Setiap orang ingin mempunyai alat tulis yang cukupi dan berkualiti supaya hari mereka berjalan dengan lancar sama ada di tempat kerja mahupun di sekolah. Alat tulis amat diperlukan dan kekal sebagai alat utama yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Tanpa alat tulis yang berkualiti dan lengkap, ia mungkin akan mengganggu mood anda untuk bekerja atau belajar.
Di Malaysia, terdapat banyak kedai alat tulis yang hebat untuk dikunjungi oleh anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis alat tulis di kedai-kedai tersebut dan membelinya pada harga yang berpatutan. Berikut ialah senarai 8 Kedai Alat Tulis terbaik di Malaysia 2025.
Mengapakah kita memerlukan alat tulis?
Walaupun zaman teknologi kini banyak menggunakan komputer dan perisian canggih, namun alat tulis seperti pensil dan kertas terus menjadi pilihan keperluan bagi setiap peringkat umur. Cuba bayangkan kalau komputer anda kehabisan bateri, atau perisian anda rosak, bagaimana anda hendak melakar atau menulis perkara yang penting jikalau tidak menggunakan alat tulis seperti pen atau pensel?
Lagi pula, kedai alat tulis menjual banyak kelengkapan seni yang diperlukan oleh pembeli yang mengambil jurusan arkitek mahupun seni di universiti. Mereka pasti memerlukan pelbagai berus mewarna dan juga cat yang pelbagai jenis untuk menyiapkan kerja dan tugasan mereka.
8 Kedai Alat Tulis Terbaik di Lembah Klang 2025
1. Jasema Enterprise



Jasema Enterprise ialah tempat yang bagus jika anda ingin mencari buku teks, buku rujukan dan buku kerja. Daripada setingkat, kini mereka membesarkan kedai mereka menjadi dua tingkat dan menempatkan banyak buku dan alat tulis untuk pilihan anda. Kedai ini dibuka setiap hari dan menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: 159, 161, & 163, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
2. Becon @ Glenmarie



Di Becon, anda ditawarkan dengan banyak pilihan alat tulis seperti fail, kanvas lukisan, cat warna, pengasah pensil dan banyak lagi. Pendek kata, datanglah ke sini untuk menyaksikan betapa banyaknya pilihan alat tulis yang disediakan!
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (9.00 pagi-6.00 petang), Sabtu (9.00 pagi-am-4.00 petang)
Alamat: 11 13 & 15, Jalan Juruanalisis U1/35, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
3. Pustaka Rakyat (Setapak) Sdn Bhd



Pustaka Rakyat menjual pelbagai jenis buku seperti buku teks, buku ulang kaji, novel, buku cerita, bukan fiksyen, buku Islam dan banyak lagi. Selain itu, PUSTAKA RAKYAT juga menyediakan perkhidmatan bekalan one-stop untuk semua keperluan persekolahan dari peringkat pra-sekolah sehinggalah kepada sekolah menengah.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-9.45 malam)
Alamat: No 6 & 8, Jalan Usahawan 7, Off, Jalan Kilang, Setapak, Wilayah Persekutuan, 53300 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
4. Stickerrific



Stickerrific ialah kedai alat tulis mini yang terletak di tengah-tengah Petaling Jaya. Kedai ini menyediakan pelbagai pilihan bekalan seni dan alat tulis seperti cat air, jurnal, cop, alat tulis, pelekat dan banyak lagi.
Waktu operasi: Isnin, Rabu-Ahad (11.30 pagi-7.00 petang)
Alamat: C-31-G (Level G) Block C, Jaya One Jalan Profesor Ungku Diraja Aziz, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
5. Five Star Stationery Sdn Bhd



Kedai ini menjual pelbagai alat tulis asas seperti pen, pensel, kertas lukisan dan juga buku. Semua peralatan yang dijual di sini meliputi peralatan untuk sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: 23, Jln Equine 10, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
6. Smiggle Kuala Lumpur



Smuggle di Mid Valley Megamall ini terkenal dengan barang jualan mereka seperti beg sekolah, bekas pensil dan alat tulis yang lain. Dikatakan beg sekolah keluaran kedai ini diperbuat daripada fabrik yang lembut dengan rekaan kartun atau animasi yang dapat menarik perhatian kanak-kanak. Disebabkan itu, ramai ibu bapa membeli beg sekolah di sini untuk anak-anak mereka.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: LG 008, Lower Ground Floor, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
7. CzipLee Bangsar



CzipLee Bangsar ialah kedai alat tulis yang terkenal di Kuala Lumpur. Kedai ini menyediakan banyak pilihan alat tulis yang berkualiti seperti rak pen dan fail kertas, pad ujian dan banyak lagi. Selain itu, kedai ini juga mengutamakan kekemasan dan setiap barangan di sini disusun mengikut labelnya bagi memudahkan para pelanggan untuk memilihnya.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: 1 & 3, Jln Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
8. PenGallery



Pen Gallery Malaysia menjual banyak alat tulis mewah seperti fountain pen, pen kaligrafi dan banyak lagi. Anda boleh mendapatkan barangan yang anda kehendaki di sini dengan mudah kerana mempunyai banyak pilihan dan layanan staf kedai ini juga mesra.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10.00 pagi-7.00 petang)
Alamat: 1st Floor, 60A, Jalan SS 2/72, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.