8 Tempat Instagrammable Terbaik di Kuala Lumpur 2025

Biasanya tempat yang sering dijadikan lokasi bergambar untuk suapan Instagram ialah tempat yang unik, memukau dan mengagumkan bagi sesiapa yang melihatnya. Tempat seperti ini dijadikan sebagai latar belakang gambar bagi suapan di Instagram. Gambar yang menarik di Instagram pasti menjadi ikutan ramai dan sekaligus berjaya meningkatkan jumlah pengikut di media sosial tersebut.

Memandangkan media sosial ialah alat pemasaran,  penjenamaan dan pengiklanan yang paling berkuasa pada hari ini, tidak hairanlah ramai pengguna media sosial berusaha untuk memilih tempat Instagrammable yang sempurna bagi mendapatkan gambar yang hebat. Oleh itu, bacalah artikel ini untuk mengetahui 8 tempat Instagrammable terbaik di Kuala Lumpur.

Adakah Kuala Lumpur mempunyai tempat yang sesuai untuk bergambar?

Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia dan merupakan salah satu hub perniagaan utama negara. Ia juga menempatkan banyak tarikan terkenal di dunia seperti Menara Berkembar Petronas. Sejak 1996, menara berkembar ini merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. Terdapat juga kotak kaca di Menara KL yang setinggi 300 meter daripada tanah yang membolehkan anda melihat pemandangan 360 darjah bandar Kuala Lumpur.

Satu lagi lokasi terkenal untuk bergambar ialah Saloma Link Bridge, yang mana ia dicipta dengan menggunakan panel kaca yang berwarna-warni dan sekaligus menceriakan waktu malam anda apabila lampu neon di situ dipasang indah. Terdapat juga seni bina menarik bangunan Sultan Abdul Samad dan Kuil Thean Hou yang indah. Secara keseluruhannya, Kuala Lumpur merupakan bandar yang indah dengan cahaya gemerlapan selain mempunyai bangunan klasik dan pelbagai tarikan pelancong. 

8 Tempat Instagrammable Terbaik di Kuala Lumpur 2025

1. Menara Berkembar Petronas Twin

Petronas Twin Towers
Kredit Gambar: @jairokim_travel
Petronas Twin Towers
Kredit Gambar: @zakylio

Menara Berkembar Petronas ialah menara berkembar tertinggi di dunia sejak 1996. Bahagian dalaman menara berkembar ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan kemasan kaca selain menampilkan rekaan corak tenunan kraftangan tempatan Malaysia. Reka bentuk setiap plat lantai menara menyerupai bentuk geometri Islam yang ringkas, iaitu daripada 2 petak bersambung akan menghasilkan bentuk bintang berbucu lapan. Menara yang mengagumkan ini merupakan  pemandangan yang sering dilihat dan boleh dijadikan latar gambar yang mengagumkan untuk Instagram anda.

Waktu operasi: Selasa-Ahad (10.00 pagi- 6.00 petang) Isnin (tutup)

Alamat: Concourse Level, Petronas Twin Tower, Lower Ground, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.petronastwintowers.com.my/

RUJUK HARGA DI klook

2. Heli Lounge Bar

Heli Lounge Bar
Kredit Gambar: @hurin.omar
Heli Lounge Bar
Kredit Gambar: @queen_sa.sha

Heli Lounge Bar ialah satu lagi lokasi popular untuk tangkapan gambar yang sempurna bagi suapan Instagram anda. Ia merupakan bar di atas bumbung yang terletak di tingkat 34 Menara KH. Bar ini menawarkan pemandangan panoramik 360 darjah landskap bandaraya Kuala Lumpur. Bar atas bumbung ini juga mempunyai hiasanya yang agak ringkas dengan gabungan kerusi santai, kerusi kayu dan meja yang selesa. Walau bagaimanapun, pemandangan ajaib dari atas bumbung ini dapat menggantikan reka bentuk dan kelengkapan bar yang sederhana. Masa yang sesuai untuk tangkapan Insta-perfect ialah semasa waktu senja apabila matahari terbenam akan memancarkan cahaya oren yang hangat kepada anda.

Waktu operasi: Jumaat-Rabu (5.00 petang-12.00 malam), Khamis (5.00 petang-1.00 pagi)

Alamat:  34 Menara KH, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Instagram: https://www.instagram.com/helipadkl/?hl=en

3. Kuil Thean Hou

Thean Hou Temple
Kredit Gambar: @jy.is.me
Thean Hou Temple
Kredit Gambar: @leejoonyii

Kuil Thean Hou ialah kuil 6 tingkat yang megah bagi dewi laut China Mazu. Kuil ini siap dibina pada tahun 1987 dengan anggaran kos RM7 juta. Kuil ini mempunyai unsur Buddhisme, Konfusianisme dan Taoisme. Selain itu, ia turut menempatkan gambar jubin berwarna-warni yang diletakkan pada tiang tangga yang menggabungkan elemen tradisional dan moden hinggalah menghasilkan pemandangan yang menakjubkan. Pemandangan sebegini boleh dijadikan latar gambar untuk Instagram anda. Selain itu, dewan solat di sini menempatkan 3 mezbah dan setiap mezbah menyembah dewa atau dewi yang berasingan. Kuil Thean Hou merupakan lokasi bergambar yang menarik jika anda ingin mendapatkan gambar yang luar biasa.

