Hari lahir menandakan permulaan kehidupan seseorang. Setiap hari lahir juga merupakan masa bagi individu untuk meraikannya dan bersyukur atas peluang yang diberikan dalam kehidupan mereka. Ia juga merupakan masa yang baik untuk memikirkan tentang kehidupan mereka dan menilai matlamat hidup mereka selain terus menyusun strategi untuk menambahbaik kehidupan mereka di masa hadapan.
Terdapat banyak cara untuk meraikan hari lahir. Sebagai contoh, semasa pandemik Covid-19 berleluasa, keluarga dan rakan meraikan hari lahir dengan menghantar makanan kegemaran, mesej hari jadi yang dirakamkan atau bersiaran secara langsung menerusi aplikasi Zoom atau Google Meet. Memandangkan sebahagian besar sekatan pandemik telah ditarik balik, anda boleh meraikan hari lahir di tempat-tempat terbuka seperti restoran atau kafe. Kami senarikan 8 tempat terbaik untuk sambutan hari lahir di Pulau Pinang.
Di manakah tempat yang sesuai untuk menyambut hari lahir di Pulau Pinang?
Pulau Pinang kaya dengan sejarah dan pengaruh pelbagai budaya. George Town, Pulau Pinang, telah termaktub dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008. Di Pulau Pinang, anda boleh meraikan hari istimewa anda di hotel warisan ikonik seperti Cheong Fatt Tze dan The Blue Mansion, di mana terletaknya Restoran Indigo. Di sini, anda dapat merasai hidangan lazat yang disajikan di tempat yang dipenuhi dengan seni bina klasik yang terpelihara dengan baik.
Pulau Pinang juga terkenal dengan sejarah Peranakan, juga dikenali sebagai Baba Nyonya. Ia merupakan sejarah keturunan lelaki Cina yang datang ke kepulauan Melayu berabad dahulu dan berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Flower Mulan Nyonya Cafe dan Kebaya Dining Room ialah restoran di Pulau Pinang yang masih mengekalkan semangat dan cita rasa asli makanan Peranakan. Apa yang pasti, anda tidak akan kekeringan idea untuk mencari lokasi majlis sambutan hari lahir anda di Pulau Pinang kerana di sini banyak kafe dan restoran yang menawarkan suasana dan seni bina unik.
8 Tempat Menarik bagi Sambutan Birthday di Pulau Pinang 2025
1. China House


China House terletak di Beach Street di Pulau Pinang dan merupakan kompleks tradisional 3 bangunan warisan, yang dihubungkan dengan halaman terbuka dan diubah suai menjadi 14 ruang termasuk kedai, kafe, restoran, galeri dan kedai roti. Restoran ini menyajikan set makan malam Barat pada harga RM58 seorang dan Bufet Makan Tengah Hari atau Makan Malam Timur-Barat pada harga RM138 seorang. Kedai rotinya pula menyajikan kek terbaik di Pulau Pinang dengan pelbagai pilihan yang menyelerakan. Jadi, sambutan majlis hari lahir anda di sini pasti menyeronokkan kerana mempunyai banyak pilihan kek yang lazat dan set hidangan makan yang pelbagai.
Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi-1.00 pagi)
Alamat: 153, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.chinahouse.com.my/index-new.html
2. Indigo Restaurant @ The Blue Mansion


Reka bentuk dalaman dan masakan di Restoran ini diilhamkan oleh pengaruh Timur dan Barat. Semasa menjamu selera di restoran ini, anda akan duduk di tengah-tengah suasana mewah yang menempatkan meja beralas fabrik biru dan diterangi oleh lampu klasik tradisional. Terdapat 6 menu hidangan tersedia pada harga RM388 bagi setiap tetamu. Restoran ini turut menawarkan 6 menu hidangan vegetarian tersedia pada harga RM218 bagi setiap tetamu. Chef eksekutif, Jack Yeap akan membawa anda melalui perjalanan gastronomi dengan menyajikan masakan lazat dan menyelerakan.
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari- 3.00 petang, 6.30 petang-10.00 malam)
Alamat: Cheong Fatt Tze Mansion, 14, Lebuh Leith, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.cheongfatttzemansion.com/restaurants/indigo-at-the-blue-mansion/
3. Flower Mulan Nyonya Cafe


Flower Mulan Nyonya Cafe merupakan restoran Nyonya yang terletak betul-betul di persimpangan Pulau Tikus. Ia tersembunyi di dalam kedai bunga sederhana yang telah beroperasi selama lebih 30 tahun. Restoran ini dipenuhi dengan bunga berjuntai yang indah, tanglung merah yang besar dengan latar muzik klasik 60-an yang dimainkan bagi memberikan anda rasa nostalgia. Apa yang menarik tentang restoran ini ialah ia menyajikan makanan asli Nyonya seperti Asam Fish, Pork Intestines in White Pepper Soup, Lor Bak, Acar dan Bubur Cha Cha. Restoran ini merupakan tempat yang sesuai untuk keluarga meraikan majlis hari jadi sambil menikmati hidangan yang hangat dan lazat yang dimasak.
Waktu operasi:
- Khamis-Jumaat, Ahad-Isnin (11.30 pagi -10.30 malam)
- Sabtu (11.30 pagi-11.00 malam)
- Selasa, Rabu (tutup)
Alamat: 266 & 268, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Instagram: https://www.instagram.com/flowermulannyonya
4. Kebaya Dining Room


