15 Restoran & Kafe Terbaik di Perlis 2025

Perlis adalah negeri yang dikenali sebagai ‘Perlis Indera Kayangan’. Ia merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Selain itu, ia terletak di bahagian sempadan Satun dan Songkla yang merupakan kawasan Thailand ke utara. Selain itu, masyarakat yang tinggal di Perlis bercakap menggunakan sub-dialek Melayu Kedah dengan ciri yang tersendiri. Selain daripada itu, terdapat juga sebilangan kumpulan masyarakat yang merupakan penutur bahasa Thai Selatan sekaligus menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri yang berdiversiti dengan variasi dialek yang digunakan di sana. 

Perlis turut memiliki banyak tempat menarik untuk anda singgah makan di samping harga yang amat berpatutan. Hal ini sekaligus membantu anda untuk menjimatkan duit poket anda. Berikut adalah 15 restoran yang kafe terbaik di Perlis.

Apakah yang boleh Anda Lakukan di Perlis?

Meskipun Perlis hanyalah sebuah negeri yang kecil, tetapi ia mempunyai pelbagai lokasi atau perkara yang menarik untuk diterokai bersama anda dan seisi keluarga. Contohnya, anda boleh melawati Gua Kelam dan menikmati udara yang segar dan nyaman di Wang Kelian View Point. Itu adalah antara aktiviti yang boleh anda lakukan sekiranya anda singgah di Perlis.

Bagaimanakah Perlis Mendapat Nama?

Beberapa spekulasi dan teori telah tersebar tentang bagaimana Perlis mendapat nama. Nama ‘Perlis’ dikatakan datang daripada perkataan dalam bahasa Melayu, iaitu ‘peroleh’. Hal ini disebabkan bahawa Perlis adalah sebahagian daripada negeri Kedah sebelum ia menjadi sebuah kerajaan sendiri sekaligus merupakan ‘hadiah’ daripada Kedah.

15 Restoran & Kafe Terbaik di Perlis 2025

1. Anjung Keli

Anjung Keli
Kredit gambar: BuzzCentrum
Anjung Keli
Kredit gambar: TripAdvisor

Anjung Keli merupakan salah satu restoran yang terkenal di Perlis. Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan menu sajian Melayu seperti Masak Lemak Keli, Daging Merah dan banyak lagi yang anda boleh nikmati sebagai juadah makan tengahari anda. Di samping itu, makanan yang membuat restoran ini lebih terkenal adalah ikan keli dan masakan lain yang berasaskan ikan keli dengan gaya masakan yang berbeza. Bukan itu sahaja, restoran ini turut menyediakan ruangan parkir kepada para pelanggannya. Justeru, anda tidak perlu risau tentang tempat parkir. Jadi, tanpa berlengah lagi, rancang bersama keluarga anda untuk singgah di restoran ini bagi menikmati kelazatan hidangan yang pastinya membuat anda teringat-ingat kelak.

Alamat: Medan Sri Pulai,, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: 
10:30 am – 4:00 pm (Setiap hari)
Tutup pada hari Jumaat

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

2. Hannah’s Cookies

Hannahs Cookies
Kredit gambar: Hannah’s Cookies Facebook
Hannahs Cookies
Kredit gambar: Hannah’s Cookies Facebook

Hannah’s Cookies adalah antara restoran Barat dan menyajikan beberapa variasi makanan Barat pada harga yang amat berpatutan. Antara menu yang anda wajib cuba jika anda singgah di sini adalah Chicken Parmigiana, Salted Egg Pasta danCheezy Wedges. Di samping itu, restoran ini turut memiliki persekitaran dan suasana yang menenangkan. Tambahan pula, restoran ini turut menyediakan tempat makan di ruangan luar yang menarik di mana anda boleh menikmati makanan anda dengan lebih santai bersama yang tersayang. 

Alamat: Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: 
12:00 pm – 9:30 pm (Selasa – Jumaat)
3:00 pm – 9:30 pm (Sabtu – Ahad)
Tutup pada hari Isnin

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

3. Chortiez & Co

Chortiez Co
Kredit gambar: Zaubee
Chortiez Co
Kredit gambar: Chortiez & Co Facebook

Chortiez & Co menawarkan menu secara atas talian dengan gambar dan harga setiap hidangan yang mereka sajikan. Hal ini membolehkan anda untuk membuat pesanan awal mana-mana sajian yang anda inginkan. Selain itu, ia merupakan sesuatu yang baik untuk para pelanggan kerana mereka boleh membuat pesanan sebaik sahaja mereka sampai. Jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan yang sering mendapat pujian dalam kalangan masyarakat, iaitu Lamb Shank Spicy, Karamba Beef Bacon dan Sze Chuan Chicken.

