Melancong dengan bajet yang terancang boleh menjadi salah satu aktiviti yang menarik dalam hidup anda. Mengapa? Kerana anda akan dapat merasai kehidupan dan budaya asli penduduk tempatan dengan lebih dekat. Selain itu, percutian anda juga menjadi lebih bermakna kerana anda dapat berkomunikasi dengan lebih kerap dengan penduduk tempatan di kawasan itu bagi mendapatkan maklumat.
Selain dapat menjimatkan wang, anda juga boleh merasai makanan tempatan yang disediakan di sepanjang jalan tanpa risau. Cuma pastikan ia bersih dan halal, ya! Untuk memastikan percutian bajet anda lebih lancar, pastikan anda menempah tempat penginapan yang selesa dan berpatutan. Jadi, bagi untuk menjayakan rancangan percutian anda, kami senaraikan 8 tempat penginapan mesra bajet yang terbaik di Kota Kinabalu.
Apakah Aktiviti Mesra Bajet Yang Menarik Dan Boleh Dilakukan di Kota Kinabalu?
Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Kota Kinabalu. Sebagai contoh, anda boleh mengunjungi Pantai Tanjung Aru untuk menikmati pemandangan matahari terbenam sambil menjamu selera di gerai makanan yang berada di sepanjang pesisir pantai itu. Atau anda boleh bersenam di Taman Tanjung Aru Perdana dan menyaksikan muzikal persembahan air pancut yang diadakan pada setiap malam.
Lawatan ke Muzium Negeri Sabah akan menjadi pengalaman yang menarik jika anda meminati sejarah dan menghayati kesenian warisan yang dipertontonkan di situ. Terdapat pameran mengenai topik seperti arkeologi dan tamadun Islam yang menarik untuk anda pelajari sepanjang berada di Sabah. Anda juga boleh singgah ke Pasar Kraftangan dan pasar Waterfront bagi menjamu selera atau mencari barang kemas, kraftangan dan pakaian untuk dibawa pulang sebagai oleh-oleh.
8 Tempat Penginapan Mesra Bajet di Kota Kinabalu 2025
1. AJ Residence Kota Kinabalu City Centre


AJ Residence Kota Kinabalu CityCentre terletak di lokasi yang strategik, iaitu di pusat bandar Kota Kinabalu dan hanya 10 minit pemanduan sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Setiap bilik penginapan di sini mempunyai kelengkapan mandian seperti berus gigi, syampu, gel mandian, tuala mandi, sikat rambut, tuala muka dan juga sabun. Selain itu, kopi, teh dan air juga disediakan untuk para penginap. Anda juga boleh mengakses internet kerana mereka menyediakan WiFi secara percuma. Kemudahan seperti tempat letak kereta percuma, penyimpanan bagasi percuma, dobi, restoran makanan laut, restoran halal dan kafe turut ada di sini.
Alamat: Asia City, 6, Ruang Singgah Mata 2, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.facebook.com/acjresidence/
2. Zara’s Boutique Hotel


Zara’s Boutique Hotel adalah hotel butik pertama di Malaysia yang menampilkan ciri feminin dalam layanan mereka terhadap para penginap. Hotel ini dibina berhadapan dengan resort golf bertaraf 5 bintang. Banyak restoran yang menyajikan hidangan antarabangsa dan tempatan yang berdekatan dengan hotel ini. Para tetamu boleh memilih bilik penginapan yang berlatarkan pemandangan laut ataupun padang golf. Harga bilik bermula dari RM 153.00. Bilik penginapan di sini dilengkapi dengan katil yang besar, serta WiFi dan kelengkapan mandian secara percuma. Selain itu, spa, pusat rawatan muka dan refleksologi juga berdekatan dengan hotel ini.
Alamat: Harbour City Jalan Pantai Baru, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: http://www.zarasboutiquehotel.com/
3. K Hotel Kota Kinabalu


K Hotel Kota Kinabalu mempunyai 41 bilik penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Hotel ini menjadi tempat penginapan popular dalam kalangan pelancong kerana hanya terletak 10 minit pemanduan sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Secara strategiknya, hotel ini terletak di Plaza 333, iaitu pusat komersial baru yang bersebelahan dengan laluan Donggongon.
Di laluan ini, anda boleh dapati banyak kedai makan yang menawarkan pelbagai juadah untuk anda menjamu selera. Kemudahan yang ditawarkan di hotel ini termasuklah kaunter pertanyaan 24 jam, tempat letak kereta percuma, WiFi percuma, kawalan keselamatan 24 jam, dobi dan perkhidmatan cucian kering.
Alamat: Lot 3, Block A, Lorong 333, Jalan Mat Salleh, 89500 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: http://www.khotel.my/
4. Cititel Express Kota Kinabalu


