8 Perisa Sunquick Terbaik di Malaysia 2025

Sunquick Orange Concentrate telah dibangunkan dan pertama kali dilancarkan pada tahun 1966 oleh Brothers Jep dan Flemming Petersen. Kini, jenama ini boleh didapati di lebih 70 negara di lima benua! Mereka menumpukan minuman jenama ini dengan portfolio yang mengetengahkan ciri Pekat, Sedia untuk Diminum (RTD) dan juga Boleh diminum Sejuk kepada para pelanggan.

Ciptaan mereka yang berinovatif ini berjaya mencapai matlamat mereka untuk menghasilkan minuman yang sedap dengan menumpukan jus oren sebenar. Jenama ini sesuai untuk dihidangkan sebagai hidangan ringan pada hari-hari hujan dan panas terik. Selain itu, jenama ini juga mengeluarkan pelbagai perisa sehingga menjadikannya jenama kegemaran di Malaysia. Berikut ialah 8 perisa Sunquick terbaik di Malaysia.

Mengapakah anda perlu membeli Sunquick?

Sunquick ialah jenama minuman pekat yang terkenal di Malaysia dengan pelbagai perisa yang terdapat di pasaran sekaligus menjadikannya jenama yang paling mudah diakses untuk anda nikmati bersama keluarga atau rakan anda. Terdapat pelbagai sebab mengapa anda perlu memilih Sunquick dan berikut ialah sebab-sebabnya.

  1. Rasa Buahan Sebenar

Diinspirasikan oleh alam semula jadi, rasa minuman Sunquick ini telah memikat ramai orang di seluruh dunia. Terdapat pelbagai perisa buah yang sebenar untuk menepati cita rasa anda sebagai pengguna.

  1. Mampu Milik

Selain itu, Sunquick menawarkan harga yang berpatutan bagi membolehkan orang ramai menikmati minuman ini dan berkongsi kelazatannya dengan rakan dan keluarga anda walau di mana saja anda berada.

  1. Pelbagai Perisa

Bukan itu sahaja, Sunquick mempunyai sejumlah besar perisa yang boleh dibeli sekaligus menjadikannya jenama minuman pekat yang digemari di Malaysia. Antara perisa yang popular dalam kalangan pengguna ialah oren, blackcurrant dan buah-buahan campuran.

8 Perisa Sunquick Terbaik di Malaysia 2025

1. Sunquick Concentrate Ice Lemon Tea

Sunquick Concentrate Ice Lemon Tea
Kredit Gambar: Shopee

Sunquick Ice Lemon Tea ialah minuman buah-buahan yang hebat dan kaya dengan vitamin C. Ia merupakan pilihan yang baik jika anda ingin merasai rasa masam lemon bersama teh yang dicipta dengan sempurna untuk dinikmati bersama orang tersayang.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Lemon, Teh, Gula, Acid Citric, Bahan Penstabil, Vitamin C, Antioxidant, Warna Asli
  • Kuantiti: 840ml

Kelebihan:

Rasa teh lemon yang asli
Tiada perisa, warna atau pemanis tiruan

Harga: RM12.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Sunquick Concentrate Orange

Sunquick Concentrate Orange
Kredit Gambar: Shopee

Rasa klasik Sunquick! Minuman ini ialah rasa oren asli yang pastinya  mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak anda. Sedikit rasa masam yang kuat dicipta untuk dinikmati oleh orang ramai tanpa mengira usia yang gemarkan rasa masam-masam manis.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Oren, Gula, Acid Citric, Bahan Penstabil, Vitamin C, Antioxidant, Warna Asli
  • Kuantiti: 840ml

Kelebihan:

Menyegarkan
Asli
Tiada perisa, warna dan pemanis tiruan

Harga: RM12.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Sunquick Concentrate Pink Guava & Strawberry

