8 Tempat Penggambaran Graduasi Terbaik di Lembah Klang 2025

Alam universiti atau kolej merupakan salah satu alam yang mencabar dalam hidup anda kerana di sinilah bakal menentukan aliran kerjaya yang ingin anda pilih sepanjang hidup nanti. Namun begitu, tidak semua yang berjaya bekerja di dalam bidang yang mereka pelajari ketika di universiti tetapi itu tidak bermakna mereka tidak berjaya dalam hidup mereka. Apa yang penting ialah anda perlu mengambil kira pengalaman dan memanfaatkan masa sewaktu berada di universiti supaya anda dapat mengatur hidup dengan lebih sistematik dan gembira.

Majlis graduasi yang diadakan di universiti bererti zaman belajar anda di sana sudah pun tamat dan anda bakal menerima sijil tamat belajar bagi kursus yang anda ambil. Detik-detik ini merupakan detik yang gembira dan mengharukan dalam hidup jadi anda mestilah mahu memotretkan kenangan graduasi anda supaya dapat mengimbau kembali nostagia zaman belajar di universiti bersama rakan-rakan.

Bagaimanakah memilih tempat penggambaran graduasi yang menarik?

Untuk memilih tempat penggambaran graduasi, anda perlu berfikir dengan serious kerana ini adalah salah satu detik terindah dalam hidup anda. Maka, anda perlu mengambil kira nilai estetika, kelengkapan props dan juga lokasi penggambaran supaya apa yang dirancang itu terlaksana.

  1. Estetika

Ini adalah elemen yang paling penting ketika anda mencari tempat untuk penggambaran graduasi anda. Tempat itu perlukan mempunyai nilai estetika yang unik supaya gambar anda menjadi cantik. Siapa tidak mahu bergambar dengan jubah gradusi sambil berlatarkan pemandangan yang unik dan indah, bukan?

  1. Mudah & Lengkap

Pastikan lokasi penggambaran anda itu mempunyai segala props yang anda perlukan sewaktu bergambar seperti bunga ataupun makanan. Yang penting, pastikan lokasi penggambaran anda itu berhampiran dengan restoran bagi memudahkan anda memenuhi perut yang sedang berkeroncong.

  1. Jarak

Bagi memastikan rakan anda menghadiri sesi penggambaran anda, pastikan lokasi itu tidak jauh dari lokasi mereka. Jika tidak, rakan anda pasti berkira-kira sama ada mahu menghadiri penggambaran anda mahupun tidak. Hal ini kerana tempat yang jauh akan memakan masa perjalanan dan wang mereka.

8 Tempat Penggambaran Graduasi Terbaik di Lembah Klang 2023

1. Tamarind Square, Cyberjaya

Tamarind Square Cyberjaya
Kredit Gambar: CyberjayaCity
Tamarind Square Cyberjaya
Kredit Gambar: Time Out
Tamarind Square Cyberjaya
Kredit Gambar: Eris Goes To

Tamarind Square terletak di tengah-tengah bandar Cyberjaya dan menawarkan elemen pemodenan dan alam semula jadi di lokasi terbabit. Dengan permukaan dan dinding yang tidak dicat, ia memancarkan nilai estetika alam semula jadi perindustrian yang menarik dan klasik. Elemen hijau juga turut memainkan peranan dalam menonjolkan suasana santai dan tenang dalam pusat ini. Tamarind Square ialah pusat beli-belah yang terdiri daripada kafe hipster, restoran, kedai serbaneka dan kedai cenderamata.

Keunikan: Bangunan berwarna kelabu dengan seni bina yang unik

Alamat: Tamarind Bldg Rd, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web:  Klik

2. Taman Saujana Hijau

Taman Saujana Hijau
Kredit Gambar: Jom Jalan
Taman Saujana Hijau
Kredit Gambar: Relax Penang
Taman Saujana Hijau
Kredit Gambar: Drama Hidup FMR

Keindahan Taman Saujana Hijau di Putrajaya sungguh mempesonakan. Untuk sampai ke titik-titik bukit yang menarik, anda perlu mendaki sedikit. Biasalah, untuk menghasilkan gambar graduasi yang cantik, anda perlu berkorban sedikit. Walaupun terletak di bandar, taman ini mempunyai tarikannya tersendiri kerana landskap di sini diselenggara dan dijaga dengan konsisten. Jika anda bernasib baik, anda boleh bergambar dengan latar pemandangan matahari terbenam yang memukau.

