Amazin’ Graze ialah syarikat makanan ringan tempatan yang mencipta makanan ringan yang sihat dan lazat. Mereka telah menghasilkan pelbagai jenis makanan ringan dan salah satunya ialah granola. Snek Granola keluaran syarikat ini terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Apa itu Granola? Granola ialah bijirin berasaskan oat yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau sebagai snek.
Jika dibandingkan dengan granola jenama lain, granola jenama Amazin’ Graze adalah unik kerana ia dibakar setiap minggu bagi membolehkan para pelanggan merasa keaslian perisa sebenar snek tersebut. Produk mereka juga bebas daripada sebarang gula halus dan bahan tambahan tiruan supaya anda boleh mengunyah snek yang sihat pada bila-bila masa. Berikut ialah 8 Amazin’ Graze Granola terbaik di Malaysia.
Apakah yang membuatkan Amazin’ Graze berbeza?
Oleh kerana pilihan granola yang luas di pasaran, adalah wajar sekiranya anda rambang mata untuk membuat pilihan. Jangan risau, terdapat beberapa sebab yang boleh membantu anda membuat pilihan snek yang bijak. Banyak produk Amazin’ Graze yang mendapat pensijilan halal dengan mengetengahkan pelbagai perisa untuk dipilih. Selain itu, snek ini juga tahan lama.
- Halal
Produk Amazin’ Graze dibuat dalam kemudahan yang diperakui HACCP yang bebas daripada daging dan alkohol. Majoriti barangan mereka adalah Halal, dan status Halal setiap produk boleh disahkan di laman web rasmi mereka.
- Pelbagai Perisa
Mereka memberikan anda pelbagai pilihan perisa Asia yang inovatif supaya anda bebas untuk memilih perisa berdasarkan citarasa anda. Jenama ini sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran apabila ingin mencuba rasa snek yang baru.
- Tahan Lama
Makanan ringan Amazin’ Graze mempunyai jangka hayat yang panjang, antara 9 bulan hingga setahun. Jadi, walaupun anda telah membuka bungkusannya bagi tempoh yang lama, snek ini masih mengekalkan kerangupannya dan kekal lebih segar daripada granola lain.
8 Amazin’ Graze Granola Terbaik di Malaysia 2025
1. Amazin’ Graze Salted Gula Melaka Granola

Amazin’ Graze Salted Gula Melaka Granola ialah snek vegan yang boleh dinikmati dengan pelbagai cara. Ia diinspirasikan daripada bahan-bahan asli di Malaysia yang menjadikan granola yang lazat ini sebagai cetusan hidangan snek di Asia Tenggara. Bahan-bahan semula jadi ini disalut dengan sirap Gula Melaka yang kaya dengan perisa bagi membolehkan anda merasai rasa manis yang seimbang.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Traditional Rolled Oats, Sirap Gula Melaka, Parut Kelapa, Gula Kelapa, Kranberi Kering, Mulberi Kering, Flax Seeds, Gajus, Minyak Kelapa, Badam, Biji Bunga Matahari
- Berat: 250g
Kelebihan:
✅ Manis
✅ Lazat
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Amazin’ Graze Blueberry Goji Coconut Granola

Amazin’ Graze Blueberry Goji Coconut Granola boleh digunakan sebagai topping yang rangup untuk yogurt, oat dan juga aiskrim anda. Ia penuh dengan oat gulung tradisional, kelapa parut, chia seeds, goji berries, blueberies dan banyak lagi, bagi memastikan anda dapat menikmati pilihan snek yang lebih sihat. Snek granola ini merupakan makanan super yang boleh membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Traditional Rolled Oats, Madu, Kelapa Parut, Minyak Canola Non-GMO, Gajus, Gula Kelapa, Goji Berries, Chia Seeds, Badam, Blueberi Kering, Kismis Hitam, Garam Laut
- Berat: 250g
Kelebihan:
✅ Menyihatkan
✅ Kaya dengan fiber
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Amazin’ Graze Low Sugar Wild Strawberry Granola

Amazin’ Graze Low Sugar Wild Strawberry Granola adalah pilihan ideal untuk mereka yang memantau pengambilan gula dalam kehidupan seharian mereka. Granola yang diperbaharui ini dibuat dengan pemanis semula jadi yang dipanggil Erythritol yang terdapat dalam buah-buahan tertentu. Ia penuh dengan protein dan serat kerana berdasarkan fakta, setiap hidangan mempunyai 5% kurang gula.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Traditional Rolled Oats, Erythritol, Puree Raspberi, Puree Strawberi, Minyak Canola Non-GMO, Biji Tembikai Putih, Chia Seeds, Parut Kelapa tanpa Gula, Strawberi Sejuk Beku, Garam Laut
- Berat: 250g
Kelebihan:
✅ Menyihatkan
✅ Kurang Manis
Harga: RM20.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Amazin’ Graze Banana Bread Granola