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: 65, Persiaran Endah, Taman Persiaran Desa, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/theanhoutemple/

4. Taman Botani Perdana

Perdana Botanical Garden
Kredit Gambar: @alifftudm95
Perdana Botanical Garden
Kredit Gambar: @emily_lily

Dahulunya, Taman Botani Perdana dikenali sebagai Taman Tasik Perdana atau Taman Tasik. Taman ini dilitupi dengan pelbagai koleksi tumbuhan tropika dan menempatkan pelbagai tarikan seperti Taman Bunga Raya yang mempunyai air terjun, kolam dan air pancut 4 meter; taman tenggelam yang merupakan taman parterre; dan herbarium yang menyimpan koleksi tumbuhan berbunga dan berbuah dari Taman Botani Perdana dan kawasan hutan di Malaysia. Di sini anda boleh berinteraksi dengan alam semula jadi sambil mengambil gambar dengan berlatarbelakangkannya. Pasti gambar anda menarik dengan latarnya yang berwarna-warni!

Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pagi-8.00 malam)

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/PerdanaBotanicalGarden/

5. Menara KL

KL Tower
Kredit Gambar: @she_truly_madly
KL Tower
Kredit Gambar: @reiko1206t

Menara KL ialah sebuah menara telekomunikasi setinggi 15 tingkat, 421 meter tertinggi di Kuala Lumpur. Ia juga merupakan menara ke-7 tertinggi di dunia dan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Para pengunjung di menara ini boleh mengalami sendiri pengalaman unik yang dengan melihat panorama bandar Kuala Lumpur daripada dek pemerhatian atau Sky Deck. Anda juga boleh bergambar di Sky Box, iaitu kotak kaca yang terbentang daripada Sky Deck pada ketinggian 300 meter dari tanah. Bayangkan, imej keseluruhan bandar kini berada di bawah kaki anda dan anda mula mengambil gambar seumpama ini untuk Instagram anda. Pasti hasilnya tidak mengecewakan!

Waktu operasi : Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://menarakl.com.my/

RUJUK HARGA DI klook

6. Regalia Suites

Regalia Suites
Kredit Gambar: @menmadeinmalaysia @josephxblue
Regalia Suites
Kredit Gambar: ___robo.cop

Regalia Suites terletak di lokasi yang strategik, iaitu di tengah-tengah Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai 200 bilik menggunakan rekaan moden dan juga  pangsapuri hotel yang cantik. Kolam renang infiniti di atas bumbung Regalia Suites ini menawarkan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang indah, termasuklah pemandangan Menara KL itu sendiri. Pemandangan di kolam infiniti ini seringkali dipaparkan pada Instagram kerana pemandangannya yang cantik dan merupakan destinasi popular bagi penduduk tempatan dan pelancong untuk menginap.

Waktu operasi: Setiap hari

Alamat: No. 2, Jalan Anjung Putra, Off, Jln Sultan Ismail, 50480, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/regaliasuiteskl/

7. Bangunan Sultan Abdul Samad

Sultan Abdul Samad Building
Kredit Gambar: @crystalpuiyan
Sultan Abdul Samad Building
Kredit Gambar: @shahirahshahs

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan satu lagi lokasi bergambat yang popular untuk pengguna Instagram. Ia merupakan bangunan yang dibina lewat abad ke-19 yang terletak di Jalan Raja di hadapan Dataran Kemerdekaan dan Kelab Diraja Selangor di Kuala Lumpur. Pada zaman dahulu, bangunan ini menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran kolonial British dan dinamakan sempena nama Sultan Abdul Samad pada tahun 1974, iaitu sultan Selangor ketika itu. Bangunan tersergam indah ini mempunyai asas batu yang kukuh dan diperbuat daripada campuran bata, simen, tembaga, keluli, besi, dan kayu. Kini, bangunan ini juga mempunyai taman-taman yang indah dan bunga-bunga di sekeliling kawasannya yang menjadikan ia sebagai tempat sesuai untuk bergambar.

Waktu operasi: Setiap hari

Alamat: Jln Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/theSultanAbdulSamadBuilding/

8. Saloma Link Bridge

Saloma Link Bridge
Kredit Gambar: @malaysiapix
Saloma Link Bridge
Kredit Gambar: @celine.wying

Jambatan ini merupakan tempat terbaru  untuk golongan Instagrammers. Ia dibina untuk mempromosikan pelancongan Malaysia. Selain itu, jambatan ini juga  merupakan gabungan jambatan pejalan kaki dan penunggang basikal sepanjang 69 meter di sepanjang Sungai Klang dalam Kuala Lumpur. Struktur kekisi keluli yang kompleks diselang-seli dengan pelapis dan panel kaca berwarna mencipta pemandangan yang mengagumkan pada waktu siang apabila cahaya matahari memantul pada panel kaca. Pada waktu malam pula, panel akan diterangi dengan lampu warna-warni yang menjadikan jambatan ini cantik dan indah untuk dilihat.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (5.00 pagi-1.00 pagi), Ahad & Cuti umum (5.00 pagi-12.00 malam)

Alamat: Saloma, Between and Lorong, Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close