Port Dickson merupakan sebuah bandar tepi laut yang menempatkan banyak hotel mewah yang sering menjadi tumpuan para pelancong. Port Dickson terkenal dengan pantai yang indah dan pemandangan laut yang menakjubkan. Hotel-hotel di sini terdiri daripada beratus-ratus vila dan suite mewah yang lengkap dengan kemudahan bagi memenuhi keperluan para pengunjung.
Port Dickson juga mempunyai banyak tempat tarikan pelancongan. Tarikan yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong adalah Rumah Api Cape Rachado yang pada asalnya dibina untuk dijadikan panduan buat kapal-kapal Portugis semasa ia memasuki Selat Melaka. Rumah api ini dipercayai rumah api tertua yang ada di Malaysia. Sekiranya anda mahu berkunjung ke Port Dickson, pastinya anda memerlukan tempat penginapan yang selesa dan memuaskan. Untuk itu, kami senaraikan 8 tempat penginapan yang terbaik di Port Dickson untuk anda kunjungi.
Apakah Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Port Dickson?
Di Port Dickson, anda boleh bermain layang-layang, menaiki jet ski dan banana boat yang menyeronokkan di Pantai Saujana. Anda juga boleh menaiki bot laju dan berkayak di Pantai Teluk Kemang. Terdapat banyak gerai makanan dan restoran di sini yang menyajikan pelbagai masakan lazat untuk memenuhi selera anda.
Jika anda peminat aktiviti sukan yang lasak, anda boleh lawati Uncle Wong Happy Farm untuk menaiki ATV yang menyeronokkan. Anda juga boleh mencuba aktiviti berkayak, menaiki bot kayuh, berkhemah, memancing dan juga barbeku bersama ahli keluarga atau rakan-rakan di sini. Kanak-kanak juga menyukai tempat ini kerana mereka boleh memegang arnab dan memberi makan kepada haiwan tersebut. Tempat ini juga mempunyai banyak lokasi menarik untuk dijadikan tempat bergambar. Jadi, anda bolehlah bergambar di sini dan memuat naik gambar ke media sosial anda seperti Instagram.
8 Tempat Penginapan Terbaik di Port Dickson 2025
1. Thistle Port Dickson Resort



Thistle Port Dickson Resort terletak hanya sejam sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Resort ini menawarkan pemandangan indah rumah api Tanjung Tuan dan Selat Melaka. Bilik penginapan di Thistle ini terdiri daripada Deluxe Garden sehinggalah kepada Presidential Suite. Anda boleh menginap di bilik penginapan yang menawarkan pemandangan laut, pemandangan taman, pemandangan padang golf ataupun pemandangan Selat Melaka.
Di resort ini, anda boleh berkunjung ke Fresh yang menawarkan hidangan bufet yang lazat. Jika anda menggemari masakan Kantonis dan Szechuan yang enak, anda boleh menjamu selera di Chinoise. Setelah penat berjalan di pesisir pantai, anda boleh berehat di Pool Bar dan menikmati koktail atau mocktail yang sedap sambil menghayati pemandangan alam yang menakjubkan.
Alamat: KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.thistle.com.my/portdickson
2. Pacific Regency Beach Resort



Pacific Regency Beach Resort adalah sebahagian daripada Pacific Regency Hotel Group. Hotel ini mempunyai jumlah gabungan 166 buah bilik tamu. Daripada suite sehinggalah kepada Studio Lofts dan Penthouses, hotel ini lengkap dengan semua keperluan yang diperlukan oleh para pengunjung. Bahkan, ada sesetengah bilik penginapan dilengkapi dengan kolam peribadi yang dibina pada sundeck. Hotel ini juga menyediakan room servis untuk mereka yang memerlukannya. Anda boleh menjamu selera di @Cafe restaurant dan menikmati pelbagai masakan Asia dan antarabangsa yang menyelerakan.
Alamat: Batu 7 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.pacificregencygroup.com/pacificregencyportdickson/
3. Grand Lexis Port Dickson



Grand Lexis Port Dickson menempatkan 305 vila di atas air. Rekaan bentuk resort ini diilhamkan daripada seni Bali. Dikatakan setiap vila dilengkapi dengan kolam renang peribadi serta kemudahan yang bertaraf dunia. Vila-vila ini mempunyai pancuran mandian terbuka, taman landskap peribadi, balkoni yang menghadap ke laut dan panel lantai kaca jernih yang membolehkan anda menikmati pemandangan air laut yang berkilauan. Selain itu, restoran di sini juga menyajikan masakan Barat dan Asia serta pencuci mulut yang lazat mengikut cita rasa anda.
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.grandlexispd.com/
4. Lexis Hibiscus Port Dickson