Amazin’ Graze Banana Bread Granola membolehkan anda memanjakan deria anda dengan oat gulung tradisional dan flax seeds emas yang disalut sepenuhnya dalam puri pisang yang asli. Ia kaya dengan tenaga dan kalium kerana menggunakan pisang sebagai bahan utama. Granola ini juga ditaburi dengan kulit kayu manis yang memberikan anda rasa yang lazat dengan pada gigitan.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Traditional Rolled Oats, Madu, Puree Pisang, Minyak Canola Non-GMO, Pisang Kering, Gula Kelapa, Pecans, Walnut, Flax Seeds, Kulit Kayu Manis, Garam Laut
- Berat: 250g
Kelebihan:
✅ Rasa semula jadi
✅ Rasa buah-buahan
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Amazin’ Graze Cacao Berry Granola with Lion’s Mane

Amazin’ Graze Cacao Berry Granola dengan Lion’s Mane ialah gabungan sempurna bahan-bahan yang merangsang otak seperti biji koko, walnut dan Lion’s Mane. Salah satu bahan utama ialah Lion’s Mane yang kaya dengan antioksidan yang melindungi otak daripada tekanan oksidatif. Campuran granola ini mengandungi ciri-ciri anti-radang dan meningkatkan imuniti yang penting untuk kesihatan seseorang.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Traditional Rolled Oats, Agave Nectar, Gula Kelapa, Serbuk Dark Cacao, Minyak Canola Non-GMO, Walnut, Biji Labu, Flax Seeds, Mulberi, Goji Berries, Blueberi Kering, Biji Cacao, Garam Laut, Lion’s Mane
- Berat: 250g
Kelebihan:
✅ Anti-Keradangan
✅ Berkhasiat untuk otak
Harga: RM19.86
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Amazin’ Graze Coconut Kaya Granola

Amazin’ Graze Coconut Kaya Granola ialah versi granola ‘kuih kapit’, iaitu makanan ringan di Malaysia. Ia diperbuat daripada oat yang sihat dan digulung secara tradisional dengan chia seeds serta disaluti dengan jem kaya yang banyak. Granola unik ini didatangkan dengan haruman manis daun pandan dan juga vanila yang merupakan kegemaran orang Asia.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Traditional Rolled Oats, Kelapa Parut, Madu, Gula Kelapa, Pecans, Badam, Serbuk Kelapa, Kranberi Kering, Minyak Canola Non-GMO, Chia Seeds, Serbuk Kuning Telur, Daun Pandan, Garam Laut
- Berat: 250g
Kelebihan:
✅ Unik
✅ Mengenyangkan
Harga: RM18.91
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Amazin’ Graze Apple Crumble Granola

Amazin’ Graze Apple Crumble Granola disyorkan untuk seseorang yang mencari pilihan crumble epal yang lebih sihat untuk dinikmati. Granola ini disalut dengan puri epal asli, serbuk kulit kayu manis dan serbuk buah pala dengan sempurna sekaligus memperkayakan rasa granola. Granola ini merupakan campuran bahan-bahan semula jadi yang menenangkan dan boleh memenuhi keinginan anda untuk memakan snek berperisa epal.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Traditional Rolled Oats, Pecans, Badam, Flax Seed, Rice Puff, Puree Epal, Tepung Oat, Gula Kelapa, Madu, Serbuk Kulit Kayu Manis, Serbuk Buah Pala, Minyak Canola, Garam Laut, Epal Kering-Sejuk Beku, Kismis Hitam
- Berat: 250g
Kelebihan:
✅ Sesuai dimakan pada bila-bila masa
✅ Sedap
Harga: RM18.91
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Amazin’ Graze Fig and Chai Granola with Prebiotics

Amazin’ Graze Fig dan Chai Granola dengan Prebiotik boleh membantu anda mencegah masalah pencernaan seperti senak perut dan kembung perut. Bahan semula jadi yang digunakan bagi membuat snek ini termasuklah kulit kayu manis, kunyit, halia, buah tin dan chia seeds yang telah digabungkan dengan teliti untuk menghasilkan granola yang sesuai bagi usus. Ia juga dicampur dengan buah tin organik, kerepek kelapa rangup dan badam yang memberikan anda berasa rangup dan nikmat pada setiap gigitan.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Traditional Rolled Oats, Agave Nectar, Kerepek Kelapa tanpa Gula, Serbuk Akar Chicory, Minyak Kelapa, Molasses Organik, Badam, Gajus, Chia Seeds, Buah Tin Organik, Campuran Rempah, Serbuk Lada Hitam, Garam Laut
- Berat: 250g
Kelebihan:
✅ Melancarkan Penghadaman
✅ Memberi Tenaga
Harga: RM20.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.