8 Muzium Terbaik di Perak 2025

Perak merupakan salah sebuah negeri di barat laut Semenanjung Malaysia dan ibu kotanya, Ipoh terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Kuala Kangsar pula kekal sebagai ibu kota diraja negeri ini dan di sinilah terletaknya istana Sultan Perak.

Perak mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong yang boleh dilawati, tidak kiralah pelancong luar mahupun penduduk tempatan. Negeri ini juga kaya dengan alam semula jadi seperti Gua Tempurung yang sering dilawati oleh pengunjung yang sukakan cabaran. Selain itu, negeri ini banyak menempatkan muzium kesenian buat para pengunjung supaya mereka tahu sejarah tentang negeri Perak ini.

Bagaimanakah hendak mengetahui muzium mana yang sesuai dilawati?

Perak ada banyak muzium yang boleh anda terokai. Tetapi bagaimanakah anda ingin memilihnya? Jangan risau, kami ada sediakan beberapa tip ringkas bagi membantu anda membuat pilihan yang sesuai mengikut citarasa dan minat anda.

1. Kajian

Sebelum berkunjung ke muzium yang anda ingin lawati, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu tentang muzium itu seperti lokasinya di mana, berapa caj bayaran masuk dan apa yang dipamerkan di muzium itu. Kalau anda membuat kajian yang menyeluruh, perjalanan dan lawatan anda ke muzium tersebut menjadi lancar.

2. Bajet

Perkara ini merupakan perkara terpenting yang pula anda beri perhatian. Oleh sebab anda sedang melancong, maka kebanyakan bajet digunakan untuk penginapan dan juga tempat makan. Nah, ini masanya anda bertindak bijak. Anda perlu tahu muzium yang anda ingin lawati itu mengenakan caj masuk berapa dan kalau anda tahu awal-awal, anda boleh menyimpan sedikit bajet untuk ke sana.

3. Lokasi

Paling penting, anda perlu tahu lokasi muzium yang ingin anda lawati. Lagi mudah jika lokasinya dekat dengan tempat penginapan anda ataupun pusat bandar. Hal ini boleh menjimatkan masa dan wang ringgit anda kerana menempuh perjalanan yang jauh boleh menyebabkan beberapa aktivitas menyeronokkan tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa.

8 Muzium Terbaik di Perak 2023

1. Muzium Perak

Perak Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium Perak merupakan muzium tertua di Semenanjung Malaysia dan terletak di Taiping. Antara pameran yang disediakan di sini ialah sejarah negeri Perak. Selain itu, ia juga mempamerkan pelbagai koleksi seperti barangan etnologi, antropologi, geologi, botani dan entomologi untuk para pengunjung. Muzium ini terbahagi kepada 4 galeri iaitu galeri alam semula jadi, galeri kebudayaan, galeri orang asli dan galeri sementara, iaitu ruangan yang digunakan untuk menyimpan beberapa stok pameran yang tidak dipertontonkan kepada pengunjung buat sementara waktu.

Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

Waktu Operasi:  Setiap hari (9.00 pagi–5.00 petang)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

2. Fantasy House Trick Art

Fantasy House Trick Art
Kredit Gambar: TripAdvisor

Fantasy House Trick Art ialah muzium moden 3D terbesar yang terletak di Ipoh. Bangunan ini menempatkan rumah kedai warisan dua tingkat Straits Eclectic yang berusia 120+ tahun. Rumah kedai tersebut telah dipulihara bagi mengekalkan seni bina klasik terdahulu. Selain itu, muzium ini menawarkan anda sejumlah besar mural dan lukisan 3D yang menakjubkan. Lukisan-lukisan ini boleh mencipta ilusi visual yang unik pada pandangan mata anda. Paling menarik, tempat ini sesuai dikunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Alamat: 16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang), Rabu (tutup)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

3. Muzium Perlombong Bijih Timah Kinta (Gravel Pump)

Kinta Tin Mining Gravel Pump Museum
Kredit Gambar: Malaysia Traveller

Muzium ini terletak di Kampar dan ditubuhkan pada tahun 2012 sebagai penghormatan kepada industri perlombongan bijih timah yang merupakan antara tonggak utama ekonomi negara sejak pertengahan abad ke-19. Muzium ini mempamerkan lebih daripada 1,000 artifak dan gambar supaya anda boleh mempelajari sejarah dan budayanya di sini.

