Di Malaysia, hari lahir disambut bersama rakan dan keluarga dengan berkumpul untuk menikmati makanan dan minuman. Rakan dan keluarga juga akan memberikan hadiah kepada individu yang menyambut hari lahirnya dan menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi”. Fakta yang menarik tentang hari lahir ialah lagu “Happy Birthday to You” telah digubah oleh Mildred J Hill, seorang guru yang dilahirkan di Louisville KY pada tahun 1859, bersama-sama dengan adik perempuannya, Patty Smith Hill. Sejak itu, lagu “Happy Birthday to You” telah diterjemahkan secara rasmi ke dalam 18 bahasa yang berbeza.
Johor terkenal sebagai hub hiburan dengan menawarkan pelbagai jenis taman tema dan kemudahan hiburan lain bagi memenuhi keperluan para pengunjung. Negeri ini juga merupakan syurga makanan yang menawarkan pelbagai masakan tempatan yang lazat seperti Laksa Johor, Ikan Bakar, dan banyak lagi. Jika anda merancang untuk menyambut hari lahir anda di Johor, anda telah datang ke tempat yang betul. Johor mempunyai pelbagai tempat menarik dan indah untuk anda meraikan hari istimewa anda bersama rakan dan keluarga. Teruskan membaca untuk mengetahui 8 tempat terbaik untuk sambutan hari lahir di Johor.
Di manakah tempat sambutan hari lahir yang sesuai di Johor?
Johor merupakan rumah kepada salah satu tarikan terbaik di Malaysia seperti LEGOLAND Malaysia dan Adventure Waterpark Desaru Coast. Tidak hairanlah jika Johor juga mempunyai tempat yang menakjubkan untuk acara dan majlis khas seperti sambutan hari lahir. Bagaimana rasanya jika anda menyambut hari lahir bersama rakan dan keluarga anda dalam persekitaran seperti gua sebenar atau dibawa kembali ke zaman pertengahan England di George & Dragon? Bayangkan anda dikelilingi oleh barang antik Inggeris yang tergantung di dinding dan kesatria logam bersaiz sebenar yang dipamerkan dalam restoran tersebut. Bagaimanakah perasaan anda?
Jika anda inginkan tempat yang dihias indah dengan ruang terbuka, cubalah Kafe People & Places. Atau, jika anda inginkan tempat yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, Cafe BLD di Renaissance Johor Bahru Hotel ada menyediakan makan malam sajian bufet antarabangsa yang mewah. Bukan itu sahaja, bagi penggemar makanan Itali, terdapat Gianni’s Trattoria yang menyajikan kualiti makanan terbaik yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan yang segar.
8 Tempat Menarik bagi Sambutan Birthday di Johor 2025
1. Naughty Bali Johor Bahru


Naughty Bali Johor Bahru menawarkan pelbagai jenis masakan Bali dan makanan lain seperti Thai Tom Yum, Spaghetti, Pork Chop, Kari dan banyak lagi. Restoran ini terkenal dengan hidangan tulang rusuk babi yang lembut dan lazat. Di sini, anda juga boleh memesan hidangan pembuka selera berasaskan babi yang disediakan dengan sempurna. Koktel dan bir juga disediakan. Para pelayan di Naughty Bali sentiasa prihatin dan memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan. Sementara anda di sini, anda akan dibuai dengan muzik yang lembut semasa menikmati hidangan anda.
Waktu operasi:
- Isnin-Rabu (2.00 petang-1.00 pagi)
- Khamis (2.00 petang-2.00 pagi)
- Jumaat (3.00 petang-2.00 pagi)
- Sabtu (1.00 petang- 2.00 pagi)
- Ahad (1.00 petang – 1.00 pagi)
Alamat: 1, Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Facebook: https://m.facebook.com/nnjohorbahru
2. People & Places Cafe


People & Places Cafe terletak dalam kawasan taman perindustrian di Jalan Tiong Emas. Kafe ini sangat luas kerana dilengkapi tingkap kaca besar yang membolehkan cahaya matahari menembusinya secara semula jadi. Kafe ini juga dihiasi dengan tanaman pasu yang memberikan suasana persekitarannya segar dan tenang. Untuk brunch, kafe ini menghidangkan telur hancur berkrim yang lazat dan Quesadillas yang diperbuat daripada telur hancur, sos Tom Yam serta dihiasi dengan daun ketumbar yang wangi. Bagi pencuci mulut pula, anda boleh cuba kek keju bakar atau Kek Pandan Gula Melaka yang menjadi kegemaran ramai.
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-8.00 malam)
Alamat: 45, Jln Tiong Emas, Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Peopleplaces-Cafe
3. Bora Bora Botanist


Bora Bora Botanist ialah restoran yang terletak di dalam Verdant Greens & Waterfront Senibong Cove, Johor Bahru. Tempat ini sesuai untuk dijadikan lokasi sambutan hari lahir kerana bahagian dalam restoran ini dihias indah. Dinding restoran ini ditutupi dengan kehijauan yang subur dan huruf neon yang berwarna merah jambu serta dilengkapi dengan lampu rotan yang memancarkan cahaya oren hangat bagi menerangi restoran ini. Restoran ini menyajikan Wagyu Tomahawk yang lazat dan kaya dengan perisa. Selain itu, mereka juga menghidangkan burger dengan kentang goreng, Sup Cendawan Truffle Hitam dan Tiram segar untuk para pelanggannya.
Waktu operasi:
- Ahad-Khamis (12.00 tengah hari-10.00 malam)
- Jumaat-Sabtu (12.00 tengah hari- 11 malam)
Alamat: Unit No.1 Block B, 81750 Masai, Johor
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Instagram: https://www.instagram.com/boraborabotanist/
4. George & Dragon Johor Bahru


