Siapa yang tidak kenal dengan Pulau Perhentian? Selain menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia, pulau ini juga menjadi tempat persinggahan penyu terutama Penyu Hawksbill dan Penyu Hijau. Penyu-penyu ini biasanya bertelur di pesisir pantai Pulau Perhentian. Selain melihat penyu bertelur, anda boleh menyelam dan menerokai keindahan hidupan laut, kepelbagaian batu karang dan juga ikan-ikan di sini.
Jika anda sukakan cabaran, anda boleh mendaki bukit melalui Windmill Viewpoint untuk menyaksikan pemandangan alam yang menenangkan. Selain itu, anda juga boleh berkhemah serta tidur berbumbungkan langit dan bintang yang indah. Pada lewat petang pula, anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Semestinya percutian anda ke sini tidak sia-sia. Jadi, bagi memastikan anda berpuas hati dengan percutian anda, tempat penginapan yang selesa dan bersih haruslah menjadi keutamaan. Jadi, berikut kami senaraikan 8 tempat penginapan terbaik di Pulau Perhentian khusus untuk anda.
Bilakah Waktu Terbaik Untuk Melawat Pulau Perhentian?
Jika anda berhasrat untuk berkunjung ke sini, waktu yang sesuai adalah pada bulan Mac sehingga November. Pada musim tengkujuh pula, banyak pulau ditutup kerana hujan lebat. Aktiviti di pulau ini juga tidak dijalankan bagi menjaga keselamatan para pelancong dan penduduk tempatan. Dikhabarkan, bulan Julai merupakan bulan kemuncak kerana ramai pelancong dari seluruh dunia berkunjung ke sini.
Ramai pelancong berkunjung ke pulau ini untuk meneroka keindahan dunia bawah laut. Pulau Perhentian dikatakan mempunyai tempat menyelam dan berenang yang terbaik di Malaysia. Anda boleh menyelam bersama ikan-ikan yang berwarna-warni dan penyu di sini. Di samping anda menyelam dikelilingi oleh ikan yang berwarna-warni, tidak mustahil anda boleh bertemu dengan penyu yang mengagumkan di sini. Keindahan pulau ini sentiasa dijaga bagi memeliharai ekosistem flora dan fauna di sini.
8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Perhentian 2025
1. BuBu Villa



BuBu Villa ini merupakan resort terpencil yang terletak di sebelah selatan Pantai Long Beach. Resort ini menempatkan 18 vila yang diberi sentuhan tradisional yang unik serta dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan moden yang terkini. Untuk mengisi perut yang lapar, anda boleh berkunjung ke Restoran The World Cafe, iaitu restoran bercirikan Itali yang menawarkan pelbagai pilihan masakan, minuman dan makan ringan untuk para pengunjung.
Semak Harga di: klook.com
Alamat: Pulau Perhentian Kecil, 22300 Besut, Terengganu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.buburesort.com/bubu-villa
2. Alunan Resort



Alunan Resort merupakan resort yang berkonsepkan resort butik mewah di Pulau Perhentian. Resort ini terletak di tepi pantai yang terpencil. Ia menawarkan beberapa pilihan suites yang selesa untuk dipilih seperti Serenity Suites, Double/Twin Serenity Suites, Triple Sharing Serenity Suites, Quad Sharing Serenity Suites dan Family Suites. Selain dilengkapi dengan fasiliti yang moden, suite-suite di tingkat atas juga memiliki akses ke bahagian atas bumbung yang menempatkan ruangan rehat. Selain menjadi salah satu resort pilihan para pelancong di sini, Alunan Resort juga berusaha mengekalkan kebersihan dan memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik untuk memuaskan kehendak pelanggan.
Semak Harga di: klook.com
Alamat: Petani Beach Perhentian Island Kecil, Terengganu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://alunanresort.com/
3. Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet



Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet ini terletak di Teluk Dalam, Pulau Perhentian. Resort ini menempatkan bilik-bilik yang luas, selesa serta dilengkapi dengan bilik air yang besar. Para penginap pula bakal disajikan dengan hidangan Cina asli, juadah tempatan dan juga luar negara. Bagi mereka yang tercari-cari aktiviti di sini, bolehlah mencuba aktiviti sukan air seperti berenang, dan menyelam.
Alamat: 181, 22300 Besut, Terengganu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://arwanaperhentian.com.my/
4. MIMPI Perhentian Resort