Sunquick Concentrate Pink Guava Strawberry
Kredit Gambar: Shopee

Sunquick telah mengeluarkan barisan baharu iaitu Sunquick Select yang kaya dengan perisa. Sunquick Concentrate Pink Guava dan Strawberi ini diadun dengan sempurna untuk mencipta rasa lazat jambu batu dan strawberi yang mempunyai rasa buah dan manis yang semula jadi.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Jambu Batu, Strawberi, Gula, Acid Citric, Bahan Penstabil, Vitamin C, Antioxidant, Warna Asli
  • Kuantiti: 840ml

Kelebihan:

Rasa yang sedap
Perisa Baharu
Tiada perisa, warna dan pemanis tiruan

Harga: RM12.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Sunquick Concentrate Lemon

Sunquick Concentrate Lemon
Kredit Gambar: Shopee

Rasa masam kordial berperisa Lemon ini akan menyedarkan anda yang lesu selepas hari yang memenatkan. Minuman ini ialah pilihan yang bagus jika anda menyukai minuman pekat berperisa masam.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Lemon, Gula, Acid Citric, Bahan Penstabil, Vitamin C, Antioxidant, Warna Asli
  • Kuantiti: 840ml

Kelebihan:

Rasa yang kuat
Tiada perisa, warna dan pemanis tiruan

Harga: RM12.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Sunquick Concentrate Mixed Berries

Sunquick Concentrate Mixed Berries
Kredit Gambar: SeeTracker Malaysia

Sunquick Concentrate Mixed Berries mempunyai gabungan ceri, elderberry, raspberi, strawberi dan anggur yang manis dan memberikan anda tenaga secara semula jadi. Minuman ini adalah pilihan yang sempurna untuk mana-mana individu yang lebih sukakan beri campuran berbanding dengan oren.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Ceri, Elderberry, Raspberi, Strawberi, Anggur, Gula, Acid Citric, Bahan Penstabil, Vitamin C, Antioxidant, Warna Asli
  • Kuantiti: 700ml

Kelebihan:

Rasa lazat campuran beri
Tiada perisa, warna dan pemanis tiruan

Harga: RM12.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Sunquick Concentrate Blackcurrant

Sunquick Concentrate Blackcurrant
Kredit Gambar: Shopee

Rasa nostalgia! Sunquick Concentrate Blackcurrant ini kaya dengan rasa blackcurrant yang mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak anda dengan rasa manisnya. Dapatkan perasaan sentimental anda dan pilih perisa ini untuk mengimbau kembali kenangan lama anda.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Blackcurrant, Gula, Acid Citric, Bahan Penstabil, Vitamin C, Antioxidant, Warna Asli
  • Kuantiti: 840ml

Kelebihan:

Mengimbau rasa nostalgia
Tiada perisa, warna dan pemanis tiruan

Harga: RM12.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Sunquick Concentrate Rose Lychee

Sunquick Concentrate Rose Lychee
Kredit Gambar: Shopee

Sunquick Concentrate Rose Lychee bukanlah kordial berperisa mawar biasa kerana aroma bunga mawar ini dicampur bersama laici yang manis sehingga menghasilkan rasa yang sedap. Nikmatilah minuman ini bersama keluarga atau rakan anda di waktu lapang.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Ros, Laici, Gula, Acid Citric, Bahan Penstabil , Vitamin C, Antioxidant, Warna Asli
  • Kuantiti: 700ml

Kelebihan:

Bau aroma ros yang lembut
Tiada perisa, warna dan pemanis tiruan

Harga: RM12.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Sunquick Concentrate Tropical

Sunquick Concentrate Tropical
Kredit Gambar: Shopee

Perisa Tropika oleh Sunquick ini mempunyai gabungan mangga tropika manis yang lazat, buah markisa, nanas, oren dan aprikot. Minuman ini akan menjadikan anda segar kerana rasa yang sempurna dan lazat.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Mangga, Buah Markisa, Nanas, Oren, Aprikot, Gula, Acid Citric, Bahan Penstabil, Vitamin C, Antioxidant, Warna asli
  • Kuantiti: 840ml

Kelebihan:

Rasa manis tropika
Tiada perisa, warna dan pemanis tiruan

Harga: RM12.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close