8 Tempat Menarik di Kuching 2025

Sudahkah anda menanda jadual perjalanan anda untuk keseronokan hujung minggu bersama keluarga? Keluarga yang berkongsi aktiviti harian biasanya dapat menguatkan hubungan emosi di antara mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa keluarga yang menikmati sesuatu aktiviti bersama-sama memiliki ikatan emosi yang lebih kuat dan boleh menghadapi cabaran yang mendatang dengan baik.

Aktiviti melancong boleh mendidik kanak-kanak peri pentingnya dalam mencipta kenangan dan menikmati pengalaman kehidupan sebenar secara fizikal, bukannya maya. Pengembaraan bersama keluarga dapat meningkatkan rasa bebas dan yakin diri dalam kemahiran interpersonal supaya dapat menghadapi dunia pekerjaan dengan baik.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga?

Semasa di Kuching, anda boleh melihat orang utan di Hutan Simpan Semenggoh, atau menonton sesi memberi makan kepada buaya secara langsung di Jong’s Crocodile Farm & Zoo. Anda juga boleh berjalan-jalan dan berinteraksi dengan alam semula jadi di Taman Negara Bako. Anda dan keluarga juga dapat menyelami budaya dan sejarah tempatan di Kampung Budaya Sarawak. 

Apa kata anda mencipta kenangan dengan mengambil gambar pose lucu di Upside Down House Kuching? Atau mulakan perjalanan yang santai untuk melihat orkid yang wangi di Taman Orkid Sarawak. Oh ya, bandar Kuching juga terkenal dengan makanan tempatan yang lazat seperti Mee Kolo dan Laksa Sarawak. Pasti percutian anda bersama keluarga di Kuching akan jadi bermakna.

8 Tempat Menarik di Kucing 2023

1. Hutan Simpan Semenggoh

Meet The Orangutans At Semenggoh Nature Reserve
Kredit Gambar: sarawaktourism.com

Hutan Simpan Semenggoh merupakan rizab alam semula jadi dan pusat pemulihan yang melindungi orang utan. Apabila anda tiba, anda boleh meletak kereta di pintu masuk dan berjalan masuk ke pusta ini. Rizab ini berbeza dengan zoo yang biasa anda lihat di Malaysia. Di sini, anda boleh memerhati orang utan dalam habitat semula jadi mereka sementara pemandu atau renjer akan menerangkan tingkah laku orang utan kepada anda. Jika musim buah tiba, orang utan biasanya akan tinggal jauh ke dalam rizab ini untuk mencari buah. Jika anda bernasib baik, anda boleh melihat kelibat orang utan yang bergantung di atas pokok sambil makan pisang atau kelapa. Boleh dikatakan tempat ini sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak tentang  alam semula jadi dan hidupan liar.

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi- 10.00 pagi, 2.00 petang – 4.00 petang)

Alamat: KM 20, Jalan Puncak Borneo, 93250 Siburan, Sarawak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://semenggoh.my/

Rujuk harga di klook

2. Taman Negara Bako

Discover Nature At Bako National Park
Kredit Gambar: sarawaktourism.com
Discover Nature At Bako National Park
Kredit Gambar: sarawaktourism.com

Di Taman Negara Bako, hampir semua jenis tumbuh-tumbuhan di Borneo boleh dilihat di sini. Taman ini mempunyai beberapa denai yang ditandakan dengan baik. Tidak seperti beberapa taman negara lain, para pengunjung dapat melihat hidupan liar seperti monyet, kera, babi hutan, tupai dan biawak boleh dilihat berkeliaran di sini. Taman Negara Bako juga mempunyai beberapa pantai berpasir putih yang cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat berkelah.

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi- 5.00 petang)

Alamat: Bako National Park, Muara Tebas Peninsular, 93000 Kuching, Sarawak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://sarawakforestry.com/parks-and-reserves/bako-national-park/

3. Kampung Budaya Sarawak

Learn About Local Tradition At The Sarawak Cultural Village
Kredit Gambar: klook.com
Learn About Local Tradition At The Sarawak Cultural Village
Kredit Gambar: sarawaktourism.com

Kampung Budaya Sarawak ialah sebuah muzium hidup yang merentasi tanah seluas 17 ekar dan terletak di seberang Damai Beach Resort. Di sini, anda boleh belajar tentang budaya dan gaya hidup tempatan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak dan bagaimana suku kaum yang berbeza boleh hidup secara harmoni antara satu sama lain. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di seni seperti lawatan maya ke semua rumah etnik, permainan mencari harta karun untuk kanak-kanak dan juga persembahan kebudayaan. Anda juga boleh menikmati masakan etnik di restoran tempatan dengan membeli pakej makanan yang termasuk dalam harga tiket anda.