Keunikan:  Bukit hijau yang dikelilingi bunga yang cantik

Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik

3. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Iron Mosque
Kredit Gambar: WordPress
Iron Mosque
Kredit Gambar: WordPress
Iron Mosque
Kredit Gambar: Wikipedia

Selain menjadi salah satu pusat keagamaan umat Islam di Putrajaya, Masjid Besi atau secara rasminya dikenali sebagai Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini direka menggunakan struktur logam. Bangunan masjid ini direka dengan menggunakan besi yang kukuh selain menerapkan seni bina islamik dan industri sehingga ia juga menjadi tempat tarikan pelancong di Malaysia.

Keunikan: Reka bentuk dalaman dan luaran yang unik dan menarik

Alamat:  25, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Google Map: Klik

Google Review:Klik

Laman web: Klik

4. River of Life

River of Life
Kredit Gambar: The Sun Daily
River of Life
Kredit Gambar: CK Travel
River of Life
Kredit Gambar: Sunway Hotel

Seperti namanya, River of Life ini menerangi persiaran Sungai Gombak dengan cahaya biru yang menakjubkan. Sungai ini menampilkan kabus nipis yang menjadikan seluruh kawasan kelihatan seperti berada di awang-awangan. Selain itu, efek kabus juga boleh memberikan elemen kejutan dan misteri yang baik dalam gambar anda jika anda inginkan gambar graduasi anda sedikit berbeza dengan gambar graduasi biasa.

Keunikan: Lampu biru cerah dengan efek kabus mengaburi kawasan

Alamat:  Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

5. Taman Tema I-City

I City Theme Park
Kredit Gambar: Concorde Hotel Shah Alam
I City Theme Park
Kredit Gambar: Manthila Group
I City Theme Park
Kredit Gambar: Selangor- Attractions in Malaysia

I-City dikenali sebagai bandar teknologi di Selangor dan diiktiraf sebagai “Segi Tiga Emas”. Ia terdiri daripada kawasan kediaman, hotel, pusat beli-belah dan taman tema dalam satu kawasan yang luas. Pada waktu malam, taman tema ini akan menawarkan pokok neon dan patung yang berwarna-warni dalam gambar anda. Anda akan berasa seperti berada di alam ajaib ketika bergambar di sini.

Keunikan:  Hiasan menarik dilengkapi dnegan lampu yang berwarna-warni

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik

6. Sky Mirror

Sky Mirror
Kredit Gambar: TripAdvisor
Sky Mirror
Kredit Gambar: New Straits Time and Tripfez

Bersedia untuk menikmati masa penggambaran yang kreatif di Sky Mirror! Lokasi ini membolehkan anda berjalan di atas laut biru yang luas serta membuat anda menghargai keajaiban alam semula jadi. Tempat ini merupakan lokasi alam yang indah sekaligus membolehkan anda mengambil gambar graduasi menerusi pantulan biasan air di lantai pantai. Namun begitu, anda harus membuat tempahan awal kerana tempat ini selalu sesak dan dikunjungi ramai orang.

Keunikan: Elemen pantulan alami yang unik seperti cermin

Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Google Map:  Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik

7. LaLaport

LaLaport
Kredit Gambar: Wikipedia
LaLaport
Kredit Gambar: The Malaysian Reserve
LaLaport
Kredit Gambar: Places and Foods

Satu lagi pusat beli-belah yang berfungsi sebagai lokasi penggambaran foto ialah LaLaport. LaLaport menawarkan konsep pemodenan bandar baharu dan dibina di tapak daerah Pudu. Pusat membeli-belah ini menawarkan 400 stor atau kedai yang menjual pelbagai barangan. Selain itu, pusat ini juga mempunyai reka bentuk dalaman serta luaran yang menakjubkan. Alamilah sesi penggambaran anda di tangga pusat ini ketika diterangi cahaya pada waktu malam dan berlatarkan pemandangan PNB118 yang menakjubkan.

Keunikan: Pusat Beli-belah baru dengan pemandangan PNB118

Alamat: 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik

8. Dataran Merdeka

Merdeka Square
Kredit Gambar: Travelvui
Merdeka Square
Kredit Gambar: Truevoyagers
Merdeka Square
Kredit Gambar: Flickr

Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, bangunan bersejarah ini merupakan tempat yang digunakan untuk menyambut Hari Kemerdekaan tahunan Malaysia. Selain itu, bangunan bersejarah ini selalu muncul dalam banyak adegan filem dan video muzik. Padang hijau yang luas serta pemandangan berlatarkan langit Kuala Lumpur yang cantik akan menjadikan gambar graduasi anda lebih meriah dan klasik kerana memiliki elemen alam dan juga sejarah.

Keunikan: Bangunan bersejarah yang unik seni binanya

Alamat: Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: Klik


Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close