Miri merupakan bandar di Sarawak yang terletak di kepulauan Borneo. Bandar Miri ditubuhkan pada 1910 apabila Royal Dutch Shell menemui telaga minyak pertama di sini. Penemuan ini sekali gus membantu pertumbuhan pesat bandar ini. Pada tahun 1929, Miri menjadi pusat pentadbiran yang penting di Sarawak. Hebat, bukan?
Selain sejarahnya, Miri juga mempunyai makanan asli yang sedap untuk dicuba oleh para pelancong seperti Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Miri juga terkenal dengan restoran makanan laut yang segar dan berpatutan. Antara restoran yang terkenal di sini adalah Meng Chai Seafood Restaurant. Restoran ini sering kali penuh dengan pelanggan kerana menyediakan sajian makanan laut yang segar, enak dan harganya yang berpatutan.
Apakah Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Miri?
Jika anda berkunjung ke Miri, anda boleh menerokai gua-gua yang indah dan mengagumkan. Selain itu, Miri juga mempunyai taman negara yang dijaga dan dipelihara seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Niah, Loagan Bunut dan juga Lambir Hills. Para pengunjung juga boleh bermain pasir di pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.
Bandar Miri mempunyai beberapa pasar yang dikunjungi oleh penduduk tempatan. Biasanya, pasar-pasar seperti ini menjual hasil kraftangan tempatan dan hasil laut yang segar. Jika anda mencari oleh-oleh untuk dibawa pulang, maka inilah destinasi yang tepat untuk anda kunjungi.
8 Tempat Penginapan Terbaik di Miri 2024
1. Miri Marriott Resort & Spa



Miri Marriott Resort & Spa adalah hotel mewah di Sarawak yang berhadapan dengan Laut China Selatan. Hotel ini sering kali menjadi destinasi buat ahli perniagaan dan juga pengunjung yang mahukan keselesaan. Bilik penginapan di sini pula dilengkapi dengan servis bilik, WiFi percuma dan juga katil yang empuk. Hotel ini juga menawarkan pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan seperti masakan tempatan, masakan antarabangsa, hidangan barbeku dan juga snek ringan untuk para pengunjung.
Selain dilengkapi dengan kolam renang yang luas, pusat kecergasan dan gelanggang tenis juga dibina bagi mereka yang ingin bersenam untuk menyihatkan badan. Setelah seharian penat berjalan, anda boleh menempah sesi spa di Mandara Spa. Anda akan merasai teknik urutan yang melegakan sekali gus dapat menghilangkan keletihan anda. Pastinya percutian di sini akan menggembirakan anda.
Alamat: Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai, 98000 Miri, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/myymc-miri-marriott-resort-and-spa
2. Kingwood Boutique Hotel Miri



Jika anda meminati seni reka bentuk, anda bolehlah memilih Kingwood Boutique Hotel Miri sebagai tempat penginapan anda. Hal ini kerana hotel ini menerapkan unsur seni klasik dan kontemporari yang elegan melalui reka bentuk dalamannya. Selain memuatkan 49 bilik penginapan yang selesa, hotel ini juga dilengkapi dengan restoran dan kafe yang menyajikan makanan yang sedap. Untuk menjamu selera, anda boleh berkunjung ke Bronzer Restaurant untuk menikmati sajian yang enak bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.
Sambil-sambil bercuti, anda boleh singgah ke Lobby Cafe bagi mendapatkan kopi yang lazat sambil bersantai menikmati pemandangan malam yang mengasyikkan. Uniknya, reka susun atur perabot di hotel ini diberi sentuhan tropika dengan dengan warna kayu yang neutral dan cantik. Semuanya untuk menonjolkan ciri klasik dan minimalis yang menghiasi hotel ini.
Alamat: 826, Jalan North Yu Seng, Utara, 98000 Miri, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: http://kingwoodmiri.com.my/
3. Jinhold Hotel & Serviced Apartment



Jinhold Hotel & Serviced Apartment merupakan salah satu hotel yang unik dan cantik di Miri. Selain dilengkapi dengan kolam renang yang luas, hotel ini juga turut menyediakan gimnasium, sauna, servis mandi berwap dan juga padang golf bagi mereka yang mencintai sukan ini. Percutian 2 hari 1 malam di hotel ini bakal menyenangkan anda kerana mereka berusaha untuk memberi perkhidmatan pelanggan yang terbaik kepada para pengunjung. Kunjungi Mak Restaurant untuk merasai masakan yang enak dan menyelerakan.
Selain itu, anda boleh menggunakan perkhidmatan shuttle dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri ke hotel ini (dan sebaliknya) bagi memudahkan urusan anda. Hotel ini juga menyediakan tempat letak kereta secara percuma selama 4 hari untuk para pengunjung mereka.
Alamat: Lot 14735, Airport Commercial Centre, Jalan Airport, 98000 Miri, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.jinhold.com/
4. Pullman Miri Waterfront



