9. The Banjaran Hot Springs Retreat



Banjaran Hot Spring Retreat ini menawarkan anda pemandangan indah mata air panas semula jadi dan batu kapur yang boleh membuatkan anda tenang dan santai. Tempat penginapan di sini dibina selesa dan privasi bagi pasangan yang ingin berbulan madu atau bagi mereka yang mencari ketenangan tanpa sebarang gangguan. Anda boleh menikmati pengalaman menjamu selera yang unik di restoran gua dan berehat di spa yang ditawarkan di sini.
Keunikan: Restoran gua, spa
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: https://www.sunwayhotels.com/the-banjaran
10. Belum Rainforest Resort



Belum Rainforest Resort ini terletak di Tasik Belum yang dikelilingi oleh kehijauan alam yang membuatkan anda tenang dan santai. Antara tempat penginapan yang disediakan di sini ialah vila, rumah kampung dan juga rumah bot. Anda boleh memilih tempat penginapan yang ditawarkan mengikut selera anda. Anda boleh menikmati aktiviti seperti meredah hutan, trekking pada waktu malam, berkanu dan berkayak sepanjang anda berada di sini.
Keunikan: Berkanu, berkayak
Alamat: Pulau Banding, 33300 Gerik, Perak
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: https://www.belumrainforestresort.com/
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.