Pulau Tioman adalah rizab alam semula jadi yang terkenal dengan tapak menyelam, batu karang, pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni dan yang lebih menarik, bangkai kapal. Pulau yang indah ini dilitupi hutan hujan tropika yang menjadi rumah kepada rama-rama, biawak dan monyet. Selain itu, Juara Turtle Project iaitu pusat penetasan, perlindungan dan kajian penyu juga terletak di pulau ini.
Anda boleh menaiki feri, bot atau kereta untuk bergerak mengelilingi Pulau Tioman. Masa terbaik untuk melawat pulau ini adalah antara bulan Mac dan Oktober kerana pantai timur di Semenanjung Malaysia biasanya dilanda musim tengkujuh dari akhir Oktober hinggalah awal Mac. Jadi banyak resort ditutup pada waktu itu. Rancanglah percutian anda dengan bijak dan pastikan anda menempah tempat penginapan yang selesa untuk percutian anda. Berikut adalah 8 tempat penginapan terbaik di Pulau Tioman untuk anda tempah.
Apakah Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Pulau Tioman?
Selain menyertai aktiviti scuba diving ataupun snorkeling di Pantai Juara, anda juga boleh berkelah di Air Terjun Asah atau melawat Pusat Maklumat Taman Laut untuk pelajari tentang kehidupan marin yang mengagumkan. Jika anda bosan, anda boleh bermain golf atau bersiar-siar di Mukut, iaitu sebuah perkampungan tempatan di sini.
Bagi yang sukakan makanan, anda boleh barbeku di ABDC Restaurant dan berehat seketika di Sunset Corner sambil menikmati susu kocak dan pizza. Selain itu, anda juga boleh menjamu selera di Tioman Cabana kerana mereka menyajikan burger buatan sendiri dan hidangan tempatan yang lazat. Jika anda mahu snek yang ringan pula, anda boleh berkunjung ke Bushman Cafe kerana di sini menyajikan pankek pisang yang sedap. Paling tidak boleh dilupakan, Santai Bistro di Pulau Tioman ini menghidangkan lauk-pauk yang enak seperti Tom Yam, Fish and Chips, sambal udang dan banyak lagi hidangan yang boleh menepati cita rasa anda.
8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Tioman 2025
1. Berjaya Tioman Resort



Berjaya Tioman Resort merupakan resort terbesar di Pulau Tioman. Resort ini meliputi kawasan seluas 200 ekar merentasi hutan hujan tropika yang hijau dan pantai berpasir putih di pinggir barat Desa Tekek. Diinspirasikan oleh struktur seni bina perkampungan tradisional, tempat penginapan ini terdiri daripada chalet berkembar yang unik. Antara kemudahan yang ditawarkan di resort ini adalah dewan, pusat menyelam, spa, padang golf, kolam renang dan pelbagai restoran. Anda boleh menikmati masakan tempatan mahupun antarabangsa yang disajikan di sini dengan gembira.
Alamat: 26800 Tioman Island, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://tioman.berjayahotel.com/
2. Japamala Resort



Japamala Resort adalah resort eko-mewah yang menonjolkan gaya kedesaan. Dengan menggabungkan elemen mewah dan santai, setiap bilik di resort ini dihiasi dengan kelengkapan yang moden. Selain itu, kayu merupakan bahan yang paling banyak digunakan dalam proses menghias dan membina resort ini. Dikatakan, kayu yang digunakan itu merupakan tinggalan kayu daripada rumah Melayu lama di seluruh Malaysia yang masih lagi berkualiti dan boleh dipakai.
Selain itu, buluh yang digunakan untuk rekaan dalaman dan luaran di resort ini pula diperoleh daripada Orang Asli. Tempat penginapan di resort ini dilengkapi dengan penghawa dingin, pemain DVD, televisyen kabel, bar mini dan mesin Espresso. Percutian anda pasti menyeronokkan jika anda menginap di sini!
Alamat: Kampung Lanting, 26800, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.japamalaresorts.com/
3. Paya Beach Spa & Dive Resort



Paya Beach Spa & Dive Resort adalah resort tepi pantai yang bertaraf 4 Bintang. Resort ini secara strategiknya terletak di tengah pantai barat Pulau Tioman, Malaysia. Resort ini menawarkan pakej yang terdiri daripada percutian bulan madu sehinggalah kepada rawatan spa dan pakej menyelam. Kemudahan resort yang ditawarkan di sini adalah spa, kolam renang, gril, bilik serbaguna dan juga Pusat Menyelam PADI.
Selain itu, Beach Villas yang merupakan tempat penginapan terbaru di resort ini terletak betul-betul di pantai yang indah. Dikatakan setiap vila mempunyai tab mandi peribadi, sebuah katil bersaiz besar dan sebuah katil sofa. Bayangkan percutian anda di sini akan menjadi menyeronokkan dengan tempat penginapan yang selesa!
Alamat: Lot 71 & 77, Kampong Paya, Pulau Tioman, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.payabeach.com/my/
4. Aman Tioman Beach Resort