Di restoran ini, anda akan menjamu selera di dalam ruangan yang memberikan suasana tradisional dengan sentuhan moden. Restoran ini menyajikan hidangan Indocina dan Peranakan dengan resipi yang disusun daripada gabungan chef terlatih Swiss dan mak cik Nyonya yang pakar dalam masakan Peranakan. Luangkan hari istimewa anda di restoran ini dan nikmatilah hidangan inovatif yang diilhamkan oleh Malaysia, Vietnam, Thai dan Perancis yang lazat.
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (6.00 petang-10.000 malam), Sabtu-Ahad (12.00 tengah hari-2.30 petang, 6.00 petang-10.00 malam)
Alamat: 14A, Stewart Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.georgetownheritage.com/kebaya-dining-room/
5. Club J Restaurant


Restoran Club J ialah sebuah bangunan satu tingkat yang terletak di Leandro’s Lane di pekan tenang Pulau Pinang. Di restoran ini, Chef Sean dan pasukan Club J telah menghidangkan masakan fusion sejak tahun 2018 lagi. Restoran ini menawarkan ruang makan yang moden dan selesa di mana anda boleh memilih hidangan anda daripada menu makan tengah hari atau makan malam. Selain itu, anda juga boleh menikmati menu makan malam bagi set 5 hidangan mewah dengan harga RM128 untuk seorang. Terdapat menu “Book the Chef” dengan keperluan tempahan 48 jam yang mana hidangan istimewa ini akan disediakan oleh chef dan sekaligus menjadikan majlis sambutan hari lahir anda penuh bermakna.
Waktu operasi: Khamis-Selasa (11.30 pagi -2.30 petang, 6.00 petang – 10.00 malam), Rabu (tutup)
Alamat: 334, Lorong Leandro’s, 10250 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Facebook: https://www.facebook.com/ClubJRestaurant
6. Black Kettle


Black Kettle ialah kedai roti artisan semua-dalam-satu dan digabungkan dengan French Kitchen. Kedai roti Black Kettle ini mempunyai rangkaian istimewa roti masam yang bebas daripada bahan pengawet dan pewarna. Black Kettle’s French Kitchen sebaliknya diketuai oleh chef dengan pengalaman kerja di restoran terkenal (bintang Michelin) dan hanya menggunakan bahan-bahan segar untuk masakannya. Bukan itu sahaja, Black Kettle turut menawarkan kopi premium yang baru dipanggang yang diperbuat daripada biji kopi Dimattina. Biji kopi ini bukan sahaja pernah yang memenangi anugerah, diimport dari Melbourne, Australia. Restoran ini merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir anda kerana menghidangkan pelbagai makanan yang enak dan berkhasiat. Anda boleh menikmati hidangan yang ditawarkan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Waktu operasi: Khamis-Selasa (11.00 pagi-8.00 malam), Rabu (tutup)
Alamat: 105, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.blackkettle.com.my/
7. Halab Penang


Masakan timur tengah yang dihidangkan oleh restoran ini akan membuatkan anda terliur kerana sajiannya yang pelbagai dan menyelerakan. Terletak di dalam premis bangunan biru dan putih di Jalan Chulia, restoran ini menyajikan kambing tanpa tulang yang dipanggang dalam kiub bersama sos bawang putih; gandum Syria yang dibakar, daging kambing biri-biri, dan kacang hijau; Biryani Chicken yang dihidangkan bersama sos tomato-cili; dan hidangan Timur Tengah yang terkenal, iaitu Lamb Mandi. Bahagian dalam restoran ini mempunyai dinding bata dan perabot kayu dengan bertemakan warna hitam dan coklat, bersama dengan pencahayaan oren hangat untuk suasana yang selesa. Pilihlah restoran ini untuk sambutan hari lahir anda jika anda gemar menjamu selera masakan Timur Tengah yang lazat.
Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi-2.00 pagi)
Alamat: 381, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://halab.my/
8. WHEELER’S


WHEELERS yang menawarkan lokasi makan menarik ini terletak di Love Lane. Ia dihiasi dengan basikal yang merupakan konsep yang agak unik, dan dalamannya mempunyai suasana santai sekaligus menjadikannya salah satu tempat yang sesuai untuk menyambut hari lahir anda. Para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan yang lazat daripada menu WHEELER seperti Sandwic & Wraps, Poultry & Fish, Spaghetti, pizza, snek ringan dan pencuci mulut seperti Banana Pancake dan Wheeler’s Waffle yang lazat. Anda pasti tidak menyesal berkunjung ke sini!
Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi-12.00 malam)
Alamat: 67, Lorong Love, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Google Map: Klik
Laman web: http://www.wheelers.com.my/
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.