8 Restoran Pork Noodles yang Terbaik di Lembah Klang 2025

Lembah Klang amat dikenali sebagai tempat yang menawarkan pelbagai pilihan masakan tempatan dan tempat tarikan pelancong. Walau bagaimanapun, tiada apa-apa yang dapat menandingi semangkuk mee yang mengenyangkan, potongan daging babi yang segar dan berjus, daging cincang yang dihidang bersama sup tulang ‘pork’ yang panas dengan sedikit sentuhan minyak bijan dan lada.

Terdapat banyak kedai makan yang menyajikan masakan Pork Noodles yang sedap di Lembah Klang dan kebanyakannya telah beroperasi selama lebih daripada sedekad. ‘Pork Noodles’ telah menjadi pilihan sarapan dan makan tengahari yang digilai oleh orang tempatan di kawasan sekitar. Justeru, masa bekerja terpaksa dipanjangkan selama berjam-jam hanya bagi memenuhi pesanan pelanggan disebabkan oleh tahap populariti mee ini.

Apakah asal-usul yang berkisar tentang Pork Noodles ini?

Pada awalnya, hidangan mee mula dikenali dan direkodkan ketika zaman Dinasti Han di China. Namun, pada hari ini, hidangan ini telah pun mempunyai pelbagai variasi dalam masakan di serata dunia. Seterusnya, secara terperincinya, Pork Noodles dipercayai mula dikenali daripada imigran Fujian daripada China berikutan sup renehan yang ‘clear’ di mana ia merupakan masakan ruji yang akan didapati dalam setiap resepi masakan mereka.

Tambahan pula, Pork Noodle Soup diklasifikasikan sebagai makanan yang serba lengkap kerana ia meliputi kebanyakan nutrisi yang diperlukan. Sebagai contoh, protein, karbohidrat, dan sayur-sayuran. Hidangan ini lazimnya dapat dilihat di kedai-kedai kopi milik orang Cina di Malaysia dan ianya turut merupakan makanan kegemaran ketika ingin bersarapan.

8 Restoran Pork Noodles yang Terbaik di Lembah Klang 2025

1. Restoran MaMa Love

Restoran MaMa Love
Kredit gambar: foursquare.com
Restoran MaMa Love
Kredit gambar: foursquare.com

Sesiapa yang meminati Pork Noodles yang klasik, anda dijemput untuk berkunjung ke Restoran MaMa Love. Restoran ini akan membenarkan anda untuk membuat pilihan sama ada anda ingin Dry Noodle atau Soup Noodle di samping anda turut boleh menambah makanan sampingan yang lain seperti buah pinggang pork, limpa babi, telur, dan sayur-sayuran. Selain itu, sup hidangan ini manis di samping saiz hidangan daging yang ‘tidak kedekut’ dan bahagian dalam atau organ dalaman yang berperasa dan dimasak dengan baik. Tambahan pula, anda boleh meminta sedikit cili cili mata burung dan lemak babi goreng. Persekitaran di restoran ini amat baik dan selesa. Sekiranya anda teringin untuk merasa hidangan ini, singgahlah sementara belum menjelang waktu puncak, iaitu sebelum atau selepas waktu makan tengahari bagi mengelakkan kesesakan.

Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 5 petang (setiap hari) 

Alamat: 17-1, Jalan Tun Perak 2, Taman Tun Perak, 43200 Balakong, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

2. Restoran Win Heng Seng

Restoran Win Heng Seng
Kredit gambar: foursquare.com
Restoran Win Heng Seng
Kredit gambar: foursquare.com

Restoran Win Heng Seng adalah antara kedai kopi yang tidak dilengkapi dengan ‘frills’ yang telah beroperasi selama hampir lebih 20 tahun. Restoran ini bertempat di kawasan Imbi dan merupakan tempat makan yang menarik untuk bersarapan dan makan tengahari ditemani dengan hirupan kopi asli tempatan. Dried Pork Noodle di sini dicampurkan dengan kicap yang cukup[ rasa dan dihiasi dengan lemak babi yang rangup. Sup hidangan ini pula adalah sangat savori dan dilengkapi dengan rasa manis yang diperoleh daripada daging babi dan tulang babi segar. Selain itu, anda mempunyai pilihan untuk menambah telur untuk rasa yang lebih sedap. Sekiranya anda tiba awal, anda berpeluang untuk memberi tart telur atau ‘siew bao’.

