Ingin mengadakan perhimpunan kecil yang indah bersama keluarga dan rakan-rakan anda? Berkelah ialah satu pilihan yang terbaik untuk anda semua. Apa kata anda melarikan diri sejenak daripada kesibukan harian dan bersantai sambil menikmati alam sekitar bersama keluarga atau rakan-rakan?
Aktiviti perkelahan menjadi satu aktiviti rekreasi yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Disamping menenangkan jiwa yang sedang serabut, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan keluarga ataupun persahabatan anda. Sebagai contoh, bertemujanji bersama rakan dengan masing-masing membawa juadah untuk disajikan dilihat sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan bermanfaat. Siapa tahu, aktiviti sebegini boleh meninggalkan kesan yang mendalam untuk dikenang sehingga hari tua nanti.
Bagaimanakah anda menentukan tempat perkelahan yang sesuai buat anda?
Sebenarnya, di Malaysia ini terdapat banyak tempat menarik untuk dijadikan tempat perkelahan. Paling penting, anda perlu tahu di mana lokasinya dan adakah ia sesuai untuk kanak-kanak kerana sesetengah tempat tidak menawarkan kawasan untuk kanak-kanak bermain sekiranya anda berkelah bersama keluarga.
Selain itu, anda juga perlu tahu adakah tempat yang dipilih itu terletak berhampiran dengan rumah anda atau sebaliknya. Cuba bayangkan, perjalanan yang lama ke tempat perkelahan boleh menggugat mood anak-anak kecil kerana mereka terpaksa berlama di dalam kenderaan. Sebaiknya, anda cari sahaja tempat berkelah yang dekat serta yang tidak mengenakan bayaran yang mahal.
10 tempat perkelahan terbaik di Malaysia 2025
1. Taman Botani Perdana

Taman Botani Perdana ialah tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi perkelahan. Taman ini dikelilingi oleh flora dan bangunan unik, yang membolehkan anda mengambil beberapa foto yang cantik. Ramai pengunjung berkelah di sini bersama keluarga. Antara tempat tumpuan perkelahan ialah di sepanjang tebing sungai di sini. Selain itu, terdapat juga kanak-kanak yang bermain layang-layang sewaktu berkelah bersama keluarga mereka.


Waktu operasi: Isnin-Ahad (7.00 pagi-8.00 malam)
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Youtube Video:
2. Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping ini sangat popular dalam kalangan penduduk di Ipoh. Selain mempunyai sungai yang bersih, taman tasik ini juga dikelilingi oleh pokok dan bangku. Ramai penduduk tempatan dan para pelancong yang suka berkunjung ke sini dan berkelah bersama orang tersayang. Selain itu, taman tasik ini juga menempatkan taman permainan kanak-kanak membuatkan lokasi ini sesuai untuk perkelahan keluarga.


Waktu operasi: Isnin-Ahad (8.00 pagi- 10.00 malam)
Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
Youtube Video:
3. Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang dikatakan lokasi berharga di Perak kerana menempatkan flora, fauna, sungai dan kemudahan bersenam yang lengkap untuk para pengunjungnya. Disebabkan keindahan alam semula jadinya yang tidak terusik, ramai pengunjung suka berkelah di sini bersama keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, tempat ini juga bersih kerana dipelihara oleh orang ramai dan pihak yang bertanggungjawab.


Waktu operasi: Isnin-Ahad (8:30 pagi-6.00 petang)
Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
Youtube Video:
4. KL Forest Eco Park

KL Forest Eco Park adalah tempat yang menarik untuk berkelah. Ia menawarkan ruang yang luas untuk berkumpul dan berkelah bersama keluarga dan rakan anda. Anda akan menikmati pemandangan monyet melompat di atas pokok sambil berjalan melintasi jambatan yang ada di sini.


