8 Tempat Penginapan Terbaik di Sandakan 2025

Bandar Sandakan yang terletak di Sabah sememangnya terkenal sebagai pelabuhan eksport bagi barangan minyak, tembakau, kopi, sagu dan juga kayu balak. Selain itu, Sandakan merupakan salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Sabah. Ramai pelancong, baik penduduk Sememanjung mahupun pelancong asing, datang ke bandar Sandakan untuk melihat kawasan tarikan yang berada di sini dan merasai budaya asli penduduk tempatan.

Bandar ini terkenal dalam kalangan pelancong yang gemarkan alam semula jadi dan hidupan liar. Banyak kawasan pelancongan di bandar ini seperti Muzium Warisan Sandakan, Taman Peringatan Sandakan, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Gua Gomantong dan juga Taman Pulau Penyu yang boleh anda kunjungi bersama ahli keluarga. Sementara anda meluangkan masa di sini, anda mesti mencari tempat penginapan yang selesa untuk percutian anda. Jadi, berikut adalah 8 tempat penginapan terbaik di Sandakan untuk anda kunjungi.

Apakah Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Sandakan? 

Sekiranya anda seorang pencinta haiwan, anda boleh berkunjung ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang ditubuhkan untuk menyelamat dan menjaga orang utan di Malaysia. Selain itu, anda juga boleh melihat proses bagaimana anak penyu menetas dan turun ke laut di Taman Pulau Penyu.

Bagi mereka yang menginginkan ketenangan, Gua Gomantong boleh memberikan anda pengalaman eksplorasi yang mencabar dan sukar dilupakan. Setelah penat berjalan ke sana-sini, anda boleh mengisi perut di English Tea House and Restaurant yang menyajikan pelbagai pilihan sajian yang enak. Anda pasti berasa seronok apabila menghabiskan masa percutian anda di Sandakan.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Sandakan 2025

1. Livingston Hotel Sandakan

Livingston Hotel Sandakan
Kredit Gambar: klook.com
Livingston Hotel Sandakan
Kredit Gambar: klook.com
Livingston Hotel Sandakan
Kredit Gambar: agoda.com

Hanya terletak 4.7 km dari Gentingmas Mall dan 5 km dari Tugu Peringatan Perang Sandakan, Livingston Hotel Sandakan merupakan salah satu hotel yang sering menjadi pilihan ramai pelancong. Hotel ini menyediakan penghawa dingin dan TV di setiap bilik penginapan mereka bagi menjamin keselesaan para pengunjung. 

Selain itu, hotel ini juga mempunyai kolam renang yang membolehkan para pengunjung bersantai, berenang dan bersuka-ria bersama rakan-rakan atau ahli keluarga mereka. Anda juga boleh menikmati pelbagai jenis juadah yang enak di restoran yang terletak di dalam hotel ini. Bagi memuaskan kehendak pelanggan, pihak hotel menyediakan akses internet secara percuma untuk memudahkan urusan mereka melayari internet.

Alamat: Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.facebook.com/livingstonhotel.official/

Semak Harga di: shopee.com

Semak Harga di: klook.com

2. Sabah Hotel

Sabah Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Sabah Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Sabah Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Sabah Hotel sememangnya menjanjikan pengalaman yang penuh makna dan memuaskan untuk para pengunjung mereka. Hotel ini dikelilingi oleh hutan tropika yang nyaman dan memukau, jadi para pengunjung akan berasa tenang sewaktu bercuti di sini. Selain mereka memastikan bilik penginapan sentiasa selesa dan bersih, pihak pengurusan hotel ini juga menawarkan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan alam semula jadi.

Jika anda ingin menikmati masakan Cina asli dan dim sum, anda boleh berkunjung ke Ming Restaurant. Anda juga boleh mencuba masakan tempatan dan Barat di Plantation Cafe yang terletak di dalam hotel ini. Pastinya percutian anda di sini akan memuaskan hati anda.

Alamat: Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.sabahhotel.com.my/

Semak Harga di: shopee.com

Semak Harga di: klook.com

3. Sepilok Forest Edge Resort

Sepilok Forest Edge Resort
Kredit Gambar: sepilokforestedgeresort
Sepilok Forest Edge Resort
Kredit Gambar: sepilokforestedgeresort
Sepilok Forest Edge Resort
Kredit Gambar: sepilokforestedgeresort

Sepilok Forest Edge Resort menempatkan chalet yang berkonsepkan ciri kemelayuan dan rumah panjang yang dikelilingi oleh hutan dan bukit yang menghijau. Setiap chalet resort ini dibina dengan menggunakan kayu kitar semula yang pada asalnya daripada rumah cina yang dibina pada tahun 1940. Setiap bilik penginapan pula dihiasi dengan lukisan tempatan, kraftangan yang unik ataupun gambar lama bandar Sandakan. Semua dekorasi ini digunakan untuk menaikkan seri bilik penginapan mereka.

Selain itu, para pengunjung juga boleh melihat hidupan liar seperti Orang Utan, burung Pittas,  burung Broadbills dan juga burung Raja Udang di sini. Untuk menjamin kepuasan para pengunjung, hotel ini menyediakan kemudahan internet percuma, tempat letak kereta percuma dan kolam renang yang luas untuk anda berenang atau berehat melepaskan stress harian.

