Kedai haiwan peliharaan ialah tempat di mana anda boleh mendapatkan bekalan haiwan kesayangan tidak kiralah daripada makanan sehinggalah kepada aksesori mereka. Selain membeli kelengkapan haiwan kesayangan anda secara dalam talian, anda juga boleh melawat kedai mereka untuk melihat tawaran dan koleksi kelengkapan serta makanan dengan lebih dekat.
Selain itu, berkunjung sendiri ke kedai haiwan peliharaan merupakan idea yang baik kerana anda boleh melihat sendiri produk tersebut di depan mata. Ia juga dapat membantu anda untuk melihat produk baru yang dikeluarkan di sana dengan lebih jelas lagi.
Bagaimanakah anda mencari kedai haiwan peliharaan yang sesuai?
Selangor mempunyai banyak kedai haiwan peliharaan jadi tidak susah untuk anda mencari kedai yang sesuai dan menepati kehendak anda. Mencari kedai haiwan peliharaan yang menjual bekalan yang betul adalah penting bagi mengelakkan pembaziran masa dan tenaga anda untuk pergi ke sana. Berikut ialah tip bagi memudahkan urusan pembelian dan pencarian anda.
- Hubungi kedai tersebut
Hubungi kedai haiwan peliharaan tersebut untuk bertanya tentang produk yang ingin anda beli bagi menjimatkan masa anda. Jika produk itu ada dijual di sana, barulah anda pergi ke kedai tersebut untuk membelinya, atau memesan sahaja secara dalam talian. Itu lebih mudah!
- Bandingkan harga
Berbelanja dengan bijak. Bandingkan harga barangan yang anda ingin beli secara dalam talian. Layari laman web mereka dan buatlah pilihan terbaik untuk haiwan peliharaan anda mengikut bajet anda.
- Lokasi
Cari kedai haiwan peliharaan berhampiran dengan kediaman anda yang mempunyai semua bekalan yang anda perlukan bagi mengelakkan pembaziran masa di atas jalan.
8 Kedai Haiwan Peliharaan Terbaik di Selangor 2025
1. Xian Long Aquatic Sdn. Bhd.


Xian Long Aquatic ialah sebuah kedai akuatik yang terletak di Seksyen 23, Shah Alam. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin, dari pukul 10 pagi sehinggalah pukul 7 petang. Kedai ini sungguh besar dan luas kerana dapat memuatkan pelbagai saiz akuarium. Selain itu, kedai ini juga menawarkan pilihan makanan ikan dan ikan yang boleh anda pilih untuk dijadikan haiwan peliharaan anda.
Alamat: 12, Jalan Ringgit 23/11, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 7.00 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
2. Sifoo Pets Shah Alam


Sifoo Pets adalah 100% milik tempatan dan terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Kedai ini menyediakan perkhidmatan in-store dan pickup untuk memudahkan anda. Selain itu, kedai ini juga menjual pelbagai jenis bekalan makanan haiwan peliharaan selain menjadi kedai haiwan peliharaan yang digemari oleh ramai pengunjung.
Alamat: Metia Residence, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 pagi – 10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
3. 88 Pets Mart Sdn. Bhd. (Pet Shop Petaling Jaya)


Kedai ini telah ditubuhkan pada tahun 1985. Ia komited untuk membawa kegembiraan kepada anda dan haiwan peliharaan anda. Kedai ini menyediakan perkhidmatan yang hebat dan pelbagai bekalan makanan serta aksesori untuk haiwan kesayangan anda. Kedai ini juga menyediakan hotel haiwan peliharaan termasuklah untuk haiwan yang kecil, sesi dandanan haiwan, spa serta kolam renang untuk haiwan kesayangan anda.
Alamat: 20, Jalan PJU 1/3d, Sunway Mas Commercial Center, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Hari bekerja (10.00 pagi – 7.00 petang), Hari minggu (9.00 pagi – 7.00 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
4. Petico.my Sunway Mentari


Petico.my Sunway Mentari ini terletak di Petaling Jaya. Kedai ini mempunyai 3 pilihan perkhidmatan seperti beli-belah dalam kedai, pickup di tepi jalan dan juga penghantaran ke rumah anda. Kedai ini turut mempunyai laman web yang kemas dan dibangunkan dengan baik bagi membolehkan anda melayarinya dengan selesa.
Alamat: Block A-103 (Ground Floor), Mentari Business Park, Jalan PJS 8/5, Dataran Mentari, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Hari bekerja (10.30 pagi – 8.00 malam), Hari minggu (10.00 pagi – 7.00 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
5. PetsRus Pelabuhan Klang


PetsRus ialah kedai haiwan peliharaan yang terletak di Pelabuhan Klang. Kedai ini menyediakan perkhidmatan dandanan dan asrama untuk kucing dan anjing. Ia juga mempunyai laman web untuk anda mendapatkan temu janji sesi dandanan atau asrama untuk haiwan peliharaan kesayangan anda.
Alamat: 9, Jalan Bayu Tinggi 7, Taman Bayu Perdana, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu (10.30 pagi – 8.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
6. Pet Lovers Centre – SS2 Central


Kedai ini merupakan pilihan kedai haiwan peliharaan nombor satu di Malaysia. Selain popular dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan, kedai ini mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Kedai ini juga mempunyai laman web yang membolehkan anda mencari makanan atau bekalan aksesori lain untuk anjing, kucing atau haiwan peliharaan yang lain.
Alamat: 15, Jalan SS 2/64, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
7. Mr Pet Store


Mr Pet Store ini terletak di Batu Caves. Ia menawarkan perkhidmatan membeli-belah di dalam kedai dan perkhidmatan pick-up bagi memudahkan anda. Kedai ini menjual pelbagai jenis sangkar dan aksesori untuk haiwan kesayangan anda dengan harga yang berpatutan.
Alamat: 26, Jalan Dua, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi–10.00 malam), Jumaat (10.00 pagi-1.00 petang, 2.30 petang– 10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
8. Amycatz Setia Alam


Amycatz ini terletak di Setia Alam. Kedai ini memfokuskan kepada penjualan bekalan kucing seperti makanan, aksesori, makanan tambahan, mainan dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan. Anda boleh membeli barang di kedai, atau menggunakan perkhidmatan penghantaran yang mereka sediakan.
Alamat: Jalan Setia Indah Y U13/Y, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 9.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.