Puchong merupakan bandar yang paling besar di Lembah Klang, terletak kira-kira 27 km dari pusat bandar Kuala Lumpur dan bersempadan dengan bandar lain seperti Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara dan Shah Alam.
Disebabkan kedudukannya yang strategik, Puchong telah berkembang pesat menjadi sebuah bandar popular dengan pelbagai kawasan perindustrian, pusat membeli-belah, kawasan perumahan dan banyak lagi, sekali gus menjadikannya tempat yang ideal untuk didiami. Walaupun Puchong lebih dikenali sebagai pusat perindustrian namun jangan salah sangka, Puchong juga mempunyai sejumlah besar kafe menarik yang boleh anda kunjungi bersama keluarga dan rakan. Berikut adalah 8 kafe terbaik di Puchong yang wajib anda kunjungi ketika berada di sana.
Bagaimana Hendak Mencari Kafe yang Sesuai Untuk Anda di Puchong?
Terlalu banyak kafe menarik yang boleh didapati di Puchong sehingga membuatkan anda bercelaru hendak memilih mana satu? Anda jangan bimbang, dengan melakukan beberapa langkah seperti mengetahui lokasi yang tepat, menyemak menu dan menetapkan bajet boleh membantu anda dalam mencari kafe yang sesuai untuk dikunjungi.
Apakah Jenis Makanan Boleh Didapati Di Kafe?
Setiap kafe menyajikan menu yang berbeza pada kadar harga yang berbeza, tetapi terdapat beberapa perkara yang sentiasa tersedia di kafe antaranya seperti kek, pastri, kopi dan minuman bukan kopi seperti matcha dan teh berperisa. Pelanggan juga boleh memilih pelbagai variasi menu makanan dan minuman mengikut cita rasa tersendiri.
8 Kafe Terbaik di Puchong 2023
1. Baiwago Plus Cafe Puchong


Baiwago Plus Cafe adalah sebuah kafe yang ideal bagi pecinta kopi, ia terletak di Bandar Puchong Jaya. Ia mempunyai suasana yang tenang dan ruang makan yang mencukupi untuk anda meluangkan masa bersama rakan anda. Kafe 2 tingkat ini menyajikan pelbagai variasi kek dan kopi untuk dipilih berdasarkan citarasa anda, antara menu popularnya ialah “Chocolate Croissant”, “Banana Chocolate Cake” dan “French Latte”.
Alamat: 5, Jalan Kenari 17f, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 12:00 pagi (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
2. Soufflé Dessert Cafe @ Puchong


Soufflé Dessert Cafe merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan minimalis terletak di tingkat satu Kompleks Kenari, Puchong. Kafe ini menyajikan pelbagai variasi pencuci mulut yang menyelerakan seperti “pancake souffle”, “wafel” dan juga “kakigori”. Ekoran mempunyai kepelbagaian jenis pencuci mulut menjadikan kafe ini pilihan yang sempurna untuk anda yang menggemari “dessert”.
Alamat: NO 1-7, tingkat 1, Kompleks Kenari, Jalan Kenari 19a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi:
- 2:00 petang – 11:00 malam (Isnin – Ahad)
- 2:00 petang – 12:00 pagi (Jumaat – Sabtu)
- Ditutup pada hari Selasa
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
3. Ground Eatery


Ground Eatery mempunyai reka bentuk dalaman yang moden dengan siling tinggi dan dinding bata terdedah, menjadikannya kafe yang sempurna untuk mengambil gambar (insta-worthy). Antara hidangan popular yang wajib anda cuba di kafe ini adalah “Topped with Coconut”, “Bacon Mushroom Carbonara” dan “Dino Eggs”. Kafe ini juga telah menerima banyak ulasan positif mengenai kakitangannya yang prihatin dan mesra.
Alamat: G-09, Tingkat Bawah, Menara 4&5, PFCC, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi:
- 11:00 pagi – 9:00 malam (Setiap Hari)
- Ditutup pada hari Rabu
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
4. The Depot 11 by JWC


Dengan gaya yang berkonsepkan kontemporari dan moden, The Depot 11 by JWC ini membawa suasana yang sangat classy. Bukan itu sahaja ia juga menawarkan harga yang berpatutan. Wafel di kafe ini antara menu wajib yang harus anda cuba, teksturnya yang sempurna, rangup di luar namun gebu di dalam mampu mengiurkan sesiapa sahaja.
Alamat: 11, Jalan PPU 2A, Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
5. Sam’s Caffé


Sam’s Caffé adalah kafe santai dan “simple” yang terletak di Puchong. Jika anda buntu hendak makan western atau tempatan, Sam’s Caffé merupakan pilihan yang terbaik kerana menyajikan pilihan masakan gabungan Asia dan barat mengikut kesukaan anda. Kafe ini menjanjikan hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan. Sangat berbaloi jika anda makan di sini.
Alamat: No AG, Dataran Puchong, 10, Jalan PU 7/1, Taman Puchong Utama, 47140 Puchong, Selangor
Waktu Operasi:
- 10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
- 9:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu – Ahad)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
6. Tipsy Brew O’Coffee


Tipsy Brew O’Coffee ialah sebuah kafe yang mempunyai reka hias yang selesa dan nyaman membuatkan pengunjung berasa selesa untuk menikmati makanan yang dihidangkan bersama seisi keluarga. Kafe ini terletak di Setia Walk, Puchong dan beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis. Bagi bukan penggemar kopi jangan gentar dengan namanya kerana Tipsy Brew O’Coffee juga menyajikan minuman selain kopi yang boleh dinikmati seperti “Kiwi Strawberry Tea” dan “Mango Smoothies”.
Alamat: Blok C Setia Walk C, 07-G, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Puchong, Selangor
Waktu Operasi:
- 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
- Ditutup pada hari Khamis
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
7. Empty Cup Coffee Roastery


Empty Cup Coffee Roastery adalah sebuah kafe terletak di Bandar Puchong Jaya. Saiznya yang luas dan reka bentuk dalaman yang moden serta dihiasi dengan kata motivasi menjadikannya tempat yang sesuai untuk bekerja, belajar atau melepak. English Breakfast, Mala Smoked Duck Pasta dan Coffee Latte antara menu terbaik yang boleh anda cuba. Jadi, jangan lupa singgah ke sini bila anda berada di Puchong.
Alamat: 1-2, Prima Avenue, 3, Jalan Cenuk 1, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 9:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
8. Sipping Corner Cafe


Bagi anda yang sukakan suasana kehijauan taman yang menyejukkan hati, apa kata anda berehat daripada melihat hutan konkrit dan pergi makan di Sipping Corner Cafe. Reka bentuk tempat ini sesuai untuk anda yang inginkan suasana yang tenang. Sipping Corner Cafe terletak di bangun yang agak tersembunyi di Bandar Puteri. Kafe ini menyajikan pelbagai hidangan ringan, seperti kopi dan kek untuk anda nikmati sambil berehat dalam suasana yang damai. Beroperasi pada setiap hari dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang. Datanglah dan rasai keistimewaan Sipping Corner Cafe.
Alamat: 78G, Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.