Waktu operasi: Selasa-Ahad (9.00 pagi- 5.00 petang), Isnin (tutup)

Alamat: Pantai Damai Santubong, Kampung Budaya Sarawak, 93752 Kuching, Sarawak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://scv.com.my/

4. Taman Orkid Sarawak

Take A Relaxing Stroll At the Sarawak Orchid Garden
Kredit Gambar: sarawaktourism.com

Bunga Negeri Sarawak, iaitu Orkid Normah merupakan antara koleksi Orkid Borneo yang banyak terdapat di Taman Orkid Sarawak. Taman ini terletak bertentangan dengan Kuching Waterfront dalam persekitaran Astana dan Fort Margherita yang bersejarah. Kemasukan ke taman ini adalah percuma dan anda boleh melihat pelbagai jenis warna dan bentuk orkid yang terdapat di sini. Selain itu, taman ini juga  terbahagi kepada beberapa kawasan. Taman ini juga mempunyai landskap yang indah selain menjadi tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga kerana suasannya yang tenang dan aman.

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9.30 pagi- 6.00 petang), Isnin (tutup) Clo

Alamat: Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak

Google Map: Navigate Now

Google Reviews: Here

Laman web: https://sarawaktourism.com/attraction/dbku-orchid-garden/

5. Muzium Kucing

Visit The Cat Museum
Kredit Gambar: sarawaktourism.com

Muzium Kucing ini merupakan ialah muzium pertama di dunia yang dikhaskan untuk mempamerkan semua jenis kucing. Terdapat lebih 4000 seni kucing seperti  cenderamata, pameran dan gambar berasaskan kucing di 4 galeri yang terdapat dalam muzium ini. Koleksi ini dibawa ke Bandaraya Kuching oleh Muzium Sarawak dan dipamerkan buat pertama kali pada 1 Ogos 1988 di Dewan Tun Abdul Razak. Muzium ini sesuai untuk dikunjungi bersama  keluarga, terutama kanak-kanak kerana mereka boleh mempelajari ilmu tambahan mengenai jenis kucing dan bagaimana bandar Kuching memperoleh namanya.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat:  Bangunan DBKU, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://sarawaktourism.com/attraction/cat-museum/

6. Upside Down House Kuching

Create Fun Memories At The Upside Down House Kuching
Kredit Gambar: sarawaktourism.com

Upside Down House Kuching ialah tempat yang mempunyai tarikannya tersendiri. Bayaran masuk ke tempat ini ialah RM15 seorang. Kakitangan di sini mesra dengan layanan dan boleh membantu anda mengambil gambar bersama pameran yang dipaparkan di sini. Anda akan melihat banyak bahan pameran yang tunggang terbalik tetapi menarik dan unik untuk dipotretkan. Selain mempunyai lukisan dan bahan pameran yang interaktif, perabot yang unik dan tunggang terbalik juga boleh membuatkan anda ketawa lucu dan gembira sepanjang berada di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 6.00 petang)

Alamat: Ground Floor, No.281-1-1, Lot 281, Section 48, KTLD, Block H, Taman Sri Sarawak Jalan Tun Abdul Rahman, Off, Jalan Borneo, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.facebook.com/upsidedownhousekuching/

7. Taman Negara Tanah Lembap Kuching

Go on A River Cruise At The Kuching Wetlands National Park
Kredit Gambar: sarawaktourism.com
Go on A River Cruise At The Kuching Wetlands National Park
Kredit Gambar: sarawaktourism.com

Taman Negara Tanah Lembap Kuching ini mempunyai pelbagai hidupan liar termasuklah Monyet Proboscis, monyet berekor panjang, biawak, buaya muara, dan pelbagai hidupan burung seperti Burung Raja Laut, helang dan burung Kedidi Pantai. Anda boleh menerokai taman ini dengan menaiki bot di sepanjang sungai yang mengikut laluan air utama taman ini. Atau, jika anda melawati saluran sungai kecil yang dilitupi bakau, anda boleh melihat hidupan liar seperti Monyet Proboscis, buaya dan kelip-kelip.

Waktu operasi: Isnin- Sabtu (9.00 pagi- 8.00 malam), Ahad (tutup)

Alamat: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://sarawaktourism.com/attraction/kuching-wetlands-national-park/

Rujuk harga di klook

8. Jong’s Crocodile Farm & Zoo

Take A Walk On The Wild Side At Jongs Crocodile Farm Zoo
Kredit Gambar: sarawaktourism.com
Take A Walk On The Wild Side At Jongs Crocodile Farm Zoo
Kredit Gambar: sarawaktourism.com

Jong’s Crocodile Farm & Zoo ialah ladang buaya ternakan pertama dan terbesar di Malaysia. Di sini, anda boleh menonton jurulatih memberi makan kepada buaya  di kolam buaya air masin. Anda juga boleh melihat monyet, harimau bintang, beruang matahari, beruang, burung pegar, musang, rusa, penyu, kelawar buah dan biawak yang juga ada di sini. Selain itu, terdapat spesies burung yang jarang ditemui di Pulau Borneo, yang hanya terdapat di sini. Tempat ini boleh menjadi tempat interaktif buat kanak-kanak untuk mereka belajar mengenai haiwan yang pelbagai.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi- 5.00 petang)

Alamat: Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://www.jongscrocodile.com/

Rujuk harga di shopee

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close