Perkahwinan adalah salah satu momen terpenting dalam hidup anda. Kebanyakan orang mempunyai konsep perkahwinan ideal mereka tersendiri dan berharap dapat melaksanakannya dengan sempurna bersama pasangan mereka. Mereka ingin mempunyai tempat perkahwinan yang hebat untuk menganjurkan majlis perkahwinan mengikut citarasa mereka.
Di Kuala Lumpur, terdapat banyak tempat perkahwinan yang elegan dan luas, malah ada di antaranya menyediakan pakej perkahwinan berkualiti tinggi kepada setiap pasangan. Berikut ialah senarai 10 tempat perkahwinan terbaik di Kuala Lumpur.
Bagaimanakah menentukan lokasi majlis perkahwinan yang sesuai?
Perkahwinan yang indah akan menjadi salah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidup anda. Oleh itu, anda harus mengambil kira tempat perkahwinan yang anda suka. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan semasa memilih tempat perkahwinan seperti kapasiti, di luar atau di dalam rumah, ketersediaan lokasi dan bajet.
1. Kapasiti
Anda harus mempunyai anggaran yang baik tentang berapa ramai orang yang akan anda jemput ke majlis perkahwinan anda. Ini adalah elemen terpenting bagi penentuan lokasi majlis anda. Pastikan lokasi yang anda pilih dapat memuatkan semua tetamu anda dengan selesa.
2. Luar atau Dalam Rumah
Apabila bercakap tentang cuaca, anda perlu berharap agar majlis perkahwinan anda berlangsung dalam cuaca yang baik. Sepertimana yang kita ketahui, Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun, terutamanya musim hujan. Jadi, amat penting bagi anda untuk menentukan majlis perkahwinan anda diadakan di taman secara terbuka atau di dewan secara tertutup.
3. Ketersediaan Lokasi
Jika anda sudah menetapkan tarikh untuk majlis perkahwinan anda, pastikan anda menyemak lokasi tersebut sama ada sudah ditempah ataupun belum. Anda perlu membuat keputusan dengan cepat terutama jika majlis perkahwinan anda berlangsung pada waktu cuti sekolah kerana mungkin ramai pasangan pengantin yang ingin menempah tempat yang sama pada tarikh yang sama.
4. Bajet
Sebelum anda mula mencari tempat untuk majlis perkahwinan, anda boleh membuat bajet perkahwinan. Pertimbangkan berapa bajet yang anda sanggup keluarkan bagi keseluruhan majlis perkahwinan anda dan bahagikannya kepada bahagian yang tertentu. Jangan lupa untuk mengambil kira keseluruhan kos tempat itu dan kos tambahan yang mungkin akan termasuk ke dalam bajet anda sekiranya tempat yang ingin disewa itu menawarkan perkhidmatan perancang perkahwinan.
10 tempat perkahwinan terbaik di Malaysia 2025
1. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Grand Hyatt yang indah ini terletak di pusat bandar dan merupakan antara lokasi perkahwinan yang menakjubkan. Dengan 13 bilik perkahwinan yang tersedia di atas dewan-tanpa-tiang Grand Ballroom dan Sky Lobby Lounge, dewan -tanpa-tiang Grand Ballroom ini boleh menempatkan 13 majlis perkahwinan pada masa yang sama. Selain itu, Grand Ballroom juga boleh disesuaikan dengan apa jua tema perkahwinan yang dipilih oleh pasangan pengantin. Dengan keluasan 11,248 kaki persegi dan mampu memuatkan sehingga 1,000 orang, dewan ini dapat menjadi lokasi perkahwinan anda yang sempurna.

Alamat: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
2. Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

Jadikan majlis perkahwinan anda benar-benar indah dengan Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Hotel ini menyediakan dewan yang mempunyai ruangan luas tanpa tiang dan juga Manhattan Ballroom yang boleh dibahagikan kepada beberapa ruangan kecil mengikut saiz majlis anda. Selain itu, sajian lazat turut disediakan di sini. Kemudahan dan perkhidmatan bertaraf 5 bintang daripada staf di sini juga boleh membuatkan anda gembira di sepanjang majlis perkahwinan anda. Untuk makluman anda, hotel ini mempunyai pasukan khusus bagi membantu anda melakukan persediaan perkahwinan dengan lancar dan sempurna.

Alamat: 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
3. Glasshouse at Seputeh

The Glasshouse merupakan lokasi perkahwinan yang indah bagi anda yang inginkan majlis perkahwinan diadakan di taman yang dikelilingi oleh alam semula jadi. Tempat ini dibina di sekeliling tingkap kaca dan mempunyai reka bentuk moden yang minimalis. Selain dikelilingi taman tropika yang subur, anda boleh memuatkan para tetamu sehingga 400 orang dalam satu masa. Yang menariknya, apa sahaja tema yang anda pilih, reka bentuk dan binaan di tempat ini bersesuaian dengan tema pilihan anda. Tempat ini juga menyediakan perkhidmatan perancang perkahwinan yang memberi nasihat dari segi bajet, aktiviti di majlis anda serta reka bentuk hiasan yang akan digunakan bagi memastikan anda berpuas hati dan majlis perkahwinan anda sempurna.

