8 Tempat Menarik di Pulau Pinang 2025

Ramai orang menganggap Pulau Pinang sebagai syurga makanan Malaysia kerana mempunyai pelbagai masakan tempatan yang dipengaruhi oleh penduduk berbilang budaya di Pulau Pinang. Bandar ini juga telah dinamakan oleh Time Magazine, CNN, dan Lonely Planet sebagai salah satu bandar Asia yang mempunyai masakan jalanan terbaik. Makanan istimewa Pulau Pinang yang terkenal ialah Char Koay Teow, Laksa, Mee Kari, Mee Hokkien, Nasi Kandar, Rojak, Chendol, dan banyak lagi.

Pulau Pinang kaya dengan warisan kolonial, seni bina, pantai yang indah dan landskap yang cantik. Perkara ini telah menyebabkan negeri ini menjadi salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Pulau Pinang juga terkenal dengan banyak muzium dan seni jalanan seperti lukisan mural pada dinding bangunan yang   menggambarkan budaya, penduduk dan gaya hidup tempatan. Pulau Pinang merupakan destinasi percutian yang sesuai buat keluarga. Kami ada menyediakan 8 tempat menarik untuk anda lawati bersama keluarga di Pulau Pinang.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga di Pulau Pinang?

Cuti sekolah yang bakal mendatang ini, anda boleh merangka percutian anda bersama keluarga di Pulau Pinang. Selain terkenal dengan makanan tempatan yang sedap, negeri ini juga mempunyai banyak tempat menarik. Mulakan perjalanan anda ke The Habitat Penang Hill. Di sini anda dapat melihat pemandangan 360 darjah Pulau Pinang yang menakjubkan melalui platform yang dibina di Tree Top Walk. 

Selain itu, anda juga boleh singgah di Entopia, iaitu taman rama-rama terbesar di Malaysia! Anda juga boleh membawa anak-anak anda untuk ke Muzium Wonderfood bagi mengenal masakan tempatan di Malaysia atau ke Muzium TeddyVille bagi mengetahui sejarah dan warisan di Pulau Pinang melalui susunan kreatif teddy bear tersebut.

8 Tempat Menarik di Pulau Pinang 2025

1. Entopia by Penang Butterfly Farm

Be Surrounded By The Beauty of Entopia Penang Butterfly Farm
Kredit Gambar: klook.com
Be Surrounded By The Beauty of Entopia Penang Butterfly Farm
Kredit Gambar: klook.com

Entopia by Penang Butterfly Farm ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu taman terbuka Natureland dan juga pusat tertutup The Cocoon. Terdapat 150 spesies fauna dan lebih daripada 200 spesies flora yang dipamerkan di Entopia. Natureland adalah salah satu taman rama-rama terbesar di Malaysia dengan kira-kira 15,000 rama-rama yang terbang bebas di sana-sini. Selain itu, taman ini mempunyai 60 spesies rama-rama dan lebih daripada 200 spesies tumbuhan yang dipamerkan di sini. Terdapat juga air terjun, kolam dan gua di sini. The Cocoon ialah pusat penemuan tertutup yang mempamerkan beberapa tarikan menarik seperti Pandora Forest, Metamorphosis, Lumino City, Downtown Entopia, Breeding Ground, Underground Mysteries dan juga Understory Tales bagi membolehkan para pengunjung menyelami dan menerokai dunia Entopia.

