Ingin mencipta banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama pasangan anda? Tempat yang sesuai untuk mencipta kenangan indah ialah tempat yang romantik dan menarik. Paling penting, tempat itu tidak membosankan pasangan anda! Tempat temu janji yang baik ialah tempat yang tidak sesak dan tidak bising. Mengapa? Kerana ia boleh melancarkan dan memudahkan perbualan anda bersama pasangan.
Di Malaysia, terdapat banyak tempat temu janji yang menarik dan unik untuk anda lawati bersama pasangan. Antara tempat temu janji yang dimaksudkan ialah tempat makan yang romantis, taman-taman botani yang terbuka serta banyak lagi. Percayalah, anda tidak akan bosan meluangkan masa bersama pasangan kerana tempat-tempat yang kami bakal cadangkan akan membuatkan anda gembira.
Bagaimanakah menentukan tempat temu janji yang sesuai bersama pasangan?
Sebagai pasangan suami isteri atau pasangan kekasih, anda perlu tahu apakah minat dan juga masakan kegemaran pasangan anda. Jika pasangan anda gemarkan aktiviti sukan yang lasak seperti berbasikal dan trekking, anda harus memilih tempat temu janji di taman negara yang menawarkan aktiviti lasak seperti ini bagi membuatkan si dia gembira. Apa yang penting, anda perlu tahu minat pasangan terlebih dahulu sebelum membuat kajian tentang lokasi, bajet dan pakej yang ditawarkan oleh tempat tersebut.
8 Tempat Temu Janji Menarik di Malaysia 2025
1. Wizards at Tribeca @ Imbi


Wizards at Tribeca ialah kafe yang bertemakan filem Harry Potter. Anda akan kagum dengan hiasan dalaman yang menakjubkan kerana ia mengenakan elemen ajaib dan estetika. Jika pasangan anda peminat filem Harry Potter, maka tempat inilah temu janji anda patut berlangsung! Anda berdua boleh menikmati sarapan pagi dan hidangan yang lazat sambil dikelilingi suasana ajaib dan fantasi yang memukau.

Operating Hours: Isnin-Khamis (10.00 pagi-6 petang), Jumaat-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: 215, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
2. Heli Lounge Bar

Heli Lounge Bar ialah tempat temu janji yang canggih dan bergaya. Ia terkenal dengan ruang makan atas bumbung yang menawarkan suasana damai dan pemandangan yang menakjubkan. Anda akan disajikan dengan makanan yang enak dan berkualiti tinggi. Pemandangan matahari terbenam pada waktu petang boleh membuatkan suasana menjadi lebih romantis selain anda dapat memotretkan kenangan anda bersama pasangan melalui gambar.


Operating Hours: Isnin-Ahad (5.00 petang-12.00 malam), Khamis (5.00 petang-1.00 pagi)
Alamat: 34 Menara KH, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
3. Sunway Pyramid Ice

Meluncur ais merupakan salah satu cara yang menyeronokkan untuk mengeratkan lagi hubungan anda bersama pasangan. Anda boleh belajar cara meluncur bersama pasangan dan bergelak ketawa sewaktu bermain sukan ini. Jika anda sudah penat, anda boleh ke restoran untuk menjamu selera atau membeli-belah barang keperluan anda di pusat beli-belah Sunway Pyramid.


Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-7.30 petang)
Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
4. Zoo Negara

Melawat dan berinteraksi dengan haiwan bersama pasangan di Zoo Negara boleh merapatkan lagi hubungan anda berdua. Jika pasangan anda sukakan haiwan, maka inilah tempat temu janji yang sesuai buat anda berdua! Anda boleh mengambil banyak gambar bersama haiwan atau menaiki kereta api mini di sepanjang zoo ini. Pastikan anda dapat memotretkan gambar pasangan anda yang keriangan kerana ini boleh menjadi kenangan anda pada masa hadapan. Pada sebelah petang, anda boleh membeli makanan dan minuman dari gerai-gerai di yang terdapat di zoo ini.


Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi-5.00 petang)
Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
5. Kasturi Walk

Kadang-kala, apa yang anda mahu lakukan bersama pasangan ialah bersiar-siar menikmati alam semula jadi yang indah. Menghirup udara segar dan menikmati pemandangan alam yang hijau dapat meleraikan stres yang anda berdua alami disebabkan kesibukan kerja di kota. Apa kata anda bertemu janji di Kasturi Walk. Taman ini menampilkan pemandangan yang indah, serta pelbagai kiosk yang menjual produk lama dan tradisional. Anda boleh mencuba makanan jalanan tempatan bersama-sama dengan pasangan sambil membeli-belah. Selain itu, anda juga boleh melihat persembahan kebudayaan yang sering diadakan di sini.


Waktu operasi: Setiap hari
Alamat: 32, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
6. Muzium Teddyville, Pulau Pinang

Bayangkan anda membawa pasangan anda ke tempat yang dipenuhi teddy bear yang comel. Pasti suasana itu menjadi romantis kerana kebanyakan wanita sukakan anak patung! Teddy bear di Teddyville mempunyai pelbagai saiz yang dipertontonkan iaitu daripada teddy bear bersaiz besar yang sedap dipeluk sehinggalah kepada teddy bersaiz kecil yang sesuai dijadikan key-chain beg sandang anda. Selain itu, barisan teddy bear ini dipakaikan pakaian mengikut tema negara dan era masing-masing. Konsep pameran ini diilhamkan daripada aspek-aspek yang terdapat di Pulau Pinang. Anda boleh membawa orang tersayang ke sini dan mengambil banyak gambar bersama teddy bear. Pasti si dia akan tersenyum sepanjang hari!


Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Penang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
7. Atmosphere 360

Atmosphere 360 ialah sebuah restoran santapan yang bergaya dan canggih. Ia juga merupakan sebuah restoran berputar di puncak Menara KL Tower. Persekitaran yang selesa, pemandangan 360 darjah dan hiasan yang bertemakan galaksi akan memberi inspirasi kepada anda untuk meluangkan lebih banyak masa bersama orang tersayang sambil menikmati makanan yang lazat. Anda harus mencuba pencuci mulut mereka kerana ia merupakan sajian popular di sini. Walaupun anda terpaksa mengikat perut sedikit demi temu janji anda, percayalah bahawa hal ini berbaloi bagi menggembirakan pasangan anda!


Waktu operasi: Isnin-Ahad (12.00 tengah hari-10.00 malam)
Alamat: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review Klik
8. I-City Date

Ingin melihat pemandangan malam yang indah bersama pasangan anda? Tempat ini boleh menawarkan apa yang anda inginkan. Anda bukan sahaja boleh berjalan di atas ais tetapi anda juga boleh bermain roda ferris bersama pasangan anda. Selain itu, terdapat pelbagai tempat menarik yang boleh anda terokai bersama pasangan di taman hiburan tertutup ini. Jangan risau kerana perkarangan taman hiburan ini juga dipenuhi lampu neon yang berwarna-warni yang menjadikannya lokasi sesuai untuk bergambar berdua.


Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.