Cititel Express Kota Kinabalu terletak di pusat bandar Kota Kinabalu. Hotel ini mempunyai misi iaitu menyediakan penginapan yang ringkas dan selesa kepada tetamu sepanjang percutian mereka di sini. Hotel ini menempatkan 275 bilik penginapan yang lengkap dengan semua kemudahan asas seperti penghawa dingin, WiFi percuma, peti keselamatan elektronik, pengering rambut, TV LCD, saluran satelit dan telefon. Hotel ini juga berdekatan dengan pusat komersial, bank, kedai makan dan beberapa tempat tarikan pelancong seperti Pasar Kraftangan, The Waterfront, dan juga pusat membeli-belah.
Alamat: No. 1, Jalan Singgah Mata, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://cititelexpress-kk.com/
5. Dreamtel Kota Kinabalu

Dreamtel Kota Kinabalu terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu, Sabah. Hotel ini hanya terletak 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Di seberang hotel, anda boleh dapati deretan restoran atau kedai makan yang menjual makanan tempatan yang enak. Kafe Dreamtel yang terletak di tingkat bawah pula dibuka sepanjang hari untuk aktiviti menjamu selera anda.
Kafe ini menawarkan pelbagai jenis pilihan masakan tempatan dan antarabangsa. Terdapat juga bufet bagi hidangan minum petang yang disajikan pada hujung minggu. Selain itu, anda boleh melawat beberapa tempat tarikan pelancong yang popular seperti Padang Merdeka untuk menghabiskan masa lapang anda.
Alamat: 5, Jalan Padang, Bandaran Berjaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://dreamtelgroup.com/the-dreamtel-family/dreamtel-kota-kinabalu-malaysia/
6. OYO 1159 Hotel New Sabah


OYO 1159 Hotel New Sabah adalah hotel bajet yang direka dengan warna-warna cerah untuk mencipta suasana yang ceria. Ia terletak berhampiran dengan banyak tempat tarikan pelancong seperti Jesselton Point, Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan Menara Jam Atkinson. Hotel ini menyediakan WiFi percuma, housekeeping setiap hari, kamera CCTV untuk keselamatan, alat pemadam api, perkhidmatan dobi dan servis daftar masuk 24/7. Pembayaran melalui kad juga diterima di sini bagi memudahkan proses pendaftaran masuk atau keluar. Sepanjang anda menginap di sini, anda boleh menjamu selera di Hung Xing Seafood, Bakso Jawa dan Garage Kafe yang terkenal.
Alamat: Segama Complex, 9, Jalan Pedas, Lot 3 & 4, Block A, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.oyorooms.com/my/59749/
7. Hotel Eden54


Misi Hotel Eden54 adalah untuk memberikan para penginap melancong tanpa perlu risau dengan bajet mereka. Hotel ini dibina berkonsepkan chic dan minimalis dengan menggunakan tona neutral bumi yang boleh didapati pada alam semula jadi. Bilik penginapan di sini diwarnakan dengan warna merah, hijau dan kuning terang. Selain itu, kemudahan yang ditawarkan oleh hotel ini adalah WiFi percuma, kaunter pertanyaan 24 jam, perkhidmatan concierge, perkhidmatan dobi, room servis serta ruangan dapur umum yang lengkap dengan peralatan memasak.
Alamat: 54, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.eden54.com/
8. OYO 1103 Borneo Inn

OYO 1103 Borneo Inn terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Hotel ini memilih warna yang ceria seperti warna merah dan ungu bagi rekaan dalamannya. Bilik penginapan di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin, katil bersaiz queen, TV, peti sejuk dan WiFi percuma.
Para tetamu boleh menjamu selera di restoran dan kedai makan yang berdekatan seperti Secret Garden BBQ Korean Restaurant, Borneo Wild Treasure Restaurant, King Hu Restaurant dan Masakan Sedap Restaurant. Anda juga boleh berkunjung ke tempat menarik yang berdekatan dengan hotel ini seperti Grand Illusions, Cocoa Kingdom, Pantai Tanjung Aru, Muzium Negeri Sabah, Sutera Harbour Golf dan Kelab Desa.
Alamat: Lot 2B, Jalan Kepayan Kobusak, Lorong Taman Kendara, Kampung Kepayan, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.oyorooms.com/my/57796/
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.