8 Tempat Penginapan Terbaik di Terengganu 2025

Jika anda inginkan percutian yang tenang dan memukau, anda bolehlah lawati Terengganu. Terletak di pantai timur, negeri ini terkenal dengan pantai yang cantik dan landskap semula jadi yang asli. Meskipun arus pembangunan semakin pesat di Terengganu, keunikan dan keindahan pantai-pantai di sini masih lagi terpelihara. Terkenal dengan kawasan pesisir pantai sejauh 244 km, negeri ini juga memiliki hutan hujan tropika yang tidak tercemar sehinggakan ia menjadi salah satu destinasi percutian wajib bagi para pelancong baik dari luar mahupun dalam negara.

Selain kaya dengan keindahan alam semula jadi, negeri ini juga kaya dengan kebudayaan Melayu yang dipamerkan menerusi kegiatan seharian dan acara kebudayaan. Bahasa perantaraan penduduk di negeri ini pula adalah bahasa dialek Terengganu, yang mana berbeza dengan bahasa Malaysia standard. Jika anda berkunjung ke Terengganu, semestinya Keropok Lekor, Sata dan Otak-otak menjadi buruan santapan anda kerana sajian ini adalah kudapan terkenal di sini. Rugi kalau anda tidak mencubanya. Jadi, pastikan anda menempah tempat penginapan di sini bagi melancarkan percutian anda. Berikut adalah 8 tempat penginapan terbaik di Terengganu.

Apakah Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Terengganu?

Jika anda meminati sukan mendaki, anda boleh mendaki Bukit Puteri yang terletak di Kuala Terengganu. Anda boleh melihat pemandangan Kuala Terengganu dengan jelas dari bukit ini. Selain itu, anda juga boleh lawati Chinatown, Pasar Payang serta Wanisma Craft & Trading jika anda mencari buah tangan untuk dibawa pulang nanti. Selain kudapan yang menyelerakan, Terengganu juga terkenal dengan batik yang berkualiti. Anda juga boleh melawat Noor Arfa Batik bagi melihat proses pembuatan batik yang mengagumkan.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Terengganu 2024

1. Tanjong Jara Resort

Tanjong Jara Resort
Kredit Gambar: klook.com
Tanjong Jara Resort
Kredit Gambar: klook.com
Tanjong Jara Resort
Kredit Gambar: klook.com

Resort ini dibina berlatarkan seni bina istana abad ke-17. Dihiasi dengan dinding kayu yang kukuh dan fabrik yang mewah, para penginap disajikan dengan pemandangan Laut China Selatan yang luas membiru atau landskap hijau taman yang memukau. Selain itu, resort ini juga menawarkan sajian lengkap makan malam romantis yang berlatarkan pemandangan pantai yang indah buat para penginap.

Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.tanjongjararesort.com/

2. Alaya Malai

Alaya Malai
Kredit Gambar: alaya.malai
Alaya Malai
Kredit Gambar: alaya.malai
Alaya Malai
Kredit Gambar: alaya.malai

Berkonsepkan hotel butik yang menarik, Alaya Malai merupakan salah satu penginapan yang disyorkan bagi anda yang inginkan keselesaan dan privasi. Hotel ini dikelilingi taman yang menghijau dengan kicauan burung, rama-rama dan tupai sehinggakan para penginap merasai seolah-olah mereka berada di dalam hutan yang nyaman. Hotel ini juga terkenal dengan servis perkhidmatan yang terbaik selain menyajikan masakan Melayu yang menyelerakan. Hal ini membuatkan para penginap sering menempah hotel ini setiap kali mereka berkunjung ke Terengganu.

Alamat: Lot 3, Jalan Pantai Merang, 21010 Chalok, Terengganu.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.instagram.com/p/BuK7NjoBZY1/

3. Terrapuri Heritage Village, Penarik

Terrapuri Heritage Village Penarik
Kredit Gambar: klook.com
Terrapuri Heritage Village Penarik
Kredit Gambar: klook.com
Terrapuri Heritage Village Penarik
Kredit Gambar: klook.com

Terrapuri Heritage Village yang terletak di Penarik merupakan projek pemuliharaan yang melibatkan 29 buah rumah klasik dan antik yang berusia ratusan tahun. Seni bina resort ini bertemakan istana Terengganu abad ke-17. Selain itu, resort ini juga memiliki 20 buah vila eksklusif, sebuah galeri dan sebuah rumah pantai yang menarik. Hidangan santapan bagi para penginap pula disajikan di ruangan Sesayap, iaitu ruang terbuka yang dikelilingi taman yang indah. Semua ini adalah untuk memuaskan hati pelanggan di samping memelihara keaslian seni bina zaman dahulu.

