Nasi Lemak merupakan hidangan yang amat terkenal di Malaysia. Nasi, ikan bilis rangup, hirisan timun dan telur rebus atau telur mata adalah kandungan resepi tradisional untuk masakan ini. Setiap bangsa di Malaysia mempunyai selera yang utuh apabila bercakap soal Nasi Lemak. Hal ini kerana hidangan ini memiliki rasa pedas dan sos sambal yang merupakan bahan utama sajian ini sekaligus menyatukan minat dan kesukaan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum ini.
Anda boleh menikmati hidangan Nasi Lemak yang terbaik di Ipoh bersama keluarga dan teman tersayang. Nasi Lemak dimasak dengan amat baik dan rasa pedas yang dimiliki sesuai dinikmati oleh setiap individu. Selain itu, anda akan berpeluang untuk merasa rasa asli Nasi Lemak yang betul-betul ‘kick’. Jadi, ini adalah senarai 8 Nasi Lemak Terbaik di Ipoh 2025!
8 Nasi Lemak Terbaik di Ipoh 2023
1. Wak Nasi Lemak

Nasi Lemak Wak menyediakan anda dengan rasa Nasi Lemak yang sedap bersama lapisan daun pisang. Selain itu, ia turut menghidangkan ikan bilis yang digoreng baik dan penuh dengan rasa nikmat yang pasti memenuhi standard anda. Tambahan lagi, makan pula bersama sos sambal dan kacang goreng! Anda benar-benar perlu singgah dan rasai sendiri kenikmatannya!


Waktu operasi: 8 am-4 pm (Isnin – Ahad)
Alamat: No 50 & 51, Medan Selera Stadium, Perak
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
2. Warung Pak Nan

Tempat makan ini dikenali dengan Nasi Lemak Kukus yang sentiasa menambat hati da selera sesiapa sahaja yang merasanya. Meskipun ia memiliki harga yang agak tinggi jika dibandingkan dengan kedai Nasi Lemak yang lain, tetapi percayalah, ianya amat berbaloi!selain itu, Nasi Lemak Berlauk adalah sajian yang anda wajib cuba! Di samping itu, anda turut boleh memilih hidangan lauk lain seperti kerang, sotong, ikan bilis, daging, telur dan ayam goreng.


Waktu operasi: 8am–12pm (Isnin – Ahad)
Alamat: Jalan Besar Pusing, Kampung Peti Baru, 31550 Pusing, Perak
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
3. Allongs, Warong Ipoh Lontong

Tempat makan ini tidak kurang hebatnya. Anda juga boleh melihat variasi pilihan lauk yang ditawarkan. Sebagai contoh, sotong, telur dan paru. Kebanyakan pelanggan menggemari rasa klasik Nasi Lemak, iaitu, aya, ikan bilis, dan telur.


Waktu operasi: 7.30 am-1 pm ( Isnin – Sabtu)
Alamat: 24, 1, Pesara Ipoh, Taman Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
4. Addon White Coffee Ipoh

Para pelanggan boleh menjangkakan bahawa mereka akan disajikan dengan hidangan yang semestinya akan mengujakan selera apabila datang ke Adon White Coffee Ipoh. anda mesti mencuba Nasi Lemak yang dikatakan bukan sahaja mampu menarik minat dari aspek persembahannya di atas pinggan, malahan turut akan membangkitkan selera anda. Di samping itu, kuah sambal yang pekat dan savori dihidang bersama nasi, telur dan ikan bilis yang dimasak dengan begitu baik beserta tambahan hirisan timur segar melengkapkan lagi hidangan ini.


Waktu operasi: 10am-10pm ( Rabu – Isnin)
Alamat: 49, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
5. Nasi Lemak Ayam Kampung

Nasi Lemak Ayam Kampung menghidangkan rasa Nasi Lemak yang autentik dan sedap kepada para pelanggannya. Nasi Lemak ini dilengkapi bersama ayam dan sambal yang padu. Selain ini, kombinasi rasa elemen yang cukup sempurna ini pasti akan membuatkan anda jatuh cinta pada kenikmatan rasanya yang sentiasa ‘win’!


Waktu operasi: 1 pm–11:30 pm (Selasa – Ahad)
Alamat: 3-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Youtube Video:
6. Warung Sungai Tapah

Selain itu, anda turut boleh mendapatkan hidangan Nasi Lemak ini di Warung Sungai Tapah. Di sini, para pelanggan akan dihidangkan dengan resepi Nasi Lemak (Nasi Lemak Kukus) milik restoran ini sendiri. Di samping itu, restoran ini turut menghidangkan bersama kompenen lain seperti biskut (papadom). Tidak dilupakan juga rasa ikan bilis goreng dan kuah sambal yang akan membuatkan anda terus terpaut pada hidangan ini.


Waktu operasi: 8 am-8 pm (Isnin, Rabu – Ahad)
Alamat: 1632, Jalan Cempaka, Kampung Manjoi Tambahan, 30020 Ipoh perak.
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
7. Cubale Rasa Nasi Lemak

Nasi Lemak Cubale Rasa dioperasikan oleh seorang wanita Melayu yang ramah dan mesra. Beliau menyediakan setiap hidangan Nasi Lemak dengan penuh teliti bersama bahan-bahan yang padat dan mewah seperti sambal kaki ayam yang semestinya lazat dan membangkitkan lagi rasa asli hidangan tersebut.


Waktu operasi: 5-8 pm (Isnin – Ahad)
Alamat: 136, Jalan Pengkalan Barat 32, Taman Pengkalan Jaya, 31650 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
8. Warung Nasi lemak

Warung Nasi Lemak menyediakan pelbagai pilihan bahan-bahan untuk anda pilih. Selain itu, anda juga boleh memilih hidangan sampingan yang berbeza sekiranya anda inginkan kelainan rasa pada Nasi Lemak anda!


Waktu operasi: 8am-11am ( Isnin – Ahad)
Alamat: 78, Jalan Tawas Baru Utara, Taman Ehsan, 30010 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Adakah mustahil jika seseorang tidak menggemari Nasi Lemak? Cuba dulu 8 Nasi Lemak Terbaik di Ipoh 2022 ini pada bila-bila masa sahaja sama ada pada waktu sarapan, makan tengahari, atau makan malam beserta kuah sambal dan ikan bilis goreng yang dimasak dengan begitu baik. Kami berharap panduan ini akan membantu anda untuk menikmati hidangan Nasi Lemak yang akan menepati dengan selera dan citarasa anda. Kami turut berharap agar anda anda tinggalkan pesanan dan kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Di samping itu, jika anda menemui atau mempunyai cadangan Nasi Lemak yang padu di Ipoh, anda boleh hubungi atau tinggalkan komen di laman web kami, iaitu My Weekend Plan! Kami berharap anda dan seisi keluarga bersama rakan-rakan anda boleh menikmati 8 Hidangan Nasi Lemak Terbaik di Ipoh segera!
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.