Orang Jepun sangat berhati-hati dalam masakan dan memilih bahan yang berkualiti dalam pembuatan makanan mereka. Selama beberapa dekad, masakan Jepun telah terkenal di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Bahkan, ada rakyat Malaysia yang merasakan makanan Jepun ini satu kemewahan yang perlu ada khususnya dalam sesebuah majlis yang berkaitan. Jika anda tertanya-tanya bagaimana rasanya masakan Jepun, berikut ialah 7 restoran Jepun terbaik di Lembah Klang untuk anda lawati.
Apakah sebab-sebab anda memilih restoran Jepun sebagai lokasi santapan anda?
Masakan Jepun sebenarnya merupakan salah satu masakan yang perlu anda nikmati jika anda berada di Lembah Klang. Bila lagi anda hendak mencuba masakan asing, bukan? Di Kuala Lumpur, khususnya, terdapat banyak restoran Jepun yang menghidangkan pelbagai sajian menarik dan lazat untuk anda cuba. Selain mudah untuk dicapai, anda juga boleh melihat menu dan harganya terlebih dahulu di laman web sebelum singgah ke restoran yang diinginkan. Senang akses, harga berpatutan dan pilihan yang pelbagai, masakan Jepun juga selalunya menggunkan bahan premium yang berkualiti tinggi bagi menonjolkan kelainan rasa dalam masakan mereka. Apa lagi, ajaklah orang tersayang singgah ke restoran Jepun berdekatan anda. Pasti anda tidak menyesal!
7 Restoran Jepun Terbaik di Lembah Klang 2025
1. Zipangu

Manjakan diri anda dengan masakan Jepun asli yang dihidangkan secara eksklusif di Zipangu. Restoran Jepun ini sebenarnya sebahagian daripada Shangri-La Hotels and Resorts yang terkenal, jadi anda pasti tidak kecewa dengan masakan mereka. Restoran ini mempunyai pelbagai jenis hidangan istimewa dan set menu yang diatur khas untuk memenuhi keperluan dan selera anda. Pilihan makanan yang ditawarkan oleh mereka antaranya Teppanyaki, sushi dan banyak lagi. Jadi, berkunjunglah ke sini bagi memenuhi keinginan selera anda!

Waktu Operasi: Setiap hari (11.30 pagi–2.30 petang, 5.30 petang–10.00 malam)
Alamat: 1, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman Web: Menu & Wine | Zipangu | Shangri-La Hotel Kuala Lumpur
Instagram: ZIPANGU (@malaysiazipangu) • Instagram photos and videos
Facebook: Zipangu, Shangri-La – Kuala Lumpur, Malaysia – Wine bar, Japanese restaurant | Facebook
2. Sushi Oribe

Di Sushi Oribe, anda akan dapat merasai pengalaman menjamu selera yang eksklusif. Mengapa? Kerana restoran ini menawarkan sushi Edomae yang tradisional dan asli dengan gaya makan Omakase, iaitu makanan anda akan dihidangkan secara terus oleh chef Jepun mengikut pilihan dan selera anda. Chef akan menyediakan hidangan Jepun, terutamanya sushi betul-betul di hadapan anda dengan menggunakan teknik tradisional Jepun dan bahan premium yang bermusim dan didapati di Jepun.

Waktu Operasi: Ahad-Khamis (12.00 tengah hari–3.00 petang, 6.00 petang– 10.00 malam) Jumaat-Sabtu (12.00 tengah hari– 3.00 petang, 6.00 petang– 8.00 malam, 8.30 malam – 11.00 malam)
Alamat: Vipod Residences, Ground Floor Block C-1, No 6, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Laman Web: SUSHI ORIBE KL – 寿司 織部
Instagram: Sushi Oribe (@oribesushi) • Instagram photos and videos
Facebook: Sushi Oribe 寿司織部 – Home | Facebook
3. Taka

Rasailah pengalaman sushi Edomae, iaitu sushi tradisional yang dihidangkan di atas kaunter kayu istimewa di restoran Taka. Kaunter kayu istimewa yang dimaksudkan itu ialah kayu Hinoki, kayu yang berusia kira-kira 300 tahun lamanya. Di sini, anda akan merasai masakan yang terdiri daripada bahan-bahan bermusim yang segar dibawa dari Jepun. Chef Yazawa sendiri akan melayan anda dengan mempersembahkan pembuatan sushi yang pelbagai dan lazat untuk dinikmati.

Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari–2.30 petang, 6.30 petang–9.30 malam)
Alamat: No. 6, Level 3A, The St. Regis Kuala Lumpur, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web: Taka & USHI
Instagram: TAKA (@taka.kl) • Instagram photos and videos
Facebook: TAKA – Home | Facebook
4. Mitasu Japanese Restaurant

Terletak di bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk, restoran Jepun ini merupakan salah satu tempat makan menarik untuk dikunjungi. Selain mempunyai kawasan persekitaran yang luas dan pelbagai jenis ruangan makan, ia juga menyediakan bilik bagi mereka yang mahukan privasi ketika makan. Perjalanan ke restoran ini juga mudah kerana boleh diakses dengan pengangkutan awam. Untuk hidangan pula, restoran ini menyajikan semua jenis masakan Jepun, daripada menu bufet hinggalah kepada Ala Carte. Oh ya, jika anda ke sini, anda boleh mencuba hidangan bufet sushi mereka kerana mereka menyajikan sushi yang pelbagai jenis dan rasa.

Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari – 3:00 petang, 6.00 petang -10.00 malam)
Alamat: Central Plaza, 2506, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman Web: Mitasu Japanese Restaurant – Japanese Restaurant
Instagram: Mitasu Japanese Restaurant (@mitasu_japanese_restaurant_kl) • Instagram photos and videos
5. Kyomo

Jika anda hendak tahu, restoran Kyomo ini dahulunya dikenali sebagai Shin Nihon. Walaupun nama restorannya berubah, pemilik dan juga pasukan yang mengendalikan restoran ini masih pasukan yang sama. Restoran ini bersedia untuk menjamu anda dengan makanan Jepun yang lazat dan terbaik. Anda boleh mencuba sajian terkenal dan popular dalam kalangan pelanggan di sini iaitu Japanese Wagyu dan Charcoal Grilled Yakiniku. Jika anda inginkan aktiviti makan anda bersama rakan atau keluarga lebih privasi, restoran ini menyediakan beberapa bilik supaya aktiviti makan anda tidak terganggu.

Waktu Operasi:
- Hari bekerja (5.00 petang–11.00 malam)
- Hari minggu (12.00 tengah hari -11.00 malam)
Alamat: 26, Jalan 24/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Laman Web: Home – Kyomo(EX SHIN NIHON)Yakiniku | 今日も(旧 新日本焼肉党)和牛炭火焼肉 KL クアラルンプール マレーシア
Instagram: Shin Nihon KL (@kyomokl) • Instagram photos and videos
6. Makoto Japanese Cuisine

Unagi, iaitu belut air tawar yang telah dibakar akan memberikan anda rasa yang manis, sedap dan lembut ketika anda memakannya. Jika anda ingin mencubanya, datanglah ke restoran Jepun ini. Restoran ini telah mengimport khas belut hidup dari Jepun supaya anda dapat merasai kesegaran dan perisa asli belut tersebut. Kebanyakannya hidangan mereka berunsurkan belut, tetapi anda boleh memilih makanan lain seperti Temaki Salmon dan Ayam Teriyaki untuk santapan anda.

Waktu Operasi: Setiap hari (11.30 pagi -2.00petang, 5.00 petang–9.30 malam)
Alamat: 54, Jalan 27/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Instagram: MakotoJapaneseCuisine (@makoto.hartamas) • Instagram photos and videos
Facebook: Makoto Japanese Cuisine – Home | Facebook
7. Nippori Cafe

Di Tokyo, Nippori sebenarnya merupakan sebuah bandar kecil yang tenang dan dipenuhi dengan deretan perusahaan kecil yang dikendalikan oleh keluarga. Pemilik kafe ini mendapat ilham dan menamakan kafe ini sempena bandar tersebut, iaitu bandar yang suasananya aman dan tenang. Tempat duduk di kafe ini agak unik namun ia memberikan keselesaan kepada pelanggan ketika menjamu selera. Nippori Cafe menyajikan anda pelbagai jenis makanan Jepun, daripada Karaage yang sedap sehinggalah kepada kek keju Jepun yang enak.

Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari–3:00 petang, 5.30 petang–10.00 malam)
Alamat: Empire Damansara, 102 First Floor, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Laman Web: NIPPORI – HARAJU HOLDINGS
Instagram: Nippori Japanese Home Cafe (@nipporicafe) • Instagram photos and videos
Facebook: Nippori – Home | Facebook
———–
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.