Alamat: 17, Lorong Syed Putra Kiri, Bukit Seputeh, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
4. Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Majlis khas memerlukan tempat khas. Jadi, satu lagi tempat perkahwinan yang terbaik ialah di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Hotel ini menempatkan dewan perkahwinan yang elegan dan mewah yang boleh memuatkan sehingga 2,000 tetamu dalam satu masa. Dewan ini menampilkan chandelier emas yang mempesonakan dan ruang legar bilik tarian dengan reka bentuk klasik. Para tetamu akan masuk ke dewan ini melalui Pusat Konvensyen tertentu. Memandangkan hotel ini mempunyai bilik mewah dengan kemudahan yang lengkap, pasangan pengantin boleh berbulan madu di sini selepas majlis perkahwinan mereka selesai.

Alamat: Corner Of Jalan Sultan Ismail And, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
5. Brickhouse

Brickhouse ialah tempat perkahwinan yang hebat di Kuala Lumpur. Tempat ini boleh membuatkan hari istimewa anda tidak dapat dilupakan. Apa jua tema perkahwinan yang anda inginkan pasti akan dilaksanakan dengan sempurna. Mengapa? Kerana reka bentuk dalaman dan luaran dewan ini mampu menjadikan ia sebagai lokasi perkahwinan terbaik untuk anda. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan perancang perkahwinan yang disediakan bagi membantu anda menyempurnakan hari istimewa anda. Pasukan mereka terdiri daripada staf yang profesional dan pakar dalam mencipta pelbagai tema perkahwinan yang dikehendaki oleh para pengantin. Bagi memastikan sajian di hari perkahwinan anda sesuai dan lazat, anda juga boleh berbincang dengan chef di sini kerana mereka akan memberikan cadangan yang terbaik untuk anda.

Alamat: Block B, Level 1, MAHSA Avenue, Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
6. Dewan Perdana Felda

Selain mempunyai tempat letak kereta yang luas di luar Grand Ballroom, para tetamu juga dihiburkan dengan pertunjukan instrumen secara langsung di pintu masuk ruangan lobi sebelum melangkah ke dewan untuk meraikan majlis perkahwinan pasangan pengantin. Dewan ini terletak di dalam Dewan Perdana Felda. Pintu masuknya telah dihias cantik dengan pintu gerbang yang mengikut tema perkahwinan iaitu Tropika. Dewan ini menawarkan persekitaran yang sangat baik dan mewah untuk sebarang acara yang akan diadakan di sini. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan perabot, permaidani dan kemasan lain. Bumbung bujur yang dipenuhi dengan cahaya kristal ini akan bertindak seperti bintang kecil bagi mencipta suasana perkahwinan yang mengagumkan dan glamor.

Alamat: 1, Jalan Maktab, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
7. EQ Kuala Lumpur

Pilihlah tema Cina, Melayu, India ataupun Barat, pakar perkahwinan di sini dapat membantu para pengantin mencari tema perkahwinan yang sesuai mengikut citarasa mereka. Selain berdedikasi, pakar perkahwinan di sini juga akan merangka dan mengawasi perjalanan majlis perkahwinan anda supaya lancar. “Within budget, beyond expectations”, inilah moto mereka.

Alamat: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
8. Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Pelanggan boleh menempah Nasi Kandar yang unik daripada Nasi Kandar Pekan Lama. Mengapa? Kerana kuah kari yang istimewa! Mangga yang terdapat di dalam kuah kari ini sangat popular dalam kalangan pelanggan. Selain itu, sajian ini juga mempunyai rasa yang sama dengan Chutney mangga India. The Mandarin Oriental Grand Ballroom merupakan dewan yang sangat besar sehingga boleh memuatkan pesawat Boeing 747! Dewan ini terkenal kerana tidak memiliki tiang di dalam ruangan yang besar ini. Selain dilengkapi dengan pelbagai peralatan teknologi canggih, dewan ini juga memiliki tingkap yang menghadap ke taman KLCC yang menakjubkan. Anda boleh melihat elemen kemewahan berada di setiap sudut dewan ini. Selain itu, syiling yang setinggi 8 meter boleh memberikan anda kesan pencahayaan yang dramatik dan memukau pada hari majlis perkahwinan anda berlangsung.

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
9. Hilton Kuala Lumpur

Di Hilton Kuala Lumpur, para pengantin boleh meminta chef untuk mencipta menu perkahwinan yang istimewa, berunding dengan chef pastri bagi mereka bentuk kek perkahwinan mereka atau berbincang dengan pemilik kedai bunga tentang susun atur meja dan kerusi serta gubahan bunga pada setiap meja pada hari majlis tersebut. Grand Ballroom dihias dengan warna coklat dan emas agar ia menonjolkan suasana perkahwinan yang lebih mewah dan ringkas namun tidak menenggelamkan warna tema baju pengantin anda. Jika anda inginkan hiasan yang lebih bergaya dan anggun seperti gabungan dinding granit hitam dan panel fabrik lembut, anda boleh menempah Sentral Ballroom yang selesa untuk majlis perkahwinan anda.

Alamat: 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
10. The St. Regis Kuala Lumpur

Untuk majlis perkahwinan, St. Regis mempunyai ruang istirahat dan bilik persalinan khas di The Salon. Selain itu, ia juga menempatkan bilik pakaian dan bilik persediaan sebelum pengantin masuk ke dewan. Terdapat juga lif besar yang berfungsi untuk memindahkan troli makanan ke dewan tersebut. Bagi dewan yang lebih kecil, iaitu Bilik Astor, dewan ini lebih sesuai untuk pasangan pengantin yang inginkan suasana perkahwinan yang intim kerana ia mampu memuatkan sehingga 360 orang tetamu dalam satu masa.

Alamat: No 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.