Memilih kedai sukan yang menjual pakaian sukan sememangnya mudah, tetapi pernahkah anda terfikir adakah kedai sukan seperti ini seharusnya menjual peralatan sukan yang berkualiti? Benar, majoriti jenama sukan terkenal seperti Nike, Adidas dan Puma semuanya mempunyai cawangan kedai sukan mereka tersendiri yang menjual segalanya berkenaan sukan, daripada pakaian sehinggalah bola sepak.
Kedai sukan yang lengkap mesti menjual peralatan asas sukan. Ia bukan hanya berkenaan kasut atau pakaian sukan semata-mata. Dalam artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti kedai sukan yang sesuai untuk peminat sukan bagi mencari peralatan sukan buat aktiviti mereka. Berikut adalah 8 kedai sukan terbaik di Malaysia untuk anda yang pencinta sukan.
Bagaimanakah Mencari Kedai Sukan Yang Baik dan Lengkap?
Kedai sukan yang lengkap biasanya menjual pakaian dan peralatan sukan yang mesti memenuhi kriteria harga, kualiti dan kepelbagaian produk.
- Harga
Sesetengah produk sebenarnya bukanlah yang terbaik dari segi kemampuan seseorang kerana sepasang kasut boleh menelan belanja setengah ribu Ringgit Malaysia. Oleh itu, harga mampu milik adalah penting dalam memilih peralatan sukan di kedai sukan yang betul.
- Kualiti
Menjual peralatan sukan dengan harga yang murah sudah tentu disukai oleh ramai orang, tetapi jika ia tidak berkualiti, pasti menimbulkan masalah di kemudian hari. Oleh itu, adalah penting bagi kedai runcit sukan untuk menjual produk berkualiti tinggi kerana ia akan digunakan dalam aktiviti sukan yang melibatkan banyak pergerakan.
- Kepelbagaian produk
Memilih produk boleh menjadi sukar jika kedai itu tidak membuat jualan promosi. Oleh itu, kedai runcit sukan yang baik harus mempunyai jualan promosi yang mengetengahkan banyak peralatan dan pakaian sukan untuk para pelanggan pilih dan beli.
8 Kedai Sukan Terbaik di Malaysia 2025
1. JD Sports Pavilion Elite



JD Sport telah membuka kedai di Pavilion Elit yang merupakan rangkaian terbesar di Asia. Kedai ini menempatkan pelbagai keperluaan sukan sehinggakan ia wajib menjadi destinasi anda yang merupakan seorang penggemar sukan. Tidak kiralah sama ada anda peminat sukan, penggemar fesyen sukan ataupun kedua-duanya, kedai ini dapat memenuhi keperluan anda. Kedai ini ada menjual semula produk sukan daripada jenama lain dan ada kalanya barangan sukan yang dijual itu sudah tidak dijual di kedai sukan jenama barang tersebut.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
Alamat: Pavilion Kuala Lumpur, No. 166, Jalan Bukit Bintang, Lot 5.103.00 – 5.105.00 & P5.101.00, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Al-Ikhsan IOI City Mall



Kedai sukan ini sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia melalui tema mereka, iaitu warna hitam-oren. Kedai sukan ini memiliki kebenaran untuk menjual barangan sukan daripada banyak jenama terkenal seperti Nike dan Adidas.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 8.00 malam (Setiap hari)
Alamat: IOI Resort, 43000 Putrajaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Sports Direct Petaling Jaya



Jenama UK ini berfungsi sebagai peruncit untuk pelbagai jenama antarabangsa termasuklah Asics, Adidas dan Nike. Kedai sukan yang besar ini juga mempunyai pelbagai jenis produk sukan seperti bola sepak, peralatan mendaki dan pakaian sukan. Anda boleh berkunjung ke sini untuk mencari barang sukan yang anda perlukan.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 8 malam (Setiap hari)
Alamat: No. 11, Jalan 51a/219, Section 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Topper Sports Kuala Lumpur



Kedai sukan ini menawarkan perkhidmatan jualan secara fizikal dan dalam talian untuk memudahkan para pelanggan yang mencari barang sukan yang diinginkan. Selain itu, kedai sukan ini mempunyai pelbagai pilihan barangan daripada sukan bola sepak sehinggalah kepada badminton. Kedai ini juga membuat jualan promosi semasa cuti perayaan atau hari cuti umum yang tertentu. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barang sukan yang anda mahukan pada harga promosi!
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 7.30 malam (Setiap hari)
Alamat: G16, Pertama Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. Royal Sporting House Dpulze



Royal Sporting House ialah satu lagi peruncit sukan yang boleh anda didapati di Malaysia. Syarikatnya terletak di Singapura. Peruncit sukan ini sering menawarkan pelbagai jenis produk termasuk peralatan sukan, pakaian dan aksesori. Ia juga memberi tumpuan kepada empat kategori peribadinya, iaitu sukan, gaya hidup aktif, golf dan fesyen.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
Alamat: G15-G16, Dpulze Shopping Centre, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. Original Classic Dpulze



Dengan bahagian dalamannya yang bertema gelap, Original Classics ini menyasarkan semua kumpulan umur untuk produk jualan mereka. Bermula daripada barangan jenama terkenal seperti Puma, Nike, Adidas dan Kappa, Original Classic ini sememangnya tempat membeli-belah yang bagus kerana semua yang anda cari ada di sini.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
Alamat: P01-P03, Dpulze Shopping Centre, Lingkaran Cyber Point Timur, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI7. Decathlon Petaling Jaya



Decathlon terkenal dengan penjualan barangan sukan dengan harga yang berpatutan, terutamanya ia merupakan jenama antarabangsa yang sudah pun memasarkan jenamanya di 45 buah negara. Jika anda tidak kisah tentang logo dan jenama, maka kedai sukan ini ialah tempat yang harus anda kunjungi. Ajaklah rakan-rakan atau keluarga anda yang mahu mencari keperluan sukan yang berpatutan.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
Alamat: Mada Hotel, Lorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. Sports Empire Sunway Pyramid



Kedai sukan ini ditubuhkan beberapa tahun dahulu dan akhirnya berkembang pesat dalam memasarkan produk sukannya. Daripada hanya menawarkan jenama seperti Admiral, Aaxel dan New Balance, kini rangkaian kedai ini sudah pun membuka banyak cawangan dengan menambah koleksi jenama sukan antarabangsa seperti Nike dan Adidas untuk para pembeli. Selain kisah disebalik penubuhannya boleh dijadikan inspirasi, kedai sukan ini juga merupakan tempat sesuai untuk membeli barangan sukan anda.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINIPerhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.