Alamat: 5, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: 
6:00 pm – 12:00 am (Isnin)
5:30 pm – 12:00 am (Selasa – Ahad)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

4. Tff Cafe

Tff Cafe
Kredit gambar: Foursquare
Tff Cafe
Kredit gambar: TripAdvisor

Tff Cafe bertempat di sudut lot sebuah bangunan yang Kuala Kangsar, Perlis. Anda pasti akan kagum dengan variasi minuman yang ditawarkan di kafe ini. Salah satu minuman yang sering menjadi pilihan para pelanggan adalah Mango Milkshake. Sebagai tambahan, menu minuman ini sering disarankan oleh pelanggan yang sebelumnya untuk rasa yang penuh nikmat. Selain daripada itu, kafe ini turut menjual biskut dan snek tradisional Melayu daripada pelbagai jenama tempatan. Anda boleh mendapatkan semua makanan tersebut dan makan di dalam kereta atau di mana-mana sahaja.

Alamat: Jalan Dahlia, Taman Ira, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: 
11:00 am – 10:00 pm (Isnin – Sabtu)
11:00 am – 7:00 pm (Ahad)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

5. Ngopi@Kangar

Ngopi@Kangar
Kredit gambar: Trip.com
Ngopi@Kangar
Kredit gambar: Ngopi@Kangar Facebook

Ngopi@Kangsar menjadikan hari anda lebih baik hanya dengan secangkir kopi yang kaya dan penuh nikmat dengan rasa ‘kick’. Selain itu, kafe ini seringkali dibanjiiri dengan maklum balas yang positif daripada pelanggan berkaitan keseluruhan aspek. Misalnya, dari segi layanan, staff yang mesra dan suasana atau persekitaran yang selesa dan tidak sesak.

Alamat: Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: 
10:00 am – 10:30 pm (Setiap hari)
3:00 pm – 10:30 pm (Jumaat)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

6. Koffee Kitchen

Koffee Kitchen
Kredit gambar: @OhMyPerlis on Twitter
Koffee Kitchen
Kredit gambar: @OhMyPerlis on Twitter

Koffee Kitchen adalah tempat yang anda boleh luangkan masa santai anda sambil ditemani hirupan kopi yang cukup dengan rasa yang ‘kick’ dan aromatik. Bukan itu sahaja, kafe ini turut menawarkan pemandangan ataupun rekaan yang pastinya akan menjadikan detik anda bersama secangkir kopi kegemaran anda lebih baik. Di samping itu, anda perlu mencuba Peach Tea, Mnagorange dan Jus Epal yang bukan sahaja berupaya menghilangkan dahaga anda, malah menambat selera anda.

Alamat: 27, Exit Jalan Raja Syed Alwi, Kampung Guar Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: 
2:30 pm – 11:30 pm (Setiap hari)
3:30 pm – 12:30 am (Jumaat)
Tutup pada hari Isnin

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

7. Lapaq Cafe & Space

Lapaq Cafe Space
Kredit gambar: Foursquare
Lapaq Cafe Space
Kredit gambar: Foursquare

Lapaq Cafe & Space adalah salah satu restoran di Perlis yang menghidangkan lambakan masakan Barat seperti Beef Steak, Chicken Salad, Aglio E Olio dan macam-macam lagi bergantung pada selera anda. Di samping itu, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke ruangan kafe ini, anda akan disambut dengan rekaan siling yang tinggi dan lampu gantung yang melengkapkan lagi suasana di restoran ini.

Alamat: No. 8, Jalan Santan, Taman Putera Putri, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi: 
4:00 pm – 12:00 am (Setiap hari)
Tutup pada hari Ahad

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

8. Rumah Kupi

Rumah Kupi
Kredit gambar: @OhMyPerlis on Twitter
Rumah Kupi
Kredit gambar: Rumah Kupi Facebook

Rumah Kupi akan mengujakan anda dengan hiasan gaya kampung yang unik dan menarik sekaligus akan membuatkan anda berasa nostalgia buat seketika. Anda mungkin akan rindu akan kampung halaman anda sebaik sahaja anda melangkah masuk ke kafe ini. Selain itu, ia merupakan rumah kayu milik keluarga yang dibuka sebagai semua kafe ala-ala rumah yang biasa. Di samping itu, Rumah Kupi juga menyajikan kopi yang penuh aroma yang membolehkan anda untuk memesan berdasarkan selera dan citarasa anda. Jangan lepaskan peluang untuk singgah di kafe ini pada masa yang terdekat!

