7 Pizza Paling Best di Kuala Lumpur 2025

Tidak kira di mana anda berada, pizza merupakan sajian yang sering kali dimakan pada waktu malam ataupun siang bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Pizza digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Selain mempunyai banyak pilihan, pizza juga senang untuk didapati dan merupakan hidangan cepat mengenyangkan perut. 

Pizza juga mempunyai revolusinya sendiri. Setiap tempat menghasilkan pizza mengikut budaya dan selera masyarakat sekitarnya. Bahkan, kini pizza boleh didapati dalam versi vegetarian! Jadi, jika anda mengamalkan gaya pemakanan vegetarian, anda tidak lagi risau dan boleh melayani keinginan anda terhadap pizza dengan gembira. Jika anda melawat ke Kuala Lumpur, anda boleh mencuba 7 pizza terbaik yang enak di bandar ini.

Mengapakah Pizza Menjadi Hidangan Yang Digemari Ramai?

Mesti ramai tertanya-tanya mengapa pizza sering menjadi pilihan ramai. Walaupun sajian ini bukannya asli daripada Malaysia namun keenakannya menjadi rebutan ramai. Bukan itu sahaja, di Malaysia sudah banyak kedai atau restoran yang menyajikan juadah ini sebagai menu terkenal mereka. Antaranya adalah Pizza Hut dan Domino. 

Selain keraknya yang tebal atau nipis, pizza juga diselaputi dengan toping yang menarik dan pelbagai hinggakan ada restoran atau kedai yang mula memasukkan elemen asli rasa tempatan ke dalam proses pembuatan pizza. Selain itu, pizza juga senang didapati secara atas talian. Hanya perlu telefon sahaja untuk menempah dan pizzanya akan sampai ke rumah anda.

Adakah Pizza Hidangan Yang Menyihatkan?

Sudah pasti hidangan ini adalah snek yang boleh mengenyangkan perut anda. Namun begitu, anda perlu mengambilnya secara sederhana kerana hidangan ini bukanlah memberi sumber protein dan vitamin yang mencukupi untuk badan anda. Jadi, selain menikmati pizza, apa kata anda juga memakan sayur dan buah yang segar untuk mengimbangi diet pemakanan anda.

7 Pizza Paling Best di Kuala Lumpur 2025

1. Heritage Pizza

Heritage Pizza
Kredit Gambar: Heritage Pizza
Heritage Pizza
Kredit Gambar: Heritage Pizza

Restoran ini menyajikan pizza lazat dan terbaik yang boleh anda dapati di Kuala Lumpur. Antara menu pizza yang dihidangkan kepada pengunjung adalah Diavola Pizza dan Napolitana Pizza. Kedua menu ini merupakan menu popular yang sering menjadi pilihan para pengunjung. Selain itu, mereka menghidangkan sorbet dan gelato yang menyelerakan sebagai pencuci mulut. Uniknya, reka bentuk luaran restoran ini berunsurkan tradisional kerana mereka menggunakan bata-bata lama untuk menonjolkan unsur kedesaan sebagai konsep interior restoran ini.

Waktu Operasi:
12.00 tengah hari – 2.30 petang, 6.00 petang-10.00 malam (Selasa – Ahad),
Isnin (tutup)

Alamat: 26-G, Jalan Doraisamy, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/HeritagePizzaKL/

Instagram: https://www.instagram.com/heritagepizza_kl/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Monnalisa Italian Restaurant

Monnalisa Italian Restaurant
Kredit Gambar: Monnalisa Italian Restaurant
Monnalisa Italian Restaurant
Kredit Gambar: Monnalisa Italian Restaurant

Dimiliki dan dikendalikan oleh sebuah keluarga dari Itali, restoran ini menyajikan anda rasa asli pizza Itali yang sebenar. Restoran ini menawarkan suasana yang selesa dan sesuai untuk anda bertemu janji kasual bersama pasangan atau sekadar makan malam bersama keluarga. Antara pizza yang disyorkan di sini adalah Neopolitan pizza dan Margherita pizza. Dua pizza ini merupakan hidangan yang sangat popular di sini dan sering dipesan kerana kelazatannya. Jika anda tidak pasti apa yang perlu anda pesan di sini, usah risau. Pemilik restoran ini dengan senang hati boleh memberikan cadangan yang terbaik dan sesuai untuk selera anda.

Waktu Operasi:
4.30 petang – 11.30 malam  (Selasa – Ahad),
Isnin (tutup)

Alamat: Hartamas Shopping Centre, M-1-1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/MonnalisaMY/

3. Pizza Mansion

Pizza Mansion
Kredit Gambar: Pizza Mansion
Pizza Mansion
Kredit Gambar: Pizza Mansion

Jika anda sedang mencari pizza klasik, maka Pizza Mansion ialah tempat yang patut anda kunjungi. Antara sajian pizza yang terkenal disini ialah Pizza Marinara Ikan Bilis dan Pizza Carbonara. Restoran ini juga mempunyai pilihan pizza untuk vegetarian. Jika anda bernasib baik, anda boleh mencuba hidangan istimewa bermusim mereka! Lokasi restoran ini agak tersembunyi. Tetapi jangan risau, bau aroma pizza yang lazat ini akan membawa anda ke Pizza Mansion!