Alamat: 21010  Permaisuri, Terengganu

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.terrapuri.com/

4. Anjong Pantai Seberang

Anjong Pantai Seberang
Kredit Gambar: Agoda.com
Anjong Pantai Seberang
Kredit Gambar: Agoda.com
Anjong Pantai Seberang
Kredit Gambar: Agoda.com

Anjong Pantai Seberang berkonsepkan chalet yang diinspirasikan daripada rumah tradisional Melayu. Para penginap boleh memilih chalet berdasarkan bajet dan keselesaan mereka. Selain itu, resort ini juga dilengkapi alat penghawa dingin dan kelengkapan perabot yang serba guna. Jarak pantai dan resort ini pula tidak jauh jika anda ingin bersiar-siar di pantai. Resort ini juga berdekatan dengan kedai serbaneka dan gerai makan yang menyajikan makanan tempatan yang enak.

Alamat: Jalan Fikri, Kampung Baru Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.facebook.com/anjungpantai/

SEMAK HARGA DI SHOPEE

5. Casa Tanjung Jara

Casa Tanjung Jara
Kredit Gambar: Agoda.com
Casa Tanjung Jara
Kredit Gambar: Agoda.com
Casa Tanjung Jara
Kredit Gambar: Agoda.com

Casa Tanjung Jara terletak di Dungun yang hanya 100 meter sahaja daripada Pantai Tanjong Jara. Dilengkapi dengan kolam renang, tempat letak kereta, ruangan rehat serta taman, resort ini disyorkan bagi mereka yang mementingkan privasi dan keselesaan. Resort ini juga dilengkapi Wifi, TV dan juga penghawa dingin. Boleh dikatakan resort ini berada di kedudukan strategik kerana ia terletak 9 km sahaja dari Rantau Abang dan 12 km dari Pulau Tenggol. Kedua-dua destinasi ini juga merupakan tempat pelancongan yang wajib dilawati di Terengganu.

Alamat: 2212, Jalan Pantai Teluk Bidara, Jalan Seberang Pintasan, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.facebook.com/casatanjungjara/

6. Ulek Beach Resort

Ulek Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
Ulek Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
Ulek Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com

Ulek Beach Resort berkonsepkan ala kampung dan menitikberatkan dekorasi tradisional Malaysia. Selain dilengkapi dengan tempat barbeku, resort ini menyediakan kolam renang dan kursus golf bagi para penginap yang berminat. Ia juga menyediakan 3 jenis bilik penginapan iaitu Superior Standard Room, Superior Deluxe Room ataupun Family Suite Room. Para penginap boleh memilih bilik penginapan yang mereka sukai mengikut keselesaan mereka.

Alamat: Ulek Beach Resort, Jalan Pantai Sura, Hujung, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.ulekbeachresort.com.my/

7. Paya Bunga Hotel Terengganu

Paya Bunga Hotel Terengganu
Kredit Gambar: klook.com
Paya Bunga Hotel Terengganu
Kredit Gambar: klook.com
Paya Bunga Hotel Terengganu
Kredit Gambar: klook.com

Paya Bunga Hotel Terengganu bertemakan shariah-compliant dan menempatkan sebanyak 208 bilik penginapan dan suite yang selesa. Terletak di tengah bandar Kuala Terengganu selain dikelilingi pelbagai bangunan tersohor, hotel ini menawarkan masakan Barat dan juga steamboat buat para penginapnya. Anda boleh bersiar-siar di pusat bandar dengan mudah kerana ia berdekatan dengan hotel ini.

Alamat: Jalan Tengku Embong Fatimah, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.payabungahotel.com/en/

8. Resorts World Kijal

Resorts World Kijal
Kredit Gambar: klook.com
Resorts World Kijal
Kredit Gambar: klook.com
Resorts World Kijal
Kredit Gambar: klook.com

Resorts World Kijal merupakan salah satu tempat penginapan terkenal di Terengganu. Resort ini menyediakan kursus golf, sesi melihat penyu dan aktiviti menarik di sepanjang pantai kepada para penginap. Bagi mereka yang ingin merasai masakan tempatan yang enak, Restoran Meraga Beris di resort ini ada menyajikannya. Jadi, kalau anda mencari kepelbagaian aktiviti di tempat penginapan, Resort World Kijal ini boleh memenuhi selera percutian anda.

Alamat: Km 28, 24210, Jalan Kemaman – Dungun, Kampung Meraga Beris, 24100 Kijal, Terengganu

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.rwkijal.com/

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close