Waktu operasi: 6 pagi hingga 3 petang (setiap hari)

Alamat: 183, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://m.facebook.com

3. Kui Lum Noodle House

Kui Lum Noodle House
Kredit gambar: foursquare.com
Kui Lum Noodle House
Kredit gambar: foursquare.com

Kui Lum Noodle House’s Pork Noodles telah berjaya mengekalkan popularitinya selama lebih sedekad. Restoran ini amat sesak apabila menjelang waktu makan tengahari, jadi bersiap sedialah untuk menunggu. Restoran ini menyediakan pilihan makanan yang sedap dan menarik. Antaranya, potongan daging babi yang berbeza dan bebola babi. Daging babi yang disediakan lembut dan lemak babi akan dihidang bersama mee goreng. Jangan lepaskan peluang untuk memesan telur tambahan ke dalam sup anda memandangkan restoran ini menyajikan telur yang dimasak dengan sempurna, dengan lelehan telur kuning yang memikat selera anda. Tumpuan utama bagi restoran ini adalah saiz hidangan yang banyak dan staf yang akan memberikan anda sup dan sayur tambahan apabila anda minta dengan cepat.

Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 2.30 petang (Jumaat – Rabu) Tutup pada hari Khamis.

Alamat: 24, Lorong Lobak, Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

4. Ooi Noodle House

Ooi Noodle House
Kredit gambar: FoodAdvisor
Ooi Noodle House
Kredit gambar: foursquare.com

Ooi Noodle House telah beroperasi selama lebih 20 tahun dan ia dikenali sebagai salah satu restoran yang menyediakan Pork Noodle yang terbaik. Restoran ini terdiri daripada dua tapak kedai dan yang menariknya adalah pemilik sendiri yang akan memasak setiap mangkuk itu dengan penuh perhatian. Justeru, restoran ini mampu mengekalkan rasa setiap hidangan dengan konsisten. Namun begitu, anda harus ingat bahawa waktu menunggu boleh mencapai selama satu jam nerikutan kesesakan dan popularitinya dalam kalangan pelanggan. Tambahan pula, sup hidangan ini adalah asli, berperasa, pekat, dan tidak terlalu masin. Hidangan ini turut merangkumi bahan-bahan enak seperti hirisan daging babi, limpa, dan usus. Seterusnya, saiz hidangan juga amat banyak dan berbaloi dengan harga yang dikenakan. Bagi mengelakkan kesukaran untuk mencari parkir, anda boleh datang dengan menggunakan pilihan seperti Grab atau pengangkutan awam yang lain.

Waktu operasi: 8 pagi hingga 4 petang (Khamis – Selasa) Tutup pada hari Rabu

Alamat: 78, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://m.facebook.com/pages/Ooi-Noodle-House

5. Restoran Ah Or Chu Yuk Fun

Restoran Ah Or Chu Yuk Fun
Kredit gambar: tailim.blogspot.com
Restoran Ah Or Chu Yuk Fun
Kredit gambar: foursquare.com

Restoran Ah Or Chu Yuk Fun (Pork Noodle) diusahakan oleh pasangan adik-beradik. Restoran ini menghidangkan ‘Pork Noodle’ yang enak di mana anda boleh memilih antara mee kuning atau bihun atau koetiaw atau mencampurkan kedua-duanya sekali. Sebiji telur juga akan dihidangkan bersama di setiap pesanan. Jadi, anda harus pastikan bahawa anda memaklumkan kepada pemilik sekiranya anda tidak inginkan telur dalam pesanan anda. Hirisan daging babi dan daging cincang juga dimasak dengan baik dan tidak terlebih masak. Seterusnya, saiz hidangan untuk lemak babi goreng di restoran ini juga sering menjadi bualan kerana ‘tidak kedekut’. Ia merupakan pilihan yang baik untuk santapan ketika waktu tengahari dan parkir di hadapan adalah percuma ketika hujung minggu.