Alamat: Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

Waktu Operasi:  Setiap hari (9.00 pagi – 5.00 petang)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

4. Muzium Ho Yan Hor

Ho Yan Hor Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium Ho Yan Hor ini memaparkan kisah-kisah menarik tentang Ho Yan Hor, iaitu jenama teh herbal yang terkenal sejak 1940-an. Muzium ini mempamerkan evolusi teh herba warisan dan sedikit pendapat tentang asal usulnya. Selain itu, muzium ini juga  mempamerkan kehidupan inspirasi pencipta  teh Ho Yan Hor yang sihat ini, iaitu Dr Ho Kai Cheong.

Alamat: 1, Jalan Bijeh Timah, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  Setiap hari (10.00 pagi-4.00 petang), Isnin (tutup)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

5. Han Chin Pet Soo

Han Chin Pet Soo
Kredit Gambar: TripAdvisor

Han Chin Pet Soo ialah muzium lombong bijih timah Hakka pertama di Malaysia yang diuruskan oleh Ipoh World Sdn. Bhd. Muzium ini terletak di pinggir Bandar Lama Ipoh. Anda boleh lihat di dalam muzium ini penuh dengan artifak, barang koleksi, ephemera dan gambar dari abad ke-19 dan ke-20. Anda akan melihat lukisan mural yang menceritakan tentang keadan lombong bijih timah pada waktu lampau yang mana lukisan itu dilukis oleh pelajar tempatan Institut Seni Perak.

Alamat: 3, Jalan Bijeh Timah, 30100 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Hari minggu (9.30 pagi- 3.30 petang), Rabu (tutup)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

6. Muzium Diraja Kuala Kangsar

Royal Museum of Perak
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium Diraja ini dibina untuk Sultan Iskandar Shah pada tahun 1926 dan dahulunya dikenali sebagai Istana Lembah. Lantai asal tingkat bawah di muzium ini dahulunya diperbuat daripada kayu kukuh tetapi telah digantikan dengan marmar. Dahulunya, tingkat bawah ini berfungsi sebagai pejabat rasmi diraja. Bilik-bilik seperti bilik tidur keluarga dan dewan makan terletak di tingkat atas bangunan dua tingkat ini.

Alamat: Istana Lama Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 pagi – 4.30 petang), Jumaat (10.00 pagi-12.15 tengah hari, 2.45 petang-4.30 petang)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

7. Kota Ngah Ibrahim

Kota Ngah Ibrahim
Kredit Gambar: TripAdvisor

Kota Ngah Ibrahim yang terletak di Matang, Perak telah dibina pada tahun 1958 dan sebelum ini, ia dikenali sebagai “Pematang”. Menteri Ngah Ibrahim pada ketika itu telah menjadikan kubunya sebagai rumah kediaman, pusat pentadbiran Larut, gudang bijih timah, kubu serta pusat perdagangan. Kedudukan kota ini dikatakan strategik kerana terletak di persimpangan jalan raya dari kawasan selatan, timur dan utara.

Alamat: Kampung hujung Matang, 34750 Matang, Perak

Waktu Operasi:  Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang), Jumaat (9.00 pagi -12.45 tengah hari, 2.45 petang- 5.00 petang)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

8. 22 Hale Street Heritage Gallery

Hale Street Heritage Gallery
Kredit Gambar: DestiMap

Galeri ini telah dirasmikan pada 20 Januari 2019 oleh Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Pada mulanya, projek ini hanya untuk memulihara dan memulihkan kedua-dua rumah kedai itu selain mengekalkan kegemilangannya tersendiri pada tahun 2014. Namun begitu, matlamat projek ini berubah dan mahu mengekalkan semangat tempat ini sambil memberikannya rupa yang segar dan baharu.

Alamat: 22, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  Rabu-Ahad (10.00 pagi-12.30 tengah hari, 1.30 petang-6.00 petang), Isnin-Selasa (tutup)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close