Aman Tioman Beach Resort terletak di Kampung Paya, Pulau Tioman. Resort ini dikelilingi oleh pantai yang indah dan hutan hujan tropika yang menghijau. Resort ini menawarkan beberapa jenis bilik penginapan termasuklah Deluxe Room yang berlatarkan pemandangan pulau dan laut dari atas bukit. Semasa anda menginap di sini, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling, scuba diving, atau berjalan-jalan di sepanjang pantai yang indah. Selain itu, anda juga boleh menikmati sajian tempatan, Barat mahupun Cina di Fatty Grill Fish and Coffee, ataupun minum teh dan Chilled Smoothie di Aman Kopitiam.
Alamat: Lot 73 Kampung Paya Pulau Tioman, 26800 Mersing, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://amantioman.com/
5. Tunamaya Beach & Spa Resort



Tunamaya Beach & Spa Resort di Pulau Tioman adalah resort yang luas dan mempunyai 54 buah vila. Di sini, anda boleh memilih vila mana yang anda mahu, seperti vila yang berlatarkan pemandangan laut ataupun pemandangan taman. Semua vila ini dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap. Setelah seharian penat meneroka pulau, anda boleh menikmati sesi urutan di Sarang Spa. Selain itu, anda juga boleh menjamu selera di Restoran Pawana dan Bar Ombak bagi mengisi perut anda yang kelaparan.
Alamat: Lot 20 & 21, Sarang Burung, Kg. Mukut, 26800 Pulau Tioman, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://tunamaya-tioman.careluxuryhotels.com/
6. The Barat Tioman Beach Resort



The Barat Tioman Beach Resort ini terletak di sebelah timur Pulau Tioman. Chalet di resort ini mempunyai pemandangan laut yang menakjubkan dari balkoni privasi yang besar. Seafront Chalets & Villas di resort ini dilengkapi dengan TV skrin rata 40 inci dan semua kemudahan yang anda perlukan. Selain itu, ia juga menawarkan kolam renang seluas 2,100 kaki persegi, perkhidmatan dobi, bilik bagasi serta bilik serbaguna bagi tujuan mesyuarat atau seminar. Di Restoran Barat yang berhadapan dengan pantai, anda boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat. Anda juga boleh barbeku sambil menikmati pemandangan indah pokok palma dan laut biru yang luas.
Alamat: Lot 438 Kampung Juara Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://barattioman.com/
7. Go Deeper Tioman



Go Deeper Tioman mempunyai Tube Room yang sangat unik sekali gus menawarkan anda pengalaman menginap yang menarik sepanjang percutian anda di sini. Selain aktiviti snorkeling dan menyelam, anda boleh sertai aktiviti Island Hopping, mendaki dan Jungle Trekking untuk menghabiskan masa anda. Anda bakal dijamu dengan makanan laut yang segar seperti udang galah, ketam, sotong dan udang dengan cara barbeku atau steamboat di sini. Jika makanan ini masih tidak mencukupi, anda boleh mencuba masakan kampung atau masakan Cina yang halal. Anda juga boleh memesan Nasi Lemak dan masakan berasaskan makanan laut yang segar.
Alamat: Lot 487, Kampung Tekek, 26800, Pulau Tioman, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: https://www.godeeperchalets.com/
SEMAK HARGA DI SHOPEE8. Melina Beach Tioman



Melina Beach Tioman adalah resort eko yang sesuai untuk keluarga kerana ia menawarkan perkhidmatan privasi yang hebat. Resort ini terletak di pantai terpencil dan mempunyai pelbagai chalet tepi pantai dan taman untuk dipilih. Pantai Melina dikelilingi oleh hutan hujan tropika dan mempunyai terumbu karang indah yang letaknya tidak jauh dari pantai.
Selain itu, Restoran La Terraza di resort ini dibuka untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan menghidangkan pelbagai jenis masakan lazat khususnya masakan Itali dan tempatan. Antara hidangan yang sering dipesan oleh para tetamu adalah pizza buatan tangan, pasta berkrim dan kari yang pedas.
Alamat: Kg Genting, 26800 Pulau Tioman, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Laman Web: http://www.melinabeachresort.com/
SEMAK HARGA DI SHOPEEPerhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.