Waktu operasi: Jumaat (8.00 pagi-12.00 tengah hari, 2.30petang-4.30 petang),
Isnin-Ahad (8.00 pagi-4.30 petang)
Alamat: Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
Youtube Video:
5. Taman Botani Putrajaya

Taman Botani Putrajaya merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk berkelah. Taman ini dipenuhi dengan banyak pokok, pokok bunga, bangunan dan sungai yang bersih. Selain itu, taman ini juga seringkali menjadi lokasi untuk bergambar oleh para pengunjung kerana suasananya yang tenang dan indah. Gambar-gambar yang diambil di sini biasanya akan dimuat naik ke media sosial masing-masing seperti Instagram. Kalau anda hendak tahu, taman ini terkenal dalam kalangan remaja yang gemar memuat naik gambar ke Instagram mereka.


Operating Hours: Jumaat (9.00 pagi–11.00 pagi, 3.00 petang–5.00 petang pm),
Isnin, Rabu-Ahad (9.00 pagi-12.00 tengah hari, 2.00 petang–5.00 petang)
Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Google Map: Klik
Google Review Klik
Youtube Video:
6. Taman Rekreasi Bukit Jalil

Taman Rekreasi Bukit Jalil merupakan tempat riadah yang sesuai buat anda sekeluarga untuk berkelah. Taman rekreasi ini dikelilingi oleh bunga dan pokok besar. Angin pagi akan menyegarkan dan merehatkan minda anda. Selain itu, taman rekreasi ini juga mempunyai banyak bangunan dan kemudahan lain seperti tandas awam, restoran, kolam ikan, taman permainan dan padang.


Waktu operasi: Isnin-Ahad (6.00 pagi-8.00 malam)
Alamat: Jalan 13/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
Youtube Video:
7. Taman Saujana Hijau

Taman Saujana Hijau terletak di Presint 11, Putrajaya. Taman ini sangat sesuai untuk pencinta alam dan mereka yang gemar mengambil gambar alam semula jadi ini. Udara yang segar dan persekitaran yang berwarna-warni akan membuatkan anda menikmati setiap detik berharga di sini. Aktiviti perkelahan anda juga menjadi lebih bermakna kerana suasana yang tenang dapat melancarkan perbualan anda sekeluarga.


Waktu operasi: Isnin-Ahad (7.00 pagi-7.00 petang)
Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Google Map: Klik
Google Review Klik
Youtube Video:
8. Pantai Monyet, Pulau Pinang

Pantai Monyet ini terletak di dalam Taman Negara Pulau Pinang. Tempat ini sesuai untuk aktiviti perkelahan kerana menawarkan pantai yang bersih dan cantik selain pemandangan alam yang indah. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini seperti membina istana pasir, bermain layang-layang ataupun bersiar-siar di sepanjang pesisir pantai.


Waktu operasi: Isnin-Ahad (7.30 pagi-6.00 petang)
Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Review Klik
Youtube Video:
9. Bagan Lalang Beach, Sepang

Ingin berkelah di pantai yang indah? Pantai Bagan Lalang ialah tempat yang boleh membuatkan anda berasa santai. Sambil merehatkan badan dan minda, anda dapat berkelah dengan seronoknya bersama orang tersayang. Jika anda tiba di pantai ini pada waktu petang, anda mesti tidak akan terlepas daripada melihat pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Bayangkan, anda boleh menikmati makanan anda sambil melihat pemandangan yang mengagumkan ini, semestinya ia menjadi terapi buat diri anda dan keluarga.


Waktu operasi: Setiap hari
Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor
Google Map: Klik
Google Review Klik
Youtube Video:
10. Desa Park City



Desa Park City ialah sebuah taman yang luas terletak di Kuala Lumpur. Ramai pengunjung yang sering menghabiskan hari minggu mereka untuk berkelah di atas rumput hijau di sini sambil berbual-bual dengan keluarga atau rakan mereka. Persekitaran taman ini bersih dan memberikan suasana damai untuk para pengunjung menikmati keindahannya. Bagi merancakkan aktiviti perkelahan anda, anda boleh mengajak anak-anak atau rakan anda bermain layang-layang di sini!
Waktu operasi: Setiap hari
Alamat: 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
Youtube Video:
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.