Mencari minuman yang enak dan menyegarkan dalam cuaca panas dan terik ini? Bagaimana pula dengan beberapa Minuman Jepun yang unik? Minuman Jepun didatangkan dalam pelbagai saiz dan perisa, daripada minuman berkarbonat sehinggalah kepada kopi, semuanya mempunyai rasa yang berbeza dan istimewa dengan caranya tersendiri.
Kini di Malaysia, terdapat banyak produk luar negara yang dijual di pasaran termasuklah minuman berkarbonat. Sesekali, rakyat Malaysia ingin cuba merasai kelazatan minuman atau makanan negara luar yang sering ditayangkan di televisyen tanpa perlu ke negara berkenaan. Cara ini terasa lebih mudah dan cepat, terutama jika anda tahu lokasi kedai yang menjual makanan dan minuman import sebegini. Berikut adalah 8 minuman dari Jepun yang enak untuk anda cuba di Malaysia.
Bagaimanakah Menentukan Minuman Jepun Yang Sedap?
Senang sahaja. Anda perlu membaca setiap review tentang produk minuman yang telah dibuat oleh para pelanggan dahulu untuk mendapat gambaran tentang tekstur dan rasanya. Dengan hanya melayari internet, anda dapat mengetahui rasa, jenis minuman dan harganya tanpa perlu berjalan ke banyak kedai untuk mendapatkannya. Anda juga boleh mengetahui lokasi kedai yang menjual minuman berkenaan.
Selain itu, boleh dikatakan minuman import seperti dari Korea Selatan atau Jepun memang sedikit mahal berbending dengan harga minuman tempatan. Kebiasaannya, barang import pasti harganya sedikit mahal kerana cukai dan caj-caj tertentu yang dikenakan untuk dijual di Malaysia. Pihak berkuasa di Malaysia bekerja keras bagi memastikan rakyat Malaysia dapat merasai makanan dan minuman import, terutamanya yang berstatus halal, agar pasaran minuman atau makanan di Malaysia menjadi semakin luas dengan pelbagai pilihan.
8 Minuman Jepun Terbaik di Malaysia 2025
1. Japanese Hata Ramune bin Carbonated Drink

Jika anda peminat tegar minuman berkarbonat, maka anda pasti akan menikmati minuman berkarbonat ini. Minuman berkarbonat ini terdapat dalam pelbagai perisa seperti pine, blueberry dan tembikai! Ia bergas, manis dan menyegarkan! Apa kata anda menjadikannya minuman yang sempurna untuk dinikmati pada hari yang panas terik, atau mungkin selepas bersenam. Pasti hari anda menyegarkan!
Bahan-bahan: Air karbonat, Sirap glukos fruktosa, Perasa, Pewarna
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 200 ml
Perisa: Pine Aji, Ichigo, Melon, Blueberry, Watermelon
Harga: RM 6.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Japanese Hata Shin Chan Glass Bottle Lemonade Soft Drink

Shin Chan merupakan salah satu anime paling popular di dunia. Dan jika anda mengetahuinya, anda boleh mencuba minuman ini. Ramai yang mengatakan minuman ini mempunyai sedikit rasa limau yang masam dan manis selain membuatkan anda berasa segar selepas meminumnya.
Bahan-bahan: Air karbonat, Sirap glukos fruktosa, Perasa
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 200 ml
Harga: RM 5.18
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Calpis

Calpis ialah satu lagi jenama minuman terkenal yang boleh didapati di seluruh Malaysia. Anda boleh dapati minuman ini di pelbagai kedai, yakni daripada kedai serbaneka sehinggalah kepada pasar raya. Minuman ini datang dalam pelbagai perisa buah-buahan yang bukan sahaja lazat tetapi juga menyegarkan. Jika anda tidak pernah mencubanya sebelum ini, apa kata anda cuba perisa asli minuman ini kerana rasanya lazat dan enak.
Bahan-bahan: Air, sirap jagung fruktosa tinggi, non-fat dry milk, fruktosa, asid laktik, perisa semula jadi, critic soy, serat soya
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 200 ml
Perisa: Original, Blueberry, Strawberry, Pineapple, Melon
Harga: RM 4.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Coca-Cola Milk Tea

Coca-cola Milk Tea merupakan salah satu jenama teh susu yang paling popular di Jepun. Ia mempunyai rasa aromatik teh manis dan sedikit tekstur berkrim. Jika anda sukakan teh susu, anda perlu mencuba teh ini kerana ia mungkin menjadi minuman kegemaran anda!
Bahan-bahan: Susu, gula, teh, garam, pewangi, pengemulsi, vitamin
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 400 ml
Harga: RM 9.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. SANGARIA Canned Coffee

SANGARIA Canned Coffee ialah satu lagi minuman Jepun popular yang digemari ramai. Minuman ini biasanya ditemui dalam mesin layan diri di Jepun. Minuman jenama ini mempunyai pelbagai jenis perisa, iaitu daripada kopi hitam dan pekat sehinggalah kepada kopi susu dan aromatik. Jika anda masih belum mencubanya, apa kata anda dapatkannya di kedai berhampiran untuk merasai kelazatan kopi yang mengagumkan.
Bahan-bahan: Air, susu, biji kopi, gula
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 185 g
Perisa: Arabiki Café Au Lait, Café Au Lait, Black, Sumiyaki
Harga: RM 2.84
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Pocari Sweat

Pocari Sweat merupakan salah satu minuman Jepun yang paling popular, terlaris dan digemari ramai, terutamanya dalam kalangan atlet. Minuman ini menyegarkan anda sekali gus memberikan anda rangsangan tenaga. Rasanya manis dan sedikit rasa masin. Apa kata anda bawa minuman ini semasa anda melakukan aktiviti luar bagi membantu anda memperoleh tenaga setelah beraktiviti sewaktu cuaca panas terik!
Bahan-bahan: Air, gula, asid sitrik, trisodium sitrat, natrium klorida, kalium klorida, kalsium laktat, magnesium karbonat, perisa
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 330 ml, 500 ml
Harga: RM 3.29 (330 ml) | RM 3.99 (500 ml)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Minute Maid Qoo Tin

Minuman yang tidak berkarbonat ini kebanyakannya dipasarkan untuk kanak-kanak dan remaja. Minuman ini boleh didapati hampir di mana-mana sahaja di negara Asia. Selain mempunyai sedikit rasa manis dan bergas, minuman ini juga disukai oleh ramai orang kerana rasanya yang lazat!
Bahan-bahan: Air, gula, jus anggur putih pekat, kalsium laktat, pengatur keasidan, perasa, antioksidan, vitamin B kompleks, pewarna
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 300 ml (x 12 pcs)
Harga: RM 20.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. POKKA

POKKA 5 adalah salah satu jenama teh paling popular yang dikeluarkan di Jepun dan dijual hampir di mana-mana kedai di Malaysia! Tehnya beraroma wangi selain mempunyai rasa manis yang sedikit dan menyegarkan! Jika anda masih belum mencubanya, apa kata anda mencuba minuman ini perisa teh hijau terlebih dahulu? Namun jika anda lebih sukakan sesuatu yang lebih manis, teh ais limau pasti menjadi pilihan anda! Minuman ini datang dalam pek individu atau satu set yang mempunyai 6 pek.
Bahan-bahan: Air, gula, sukrosa, perasa, buah, mineral, natrium, gula, jus buah
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 250 g
Perisa: Lemon Ice Tea, Chrysanthemum, Jasmine Green Tea, The Oolong, Roasted Tea Hojicha
Harga: RM 1.30 (1 pek) | RM 6.20 (6 pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.