Para tetamu di Lexis Hibiscus Port Dickson boleh berehat di LexSpa, atau membeli keperluan harian, snek dan cenderahati di Lobby Shop. Bagi menjamin kepuasan para pengunjung, pihak hotel menyediakan bilik karaoke buat mereka yang suka menyanyi. Jadi,anda boleh menyanyi sepuasnya di sini. Selain itu, anda juga boleh mengambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan di photo booth yang disediakan di hotel ini. Terdapat restoran, bar, lounge dan In-Room Dining yang menyajikan pelbagai jenis masakan yang enak untuk memenuhi selera anda. Bahkan, terdapat 117 bilik menara dan 522 vila atas air yang menghadap ke perairan Selat Melaka yang indah ini. Sungguh mengagumkan!
Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.lexishibiscuspd.com/
5. Avillion Port Dickson



Di Avillion Port Dickson, anda boleh memilih sama ada mahu menginap di chalet atau vila yang mempunyai taman atau dikelilingi oleh air. Kemudahan yang ditawarkan di sini termasuklah Cochin Pool, aVi Spa, gimnasium dan spa kanak-kanak. Anda juga boleh bermain bola tampar, melihat burung, memancing, mencari ketam atau berjalan-jalan sambil menikmati alam semula jadi di sini. Selain itu, anda boleh menjamu selera di Lounge aVi, iaitu lounge terapung yang dibuka untuk minuman dan acara peribadi pada setiap hari, atau menikmati pengalaman santapan separa formal di Crow’s Nest. Anda juga boleh berehat dan makan di Village Court, iaitu restoran yang mengamalkan konsep terbuka di tepi kolam.
Alamat: 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.avillionportdickson.com/
6. Temasek Retreats Port Dickson



Temasek Retreats Port Dickson menawarkan tempat percutian 6 bilik tidur yang boleh menempatkan sehingga 23 tetamu dewasa. Semua bilik tidur ini dilengkapi dengan penghawa dingin, pancuran mandian air panas, tuala mandi dan kemudahan asas yang lengkap. Hotel ini terletak di lokasi yang strategik, iaitu di tengah-tengah bandar dan tidak jauh dari pelbagai jenis kedai serbaneka. Hotel ini mempunyai pemandangan tebing yang menakjubkan dan menghadap ke Selat Melaka, kolam renang infiniti, bilik permainan kanak-kanak, dan bilik karaoke seluas 300 kaki persegi yang berlatarkan kolam infiniti dan pemandangan Selat Melaka.
Alamat: 475, Jalan Pantai, Batu 2, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://temasekretreats.com
7. Villa Lot 1638



Villa Lot 1638 adalah tempat percutian peribadi yang diilhamkan oleh reka bentuk seni bina kontemporari. Hotel ini terletak hanya 1.5 km dari pusat bandar Port Dickson dan Port Dickson Waterfront. Vila ini menempatkan pelbagai pilihan bilik penginapan seperti bilik Private Suite dan juga Duplex Villa 2 bilik. Kemudahan yang ditawarkan oleh vila ini terdiri daripada kolam renang, ruang makan terbuka untuk sarapan pagi dan taman yang indah. Harga bilik di sini bermula dari RM 299.00.
Alamat: Lot 1638, Jalan Pantai Cunningham, Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://villalot1638.wixsite.com/mysite
SEMAK HARGA DI KLOOK8. Tasik Villa International Resort Port Dickson



Tasik Villa International Resort Port Dickson merupakan hotel 4 bintang di Port Dickson. Resort ini menempatkan 220 bilik penginapan di tepi tasik yang mengagumkan. Resort ini terletak hanya 5 minit pemanduan sahaja dari Kubu Lukut dan Bukit Keramat. Antara pilihan bilik penginapan yang ditawarkan adalah Water Chalet, Water Chalet Honeymoon, Deluxe Honeymoon, Family Villa dengan Private Pool, 2-Bilik Villa dengan Private Pool dan VIP Villa. Apa yang mengagumkan di sini adalah vila-vila ini dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Apa yang menonjol di sini adalah pancuran muzik ikoniknya! Para pengunjung di Water Chalet dan Clubhouse Suites dapat menikmati cahaya berwarna-warni daripada musical fountain dengan selesa.
Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://tasikvilla.com.my/
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.