Waktu operasi: Khamis-Selasa (9.00 pagi- 5.00 petang) (Thursday – Tuesday), Rabu (tutup)

Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.entopia.com

Rujuk harga di klook

2. Taman Tema ESCAPE

Challenge Yourself at the ESCAPE Theme Park
Kredit Gambar: klook.com
Challenge Yourself at the ESCAPE Theme Park
Kredit Gambar: klook.com

Taman Tema ESCAPE terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika yang menghijau di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Taman tema ini menempatkan 40 permainan dan tarikan menarik seperti Obstacle Courses, Ziplines, Wall Climbing dan juga Diving Towers. Tarikan utama di sin ialah Gelongsor Air yang memegang tempat dalam Guinness World Records sebagai Tiub Gelongsor Air Terpanjang di dunia. Panjang gelongsor ini ialah 3,645 kaki dan anda perlu menaiki lif kerusi untuk sampai ke puncak gelongsor. Pendek kata, ESCAPE menjanjikan hujung minggu yang menyeronokkan buat anda sekeluarga.

Waktu operasi

  • Selasa-Ahad (10.00 pagi- 6.00 petang) 
  • Isnin (tutup)

Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Penang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.escape.my/

Rujuk harga di klook

3. The Habitat Penang Hill

Marvel At The Untouched Nature Of The Habitat Penang Hill
Kredit Gambar: klook.com
Marvel At The Untouched Nature Of The Habitat Penang Hill
Kredit Gambar: klook.com

The Habitat Penang Hill ialah pusat penemuan hutan hujan tropika yang terletak di pinggir hutan yang indah. Terdapat beberapa tarikan di sini seperti Curtis Crest Tree Top Walk di mana anda boleh melihat pemandangan Pulau Pinang 360 darjah menerusi platform yang disediakan. Platform tontonan yang unik ini direka untuk menampung berat 120 orang pada satu masa. Terdapat juga beberapa taman bertema di The Habitat seperti Fern Garden, Butterfly Bank, Fragrant Garden, dan Ginger & Palm Grove. Jika anda suka aktiviti Ziplining, anda boleh cuba kursus Flight of the Colugo Zip. Kursus pengembaraan ini terdiri daripada 3 Zipline, 1 Abseil, dan 1 jambatan tali. Pada waktu petang, anda boleh bersiar-siar dalam alam semula jadi dengan pasukan Naturalis yang dilatih khas oleh pihak The Habitat untuk membawa anda meninjau kecantikan alam di sini. Selain itu, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 7.00 petang)

Alamat:  Jalan Stesen, Bukit Bendera Air Itam, 11500 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://www.thehabitat.my/

Rujuk harga di klook

4. Muzium TeddyVille

Meet The Friendly Bears At TeddyVille Museum
Kredit Gambar: Viator
Meet The Friendly Bears At TeddyVille Museum
Kredit Gambar: klook.com

Muzium TeddyVille ialah muzium koleksi teddy bear pertama di Malaysia yang mana banyak teddy bear kecil dihias dan diletakkan secara kreatif di dalam muzium ini. Teddy bear- teddy bear ini disusun bagi melambangkan sejarah, warisan serta tempat tarikan pelancong di Pulau Pinang. Muzium ini sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai peringkat umur. Di sini, anda juga boleh melihat pemandangan tempat tarikan lain seperti Kuil Kek Lok Si. Kanak-kanak juga boleh bergambar di sini kerana terdapat teddy bear yang besar dan comel. Percutian anda bersama keluarga di sini pasti menggembirakan hati anak-anak anda. Selain melihat pelbagai teddy bear yang comel, anak anda juga dapat belajar tentang Pulau Pinang secara tidak langsung.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Penang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://m.facebook.com/teddyvillemuseum.batuferringhi

Rujuk harga di klook

5. Muzium Wonderfood

Have Interactive Fun At The Wonderfood Museum
Kredit Gambar: klook.com
Have Interactive Fun At The Wonderfood Museum
Kredit Gambar: klook.com

Muzium Wonderfood di Pulau Pinang mempamerkan pelbagai jenis makanan tempatan di Malaysia. Muzium yang unik ini mempunyai lebih 100 replika makanan jalanan tempatan di 3 zon iaitu Zon Maklumat, Zon Wow dan Zon Pendidikan. Replika besar dan replika kecil juga turut disediakan di sini bagi menggambarkan proses pembuatan makanan. Anda boleh bergambar dengan replika ini kerana ia sungguh menarik dan unik. Pada masa yang sama, anda dapat mengenal dan mempelajari sejarah masakan tempatan di Pulau Pinang bersama keluarga.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://m.facebook.com/Wonderfoodmuseum/

