Madu adalah salah satu bahan di dapur yang dikategorikan sebagai versatil. Hal ini kerana ia bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan masakan, bahkan ia juga bermanfaat untuk digunakan untuk penjagaan kulit, rambut, rawatan pengurangan berat badan, dan keadaan kesihatan yang lain. Secara asasnya, madu turut digunakan untuk tujuan keagamaan. Tambahan lagi, madu asli memiliki rasa yang manis, ‘smooth’, dan mempunyai undertone yang hangat sekali gus membuatkan seseorang berasa segar dan sihat.
Meskipun anda menikmati madu dengan kerap, rasanya tidak akan membuatkan anda muak atau jemu kerana ia mengandungi 1001 manfaat untuk ditawarkan kepada anda, khususnya kepada aspek kesihatan anda. Namun begitu, makanan yang sihat ini datang dalam pelbagai variasi di pasaran yang mungkin menjadikan anda buntu memikirkan pilihan yang terbaik. Justeru, kami tampilkan 8 Madu Terbaik untuk anda dapatkan di Malaysia. Pilih jenama madu kegemaran anda di samping dapat mengekalkan kesihatan anda ke tahap yang lebih tinggi.
8 Madu Terbaik untuk Dibeli di Malaysia 2025
1. CED Pure Honey

CED Pure Honey adalah madu asli dan segar tanpa tambahan gula. Ia diproses secara minimal untuk mengekalkan rasa asli madu tersebut. Produk ini datang dengan bentuk botol yang boleh dipulas bagi memudahkan anda. Selain itu, madu ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai bahan untuk pencuci mulut atau pastri, bahan perapan dan merupakan bahan untuk rutin penjagaan kulit yang baik. Ini adalah madu asli, tiada gula tambahan, dan tiada antibiotik.
Spesifikasi:
- Saiz: 380 g, 500 g
Harga: RM13.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Capilano Pure Honey

Capilano merupakan 100% madu asli Australia yang menjadi pilihan no.1 seisi keluarga dari generasi ke generasi. Madu ini diperbuat daripada madu kayu putih dan madu flora tanah yang kemudiannya dibuat secara teliti bagi memastikan keenakan rasa dan tekstur yang licin itu dapat anda nikmati. Hal tersebut sekali gus telah menjadi lambang produk ini. Selain itu, madu ini kaya dengan perasa dan memiliki karakter tersendiri dengan kualiti tinggi madu sebenar dengan warna keemasan beserta kelikatan sederhana yang memikat hati. Justeru, madu ini akan menjadi pilihan yang terbaik untuk anda nikmati bersama keluarga tersayang.
Semua produk Capilano dibungkuskan dalam PET dan bebas BPA.
Saiz:
- Saiz Picit Terbalik: 340g | 500g
- Saiz Putar & Picit: 220g | 375g | 400g | 500g | 600g
- Saiz Balang Kaca Capilano: 250g | 500g
- Saiz Balang Capilano: 250g | 500g | 750g
- Saiz Baldi Capilano: 1kg
- Capilano Handypack Saiz: 2.5kg
Harga: RM15.99 – RM25.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. HONEY LAND Organic Wildflower Herbal Natural Honey

Madu Herba HONEY LAND® adalah unik dan dikumpul daripada lebih 100 spesies herba liar dan berguna seperti thyme, oregano, yarrow, pudina, dandelion, chamomile, lemon balm dan lain-lain lagi. Terdapat banyak bahan berguna daripada herba liar. Madu asli ini ditakrifkan sebagai perangsang imun yang kuat yang memberi kesan positif terhadap tubuh badan manusia. Madu herba adalah salah satu madu yang paling dicari di Bulgaria. Madu ini sangat bermanfaat untuk kanak-kanak dan orang dewasa bagi mencegah selesema, batuk dan menguatkan sistem imun mereka. Disyorkan diambil setiap pagi 1-2 sudu teh sebelum sarapan.
Spesifikasi
- Berat Produk: 500 g
- Negara Pengeluar: Bulgaria, Eropah
- Bahan-bahan: 100% Madu Asli daripada tanaman herba wildflower
Harga: RM64.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Country Farm Organics Natural Rainforest Acacia Honey