Alamat: 60A, Kampung Kersik Tengah, Kampung Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis

Waktu operasi: 
1:00 pm – 10:00 pm (Isnin – Sabtu)
3:00 pm – 10:00 pm (Jumaat)
Tutup pada hari Ahad

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

9. Restoran Sarang Burung

Restoran-Sarang-Burung
Kredit Gambar: nanasuhana.blogspot.com
Restoran-Sarang-Burung-
Kredit Gambar: nanashana.blogspot.com

Restoran Sarang Burung menyediakan hidangan Melayu untuk para pelanggannya. Jika anda inginkan masakan Melayu asli, maka inilah tempatnya. Restoran ini sentiasa dipenuhi oleh para penggunjung untuk lauk-pauknya yang pelbagai dan lazat. Oh ya, di sini anda boleh mencuba pelbagai jenis kerabu, kuih-muih dan juga pencuci mulut seperti Bubur Pulut Hitam yang sedap. Dikatakan, lauk-pauk di restoran ini cepat habis kerana ramai yang berkunjung ke sini untuk memenuhi perut mereka, terutamanya sewaktu makan tengah hari. Tempat letak kereta juga luas. Apa yang penting, staf mereka bersedia membantu anda dan memberikan perkhidmatan yang baik. Siapa sahaja yang tidak suka dengan makanan yang sedap dan harga yang murah, bukan?

Alamat: 512, Jalan Kaki Bukit, Kampung Batu Dua, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 12:30 malam (Isnin – Sabtu)
9:00 pagi – 5:00 petang (Ahad)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Restoran%20sarang%20burung,perlis/283041841721125/

10. Restoran Kuali Hangaaat

Restoran-Kuali-Hangaaat
Kredit Gambar: Foursquare
Restoran-Kuali-Hangaaat-
Kredit Gambar: Facebook Restoran Kuali Hangaaat

Restoran Kuali Hangaaat merupakan satu lagi restoran terkenal di Perlis yang menyajikan masakan asli Melayu. Kalau anda hendak tahu, restoran ini sering sesak dengan para pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan dan orang luar. Di restoran ini, mereka menyajikan menu masakan ala kampung yang pelbagai untuk memenuhi cita rasa anda. Anda boleh memilih sebanyak mana lauk-pauk yang diinginkan kerana restoran ini mengamalkan sistem ‘self service’. Apa yang penting, makanan di sini semuanya sedap dan berpatutan.

Alamat: No 69, jalan, Kampung Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat, Ahad)
Tutup (Sabtu)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/restorankualihangaaat/?locale=ms_MY

11. Al-Sagoff Corner (Air Halia Asli)

Al-Sagoff-Corner-Air-Halia-Asli
Kredit Gambar: Facebook Al-Sagoff Corner
Al-Sagoff-Corner-Air-Halia-Asli-
Kredit Gambar: Facebook Al-Sagoff Corner

Al-Sagoff Corner merupakan tempat yang menghimpunkan deretan gerai makanan dan minuman kecil yang terbaik di Perlis. Di sini, anda boleh memilih apa sahaja yang anda mahu kerena mereka ada menyediakan pelbagai juadah untuk selera anda. Anda boleh memesan Bihun, Mi Sup, Nasi Lemak Ayam Rempah, Keuw Teow dan banyak lagi. Mereka juga menjual pencuci mulut seperti cucur udang yang lazat. Sebaik sahaja anda datang ke sini, anda boleh meninjau mana-mana gerai yang menarik perhatian anda. Harga makanan yang ditawarkan di sini juga berpatutan. Jangan risau tentang tempat letak kereta kerana ia mudah didapati.

