8 Tempat Penginapan Terbaik di Serendah 2025

Serendah merupakan sebuah bandar kecil dan mukim di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak 26 km dari utara Kuala Lumpur. Fakta menarik mengenai bandar ini adalah ia merupakan ibu pejabat salah satu pengeluar kereta nasional, iaitu Perodua.

Mungkin Serendah merupakan destinasi percutian yang kurang dikenali tetapi bandar ini mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Air Terjun Serendah yang terletak di Kampung Orang Asli Serendah, Selangor. Untuk ke sini, anda tidak perlu mendaki kerana laluannya cukup mudah dan selamat. Sekiranya anda ingin bercuti di Serendah, anda perlu merancang pelan percutian anda dan menempah tempat penginapan yang selesa bagi memastikan percutian anda berjalan dengan lancar. Jadi, berikut adalah 8 tempat penginapan terbaik di Serendah untuk anda kunjungi.

Apakah Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Serendah?

Jika anda berada di Serendah, anda boleh melawat Perigi Tujuh Serendah. Tempat ini merupakan sebahagian daripada warisan sejarah Malaysia yang mana ia telah dibina oleh kerajaan British selepas Perang Dunia Ke-2. Tempat ini mempunyai 7 perigi, oleh sebab itu ia diberi nama Perigi Tujuh Serendah.

Perigi ini dibina dengan membenamkan telaga konkrit secara menegak ke dasar sungai dan bertindak seperti lubang palam. Pembinaan telaga ini membolehkan air yang dikumpulkan di hulu tasik mengalir keluar ke empangan. Tujuan telaga ini dibina adalah untuk mengurangkan kejadian banjir yang berterusan di Serendah. Kini, tempat ini sesuai dijadikan tempat berkelah bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Serendah 2025

1. Sekeping Serendah Retreat

Sekeping Serendah Retreat
Kredit Gambar: sekeping.com
Sekeping Serendah Retreat
Kredit Gambar: sekeping.com
Sekeping Serendah Retreat
Kredit Gambar: sekeping.com

Sekeping Serendah adalah tempat percutian peribadi yang indah di dalam hutan hujan tropika. Tempat penginapan ini direka bentuk secara elegan dan eksklusif bagi memberikan anda pengalaman bermalam yang penuh menyeronokkan di samping mendekatkan anda dengan alam semula jadi. Terdapat 10 tempat penginapan yang unik dibina di sini bagi membolehkan anda bercuti dan menikmati alam semula jadi dengan tenang. Bagi memastikan kepuasan hati pelanggannya, mereka melengkapkan tempat penginapan ini dengan keperluan asas yang selesa dan terkini.

Alamat: Serendah FS, 43300, 48200, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.sekeping.com/serendah/

2. Carpe Diem Orchard Home

Carpe Diem Orchard Home
Kredit Gambar: carpediem.my
Carpe Diem Orchard Home
Kredit Gambar: carpediem.my
Carpe Diem Orchard Home
Kredit Gambar: carpediem.my

Carpe Diem Orchard Home adalah tempat percutian gaya kampung yang memberikan suasana tenang dan aman. Jika anda inginkan tempat penginapan yang privasi, maka tempat penginapan ini sesuai untuk anda. Ketika anda berada di sini, anda boleh menikmati kemudahan asas yang ditawarkan tanpa sebarang gangguan. Bahkan, tempat penginapan ini akan mengingatkan anda tentang gaya hidup ringkas dan santai yang tenang. Anda juga boleh menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti mendaki, memancing atau menaiki bot.

Alamat: 803, Main Road, Kampung Sungai Choh, 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://carpediem.my/

SEMAK HARGA DI SHOPEE

3. Tasik Kebun Resort

Tasik Kebun Resort
Kredit Gambar: tasikkebun.com
Tasik Kebun Resort
Kredit Gambar: tasikkebun.com

Tasik Kebun Resort adalah resort alam semula jadi yang terletak di dalam bandar Serendah. Resort ini hanya mengambil 45 minit pemanduan sahaja dari Kuala Lumpur. Resort ini merangkumi 15 ekar ladang kelapa sawit, chalet dan vila yang dibina cantik di tengah-tengah flora yang menghijau di hutan Serendah ini. Dengan menempatkan 4 buah vila dan 5 buah chalet yang dibina unik, resort ini juga menawarkan kolam renang, dewan makan, dewan serbaguna, pusat perkhidmatan dan rekreasi serta surau. Dengan suasana yang aman lagi tenang di sini, anda dapat melupakan kesibukan anda di bandar buat seketika.