MIMPI Perhentian Resort menawarkan 75 bilik penginapan yang setiapnya memiliki keunikan yang tersendiri. Resort ini menyediakan beberapa jenis bilik penginapan yang boleh anda pilih mengikut keselesaan anda, antaranya adalah Suite Ocean Deluxe, Premier Suite dan Family Suite. Suite Ocean Deluxe memberikan anda penginapan yang selesa dengan berlatarkan pemandangan teluk berpasir Pantai Long. Manakala Premier Suite yang mewah pula memberikan anda pemandangan laut yang indah. Family Suites di sini boleh memuatkan 6 orang dewasa dengan selesa.
Jadi, sekiranya anda datang bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga, anda boleh memilih suites ini. Percaya atau tidak, penginapan anda di sini tidak akan membosankan kerana resort ini dilengkapi dengan spa kecantikan dan kolam renang yang luas. Anda juga boleh mengisi perut dengan merasai pelbagai makanan autentik yang lazat di sini. Jika anda ingin membawa pulang buah tangan, anda boleh membelinya di kiosk yang menjual pelbagai jenis buah tangan yang cantik pada harga yang berpatutan.
Alamat: Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Laman Web https://www.mimpiperhentian.com/
5. Perhentian Island Resort



Perhentian Island Resort ini merupakan resort yang dikelilingi oleh pemandangan hijau yang memukau. Jika anda suka akan aktiviti lasak, anda bolehlah trekking di sini. Laluan trekking hanya 100 meter sahaja daripada resort ini. Selain menyihatkan badan, anda juga boleh melihat pemandangan alam semula jadi yang mengagumkan.
Resort ini menyediakan restoran dan kafe seperti Restoran Pinang Seribu dan juga Beach Front Cafe yang menyajikan pelbagai juadah yang menyelerakan buat para pengunjung. Jika anda ingin melihat penyu bertelur, anda boleh berkunjung ke Pulau Perhentian pada bulan Jun sehingga September. Jadi tunggu apa lagi, cepatlah membuat tempahan penginapan untuk percutian anda bersama ahli keluarga.
Semak Harga di: klook.com
Alamat: Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: http://www.perhentianislandresort.net/
6. Ombak Dive Resort



Ombak Dive Resort ini terletak di Coral Bay, Pulau Perhentian. Resort ini menawarkan beberapa pilihan bilik penginapan mengikut keselesaan anda. Anda boleh memilih antara Single Room, Twin Room, Triple Room, Quadruple Sharing Room dan juga Exclusive Suites berdasarkan kehendak anda. Untuk menjamu selera, anda boleh berkunjung ke Ombak Cafe bagi merasai pelbagai jenis masakan yang lazat seperti masakan tempatan, Barat, Cina, India, Itali dan juga Thai. Selain itu, anda juga boleh merasai hidangan barbeku yang segar dan lazat di sini.
Semak Harga di: klook.com
Alamat: 406, Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, 22300 Besut, Terengganu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.ombak.my/
7. Coral View Island Resort



Coral View Island Resort terletak di Pulau Perhentian Besar, Kuala Terengganu. Resort ini menyediakan perkhidmatan housekeeping, akses internet yang percuma di tempat awam, perkhidmatan servis bilik dan juga perkhidmatan pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel atau sebaliknya. Para pengunjung boleh memilih bilik penginapan mengikut kesesuaian, selera dan bajet mereka. Selain itu, para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti sukan air seperti berenang dan menyelam di sini. Semestinya, percutian anda di resort ini pasti memuaskan hati anda.
Semak Harga di: klook.com
Alamat: Daerah Besut, Pulau Perhentian Besar, 22300 Teluk Pauh
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://m.facebook.com/CoralViewResort/
8. The Barat Perhentian Beach Resort, Terengganu



The Barat Perhentian Beach Resort menyediakan pilihan penginapan yang bersesuaian dengan keselesaan dan bajet anda. Antara pilihan penginapan yang ditawarkan adalah 3 bilik Seaview Deluxe, 5 Seafront Chalet, 63 chalet dan juga Family Room. Para pengunjung boleh menjamu selera di The Barat Restaurant yang menyajikan pelbagai juadah Barat, Asia dan tempatan yang menyelerakan. Anda juga boleh melakukan aktiviti sukan air di sini seperti menyelam dan snorkeling kerana lautnya menyajikan pemandangan yang indah dan menakjubkan.
Semak Harga di: klook.com
Alamat: Seberang Genting, Lot 136, Terengganu, Pulau Perhentian Besar, 22300 Besut, Terengganu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: http://www.baratperhentian.com/package.asp
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.