Bilik penginapan di Pullman Miri Waterfront dihiasi dengan tema warna kelabu dan biru. Setiap bilik penginapan mereka dilengkapi dengan keperluan seperti TV, cerek air, seterika dan alat pengering rambut. Selain itu, bilik penginapan mereka juga menyajikan pemandangan indah berlatarkan laut atau bandar Miri yang sibuk.
Anda boleh berkunjung ke Pullman Kitchen untuk menjamu selera bersama rakan atau ahli keluarga anda. Restoran ini menyediakan servis sarapan secara bufet pada setiap hari. Jika anda inginkan snek ringan, anda boleh ke Tree Tops Terrace dan Le Cafe sambil bersantai dan menikmati pemandangan indah di sekitar hotel ini. Hotel ini juga menyediakan kolam renang yang luas, sauna atau spa bagi mereka yang ingin memanjakan diri. Untuk mereka yang suka akan aktiviti yang mengeluarkan peluh, anda boleh bermain golf, berbasikal atau mendaki di sini.
Alamat: Lot 1347 Miri Waterfront Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://pullmanmiriwaterfront.com-malaysia.com
5. Amigo Hotel



Hotel butik yang menarik ini terletak di Marina City, Miri. Terletak sejauh 6 km dari Boulevard Shopping Complex dan 6 km dari San Qing Tien Taoist Temple, kedudukan hotel ini boleh dikatakan strategik kerana tidak begitu jauh daripada pusat hiburan dan kesenian.
Hotel ini menggunakan warna yang cerah dan ceria pada reka bentuk dalamannya bagi menyerikan suasana percutian anda. Bilik penginapan di hotel ini pula selesa, bersih dan juga berpatutan. Selain itu, anda boleh berjalan kaki ke pantai atau ke deretan restoran dan kafe yang terletak berhampiran dengan hotel ini. Kedudukannya yang strategik boleh memudahkan segala urusan percutian anda. Pastinya, anda akan berpuas hati ketika menginap di sini.
Alamat: Lot 2026, Block 9, MCLD, Marina Park, 98000 Miri, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://m.facebook.com/amigohotelmiri/
6. Mega Hotel, Miri



Mega Hotel ingin memberikan yang terbaik kepada para pengunjung mereka. Jadi, setiap bilik penginapan di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan TV untuk keselesaan para pengunjung di sini. Mereka menyediakan kolam renang yang luas, gimnasium dan pusat kecergasan bagi mereka yang ingin bersenam dan menyihatkan badan. Selain itu, terdapat pusat perkhidmatan yang menyediakan servis kurier luar dan dalam negara, servis mencetak, fotokopi, faks, dan e-mel bagi mereka yang memerlukannya. Wi-Fi percuma juga disediakan di hotel ini untuk kegunaan anda.
Terdapat beberapa restoran yang menyediakan pelbagai makanan yang menyelerakan. Chatterbox Coffeehouse menyediakan hidangan Asia dan Barat manakala Lotus Court Chinese Restaurant pula menyediakan sajian Cina. Jika anda inginkan pastri yang segar dan sedap, anda boleh berkunjung ke D’Chatterbox Bakery. Untuk mengisi masa, anda boleh bersiar-siar ke Miri Waterfront yang hanya 700 m sahaja dari Mega Hotel. Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Miri terletak 10 km sahaja dari hotel ini.
Alamat: 907, Jalan Merbau, 98000 Miri, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.megahotel.com.my
7. Imperial Hotel, Miri



Imperial Hotel terletak berdekatan dengan Permaisuri Imperial City Mall di Miri dan hanya 10 km sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kolam renang di atas bumbung, sauna, pusat kecergasan dan juga 3 pilihan tempat makan yang lazat. Palm Terrace Cafe menyediakan sarapan secara bufet manakala Imperial Restaurant menyediakan masakan Asia, tempatan dan Barat. Permaisuri Coffee House pula menyajikan kopi dan snek ringan yang enak. Untuk menjamin keselesaan para pelanggan, setiap bilik hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, cerek air, alat pengering rambut dan alat-alat mandian percuma.
Alamat: 827, Jalan Post, 98000 Miri, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://imperial.com.my/
8. Meritz Hotel, Miri



Meritz Hotel yang mengagumkan ini terletak 1.4 km daripada Miri Waterfront. Hotel ini menyediakan pelbagai fasiliti seperti kolam renang yang luas dan gimnasium yang serba lengkap dengan alat senaman yang terkini untuk pelanggan mereka. Selain itu, mereka juga menawarkan servis dobi dan menyeterika pakaian bagi mereka yang memerlukannya. Anda juga boleh ke kaunter pertanyaan 24 jam bagi urusan bagasi dan keperluan lain. Untuk menjamu selera pula, anda boleh berkunjung ke Grand Old Lady Restaurant yang menawarkan pelbagai hidangan yang sedap dan segar. Jika anda ingin menjamu selera sambil menikmati pemandangan yang indah, anda boleh ke Sky Garden di hotel ini.
Alamat: Meritz Hotel, 1657, Jalan Miri Pujut, Bintang Jaya, 98000 Miri, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://meritzhotel.com/
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.