Madu Acacia adalah madu yang agak perlahan untuk dikristalkan. Hal ini membuktikan bahawa madu ini boleh kekal dalam bentuk cecair untuk tempoh yang lama berikutan tahap kepekatan fruktosa yang tinggi. Selain daripada itu, ia merupakan pilihan yang ideal untuk memasak kerana rasanya yang ringan dan mudah dicampur sama ada dalam larutan cecair mahupun adunan. Tambahan pula, ia memiliki rasa vanila dan tidak meninggal rasa yang kuat.
Spesifikasi:
- Saiz: 1 kg
Harga: RM39.99 – RM103.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Cameron Highlands Ee Feng Gu Honey

EE FENG GU bukan sahaja menawarkan madu yang asli dan semula jadi, tetapi ia juga kaya dengan kandungan glukosa asid amino, kandungan mineral yang banyak, Vitamin A, D, dan E, antibiotik, enzim, lemak dan beberapa elemen di mana ia dapat diklasifikasikan sebagai makanan sumber semula jadi yang penuh dengan manfaat nutrisi kepada kita.
Di samping itu, madu asli turut meningkatkan metabolisme dan selera, menyerikan kulit beserta meningkatkan imuniti di samping mengelakkan sembelit, ulser peptik dan batuk. Tambahan pula, ia memiliki nilai perubatan termasuklah mengawal kanser, hipertensi dan menguatkan limpa.
Spesifikasi:
- Saiz: 1 kg, 200 gm, 400 gm, 60 gm
Harga: RM77.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. LOHAS Premium Raw Honey

100% diperbuat secara bahan semula jadi, segar dan tidak mengandungi apa-apa campuran. Ia memiliki semua manfaat semula jadi dan nutrien yang diperlukan untuk meningkatkan tenaga dan kesihatan anda. Hal yang paling nyata adalah madu keluaran produk ini bebas daripada sisa kimia berikutan lebah-lebah ini tidak diberi makan dengan bahan antibiotik. Madu ini diproses dan dibungkus melalui standard kualiti yang tegas dan ditutup untuk memastikan ia dilindungi dengan baik sebelum dipasarkan kepada anda. Ia merupakan pemanis yang enak untuk ditambah dalam minuman dan boleh digunakan sebagai alternatif kepada gula ketika ‘baking’.
Spesifikasi:
- Saiz: 1 kg
Harga: RM27.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Manuka Honey

Madu Manuka adalah madu New Zealand yang jarang didapati dan istimewa. Hal ini kerana ia diperbuat daripada nektar pokok Manuka atau secara saintifiknya dikenali sebagai ‘Leptospermum scoparium’. Secara terperincinya, pokok bunga itu adalah di mana lebah-lebah yang pintar akan mengutip dan kemudian menukar nektar itu menjadi madu Manuka. Justeru, madu ini memiliki nilai yang tinggi di pasar dek cirinya yang ‘rare’ dan kompleks.
Selain itu, madu Manuka memerlukan penjagaan dan kepakaran yang istimewa untuk mengoptimumkan dan melindungi sifat semula jadinya yang istimewa. Methylglyoxal (MGO) adalah sebatian semula jadi yang menjadikan madu Manuka ini begitu istimewa.
Di samping itu, proses menguruskan dan menyimpan madu ini memerlukan kepakaran yang tertentu. Malah madu ini turut perlu menjalani uji kaji yang tepat dan jitu bagi memastikan keupayaan, kualiti dan keasliannya. Segala peraturan ketat yang ditetapkan harus dipatuhi pada setiap tahap pemprosesan ini berlaku.
Spesifikasi:
- Saiz: 250 g
Harga: RM160.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. BERRINGA 100% Pure Australian Raw Honey

Madu ini antara pilihan yang terbaik bagi anda yang ingin mencuba rasa madu asli yang dikekalkan keasliannya. Madu Berringa dihasilkan 100% daripada madu asli Australia yang segar dan tidak ditapis yang telah diproses secara minimal. Tidak seperti kebanyakan madu lain yang terdapat di pasaran, madu ini sama sekali tidak memiliki sebarang kandungan gula tambahan untuk menukarkan rasa atau penggunaan haba atau fruktosa bagi mengelakkan penghabluran. Jadi, segera dapatkan madu asli yang tiada tandingan ini sementara masih ada di pasaran sebelum anda melopong jauh!
Warna keemasan yang dimiliki beserta rasa manis dan aroma bunga yang halus menjadikan madu ini pilihan yang ideal untuk kegunaan harian anda memandangkan ia sedap untuk dinikmati begitu sahaja. Tetapi, anda juga boleh menggunakan madu ini sebagai rencah untuk menambahkan lagi seri dalam masakan atau minuman anda.
Spesifikasi:
- Saiz: 500 g, 1 kg
Harga: RM67.62
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.