8 Susu Kambing Terbaik di Malaysia 2025

Susu kambing mempunyai rasa berkrim, manis dan lembut kerana kebanyakannya berasal daripada kandungan lemak mentega susu. Anda mungkin tertanya-tanya, adakah susu kambing lebih baik daripada susu lembu? 

Jika diikutkan, kedua-dua susu mempunyai jenis nutrien yang hampir sama, tetapi dengan jumlah yang berbeza. Berbanding dengan susu lembu, susu kambing mengandungi lebih banyak kalsium, kalium, dan vitamin A. Ia juga mempunyai kandungan laktosa yang lebih rendah daripada susu lembu sekaligus menjadikannya lebih mudah dihadam.

Apakah khasiat susu kambing?

Susu kambing bagus untuk diminum kerana ia boleh mengurangkan risiko penyakit katarak selain membantu anda merendahkan tahap kolesterol dalam badan anda. Selain itu, susu kambing juga membantu anda menghadam kandungan protein yang tinggi selain menjadikannya susu yang sesuai diminum bagi mereka yang alergi terhadap susu lembu.

Apakah yang boleh anda buat dengan susu kambing?

Selain diminum secara terus, susu kambing boleh diadun bersama bahan pastri untuk membuat kek atau pencuci mulut. Ada juga yang membuat yogurt dan keju daripada susu kambing ini! Jika anda hendak tahu, susu kambing juga digunakan di dalam masakan dan juga minuman milkshake.

8 Susu Kambing Terbaik di Malaysia 2025

1. Dairy Goat Fresh Milk

Dairy Goat Fresh Milk
Kredit Gambar: Shopee

Dairy Goat Fresh Milk ini berasal daripada kambing yang dijaga rapi di Gunung Inas. Kambing-kambing ini diberi makan rumput dan dikelilingi oleh udara yang segar untuk memastikan mereka dapat menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Susu segar ini kemudiannya dibotolkan menggunakan teknik khas daripada teknologi Perancis.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 250 ml

Harga: RM9.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. ORiG Fresh Goat’s Milk

ORiG Fresh Goats Milk
Kredit Gambar: Shopee

Susu Kambing Segar ORiG dicipta daripada susu kambing berkualiti tinggi yang telah diproses dengan selamat dan bersih menggunakan sistem pek vakum yang berteknologi tinggi. Tubuh manusia mudah mencerna dan menyerap susu kambing selain mengandungi mineral yang tinggi, kalsium, vitamin dan enzim. Semua nutrisi tersebut dapat membantu anda meningkatkan stamina, tenaga dan sistem imun.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 250 ml

Harga: RM8.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. UK Farm Fresh Goat’s Milk

UK Farm Fresh Goats Milk
Kredit Gambar: ukfarm

UK Farm Fresh Goat’s Milk diperbuat daripada susu kambing pasteur segar dan disediakan mengikut garis panduan HACCP dan HALAL. Ia sihat untuk diet anda dan membantu meningkatkan sistem imun anda untuk kehidupan yang lebih sihat. Oleh kerana susu kambing UK Farm tidak mengandungi bahan pengawet, ia hanya boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 minggu sahaja dan apabila bungkusannya dibuka, ia hanya boleh disimpan selama 2 hari. Jadi, anda perlu menikmatinya dalam masa 2 hari supaya segala nutrisinya dapat diserap oleh badan.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 160 ml & 820 ml

Harga: RM6.52 (160 ml botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. SRB Goat Milk

SRB Goat Milk
Kredit Gambar: SeeTracker Malaysia

Susu Kambing SRB berasal daripada kambing yang dipelihara di Terengganu. Susu kambing yang baru diperah ini akan  diproses, ditapis dan dibotolkan. Ia kemudiannya dibekukan untuk memastikan kualitinya tinggi supaya ia masih segar apabila tiba di depan pintu rumah anda.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 500 ml

Harga: RM12.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Kaprima UHT Goat Milk

Kaprima UHT Goat Milk
Kredit Gambar: Halal Food Master

Susu Kambing UHT Kaprima ialah susu kambing UHT pertama di Malaysia! Ia tidak mempunyai pengawet tambahan dan tiada bau atau rasa yang tidak menyenangkan. Susu kambing ini mengandungi 5.35 g protein dalam setiap botol, iaitu 125 ml. Ia juga diperakui Halal dan diperakui MeSTI untuk memastikan kualitinya sangat baik.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 125 ml

Harga: RM19.00 (5 pek x 125 ml)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Nubian Goat’s Milk

Nubian Goats Milk
Kredit Gambar: Lulu Hypermarket

Susu Kambing Nubian berasal daripada jenama terkenal, iaitu Farm Fresh. Seperti susu lembu, susu kambing mereka mempunyai kualiti yang sangat baik. Ia kaya  dengan rasa berkrim dan mempunyai tekstur yang licin. Anda boleh menikmati susu kambing ini seadanya atau menambahnya ke dalam masakan atau hidangan pencuci mulut anda. Nikmatilah kebaikan dan khasiat susu kambing ini.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 200 ml

Harga: RM10.66

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Ghonam Pure Fresh Goat’s Milk

Ghonam Pure Fresh Goats Milk
Kredit Gambar: Tokopedia

Ghonam Pure Fresh Goat’s Milk ialah susu kambing dari Indonesia. Ia mempunyai rasa yang enak lagi berkrim yang kaya dengan nutrisi dalam setiap tegukan. Susu kambing ini istimewa kerana kambing yang membekalkan susu ini hanya memakan rumput dan kurma sahaja. Kurma yang dimakan oleh kambing ini menjadikan susu mereka mempunyai sedikit rasa manis semula jadi.

Negara Pengeluar: Indonesia

Saiz: 200 ml

Harga: RM13.18

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Alita Fresh Goat’s Milk

Alita Fresh Goats Milk
Kredit Gambar: goatalita

Susu Kambing Segar Alita mempunyai lebih daripada 3 kali ganda jumlah nukleotida semula jadi yang terdapat dalam susu lembu. Nukleotida boleh meningkatkan sistem imuniti selain memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan diri. Susu ini berasal daripada kambing yang diberi makan rumput import Australia dan Taiwan. Selain itu, rumput tersebut juga mempunyai pelbagai diet serat probiotik yang berprotein tinggi supaya kambing ini dapat membesar dengan sihat dan menghasilkan lebih banyak susu segar yang lazat.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 250 ml & 960 ml

Harga: RM6.00 (250 ml botol)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close