Ingin pergi bercuti dengan rakan-rakan anda? Gunakanlah masa cuti untuk berehat dan merancang untuk melakukan perkara yang produktif bersama rakan untuk meningkatkan gaya hidup anda. Percayalah, percutian bersama rakan boleh menghilangkan stres di tempat kerja mahupun tempat belajar.
Anda mesti tidak sabar untuk menunggu cuti untuk merangka rancangan percutian anda bersama rakan-rakan. Bukan sahaja menyeronokkan, bahkan anda dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Bayangkan, anda boleh berjumpa dan bersama dengan rakan anda sambil melakukan aktiviti riadah yang menyeronokkan.
Bagaimanakah menentukan destinasi percutian yang sesuai bersama rakan?
Menentukan destinasi percutian adalah sangat penting dalam mengukuhkan persahabatan anda kerana rakan anda mungkin mempunyai tujuan percutian yang berbeza dengan anda. Sebagai langkah selamat, apa kata anda dan rakan-rakan berbincang dahulu tujuan percutian kalian sebaik-baiknya.
Selesai sahaja menetapkan tujuan percutian, anda boleh memilih destinasi percutian tanpa ada masalah. Oh ya, pastikan juga anda melakukan kajian terlebih dahulu sebelum bergerak ke tempat percutian bagi menjimatkan masa dan juga wang anda. Cari dahulu apa tempat tarikan yang menarik di destinasi percutian anda supaya hari-hari anda tidak bosan.
8 Tempat Percutian Terbaik di Malaysia 2025
1. Time Capsule Retreat, Pahang



Time Capsule Retreat Pahang ini dibina daripada silinder konkrit yang minimalis dan membolehkan anda memerhati alam semula jadi dalam perspektif yang segar. Anda boleh berseronok bersama rakan-rakan anda dalam aktiviti sukan seperti berenang di air terjun, meredah hutan, melawat muzium perlombongan atau berkunjung ke terowong perlombongan.
Alamat: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang
Google Map: Klik
Google Review Klik
2. Legoland, Johor



Legoland merupakan salah satu tarikan pelancongan buatan manusia yang terbaru di Malaysia. Di sini, bukan sahaja menempatkan lebih daripada 20 gelongsor air di taman tema air untuk anda bermain, tetapi anda juga boleh melawat akuarium hidupan laut atau menaiki roller coaster yang mencabar. Percutian anda dan rakan-rakan ke sini pasti dipenuhi dengan gelak tawa dan kenangan.
Waktu operasi: Isnin, Jumaat-Ahad (10.00 pagi- 6.00 petang), Selasa, Khamis (10.00 pagi-5.00 petang)
Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Nusajaya, Johor
Google Map: Klik
Google Review Klik
3. Pulau Rawa, Johor



Percutian ke pantai bersama rakan-rakan sememangnya idea yang baik. Pulau Rawa yang terletak di luar pantai Johor merupakan pulau yang kurang dikenali. Namun begitu, pulau ini memiliki pasir putih yang indah dan terumbu karang yang terpelihara. Anda dan rakan-rakan boleh berehat di kotej putih yang disediakan di sini. Terdapat buaian yang disediakan jika anda ingin bersantai sambil menikmati pemandangan pantai yang indah. Anda boleh mencuba aktiviti sukan air seperti snorkeling, berkayak, bermain bola tampar ataupun menyelam bersama rakan-rakan anda.
Waktu operasi: Isnin- Ahad (8.00 pagi-5.00 petang)
Alamat: Rawa Island, 86800 Mersing, Johor
Google Map: Klik
Google Review Klik
4. Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah



Ladang tenusu ini dipanggil “New Zealand Sabah” oleh sesetengah penduduk kerana pemandangannya yang membuatkan anda berasa seperti berada di New Zealand. Di sini, anda dan rakan-rakan boleh berinteraksi dengan alam semula jadi sambil memotretkan gambar bersama. Lokasi ini merupakan tumpuan pelancong kerana landskapnya yang menarik dan bersih. Anda dan rakan-rakan boleh memberi makan kepada anak lembu dan kambing dengan gembira. Ladang lembu seluas 199 hektar ini sering menjadi latar di dalam gambar bagi mereka yang bergambar di sini.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (8.30 pagi-4.30 petang)
Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Google Map: Klik
Google Review Klik
5. Tasik Kenyir, Terengganu



Tasik Kenyir ialah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Mungkin pada pandangan pertama, anda berasa tasik ini membosankan. Namun begitu, jangan terkejut kerana tasik ini sebenarnya menawarkan pelbagai aktiviti menaruk untuk dicuba sepanjang anda dan rakan-rakan berada di sini. Anda boleh menginap di atas bot sambil memancing bersama rakan-rakan, atau berkunjung ke air terjun yang indah dan meneroka Gua Bewah. Anda dan rakan-rakan juga boleh melawat Perkampungan Pemuliharaan Gajah Kenyir untuk melihat gajah yang comel.
Alamat: Terengganu
Google Map: Klik
Google Review Klik
6. Sipadan-Mabul Resort, Semporna, Sabah



Sipadan Mabul Resort ini terletak di dalam kebun kelapa. Resort ini mempunyai kotej kayu berhawa dingin yang direka bentuk menarik dan dibina merentasi hamparan pantai pasir putih yang indah dengan pemandangan laut yang memukau. Resort ini terdiri daripada 45 chalet, 22 daripadanya ialah chalet persendirian dan 23 daripadanya ialah chalet berkembar. Semua chalet mempunyai bilik mandi dengan pancuran mandian air panas, penghawa dingin dan tirai nyamuk. Anda dan rakan -rakan boleh menyelam, berkayak di lautan, snorkeling mahupun melihat pemandangan matahari terbenam dengan gembira di sini. Percutian anda pasti menyeronokkan.
Alamat: Sabah
Google Map: Klik
Google Review Klik
7. Pulau Jerejak, Penang



Pulau Jerejak, yang digelar “Malaysia’s Alcatraz,” ialah sebuah pulau percutian unik yang penuh dengan sejarah. Di sebalik keindahan dan landskapnya yang indah, pulau ini menyimpan sejarah yang menyedihkan sebagai penempatan koloni kusta dan banduan buangan. Sepanjang percutian anda di sini, anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam, bersiar-siar di taman lampu LED pada waktu malam, ataupun meredah hutan sambil menikmati panorama alam semula jadi bersama rakan-rakan. Anda juga boleh bersiar-siar di sini dengan menaiki motosikal! Banyak tempat menarik di sini yang boleh dijadikan latar dalam gambar anda.
Alamat: Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Review Klik
8. Taman Negara Endau Rompin, Johor



Endau Rompin ialah destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi kerana ia dipenuhi dengan hutan hujan tropika yang subur dan hidupan liar yang unik. Taman negara ini hanya terletak kira-kira 2 jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Terdapat beberapa air terjun utama serta beberapa jeram yang menakjubkan di Endau Rompin. Anda boleh berkelah bersama rakan-rakan di tepi sungai atau air terjun sambil makan dan berbual. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan anda semua. Selain itu, anda juga boleh berakit, mendaki bukit, berkhemah ataupun melihat hidupan liar bersama rakan-rakan anda di sini.
Alamat: Taman Negara, Johor
Google Map: Klik
Google Review Klik
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.