Adakah anda masih berfikir hendak ke mana pada hujung minggu ini? Anda inginkan hujung minggu anda dipenuhi dengan aktiviti menjamu selera makanan yang lazat sambil menikmati pemandangan yang menghijau? Bentong adalah pilihan yang ideal untuk anda! Bentong merupakan sebuah perbandaran Malaysia di barat Pahang. Ia hanya 48 kilometer sahaja dari Kuala Lumpur.
Jom kemas barang anda sekarang dan bergerak ke Bentong! Ia adalah tempat anda menghabiskan hujung minggu jauh dari kesibukan kota. Selain itu, ia adalah tempat terbaik untuk anda meluangkan masa bersama ahli keluarga yang tersayang. Berikut adalah 8 tempat terbaik yang boleh dilawati ketika anda di Bentong.
Apakah Faktor Yang Menjadikan Bentong Terkenal?
Bentong, sebagaimana Raub, turut terkenal dengan duriannya. Terdapat banyak dusun yang terletak di Bentong, jadi anda boleh ke sana untuk merasai durian yang segar dan lazat. Selain itu, Bentong juga terkenal dengan halia tempatannya. Halia Bentong mempunyai rasa yang lebih lembut berbanding dengan halia lain.
Adakah Berbaloi Berkunjung Ke Bentong?
Sudah pasti YA! Anda boleh melarikan diri dari kesibukan kota di sini. Ia adalah tempat terbaik untuk anda berehat dengan menikmati alam semula jadi. Selain itu, jarak antara Bandar Bentong dan Genting Highlands adalah sejauh 17 km sahaja. Anda boleh ke Bentong selepas berseronok di Genting Highland!
8 Tempat Menarik Untuk Dilawati di Bentong Malaysia 2025
1. Bilut Extreme Park


Terdapat trek ATV yang menakjubkan di sini! Ia sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti mencabar. Mereka mempunyai trek perjalanan yang melibatkan pelbagai bentuk rupa bumi dan inilah yang menjadikan pengembaraan anda menarik. Selain itu, anda boleh merasai tiupan angin sepoi-sepoi bahasa tatkala memecut ATV. Semua ini dapat memberikan anda peluang untuk berehat sejenak daripada kesibukan kota.
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Kampung Baharu, 27600 Bentong, Pahang
No. Telefon: 014-608 8803
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
2. The Waterway Villa


Ia adalah resort mesra alam yang terletak kira-kira sejam pemanduan dari Kuala Lumpur, Malaysia. The Waterway Villa terletak di dalam hutan tropika Bukit Tinggi yang indah di Pahang. The Waterway Villa menyediakan tempat luar yang ideal untuk tetamu menikmati pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan hutan tropika yang menakjubkan.
Waktu Operasi: 6.30 pagi -11.00 malam (Setiap hari)
Alamat: Bukit Tinggi, 28700 Bentong, Pahang
No. Telefon: 012-722 6711
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. Thong Kee Coffee Shop



Jika anda mengidamkan sarapan Hainan, Thong Kee Coffee Shop adalah pilihan yang ideal untuk anda! Mereka mempunyai beberapa cawangan di tempat lain, termasuklah di Sea Park, Puchong, dan Sri Petaling. Kedai ini memang terkenal dalam kalangan pengunjung. Jualan bestseller mereka adalah croissant 3-dalam-1 dan “Cham Peng” (kopi+teh), dikenali sebagai 1+1. Berbaloi untuk mencuba apabila anda singgah di Bentong. Anda perlu datang awal ke sini untuk mendapatkan tempat duduk yang selesa kerana tempat ini sering penuh terutama pada waktu puncak.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 4:40 petang (Selasa – Ahad)
Alamat: 92, Jalan Chui Yin, 28700 Bentong, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
4. Japanese Village


Ingin melancong ke luar negara tetapi bajet tidak mencukupi? Datang dan rasailah perkampungan Jepun di Bentong! The Japanese Village adalah lokasi tarikan bertemakan Jepun yang terletak di puncak bukit di Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Taman yang indah dan berinspirasikan Zen ini merangkumi Japanese Tea House, Ume Tatami Suite dan Tatami Spa. Tempat ini boleh menjadi lokasi yang sesuai untuk meredakan stress.
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)
Alamat: km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750
No. Telefon: 092213888
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Kow Po Ice Cream Shop


Kow Po Ice Cream Shop telah menjadi kafe pencuci mulut yang bersejarah sejak 1974. Mereka terkenal dengan pelbagai jenis perisa aiskrim, termasuklah vanila, coklat, kelapa, pandan dan pisang. Mereka telah menambah baik dan menginovasi aiskrim mereka secara berterusan untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Sehingga kini, kedai aiskrim ini menjadi pilihan ramai untuk dikunjungi bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 6:30 petang (Setiap hari)
Alamat: 2, Lorong Utama Bentong Height 4, 28700 Bentong, Pahang
No. Telefon: 092221258
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
6. Bentong Morning Market

Bentong Morning Market atau Pasar Pagi Bentong juga dikenali sebagai “Pasar Besar Bentong”. Anda boleh membeli barangan yang anda idamkan dengan harga yang berpatutan di sini. Terdapat banyak penjaja yang menjual produk tempatan yang segar seperti halia, kicap, sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, pasar ini juga menawarkan sarapan tempatan untuk pengunjung nikmati. Ia adalah tempat yang baik untuk anda menikmati suasana pagi yang meriah dan merasai kehidupan seharian penduduk tempatan di sini.
Waktu Operasi: 5:00 pagi – 10:00 pagi
Alamat: Jalan Chui Yin, 28700 Bentong, Pahang, Malaysia
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
7. Yuen Kee Cafe – Hooi Ji Wanton Mee


Yuen Kee Cafe adalah salah satu restoran yang disyorkan kepada anda sekiranya anda berkunjung ke Bentong dan inginkan mee wantan yang terbaik di sini. Mee kenyal mereka yang dihidangkan bersama “Wantan” dan “Char Siew” pasti menceriakan hari anda! Namun begitu, anda perlu bersedia untuk menunggu makanan anda sekejap kerana restoran ini sering dipenuhi oleh pelanggan.
Waktu Operasi:
7:00 pagi – 5:00 petang (Isnin, Rabu – Ahad)
7:00 pagi – 11:30 pagi (Selasa)
Alamat: No. 57, Jalan Chui Yin, Off Kedai Kopi Yuen Kee, Paang, 28700 Bentong
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. Bentong Street Art Murals

Inilah tempat instagramable yang terhebat di Bentong. Anda boleh berkunjung ke Bentong Street Art Murals selepas kenyang menjamu selera di sini. Selain menikmati seni mural yang menarik, anda juga boleh berjalan sambil menghirup udara yang segar. Bukan itu sahaja, anda boleh mengambil gambar mural ini untuk dimuat naik ke media sosial anda. Menarik, bukan?
Waktu Operasi: Sepanjang hari
Alamat: Along Jalan Chui Yin, Jalan Loke Yew, Jalan Ah Peng in Bentong Town, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.