Waktu Operasi:
12.00 tengah hari – 11.00 malam  (Isnin – Khamis)
12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam  (Jumaat – Sabtu)

Alamat: 25, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pizzamansion

Instagram: https://www.instagram.com/pizzamansion/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. La Risata Bar Pizzeria Ristorante

La Risata Bar Pizzeria Ristorante
Kredit Gambar: La Risata Bar Pizzeria Ristorante
La Risata Bar Pizzeria Ristorante
Kredit Gambar: La Risata Bar Pizzeria Ristorante

La Risata Bar Pizzeria Ristorante ialah sebuah restoran Itali klasik yang unik. La Risata bermaksud ‘ketawa’ dalam bahasa Itali. Melalui nama restoran ini, pemiliknya ingin anda mendapat pengalaman yang menggembirakan sewaktu berkunjung ke sini. Restoran ini khususnya menyajikan pizza berkerak nipis dan rangup dengan menggunakan ketuhar tradisional. Selain menyediakan menu pizza yang pelbagai dan enak, restoran ini juga menyajikan pasta serta masakan makanan laut yang boleh anda nikmati dengan segelas wain. Selain itu, restoran ini popular dalam kalangan non-muslim.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 10.00 malam  (Ahad – Sabtu)

Alamat: 16, Persiaran Ampang, Kuala Ampang, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/larisatarestaurant/

Instagram: https://www.instagram.com/larisatakl/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Crust

Crust
Kredit Gambar: Crust
Crust
Kredit Gambar: Crust

Jika anda dan rakan mempunyai selera yang berbeza seperti sukar untuk menentukan menu hidangan yang ingin dicuba seperti burger atau pizza, maka anda boleh berkunjung ke restoran Crust. Hal ini kerana restoran yang cantik ini menyediakan pelbagai menu yang lazat dan enak termasuklah pizza dan burger. Pizza ikan bilis merupakan menu popular di sini. Selain itu, restoran ini juga menghidangkan pizza vegan. Burger yang disajikan disini pula padat, enak dan lazat sehinggakan anda tidak akan berhenti untuk mengunyahnya. Crust mempunyai suasana desa yang selesa. Ia tempat yang bagus untuk melepak bersama rakan atau keluarga anda.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 10.00 malam  (Setiap hari)

Alamat: Unit #17, 8, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://m.facebook.com/CRUSTKL/ 

Instagram: https://www.instagram.com/crustkl/?hl=en

6. WOP Pizza

WOP Pizza
Kredit Gambar: WOP Pizza
WOP Pizza
Kredit Gambar: WOP Pizza

Restoran ini berwarna merah, jadi dari jauh anda dapat mengenalnya. Selepas 48 jam penapaian doh, pizza mereka akan dihiasi dengan bahan-bahan terbaik dan dimasak pada suhu yang sangat tinggi dalam ketuhar tradisional. Di restoran ini, anda boleh merasa pizza gaya Neapolitan yang sebenar. Mereka juga menghidangkan tiramisu dan kombucha yang lazat untuk digandingkan bersama pizza mereka. Pizza daripada WOP Pizza ini layak menerima penghargaan kerana mereka memberikan sajian dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka!

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 9.30 malam  (Setiap hari)

Alamat: Plaza Damas, H-0-8, No 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/wopklmy/?ref=page_internal

Instagram: https://www.instagram.com/wop.kl/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. Puzzini Swedish Pizza

Puzzini Swedish Pizza
Kredit Gambar: Puzzini Swedish Pizza
Puzzini Swedish Pizza
Kredit Gambar: Puzzini Swedish Pizza

Adakah anda tahu bahawa Sweden juga memiliki pizza versi mereka sendiri? Kalau anda hendak tahu, lawatilah Puzzini Swedish Pizza. Pizza Sweden ini dihiasi dengan mozzarella dan gräddost, iaitu keju krim Sweden yang mempunyai rasa pedas. Pizza ini juga dilengkapi dengan bahan-bahan asas yang segar seperti tomato. Jika anda tidak mahu makan pizza, anda boleh memesan menu Sweden yang lain kerana mereka menyediakan pelbagai hidangan Sweden yang lazat dan asli. Sebagai contoh, anda boleh mencuba bebola daging Sweden yang padat dan empuk dengan ketulan pejal dagingnya. Sudah pasti hidangan ini bakal menggiurkan anda!

Waktu Operasi:
11.00 pagi – 3.00 petang, 5.00 petang – 10.00 malam  (Isnin – Jumat),
11.00 pagi – 10.00 malam (Sabtu – Ahad)

Alamat: 41, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/puzzinis/

Instagram: https://www.instagram.com/pizzapuzzini/?hl=en


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close