Alamat: Persiaran Jubli Emas, Kampung Jejawi, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: 
7:00 pagi – 12:00 tengah hari (Isnin – Ahad)
Tutup (Rabu)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/alsaggoffcorner/?locale=ms_MY

12. Warung Tepi Sawah 769

Warung-Tepi-Sawah-
Kredit Gambar: Facebook Warung Tepi Sawah 769
Warung-Tepi-Sawah--
Kredit Gambar: Facebook Warung Tepi Sawah 769

Jika anda ingin menikmati pemandangan sawah padi yang indah sambil menjamu selera, datanglah ke Warung Tepi Sawah 2769. Di warung ini, anda boleh memilih menu sarapan pagi ala-ala kampung. Anda boleh mencuba Lempeng Kelapa, Chapati Sardin, Keow Teow Goreng, Pulut Ikan Masin, Pulut Ayam dan banyak lagi. Apa yang penting, anda perlu tiba di warung ini awal pagi supaya anda mendapat tempat duduk untuk menikmati makanan. Hal ini kerana, warung ini sentiasa sesak dengan pengunjung yang ingin bersarapan pagi di sini. Tempat letak kereta pula tidak disediakan, jadi anda perlu parkir kereta di sepanjang jalan.

Alamat: 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: 
7:00 pagi – 11:00 tengah hari (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100068804208789

13. Speedline Bistro

Speedline-Bistro
Kredit Gambar: Facebook Speedline Bistro
Speedline-Bistro-
Kredit Gambar: @speedlinebistro

Jika anda mencari kafe hipster dan menyajikan masakan Barat, maka inilah tempatnya. Dengan dekorasi yang ringkas dan menarik, kafe ini memberikan suasana yang santai dan tenang kepada pengunjungnya.  Di sini, anda boleh mencuba Chicken Grilled Spaghetti, Chicken Grilled with Butter Rice, Boneless Crispy Chicken with Butter Rice dan banyak lagi. Anda juga boleh memesan menu udang galah di sini. Teruja, bukan? Harga yang ditawarkan di sini juga berpadanan dengan porsi hidangan. Oh ya, kalau anda peminat tegar kopi, kafe ini adalah tempat yang terbaik untuk anda kerana mereka menawarkan kopi yang lazat dan ‘kaw’.

Alamat: B-10B, Lorong Bentara 4, Jalan Sekolah Derma, Taman Kechor Indah, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: 
12:30 tengah hari – 11:00 malam (Isnin – Ahad)
Tutup (Rabu)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/speedline_bistro/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/people/SpeedLine-Bistro/100080217807116/

14. Azrina Gulai Panas

Azrina-Gulai-Panas
Kredit Gambar: Facebook Azrina Gulai Panas
Azrina-Gulai-Panas-
Kredit Gambar: Facebook Azrina Gulai Panas

Azrina Gulai Panas di Perlis ini terkenal dengan masakan karinya yang pekat dan enak. Ramai pelanggan yang kerap kembali ke restoran ini untuk menikmati kari yang aromatik dan juga berkrim. Antara menu yang sering menjadi pilihan para pelanggan ialah Kari Kepala Ikan. Porsi hidangan juga besar dan harganya berpatutan. Anda boleh menikmati hidangan anda di sini dengan tenang kerana persekitaran restoran ini lapang dan bersih. Selain itu, pemilik restoran dan stafnya amat berdedikasi untuk memastikan para pelanggannya mendapat kepuasan sebenar ketika menjamu selera di sini.

Alamat: 02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Ahad)
Tutup (Selasa)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/azrinagulaipanas.panas/?locale=ms_MY

15. Al Syuq Palace & Koffey

Al-Syuq-Palace-Koffey
Kredit Gambar: Facebook Al Syuq Palace
Al-Syuq-Palace-Koffey-
Kredit Gambar: Facebook Al Syuq Palace

Al Syuq Palace & Koffey merupakan restoran yang menyediakan hidangan Asia Tengah, Barat dan juga tempatan untuk para pelanggannya. Setiap hidangan disediakan dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan segar. Selain itu, porsi makanan juga banyak, sepadan dengan harga yang ditawarkan. Jika anda pertama kali ke sini, anda boleh mencuba Nasi Kabsyah Lamb Shank. Restoran ini juga menyediakan pastri yang segar dan enak. Anda tidak perlu risau tentang tempat letak kereta kerana ia mempunyai tempat letak kereta yang luas.

Alamat: 2, Jalan Tekukur, Taman Kangar, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: 
12:30 tengah hari – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
3:00 petang – 10:00 malam (Jumaat)
Tutup (Ahad)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/alsyuqpalacecatering/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/alsyuq.nasiarab/?locale=ms_MY


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close