Rujuk harga di klook

6. Muzium Dark Mansion- 3D Glow in the Dark

Feel the Magical Glow Of The Dark Mansion Museum
Kredit Gambar: klook.com
Feel the Magical Glow Of The Dark Mansion Museum
Kredit Gambar: klook.com

Muzium Glow-in-the-Dark ini merupakan muzium yang pertama dan satu-satunya di Malaysia yang mempamerkan seni artistik seperti ini. Muzium ini terletak di tengah-tengah George Town, Pulau Pinang. Muzium ini menggunakan teknologi glow-in-the-dark untuk karya seni bagi mencipta suasana berwarna-warni yang menyeronokkan. Anda boleh masuk ke bilik gambar 3D dan bilik infiniti ini. Dalam bilik-bilik ini, anda akan melihat kesenian glow-in-the-dark yang mencorakkan hutan yang bercahaya, galaksi, air terjun, rama-rama, taman bunga matahari dan banyak lagi. Selain itu, layanan mesra turut diberikan di sini dan staf di sini boleh membantu anda mengambil gambar berlatarkan seni yang menarik. Sebelum anda meninggalkan muzium ini, jangan lupa untuk membeli beberapa cenderamata untuk dijadikan sebagai kenangan percutian anda.

Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi-6.30 petang)

Alamat: 145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://m.facebook.com/darkmansionpenang/

Rujuk harga di klook

7. Taman Burung Pulau Pinang

Feed Doves At The Penang Bird Park
Kredit Gambar: klook.com
Feed Doves At The Penang Bird Park
Kredit Gambar: klook.com

Taman Burung Pulau Pinang ini merupakan taman burung terbesar di Malaysia yang menempatkan lebih 300 spesies burung. Taman ini diselenggara dengan baik dan harga untuk masuk ke sini pula berpatutan. Selain itu, terdapat pertunjukan burung di sini yang dijadualkan bermulapada jam 11.30 pagi. Dengan bayaran RM1, para pengunjung dibenarkan untuk memberi makan kepada burung merpati. Masa terbaik untuk melawat taman ini ialah pada waktu pagi kerana cuaca yang tidak panas. Percaya atau tidak, anda boleh menghabiskan masa selama 2 jam di sini bagi mengambil gambar, bersiar-siar untuk melihat burung dan juga memberi makan kepada burung. Percutian anda bersama keluarga di sini sangat berbaloi.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: Jalan Todak Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://www.penangbirdpark.com.my

Rujuk harga di klook

8. Saanen Dairy Goat Farm

Try Goat Milk Ice Cream At Saanen Dairy Goat Farm
Kredit Gambar: foursquare.com
Try Goat Milk Ice Cream At Saanen Dairy Goat Farm
Kredit Gambar: lookp.com

Anak-anak anda pasti menyukai Saanen Dairy Goat Farm. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Selain kambing, anda juga boleh melihat haiwan lain seperti burung unta, burung merak, rusa, ayam, itik, angsa, arnab, kura-kura, kucing, dan anjing. Sesetengah haiwan dibenarkan berkeliaran bebas di sekitar ladang dan hanya dengan hanya RM2, anda boleh membeli makanan haiwan dan memberi mereka. Ladang ini juga menjual susu kambing segar yang lazat dan produk susu kambing lain seperti yogurt, ais krim dan puding. Terdapat juga sesi lawatan berkumpulan bagi pengunjung yang ramai. Makanan disediakan untuk kumpulan ini.

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: 298 Mukim 1 Sungai Pinang, 11010 Balik Pulau, Penang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://m.facebook.com/SaanenDairyGoatFarm/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close