Genting Highlands merupakan stesen bukit yang terletak di puncak Gunung Ulu Kali di Malaysia. Pengunjung yang mahu ke sini boleh singgah di Genting Highlands Premium Outlets untuk pengalaman membeli-belah barangan mewah yang menyeronokkan. Terdapat banyak kedai berjenama di sini seperti Kate Spade, Polo, Coach, Boss, dan Nike. Menariknya, semua barangan dijual pada harga diskaun!
Salah satu cara terbaik untuk naik ke puncak Genting Highlands ini adalah dengan menaiki gondola Awana SkyWay. Bagi mereka yang sukakan cabaran, terdapat gondola jenis berkaca yang boleh anda pilih untuk dinaiki. Sepanjang perjalanan naik ke atas puncak ini, anda boleh berhenti di stesen Chin Swee untuk melihat seni bina kuil Chin Swee secara percuma. Sepanjang percutian anda di sini, pastinya anda inginkan tempat penginapan yang selesa buat anda sekeluarga. Jadi, kami senaraikan 8 tempat penginapan terbaik di Genting Highlands untuk anda pilih!
Apakah Aktiviti Yang Boleh Anda Lakukan Di Genting Highlands?
Tarikan utama di Genting Highlands adalah Resort World Genting yang menempatkan kasino dan taman tema. Selain itu, Taman tema Genting Skyworlds juga menyediakan 9 tema dunia yang berbeza, lengkap dengan ruangan makan, deretan kedai dan tempat hiburan.
Anda juga boleh mencuba permainan virtual nyata seperti Avengers dan Star Wars di VOID atau memetik strawberi di Genting Strawberry Leisure Farm. Anda boleh dapati terdapat banyak pilihan tempat makan di sini, namun tempat makan yang popular adalah restoran Burger & Lobster, Beauty in the Pot dan juga Five Guys.
8 Tempat Penginapan Terbaik di Genting Highlands 2025
1. Grand Ion Delemen Hotel



Grand Ion Delemen Hotel menawarkan anda pengalaman resort bandar yang romantis dan selesa. Kalau anda hendak tahu, hotel ini merupakan salah satu hotel yang paling disukai oleh pengunjung di Genting Highlands. Selain menempatkan 500 buah bilik penginapan dengan katil mewah yang selesa, hotel ini juga menyediakan kamar mandi yang dilengkapi dengan kelengkapan mandian dan WiFi secara percuma. Melalui hotel ini, anda boleh menikmati pemandangan Banjaran Titiwangsa dari 6,000 kaki paras laut. Selain itu, hotel ini juga menawarkan pelbagai pilihan tempat makan seperti Souper Hot Stone Pot & Grill, Kembali Kitchen dan juga Lepak Corner.
Alamat: 1, Jalan Ion Delemen, 69000 Genting Highlands, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.iondelemenhotels.com/
2. Maxims Hotel Genting Highlands



Maxims Hotel Genting Highlands adalah hotel mewah di Genting Highlands yang menempatkan 795 buah bilik penginapan mewah yang dilengkapi dengan WiFi percuma. Hotel mewah ini telah dipilih sebagai ‘Salah Satu Hartanah Terbaik di Dunia’ oleh Forbes Travel Guide pada tahun 2018. Untuk makluman anda, antara tempat makan yang terletak di tingkat 2 adalah Imperial Rama, Good Friends, Ming Ren, Spice Garden dan Bubbles & Bites untuk anda pilih. Di tingkat 18 pula, restoran E18hteen menawarkan gabungan masakan yang lazat. Hampir semua kasino Genting ditempatkan di dalam Hotel Maxims seperti @Latte, Monte Carlo, Hollywood, Circus Palace, Showboat, Main Casino dan VIP Room.
Alamat: Maxims Hotel Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: http://www.gentinghighlands.info/maxims-hotel.htm
3. Genting Grand


Genting Grand dikatakan hotel yang terkemuka di Genting Highlands kerana diperakui sebagai hartanah mewah 4 bintang oleh Forbes Travel Guide yang berprestij selama 5 tahun berturut-turut (2018 – 2022). Bilik Club Suite dan Grand Premier di hotel ini dilengkapi dengan sofa dan tab mandi. Selain itu, hotel ini juga menawarkan pusat kecergasan, spa, bilik wap, sauna, sesi urutan dan WiFi percuma kepada para tetamu. Terdapat juga mesin Nespresso bersama 3 kapsul yang disediakan setiap hari untuk kegunaan tetamu hotel ini.
Alamat: Genting Grand Hotel, Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman web: https://www.rwgenting.com/en/hotels/genting-grand.html
SEMAK HARGA DI SHOPEE4. Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands


Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands terletak di dalam premis Windmills Upon Hills. Hotel ini mempunyai 561 buah bilik penginapan, daripada bilik Deluxe sehinggalah kepada bilik Premier. Kesemua bilik penginapan ini dilengkapi dengan perabot yang terkini, tempat tidur yang selesa dan berkualiti serta meja kerja yang luas. Hotel ini menempatkan lebih daripada 300 tempat letak kereta tertutup, gim tertutup, jakuzi dan kolam atas bumbung, kolam kanak-kanak, sauna, gelanggang skuasy, gelanggang tenis, bilik permainan dan juga taman. Anda boleh menjamu selera di The Garden Terrace Cafe yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa yang enak.
Alamat: Windmill Upon Hills, Jalan Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.swissgarden.com/residences-genting/en/rooms/
5. Windmill Upon Hills, Genting Highlands



Windmill Upon Hills adalah kediaman servis yang terletak di Genting Highlands. Kediaman ini berlatarkan pemandangan gunung yang indah dari atas bukit. Kemudahan yang ditawarkan di sini termasuklah kolam renang tertutup, sauna, taman permainan kanak-kanak, pusat kecergasan, ruangan berehat yang berkongsi dan taman. Unit-unit ini dilengkapi dengan lantai parket, dapur yang serba lengkap dengan microwave, ruang makan yang selesa, TV skrin rata dengan saluran satelit, bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan alat pengering rambut. Lapangan terbang yang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, iaitu 57 km dari kediaman servis ini.
Alamat: Jalan Permai, Genting Permai Avenue, Genting Highlands, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: http://windmilluponhills.com
6. Crockfords Hotel



Crockfords Hotel merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima penarafan 5 bintang yang berprestij daripada Forbes Travel Guide selama 4 tahun berturut-turut (2019 – 2022). Semua suite di hotel ini mempunyai kamar mandian wap peribadi di dalam bilik. Selain itu, kelengkapan tandas pula dihiasi dengan marmar Greek Calacatta yang mewah dan elegan. Hotel ini mempunyai beberapa reka bentuk bilik yang unik seperti Gym Suite, Mahjong Suite dan Tatami Suite. Kesemua suite ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Alamilah kehebatannya sendiri ketika anda menginap di sini!
Alamat: Crockfords Hotel, Resorts World, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.rwgenting.com/en/hotels/crockfords.html
SEMAK HARGA DI SHOPEE7. Scapes Hotel Genting Highlands


Scapes Hotel Genting Highlands menempatkan 176 buah bilik dan suite yang terdiri daripada bilik Deluxe Quad sehinggalah kepada suite 2 bilik tidur. Bilik-bilik penginapan ini mempunyai 6 tema menarik yang berbeza. Selain dilengkapi dengan perabot, bilik penginapan ini juga dihiasi dengan kemudahan yang moden dan terkini. Kemudahan yang hotel ini tawarkan termasuklah kolam renang, gimnasium, jakuzi dan zon kanak-kanak. Anda boleh menjamu selera di Lemon3 yang menyajikan hidangan asli Malaysia dan Barat setiap masa ataupun berehat di kafe tepi kolam sambil menikmati minuman atau snek anda.
Alamat: Jalan Jaya Permai, Midhills, 69000 Genting Highlands, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://scapeshotel.com/
SEMAK HARGA DI SHOPEE8. First World Hotel



First World Hotel merupakan salah satu hotel paling popular di Genting Highlands kerana secara strategiknya, ia bersambung dengan First World Plaza. Kalau anda hendak tahu, ini adalah hotel terbesar di dunia yang memuatkan sebanyak 7,351 bilik penginapan yang mengagumkan. First World Plaza yang bersambung dengan hotel ini pula merupakan pusat beli-belah di Genting Resort.
Tempat ini dikatakan bersebelahan dengan SkyAvenue di puncak Genting. Jika anda menginap di hotel ini, anda mempunyai akses yang mudah untuk ke lokasi utama seperti First World Plaza, SkyAvenue, Skytropolis Indoor Theme Park dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting. Selain itu, anda juga mempunyai pelbagai pilihan makanan yang terdapat di restoran berdekatan.
Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.rwgenting.com/en/hotels/first-world-hotel.html
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.