George & Dragon Johor Bahru ialah restoran yang dikendalikan oleh sebuah keluarga yang ditubuhkan pada tahun 2002. Penubuhan restoran ini adalah bertujuan untuk membawa para pengunjung kembali menerokai zaman pertengahan England dengan mempamerkan barangan antik Inggeris asli yang tergantung di dinding restoran ini. Selain itu, restoran ini turut menyajikan kek Inggeris yang lazat seperti Baileys Cheesecake Chocolate Brownies, Chocolate Peanut Butter Cake dan Lemon Drizzle. Jika anda meraikan hari lahir anda di George & Dragon, anda boleh mencuba BBQ Chicken Wrap yang rangup dengan mozzarella cair. Anda juga boleh mencuba Nut Roast yang mengandungi campuran kacang dan sayur-sayuran yang dihidangkan bersama sos tomato dan basil.
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari-10.00 malam)
Alamat: No. 1 & 3, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Google Map: Klik
Instagram: https://www.instagram.com/georgeanddragoncafe/?hl=en
5. The Cave Restaurant


Jika anda memilih untuk menyambut hari lahir di The Cave Restaurant, anda akan disambut dengan replika gergasi gua di pintu masuk restoran ini. Di sini, anda boleh menjamu selera di taman yang indah dan dipenuhi kehijauan atau menikmati hidangan anda di dalam rumah yang mempamerkan persekitaran replika gua yang sejuk. Restoran ini menyajikan hidangan seperti Burger Steak Bakar, Steak Sirloin Bakar, Sizzling Lamb Chop, Fish & Chips, Blueberry Frosties, Fruity Yogurt Shakes, Kopi Gourmet, Chocolate Lava, Creme Brulee dan banyak lagi. Bersedialah untuk merasai pengalaman menjamu selera yang menarik di Restoran The Cave.
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: No 9, Jalan Kolam Ayer, Kampung Mohd Amin, 80100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.cave.com.my/
6. Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel


Cafe BLD ialah restoran halal yang dibuka sepanjang hari selain menawarkan makan malam bufet antarabangsa yang mewah di Hotel Renaissance Johor Bahru. Terdapat pelbagai jenis makanan laut segar seperti udang, ikan, tiram dan banyak lagi. Selain itu, masakan Jepun seperti Teppanyaki juga turut disediakan di sini. Jika anda ingin merasai masakan tempatan, restoran ini ada menyediakan masakan seperti rojak bagi memenuhi selera para pelanggan. Jangan lupa untuk mencuba kek lembut dan gebu serta pastri hangat yang baru sahaja dibakar. Jika anda menyambut majlis hari lahir di sini, anda dan tetamu majlis anda pasti dimanjai dengan pelbagai jenis makanan yang enak.
Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pagi- 10.00 malam)
Alamat: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.cafebld.com/
7. Rowan & Parsley Food Atelier


Reka bentuk dalaman berkonsepkan desa ini menjadi pilihan bagi restoran Rowan & Parsley Food Atelier. Reka bentuk konsep ini membolehkan anda menjamu selera dalam ruangan indah yang dihiasi dengan bunga-bungaan dan perabot yang unik. Restoran ini menyajikan hidangan berasaskan babi selain turut menyediakan Creamy Tomato Prawn Linguine dan hidangan lain. Dengan paparan perabot yang klasik dan persekitaran yang unik, tetamu majlis anda pasti bergambar sakan di majlis hari lahir anda sambil menikmati makanan mereka.
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 pagi-10.00 malam)
Alamat: 17, Jalan Cenderai 20, Taman Perindustrian Kota Puteri, 81750 Masai, Johor
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Facebook: https://www.facebook.com/rowan.parsley/
8. Gianni’s Trattoria


Gianni’s Trattoria ialah restoran Itali tulen yang terletak di Johor Bharu. Restoran ini menyajikan masakan daripada resipi Itali yang ringkas dan asli. Restoran ini menggunakan bahan-bahan tempatan yang segar bagi menjamin mutu masakan yang berkualiti dan sempurna. Selain itu, restoran ini turut menyajikan Roast Field Mushroom Soup, Pastas, Gnocchi, Risottos, Fennel & Chilli Risotto With Prawn, Fontina Stuffed Chicken Breast, Roast Tomato & Peppers Soup, Pumpkin Or Squash Soup, Polenta, Slow Roasted Duck, dan juga Prime Bestecca. Tetamu pada majlis hari lahir anda pasti menyukai pizza yang disajikan di restoran ini. Selain mempunyai kerak yang nipis, rangup dan wangi, anda juga boleh memilih antara 10 topping berbeza yang ingin diletakkan di atas pizza anda.
Waktu operasi: Setiap hari (11.30 pagi- 10.30 malam)
Alamat: 110, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Facebook: https://www.facebook.com/GiannisPelangi/
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.