Pernahkah anda mendengar tentang buah markisa? Ia adalah buah eksotik yang menawarkan banyak manfaat kesihatan. Teh markisa ialah infusi teh herba yang biasanya dibuat dengan asas teh hitam dan kepingan markisa atau intipati buah itu, bersama dengan rempah ratus beri yang lain. Apabila teh ini dibancuh, ia mempunyai rasa yang segar dan berbau harum.
Sebenarnya, buah markisa ini banyak khasiatnya. Ia mengandungi protein, karbohidrat, serat, vitamin c, vitamin B3, zat besi, kalsium dan juga beta-karoten. Vitamin dan nutrisi ini boleh memberikan anda kebaikan jika anda memakannya atau menjadikannya minuman. Kini, banyak syarikat yang mengeluarkan teh berasaskan buah markisa demi memenuhi kehendak pengguna di Malaysia.
Apakah Khasiat Buah Markisa?
Buah markisa banyak khasiatnya. Dengan vitamin C yang ada pada buah ini, ia boleh mengurangkan risiko keberjangkitan penyakit jika anda mengamalkannya. Selain itu, buah ini juga boleh melancarkan sistem pencernaan anda. Jika ada mengalami masalah sembelit, apa kata anda cuba makan atau minum produk yang berasaskan buah markisa? Mana tahu masalah anda berjaya diatasi dengan bantuan buah ini.
Selain itu, buah markisa juga boleh meningkatkan daya ketahanan badan kerana mengandungi vitamin c yang bertindak sebagai antioksidan. Buah ini juga boleh mengurangkan stress atau tekanan yang anda alami kerana ia mempunyai kandungan magnesium yang bagus untuk badan. Nah, sekarang anda sudah tahu kebaikan buah markisa. Jadi, apa kata anda cuba dahulu teh markisa yang bakal kami senaraikan di sini? Berikut ialah 8 teh markisa terbaik di Malaysia.
8 Teh Markisa Terbaik di Malaysia 2026
1. Boh Seri Songket Passion Fruit Tea

Bau buah markisa yang menakjubkan kekal enak dalam adunan yang menarik ini. Teh ini menggunakan buah markisa yang segar dan manis. Apa kata anda cuba nikmati dahulu kelazatan Boh Seri Songket Passion Fruit Tea hari ini dan lihat sama ada ia boleh menjadi salah satu minuman kegemaran anda atau tidak? Anda pasti tidak akan menyesal!
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 20 Sachet
Harga: RM 9.90
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
2. Ahmad Tea Peach & Passion Fruit

Buah pic dan markisa merupakan salah satu gabungan rasa yang hebat. Itulah sebabnya Ahmad Tea mencipta Teh Hitam Berperisa Pic dan Buah Markisa ini. Teh ini seakan mengimbangi rasa buah-buahan eksotik yang manis bersama teh hitam berkualiti. Gabungan ini menjadikannya minuman yang sedap untuk dinikmati oleh penggemar teh.
Bahan-bahan: Teh Hitam, Perisa Buah Markisa & Peach, Peach, Buah Markisa
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 20 T
Harga: RM 10.90 (Shopee) | RM 11.80 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
3. 888 Teh Wangi Buah Markisa

Diperbuat daripada daun teh yang terpilih, 888 teh Wangi Buah Markisa dihasilkan untuk memberikan anda rasa dan aroma teh yang paling asli dan tanpa pewarna tiruan. Gabungan sempurna Teh Mawar Beraroma 888 yang terkenal dan perisa Buah Markisa ini menjadikan setiap tegukan anda segar dan ceria. Apa lagi, cubalah 888 Teh Wangi Buah Markisa ini bagi memeriahkan hari anda!
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 40 g
Harga: RM 3.69 (Shopee) | RM 3.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
4. Sabah Tea Fruit Tea

Bebaskan badan anda daripada kebimbangan dan nikmatilah Sabah Tea Fruit Tea dengan senang hati. Teh markisa ini kaya dengan antioksidan, mineral dan juga asid amino. Semua nutrien ini boleh membantu meningkatkan sistem imun anda. Cubalah Sabah Tea Fruit Tea hari ini. Mana tahu anda menyukainya!
Bahan-bahan: Pure Camellia Sinensis Black Tea, Buah Markisa.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 30 g
Harga: RM 14.00 (Shopee) | RM 14.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
5. Raintree Premium Passion Fruit Tea

Anda rasa teruja dengan aroma teh markisa ini? Marilah mencuba Raintree Premium Passion Fruit Tea hari ini! Rasailah rasa teh markisa yang manis dan sedap ini. Setiap tegukan pasti memukau anda! Bukan sahaja ia kaya dengan antioksidan,bahkan teh ini juga baik untuk meredakan tekanan atau stress anda di hari yang sibuk.
Bahan-bahan: 100% Pure Ceylon Black Tea
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 16 g
Harga: RM 7.90
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
6. Damtuh Cold Brewed Peach Passion Fruit Black Tea

Bau yang manis dan lazat menanti anda dalam Damtuh Cold Brewed Peach Passion Fruit Black Tea ini. Nikmatilah rasa gabungan bahan-bahan hebat yang diadun bersama bagi menghasilkan teh yang menakjubkan hari ini.
Bahan-bahan: Perisa Peach, Buah Markisa, Teh Hitam.
Negara Pengeluar: Korea Selatan
Saiz: 1.5 g (x 20)
Harga: RM 24.80 (Shopee) | RM 40.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
7. Jaf Tea Passion Fruit Tea

Jika anda minum teh ini, anda akan dapat merasai kelazatan buah-buahn yang manis pedas yang digabungkan dengan teh Ceylon yang terkenal ini. Anda hanya perlu bancuh sahaja teh ini selama 3 minit untuk merasai kesegaran yang berpanjangan. Oh ya, teh ini juga boleh dihidangkan panas atau sejuk mengikut cita rasa anda.
Bahan-bahan: Teh hitam Ceylon, Perisa Buah Markisa
Negara Pengeluar: Sri Lanka
Saiz: 150 g
Harga: RM 38.00 (Shopee) | RM 12.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
8. Mlesna Passion Fruit Tea

Mlesna Passion Fruit Tea ini telah diproses dengan ekstrak rasa semula jadi untuk memberikan anda teh aromatik yang menarik dan segar. Bukan sahaja ia kaya dengan antioksidan, teh ini juga menguatkan daya ketahanan badan anda. Jadi, bukan sahaja anda dapat menikmati teh markisa yang lazat ini, anda juga dapat menjaga kesihatan anda.
Bahan-bahan: Pure Ceylon Black Tea, Perisa buah Markisa
Negara Pengeluar: Sri Lanka
Saiz: 2 g (x 10)
Harga: RM 8.50
*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.