Alamat: Mile 14, Jalan Rambutan, Sepilok, 90009 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.sepilokforestedgeresort.com/

Semak Harga di: shopee.com

Semak Harga di: klook.com

4. Sepilok Jungle Resort

Sepilok Jungle Resort
Kredit Gambar: klook.com
Sepilok Jungle Resort
Kredit Gambar: klook.com
Sepilok Jungle Resort
Kredit Gambar: klook.com

Sepilok Jungle Resort terletak di tengah-tengah taman landskap yang luas dan hutan hijau tropika yang subur. Tempat ini sering kali menjadi destinasi percutian buat mereka yang mencintai alam persekitaran yang menghijau dan udara yang segar. Para pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan seperti burung Enggang, ungka, kelawar dan rama-rama yang sering berlegar-legar di sekitar resort ini. 

Pada asalnya, sepasang suami isteri bernama John dan Judy memulakan Wildlife Lodge pada tahun 1991 dengan hanya 5 bilik sahaja. Kemudian, resort ini berkembang sehingga dapat memuatkan 60 bilik penginapan yang selesa. Kini, resort ini dikenali sebagai Sepilok Jungle Resort. Resort ini menawarkan jakuzi serta kolam renang untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Selain itu, anda juga boleh menjamu selera di Poolside Jungle Cafe yang menyajikan pelbagai sajian lazat dan mengenyangkan untuk anda.

Alamat: Mile 14, Jalan Rambutan, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: http://www.sepilokjungleresort.com/

Semak Harga di: shopee.com

Semak Harga di: klook.com

5. Gloria Swiss Hotel & Apartment Sandakan

Gloria Swiss Hotel Apartment Sandakan
Kredit Gambar: klook.com
Gloria Swiss Hotel Apartment Sandakan
Kredit Gambar: klook.com
Gloria Swiss Hotel Apartment Sandakan
Kredit Gambar: klook.com

Gloria Swiss Hotel & Apartment Sandakan ini terletak di Bandar Letat Jaya, iaitu antara Lapangan Terbang Sandakan dan pusat bandar Sandakan. Bandar Letat Jaya merupakan bandar yang sedang menbangun di Sandakan. Hotel ini menyediakan bilik penginapan yang luas dan selesa. Terdapat pusat kecergasan yang dibuka 24 jam bagi mereka yang ingin bersenam. Selain itu, hotel ini berdekatan dengan Hutan Simpan Sibyte dan Hutan Simpan Liela yang menjanjikan keindahan panorama yang menghijau dan indah.

Alamat: Lot E, 1-G, Jln Letat Jaya, Bandar Letat Jaya, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.gloriaswisshotel.com/

Semak Harga di: shopee.com

Semak Harga di: klook.com

6. The Elopura Hotel

The Elopura Hotel
Kredit Gambar: Oelopurahotel
The Elopura Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Elopura Hotel
Kredit Gambar: Oelopurahotel

The Elopura Hotel ini terletak di Sandakan Harbour Square, iaitu hub hiburan, riadah dan komersial yang menyeronokkan. Hotel ini menawarkan 111 bilik penginapan dan suite yang mana berlatarkan Laut Sulu ataupun kesibukan kota Sandakan. Para pengunjung boleh memilih mana-mana bilik penginapan yang selesa dan mengikut bajet mereka. Selain itu, hotel ini berdekatan dengan deretan kafe, kedai, tempat bersejarah dan seni bina yang memukau untuk dikunjungi. Hotel ini juga berdekatan dengan pasar yang menjual produk tempatan, hasil tangkapan hidupan laut dan juga buah tangan yang menarik dengan corak dan warnanya. Akhir sekali, para pengunjung boleh merasai street food yang lazat daripada trailer makanan yang disediakan di hotel ini.

Alamat: HS12, Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://elopurahotel.my/

Semak Harga di: shopee.com

Semak Harga di: klook.com

7. D North Star Hotel & Spa

D North Star Hotel Spa
Kredit Gambar: agoda.com
D North Star Hotel Spa
Kredit Gambar: agoda.com
D North Star Hotel Spa
Kredit Gambar: agoda.com

D North Star Hotel & Spa menyediakan 47 bilik penginapan yang luas, bersih dan selesa. Selain itu, harganya juga berpatutan. Apa yang menarik di sini adalah para pengunjung boleh menempah sesi urutan di spa hotel ini selepas penat berjalan di sekitar bandar ini. Hotel ini juga berdekatan dengan deretan restoran dan gerai makan yang menyajikan pelbagai jenis sajian yang lazat untuk anda cuba. Selain restoran, hotel ini juga berdekatan dengan bank, dobi dan stor kecantikan. Kedudukan strategik hotel ini memudahkan para pengunjung mencari makanan atau barang yang diperlukan dengan hanya berjalan kaki.

Alamat: 28-33, Jalan Utara, Bandar Prima Square, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: http://hoteldnorthstar.com/

Semak Harga di: shopee.com

Semak Harga di: klook.com

8. Hotel Sandakan

Hotel Sandakan
Kredit Gambar: hotelsandakan.net
Hotel Sandakan
Kredit Gambar: hotelsandakan.net
Hotel Sandakan
Kredit Gambar: hotelsandakan.net

Hotel Sandakan ini dibina berkonsepkan kebudayaan tempatan yang unik. Hotel ini menawarkan 105 bilik penginapan dan suites yang bersih dan selesa. Setiap bilik penginapan dan suites mereka dilengkapi dengan akses internet yang percuma, peti sejuk kecil dan juga TV. Anda boleh mencuba masakan melayu dan Barat di Palm Cafe manakala jika anda menyukai masakan Cina asli dan dim sum, anda boleh ke Palm Garden Chinese Restaurant yang terletak di dalam hotel ini. Hotel ini sering kali menjadi pilihan ramai untuk mengadakan pelbagai acara kerana mempunyai fasiliti yang mencukupi dan terkini.

Alamat: Block 83,4th Avenue Town Centre, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://hotelsandakan.net/

Semak Harga di: shopee.com

Semak Harga di: klook.com

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close