Bagi mereka yang memakai kaca mata, sudah tentu bekas kaca mata merupakan item terpenting untuk menyimpan kaca mata dengan selamat. Selain mengelakkan kaca mata daripada tercalar, ia juga boleh melindungi kaca mata daripada debu. Kaca mata merupakan satu item yang mahal, bergantung kepada kuasa lensa si pemakai. Jadi, mempunyai kaca mata yang berkualiti boleh memerlukan wang yang banyak. Oleh sebab itu, bekas kaca mata diperlukan untuk melindungi kaca mata dengan baik.
Selain itu, anda juga boleh membawa kaca mata ke mana-mana sahaja dengan mudah. Dengan adanya bekas kaca mata, anda boleh meletak ia di dalam beg anda untuk ke tempat kerja, sekolah atau ke mana sahaja yang diinginkan. Oleh sebab itu, kami senaraikan 8 bekas kaca mata terbaik untuk anda di Malaysia.
Bagaimanakah Anda Menjaga Kaca Mata Anda?
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menjaga kaca mata anda. Anda boleh meletak kaca mata anda di dalam bekas kaca mata anda dengan selamat. Selain itu, anda juga boleh meletak kaca mata anda menghadap ke atas agar cermin kaca mata tidak tercalar sewaktu berada di dalam bekas kaca mata.
Bagaimanakah Anda Tahu Anda Perlu Memakai Kaca Mata?
Jika anda mendapati penglihatan anda semakin kabur, anda perlu ke kedai cermin mata untuk melakukan pemeriksaan mata. Pakar oftalmologi dan pakar optik akan memeriksa penglihatan anda. Mereka akan melakukan beberapa ujian dan menentukan kuasa lensa mata anda. Seterusnya, pemilihan kaca mata dilakukan bersama dengan kanta kaca mata yang disaluti ‘power’.
8 Bekas Kaca Mata Yang Terbaik di Malaysia 2023
1. Crack Eyewear Spectacle Casing
Crack Eyewear Spectacle Casing adalah bekas kaca mata yang tahan lasak dan praktikal untuk menyimpan kaca mata anda. Bekas kaca mata ini datang dalam bentuk silinder yang luas. Bekas kaca mata ini tidak akan merosakkan kaca mata anda. Hal ini kerana ia mempunyai rangka luar yang kuat dan tahan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan: Fabrik, metal
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Kukuh
✅Luas
✅Tidak mudah rosak
Harga: RM6.80
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. NEXTSHOP Spectacles Case
NEXTSHOP Spectacles Case ini dibina dalam bentuk segi empat tepat yang membolehkan anda untuk meletakkan kaca mata anda dengan selamat dan kemas. Kaca mata ini datang dengan pelbagai jenis warna seperti, putih, hitam, biru, perang, merah, emas dan kelabu gelap. Jadi, anda boleh memilih warna yang bersesuaian dengan keinginan dan gaya anda. Bekas kaca mata ini mudah dibuka dan ditutup disebabkan oleh ciri kepak yang dimasukkan dalam rekaan ini.
Spesifikasi:
- Bahan: Metal
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Pelbagai warna
✅Mudah untuk dibuka dan ditutup
✅Tidak akan mencalarkan kaca mata
Harga: RM5.22 – RM5.51
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. SUBEI Spectacles Case
SUBEI Spectacles Case adalah bekas kaca mata yang sesuai untuk semua jenis kaca mata seperti kaca mata untuk membaca, kaca mata kanak-kanak dan kaca mata hitam. Bekas kaca mata ini mempunyai rekaan yang ringkas, sekali gus melindungi kaca mata anda daripada sebarang kerosakan dan calar. Selain itu, ia mempunyai pelbagai jenis warna neutral yang boleh digayakan dengan pelbagai gaya pemakaian.