Alamat: Jalan Anggerik 1i, Desa Anggerik, 48200 Serendah FS, 43300, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: http://www.tasikkebun.com/

4. Serendah River Retreat

Serendah River Retreat
Kredit Gambar: Serendah River Retreat
Serendah River Retreat
Kredit Gambar: Serendah River Retreat
Serendah River Retreat
Kredit Gambar: Serendah River Retreat

Serendah River Retreat ini terletak berhampiran dengan Sungai Selaru. Aliran sungai yang mengalir bersebelahan dengan Brickhouse dan Woodhouse dapat menyejukkan suasana buat  seketika sewaktu cuaca panas. Di sini, anda dapat mendengar dengan jelas bunyi cengkerik dan hidupan liar. Selain itu, laluan trekking 30 minit dari resort ini membawa anda ke air terjun yang indah. Inilah impian ramai pengunjung sewaktu bercuti di sini. Suasana tenang dan aman membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sambil menikmati panorama flora yang menakjubkan.

Alamat: 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/serendahretreat/

5. Selaruloft Serendah

Selaruloft Serendah
Kredit Gambar: selarulofthouse
Selaruloft Serendah
Kredit Gambar: selarulofthouse
Selaruloft Serendah
Kredit Gambar: selarulofthouse

Selaruloft Serendah adalah pondok yang dibina dengan reka bentuk moden dan konsep terbuka, iaitu mereka menggunakan tingkap kaca daripada tanah sehingga ke syiling dalam pembinaan resort ini. Selain itu, resort ini juga menyediakan kemudahan asas termasuklah dapur. Resort ini terletak bersebelahan dengan Sungai Selaru dan boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa. Jika anda ke sini, anda boleh menikmati air sungai yang sejuk dan menyegarkan. Anda juga boleh berkelah di tepi sungai bersama ahli keluarga anda. Reka bentuk resort ini sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan di tempat yang terpencil dan memerlukan privasi.

Alamat: 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/selarulofthouseserendah/

6. Ode to Joy Serendah

Ode to Joy Serendah
Kredit Gambar: Samantha Yap
Ode to Joy Serendah
Kredit Gambar: Ode to Joy
Ode to Joy Serendah
Kredit Gambar: Ode to Joy

Ode To Joy Serendah terletak di dalam Serendah Golf Resort yang hanya 45 minit pemanduan sahaja dari Kuala Lumpur. Resort ini mampu memuatkan sehingga 16 orang dalam satu masa. Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti mendaki, berenang, bersenam dan juga memancing. Selain itu, anda boleh bermain mahjong, ping pong dan juga karaoke di sini. Antara tempat menarik yang berdekatan dengan resort ini adalah Bukit Fraser, Taman Templer, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Taman Negeri Selangor, Air Terjun Serendah, dan Perigi Tujuh.

Alamat: 25, Persiaran Meranti Utara, 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Ode-to-Joy/100057302356145/

7. Bonda Homestay Serendah

Bonda Homestay Serendah
Kredit Gambar: Bonda Homestay Serendah
Bonda Homestay Serendah
Kredit Gambar: Bonda Homestay Serendah
Bonda Homestay Serendah
Kredit Gambar: Bonda Homestay Serendah

Bonda Homestay Serendah menyediakan 3 bilik tidur, 2 bilik mandi dan kawasan yang besar untuk berkumpul. Ia sesuai untuk penginapan keluarga kerana terletak jauh dari bandar besar. Homestay ini terletak bersebelahan dengan air terjun dan hutan hijau yang subur, sekali gus menjadikan tempat ini sesuai untuk berkelah dan aktiviti sukan yang lain.

Selain dilengkapi dengan kemudahan seperti sofa, TV saluran Astro, meja makan, dapur memasak, katil dan juga pemanas air, keperluan dapur yang asas juga turut disediakan. Jika anda memandu ke sini, anda tidak perlu risau tentang tempat letak kereta kerana homestay ini mampu memuatkan sehingga 4 buah kereta dalam satu masa.

Alamat: No 17, Jalan Melor 5g, Desa Melor, 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://m.facebook.com/story.phpstory_fbid=106084293123194&id=106073119790978

8. Canaan Valley Serendah

Canaan Valley Serendah
Kredit Gambar: canaanvalleyserendah
Canaan Valley Serendah
Kredit Gambar: canaanvalleyserendah

Canaan Valley Serendah merupakan homestay pertanian yang luas dan selesa. Homestay ini menawarkan kemudahan seperti kolam renang dan juga stadium tertutup yang menempatkan 3 gelanggang badminton. Selain itu, anda boleh menjamu selera di Lembah Canaan dengan hidangan yang sihat, lazat dan organik khusus dari ladang pertanian mereka. Jika anda bosan, anda boleh mendaki, berenang, memancing dan menikmati alam semula jadi sambil merehatkan minda anda daripada kesibukan kota.

Alamat: Taman Tasik Teratai, 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/canaanvalleyserendah/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close