8 Tempat Menarik di Pulau Langkawi 2025

Apa kata percutian kali ini anda berjalan ke Pulau Langkawi? Bayangkan pasir pantai yang bersih dan putih jatuh dari celah kaki anda sewaktu anda bersiar-siar di Pantai Cenang. Dan juga rasai makanan tempatan yang dijual di Pasar Malam di Pekan Kuah? Adakah semua ini membuatkan anda seronok? Apa lagi, persiapkan bagasi anda dan datanglah ke Pulau Langkawi!

Terdapat banyak helang di sekitar Pulau Langkawi, antaranya yang biasa dilihat ialah helang berwarna coklat kemerahan. Perkataan Melayu untuk helang ialah “helang” (namun jika dipendekkan dalam bahasa pasar ialah “lang”), dan “kawi” pula ialah batu merah yang berfungsi sebagai kapur untuk menandakan barang. Oleh itu, helang dilihat sebagai simbol Langkawi, dan ini membawa kepada arca tanda helang yang dipamerkan di “Dataran Helang” di Kuah. 

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau Langkawi?

Langkawi dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “Permata Kedah” dan merupakan rumah kepada air terjun yang terkenal seperti Air Terjun Telaga Tujuh. Terdapat juga pemandangan hutan dan gunung berbatu yang menakjubkan yang boleh anda lihat daripada SkyBridge. Pulau ini juga merupakan taman geo UNESCO pertama yang disenaraikan di rantau Asia Tenggara.

Aktiviti lain di Langkawi termasuk snorkeling dan menyelam di perairan Langkawi yang jernih. Anda akan dapat merasai pengalaman berenang bersama dengan haiwan akuatik yang pelbagai dan mengambil gambar batu karang yang jarang ditemui di bawah air. Tempat menyelam yang paling popular di Langkawi ialah Tapak Menyelam Coral Garden, Tapak Menyelam Grouper Farm, Tapak Menyelam Pulau Segantang dan Tapak Menyelam House Reef. Pendatang baru juga boleh menikmati pengembaraan bawah air yang menakjubkan di Langkawi kerana terdapat kursus menyelam yang disediakan di sini.

8 Tempat Menarik di Pulau Langkawi 2025

1. Tanjung Rhu Beach

Go Snorkelling At Tanjung Rhu Beach
Kredit Gambar: foursquare.com

Nikmati aktiviti snorkeling di perairan jernih Pantai Tanjung Rhu. Pantai yang indah dengan pasir serbuk putih ini terletak di sebelah utara Pulau Langkawi. Pantai ini terpencil jika dibandingkan dengan Pantai Cenang yang popular tetapi penuh sesak. Selain itu, pantai ini juga terletak  bersebelahan dengan resort Tanjung Rhu dan berhampiran dengan jeti. Selepas penat melakukan aktiviti, anda boleh menikmati hidangan tempatan di restoran berdekatan atau membeli  smoothie di kiosk di tepi pantai. Pada waktu malam, anda boleh bersiar-siar di sepanjang Pantai Tanjung Rhu atau minum koktail sambil melihat bintang dan mendengar percikan ombak yang lembut.

Waktu operasi: Setiap hari

Alamat: Tanjung Rhu Beach, 07000, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

2. Scuba Club Langkawi

Take A Diving Course At The Scuba Club Langkawi
Kredit Gambar: scubaclublangkawi.com

Semak tempahan anda di Scuba Club Langkawi sebaik sahaja anda tiba di pulau ini. Jika tempahan anda berjaya, anda akan dibawa ke tapak menyelam selepas anda mendaftar di hotel. Sebelum anda memulakan aktiviti menyelam, penyelam yang pakar akan membantu dan memeriksa peralatan menyelam anda. Selepas itu, anda akan diberi arahan semasa menaiki bot ke tapak menyelam. Jika anda tidak mempunyai pengalaman menyelam, anda perlu mengambil Kursus Menyelam Terbuka dalam masa 3 hingga 4 hari terlebih dahulu. Biasanya, calon penyelam akan menghabiskan masa 2 hari pertama untuk belajar tentang asas menyelam. Seterusnya, anda akan belajar menyelam melalui latihan kolam yang ada disediakan di situ. Antara tapak menyelam di Pulau Langkawi ialah Taman laut Pulau Payar. Di sini, anda boleh menyelam mahupun snorkeling bersama rakan.

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Pengkalan Nelayan Kelibang Sebelah Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.scubaclublangkawi.com/

3. Skycab

Enjoy A Panoramic View From The Skycab
Kredit Gambar: panoramalangkawi.com

Dengan menaiki SkyCab, anda akan melintasi gunung Machinchang yang sejuk sambil menikmati kehijauan alam semula jadi yang berlatarkan langit biru. Apabila sampai ke Stesen Tengah, yakni 650m dari atas paras laut, anda akan turun dari SkyCab dan menikmati pemandangan  dari platform tontonan. Di Stesen Teratas, yakni 708m dari atas paras laut, pengunjung boleh menikmati pemandangan panoramik Pulau Langkawi dan Selatan Thailand sambil berdiri di atas 2 pelantar tontonan di puncak Gunung Machinchang. Masa terbaik untuk melawat ialah pada hari bekerja supaya tidak sesak dengan orang ramai. Walau bagaimanapun, anda perlu semak laporan cuaca harian terlebih dahulu sebelum menaikinya kerana jika cuaca buruk, anda tidak dapat menaikinya.

Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi -6.00 petang)

Alamat: Sky Cab, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://panoramalangkawi.com/skycab/

4. Langkawi Sky Bridge

Brave The Langkawi Sky Bridge
Kredit Gambar: panoramalangkawi.com
Brave The Langkawi Sky Bridge
Kredit Gambar: panoramalangkawi.com

Langkawi Sky Bridge ialah jambatan pejalan kaki melengkung sepanjang 125 meter. Dek jambatan itu berukuran 660 meter dari atas paras laut di puncak Gunung Machinchang. Jambatan ini boleh diakses dengan menaiki Kereta Kabel Langkawi ke stesen teratas, di mana lif condong yang dipanggil SkyGlide akan membawa pengunjung dari stesen atas ke jambatan. Perjalanan ke Sky Bridge bukanlah untuk orang yang lemah semangat kerana terdapat anak tangga yang tidak rata dan laluan berbatu jika anda mahu mendaki ke puncak. Namun, apabila anda sampai di Sky Bridge, anda akan disambut dengan udara pegunungan yang sejuk dan menyegarkan sambil melihat pemandangan yang menakjubkan dari jambatan tersebut.

Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi-7.00 petang)

Alamat: Langkawi SkyBridge, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://panoramalangkawi.com/skybridge/

Rujuk harga di shopee

5. Langkawi Wildlife Park

Meet The Animals At The Langkawi Wildlife Park
Kredit Gambar: klook.com
Meet The Animals At The Langkawi Wildlife Park
Kredit Gambar: klook.com

Taman ini mempunyai lebih 150 spesies haiwan dan laluan pejalan kaki berbumbung sepenuhnya. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti memberi makan kepada burung, arnab, burung unta, landak, flamingo dan banyak lagi. Di bahagian kandang burung, burung merak, ayam belanda dan itik dibenarkan berkeliaran dengan bebas. Jika anda  berani, anda berpeluang untuk menyentuh Ular Sawa Burma. Kakitangan di sini juga mesra sekaligus dapat menjadikan pengalaman anda di sini menyeronokkan.

Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi-5.30 petang)

Alamat: Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://langkawiwildlifepark.com/

Rujuk harga di klook

6. Underwater World Langkawi

Discover The Underwater World Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
Discover The Underwater World Langkawi
Kredit Gambar: klook.com

Underwater World Langkawi ialah akuarium gergasi yang menempatkan lebih 200 hidupan marin dan spesies air tawar seperti pelbagai ikan, cengkerang, tapak sulaiman, ketam, penguin dan memerang laut. Ia juga menempatkan teater 3D dengan masa tayangan yang telah ditetapkan untuk memberikan maklumat berguna buat para pengunjung. Terdapat juga pertunjukan memberi makan kepada haiwan seperti penguin, anjing laut dan memerang.

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi- 6.00 petang)

Alamat:  Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.underwaterworldlangkawi.com/

7. Air Terjun Telaga Tujuh

Explore The Telaga Tujuh Waterfalls
Kredit Gambar: Tripadvisor
Explore The Telaga Tujuh Waterfalls
Kredit Gambar: Tripadvisor

Nama Air Terjun Telaga Tujuh ini  diinspirasikan daripada 7 kolam semula jadi yang dihubungkan dengan aliran sungai yang mengalir. Air terjun ini  terbahagi kepada 2 bahagian, kolam atas dan kolam bawah. Setiap bahagian dipisahkan oleh air terjun yang yang mengalir turun dari ketinggian 91 meter. Terdapat pemandangan yang menakjubkan di bahagian atas air terjun. Ramai pengunjung yang mengambil gambar dan mandi-manda di bahagian atas air terjun. Semasa musim tengkujuh, kolam-kolam ini akan dipenuhi dengan air hujan sehinggakan air terjun akan mengalir menuruni batu dengan derasnya. Jika anda ke sini, anda perlu berhati-hati melalui kawasan ini kerana permukaan tanah berbatu boleh menjadi agak licin akibat limpahan air.

Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi- 7.30 petang)

Alamat: Mukim, Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

8. Crocodile Adventureland Langkawi

Visit The Crocodile Adventureland Langkawi
Kredit Gambar: klook.com
Visit The Crocodile Adventureland Langkawi
Kredit Gambar: klook.com

Crocodile Adventureland Langkawi ini terletak di jalan menuju ke Datai Bay. Ia menempatkan lebih 4000 buaya seperti buaya spesies Tomistoma, Siam, Guinea, dan buaya Air Masin. Terdapat aktiviti yang menyeronokkan di sini seperti pertunjukan buaya melompat, pertunjukan memberi makan kepada buaya dan sesi fotografi. Terdapat juga lawatan peribadi yang mana pemandu pelancong bertauliah akan  membawa anda melalui taman sambil menerangkan tingkah laku buaya. Selain itu, anda boleh membeli  cenderamata dari kedai cenderamata yang ada di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 6.00 petang)

Alamat: Taman Buaya Langkawi Mukim Air Hangat, Jalan Datai, 07000 Kedah

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.crocodileadventureland.com/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close