Spesifikasi:
- Bahan: Besi, Kulit
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Sesuai dengan semua jenis cermin mata
✅Rekaan yang ringkas
✅Warna-warna yang neutral
Harga: RM5.30 – RM5.40
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. OKDEALS Soft Optical Glasses Case
OKDEALS Soft Optical Glasses Case adalah bekas kaca mata yang tidak mahal dan mudah digunakan. Bekas kaca mata ini membolehkan anda menyimpan kaca mata anda dengan selamat. Selain itu, anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja kerana ia ringan dan boleh disimpan di dalam beg tangan anda. Bekas kaca mata ini lembut dan terdiri daripada pelbagai jenis warna terang. Jadi, anda akan mudah menemuinya di antara barangan anda yang disimpan di dalam beg tangan. Bekas kaca ini juga diperbuat daripada fabrik felt dan lembut untuk permukaan kaca mata anda. Ia mempunyai tali yang boleh ditarik untuk memastikan kaca mata tersimpan dengan rapi.
Spesifikasi:
- Bahan: Felt, Fabric
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Ringan
✅Pelbagai pilihan warna yang terang
✅Penutup bertali
Harga: RM1.83
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Pica Pau Retro Glasses Case
Pica Pau Retro Glasses Case adalah rekaan bekas kaca mata yang vintage dan sesuai dengan anda yang meminati rekaan klasik. Bekas kaca mata ini mempunyai pemegang yang bertujuan untuk memastikan kaca mata yang disimpan dengan rapi dan kemas ketika anda memegangnya. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pilihan warna-warna asas yang menarik dengan sentuhan akhir yang berbeza seperti matte and glossy.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC Leather
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Penutup jenis pemegang (seperti tali pinggang)
✅Rekaan ‘vintage’
✅2 sentuhan akhir yang berbeza
Harga: RM8.90 – RM13.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Blueh Spectacles Case
Blueh Spectacle Case adalah rekaan bekas kaca mata yang kosong dan ringkas untuk anda yang suka akan reka bentuk yang minimalis. Selain itu, ia juga lebih praktikal dan mudah disesuaikan dengan mana-mana gaya pemakaian dan personaliti anda. Bekas kaca mata ini boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik. Selain itu, ia sesuai untuk digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Dewasa, Kanak-kanak
Kelebihan:
✅Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak
✅Pelbagai pilihan warna
✅Rekaan yang praktikal dan ringkas
Harga: RM2.61
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Autumnam Triangle Cartoon Glasses Case
Autumnam Triangle Cartoon Glasses Case adalah satu rekaan bekas kaca mata yang unik. Bekas kaca mata ini direka bentuk segi tiga. Bentuk rekaan ini membolehkan kaca mata anda mempunyai ruang yang luas di dalam bekas tersebut. Selain itu, rekaan ini juga mengelakkan kaca mata anda daripada rosak, tercalar atau terhimpit apabila anda menggunakan bekas kaca mata ini. Bekas kaca mata ini didatangi dengan pelbagai rekaan bercorak haiwan yang artistik dan berwarna-warni. Jadi, ia pasti memberikan aura yang menarik kepada si pemakainya.
Spesifikasi:
- Bahan: Faux leather
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Pelbagai corak rekaan haiwan
✅Berbentuk segi tiga
✅Tidak toksik
Harga: RM5.10 – RM5.65
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Melody Goods Spectacles Case
Melody Goods Spectacles Case adalah bekas kaca mata yang mempunyai kombinasi rekaan vintage dan moden. Rekaan ini dapat menepati cita rasa si pemakai yang menggemari gaya moden dan klasik. Selain itu, ia boleh didapati dalam pelbagai warna pastel atau lembut. Bekas kaca mata ini sesuai buat mereka yang gemarkan gaya minimalis dan ringkas. Ia juga boleh dipadankan dengan gaya dan personaliti anda yang tersendiri. Paling penting, bekas kaca mata ini mempunyai lapisan dalam baldu yang bertindak untuk melindungi kanta kaca mata anda daripada tercalar.
Spesifikasi:
- Bahan: PU Leather, Metal, Fabrik
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu saiz sahaja
Kelebihan:
✅Boleh didapati dalam warna-warna ‘pastel’ atau lembut
✅Lapisan dalam baldu
✅Tahan lasak
Harga: RM5.70
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.