Memandangkan Hari Raya semakin hampir, anda mesti memikirkan pakaian jenama apa yang ingin anda gayakan pada Hari Raya tahun ini. Sama ada jenama antarabangsa ataupun tempatan, semuanya bergantung kepada kualiti dan harga yang dikenakan ke atas pakaian tersebut, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan jenama tempatan. Memilih baju raya yang cantik, selesa dan berpatutan adalah penting bagi menjamin mood anda sepanjang Hari Raya.
Jenama tempatan mempunyai kelebihan tersendiri apabila dikaitkan dengan baju raya. Walaupun rangkaian baju raya itu tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, namun kebanyakan kualiti baju yang terhasil adalah bermutu dan berpatutan. Bahkan, ada juga jenama besar yang menawarkan perkara seumpamanya seperti jenama tempatan. Yang penting, anda harus tahu pilihan anda.
Bagaimanakah menentukan jenama pakaian tempatan terbaik untuk pakaian Raya anda?
Memilih pakaian jenama tempatan untuk pakaian raya anda sememangnya satu hal yang penting. Mengapa? Kerana jika pakaian yang dipilih itu tidak menepati citarasa anda, maka mood anda akan rosak sepanjang hari. Memandangkan terdapat banyak pilihan pakaian raya di luar sana, anda harus membuat perancangan bajet, corak rekaan dan mengetahui review pengguna di butik tersebut terlebih dahulu sebelum membelinya.
- Harga
Memandangkan kebanyakan jenama lokal berfungsi secara persendirian, maka kos pembuatan pakaian boleh menjadi tinggi sekaligus harga pakaian juga akan menjadi mahal. Jadi, adalah penting jika anda tidak melebihi bajet ketika berbelanja.
- Corak Rekaan
Setiap jenama lokal mempunyai corak rekaan istimewa mereka untuk menarik perhatian para pembeli. Adalah penting untuk anda mengetahui corak dan warna pilih pakaian mana yang hendak anda dapatkan sewaktu di butik berkenaan.
- Reviews
Memandangkan jenama lokal kebanyakannya tidak mempunyai kedai fizikal yang boleh dikunjungi, mereka banyak memasarkan rangkaian pakaian rekaan mereka melalui laman web. Jadi anda perlu menganalisis setiap review yang dibuat ke atas butik tersebut sebelum membeli baju raya anda.
8 Kedai Pakaian Jenama Lokal untuk Raya di Malaysia 2023
1. Jakel Mall



Jakel ialah salah satu jenama tempatan yang terkenal apabila berbicara tentang pakaian raya. Dengan 22 cawangan di seluruh Malaysia, Jakel merupakan destinasi wajib jika anda mencari fabrik atau pakaian raya yang sudah siap. Berkolaborasi dengan ramai selebriti Malaysia seperti Nabil Ahmad, Hairul Azreen, dan Aaron Aziz, Jakel merupakan destinasi membeli-belah Raya yang wajib anda kunjungi.
Keunikan: Mempunyai pelbagai jenis pakaian raya untuk dipilih
Alamat: Jakel Mall, Lot 159, Jakel Square Off, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, 50100 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web2. FashionValet HQ



Ditubuhkan pada tahun 2010, jenama premium ini telah mencapai popularitinya pada pertengahan 2010 melalui media sosial. Butik ini khusus dalam rekaan pakaian wanita selain mengeluarkan sub-jenama lain seperti tudung LILIT dan dUCK. Jika anda mencari butik tempatan mewah untuk membelanjakan wang anda, maka inilah destinasi yang mesti anda kunjungi.
Keunikan: Pilihan hijab daripada fabrik berkualiti dan pelbagai corak menarik
Alamat: 3.16, Level 3, Glo Damansara, 699, Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Laman web3. PrimaValet


Dahulu, butik ini hanya melancarkan beberapa rangkaian pakaian pertama mereka secara dalam talian. Kini, FashionValet sudah mempunyai kedai fizikal yang terletak di Bandar Baru Bangi! Butik ini menawarkan rekaan pakaian tradisional dan moden bagi pilihan baju raya seperti baju kurung dan baju melayu. Selain itu, pakaian rekaan butik ini juga menawarkan pelbagai corak dan warna untuk anda pilih dan gayakan pada Hari Raya.
Keunikan: Menawarkan banyak pilihan warna pakaian
Alamat: A-G-2 Block A Taman Ostia Utama Seksyen 14, Taman Ostia Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web4. Anaabu



Anaabu menawarkan pilihan pakaian yang menarik jika dilihat dari segi pemasaran mereka. Setiap rekaan pakaian mereka mempunyai sentuhan minimalis dan sedikit klasik. Dengan hanya menggunakan tona neutral dan bumi, Anaabu ini terkenal dengan rangkaian pakaiannya yang tradisional tetapi cantik. Jika anda mencari baju yang ringkas tetapi menawan, maka Anaabulah jawapannya.
Keunikan: Rekaan pakaian yang ringkas tetapi menawan
Alamat: 26, Jalan SS 18/1a, Ss 18, 47500 Subang Jaya, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web5. Jovian



Diasaskan oleh Jovian Mandagie, pereka fesyen yang terkenal Malaysia, jenama Jovian ini khusus dalam pakaian moden untuk wanita yang mengetengahkan nilai kesopanan. Barisan fesyen jenama ini kebanyakannya ialah kebaya moden, jubah dan baju kurung yang sesuai dipakai semasa Hari Raya, atau sebarang majlis.
Keunikan: Menampilkan elemen moden dalam rekaan pakaian
Alamat: 124, Jalan Maarof, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web6. Mimpi Kita



Mimpi Kita merupakan kedai pakaian lokal yang diasaskan oleh 3 adik-beradik perempuan di Malaysia. Rekaan logo kedai ini merupakan gabungan bentuk “I” yang mewakili setiap seorang daripada mereka. Rekaan pakaian mereka mengetengahkan pakaian tradisional yang diberi sedikit sentuhan moden agar nampak menawan dan segar sepanjang zaman. Jika anda meminati baju kurung klasik dan tradisional, anda boleh melawat kedai pakaian ini.
Keunikan: Baju kurung tradisional yang diberi sentuhan moden
Alamat: 63E, Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web7. Naelofar


Neelofa menubuhkan jenama pakaiannya, Naelofar yang khusus dalam rekaan tudung, beg tangan, dompet dan banyak lagi. Selain menawarkan pelbagai reka bentuk tudung, Naelofar juga mempunyai rangkaian tudung yang pelbagai warna, corak dan saiz untuk memenuhi kehendak para pelanggan. Jadi, anda boleh memilih tudung pilihan anda untuk digayakan bersama baju kurung pada Hari Raya nanti.
Keunikan:Pelbagai pilihan tudung yang ditawarkan
Alamat: TTDI Plaza, 2A, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web8. Fern



Fern Batik and Artisanal Collective pakar dalam menghasilkan pakaian moden yang bercorak batik untuk menarik hati para pelanggan. Jenama ini menawarkan pelbagai pakaian raya dengan corak batik yang luar biasa dan unik. Dengan memasukkan identiti batik di dalam setiap rekaannya, anda kelihatan lebih anggun dan tradisional ketika menggayakan pakaian rekaan butik ini.
Keunikan: Corak batik dalam setiap rekaan pakaian
Alamat : Bangsar Village II – UGF 17A, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman webDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.