Waktu operasi:

  • 8 pagi – 4 petang (Selasa)
  • 9 pagi – 4 petang (Khamis – Ahad) 
  • Tutup pada hari Isnin dan Rabu

Alamat: Jalan PJS 8/17, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

6. Peter’s Pork Noodle

Peters Pork Noodle
Kredit gambar: foursquare.com
Peters Pork Noodle
Kredit gambar: foursquare.com

Peter Pork Noodle telah beroperasi selama 30 tahun dan masih kekal utuh sehingga hari ini. Restoran ini terletak berdekatan medan selera Money Corner, bertentangan dengan pejabat pos Brickfields. Medan selera ini tersembunyi daripada pandangan umum. Jadi, anda perlu menggunakan jalan yang bersebelahan dengan kedai toto dan berjalan di bawah tangga besi untuk memasuki restoran in melalui pintu belakang medan selera ini. Sup yang dihidang di kedai makan ini adalah jernih dan secukup rasa beserta dengan hirisan daging babi yang pastinya berjus. Selain itu, restoran ini turut menyediakan saiz hidangan daging cincang, hirisan daging babi, limpa, sayur, dan lemak babi goreng dalam kuantiti yang ‘pemurah’. Di samping itu, anda boleh menambahkan kepedasan dalam makanan anda dengan meminta tambahan cili burung daripada kedai tersebut.

Waktu operasi

  • 8 pagi hingga 3.30 petang (Selasa – Jumaat, Ahad)
  • 7 pagi hingga 3 petang (Sabtu) Tutup pada hari Isnin 

Alamat: 144, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/Peter-Pork-Noodles

7. Siew Kee Pork Noodle

Siew Kee Pork Noodle
Kredit gambar: siew-kee-pork-noodle.business.site
Siew Kee Pork Noodle
Kredit gambar: Gareth Davies

Siew Kee Pork Noodle adalah salah satu hidangan Pork Noodle yang sedap bertempat berdekatan dengan Kepong dan setiap hidangan disediakan secara berasingan. Jadi, kaedah ini dapat mengekalkan jus yang ada dalam setiap hirisan daging babi, daging babi cincang, ‘pork loin’, limpa babi, dan usus babi. Sup ini diperbuat daripada tulang babi sebagai bahan asas dalam masakan untuk rasa manis dan sekiranya anda menambah telur dalam pesanan anda, ia akan menambahkan lagi kesedapan dalam makanan anda. Restoran ini beroperasi seawal 7 pagi dan menjadi pilihan masyarakat tempatan untuk bersarapan. Tambahan lagi, restoran ini menyediakan hidangan bersama bebola daging ‘homemade’ yang lazat bagi memulakan hari anda.

Waktu operasi: 7 pagi hingga 3.30 petang (Jumaat – Rabu) Tutup pada hari Khamis

Alamat: 16-34, Jalan Medan Putra 3, Medan Putra Business Centre, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://siew-kee-pork-noodle.business.site

8. Leng Leng Pork Noodles (Bukit Jalil)

Leng Leng Pork Noodles Bukit Jalil
Kredit gambar: foursquare.com
Leng Leng Pork Noodles Bukit Jalil
Kredit gambar: foursquare.com

Restoran Leng Leng Pork Noodles membolehkan anda untuk memilih antara sup original dan sup tomato yang pekat, sedikit berbeza dengan sup Pork Noodle yang biasa. Sup tomato ini pekat, sedikit manis, dan masam dengan sedikit sos tomato, dihidang bersama mangkuk dua lapisan bagi mengekalkan kepanasan masakan tersebut. Sup ini akan lebih enak jika dihidang bersama hirisan daging babi, daging cincang bersama cendawan yang dipotong dadu, limpa babi, bebola babi dan usus babi. Anda boleh meminta makanan sampingan tambahan tetapi caj akan dikenakan. Menu yang disajikan di restoran ini boleh dikatakan tidak mengandungi MSG sama sekali, di mana ia merupakan tarikan yang baik kepada para pelanggan. 

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5.30 petang (Selasa – Ahad) Tutup pada hari Isnin

Alamat: 6, Jalan Jalil Jaya 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/lenglengbukitjalil/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close