Perayaan anniversary perkahwinan bermula pada zaman pertengahan, yang mana seorang suami akan menghadiahkan isterinya kalungan perak selepas 25 tahun berkahwin, dan kalungan emas selepas 50 tahun berkahwin. Dari adat inilah lahirnya tradisi anniversary. Hari ini, pasangan meraikan anniversary mereka di tempat yang unik, elegan dan mewah serta saling memberikan hadiah kepada satu sama lain.
Anniversary menandakan titik penting dalam hidup kita. Sama ada perkahwinan, perhubungan atau perkongsian sivil, ia merupakan hari yang mengingatkan kita tentang sesuatu yang sangat penting dalam hidup. Ia adalah masa yang tepat untuk meraikan dan mengingati semua perkara baik yang anda suka tentang pasangan anda. Teruskan membaca untuk mengetahui 8 tempat terbaik untuk sambutan anniversary di Pulau Pinang.
Di manakah tempat yang sesuai untuk sambutan anniversary di Pulau Pinang?
Pekan Pulau Pinang menempatkan banyak tempat menarik dan lokasi bersejarah yang terpelihara dengan baik seperti hotel butik kolonial Macalister Mansion yang terletak di George Town, mahupun rumah agam Georgian yang dijadikan sebagai Restoran Suffolk House.
Pulau Pinang juga mempunyai restoran yang unik dan menarik seperti Restoran Three Sixty Revolving dan Rooftop Bar di mana anda boleh menjamu selera sampai keseluruhan ruang makan berputar 360 darjah. Terdapat juga David Brown’s Restaurant & Tea Terrace yang terletak menarik di Bukit Pulau Pinang yang memberikan anda pemandangan puncak bukit yang menakjubkan sambil menikmati santapan di kawasan terbuka.
8 Tempat Sambut Anniversary Terbaik di Pulau Pinang 2025
1. Beso Rosado


Hiasan Beso Rosado yang berwarna merah jambu dan bergaya akan menarik perhatian anda semasa anda berjalan ke pintu masuk restoran mereka. Pintu masuknya juga mempunyai dinding yang ditutup dengan grafiti dan chandelier berkilauan yang tergantung dari atas. Beso Rosado menyajikan makanan yang lazat seperti BBQ Iberico Pork Rib, Tasmania Smoked Salmon Platter, Foie Gras & Cempedak Bikini, dan Uni Kombu Capellini. Anda boleh menjamu orang yang anda sayangi dengan koktel terkenal Beso Rosado kerana koktel di sini dipuji sebagai koktel yang terbaik oleh ramai orang. Terdapat pelbagai pilihan koktel untuk anda pilih seperti Lychee Martini, Aroma Negroni, My Grandma’s Memories dan Grapefruit Forbidden.
Waktu operasi:
- Selasa- Jumaat (6.00 petang-12.00 malam)
- Sabtu-Ahad(12.00 tengah hari-12.00 malam)
- Isnin (tutup)
Alamat: 86, Lebuh Bishop, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Instagram: https://www.instagram.com/beso_rosado
2. Three Sixty Revolving Restaurant and Rooftop Bar


Anda boleh menikmati masakan Peranakan terbaik di Pulau Pinang di Three Sixty Revolving Restaurant & Rooftop Bar, di mana hidangan asli disediakan oleh cef Nonya profesional. Di sini anda boleh menjamu selera sambil menyaksikan ruang makan berputar 360 darjah. Jadi, secara tidak langsung, anda akan dapat melihat pemandangan 360 darjah bandar Pulau Pinang sambil menjamu selera di meja anda. Gabungan masakan Peranakan yang lazat dan pemandangan yang indah menjadikan Three Sixty Revolving Restaurant & Rooftop Bar menjadi tempat sambutan anniversary romantis yang sempurna untuk anda dan pasangan.
Waktu operasi:
- Ahad-Khamis (4.00 petang-1.00 malam)
- Jumaat-Sabtu (4.00 petang-2.00 pagi)
Alamat: 25-A, Lebuh Farquhar, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.360rooftop.com.my/#/
3. Restaurant Blanc Penang


Restaurant Blanc ialah sebuah restoran yang terletak di dalam Macalister Mansion yang bersejarah dan elegan, iaitu sebuah hotel butik kolonial yang telah dipulihara dengan indah di Georgetown, Pulau Pinang. Restoran ini menyajikan hidangan Perancis kontemporari menggunakan bahan-bahan tempatan bermusim terbaik dan paling segar yang digandingkan dengan wain yang dipilih secara khusus. Restoran ini berbangga dalam menyajikan hidangan yang sempurna dengan perkhidmatan mesra pelanggan yang hebat untuk para pelanggannya. Hiasan klasik yang dipelihara dengan baik dalam restoran ini juga mewujudkan suasana romantis yang sangat sesuai untuk sambutan anniversary.
Waktu operasi: Selasa-Ahad (7.00 pagi- 11.00 malam), Isnin (tutup)
Alamat: 228, Jalan Macalister, 10400 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.macalistermansion.com/
4. David Brown’s Restaurant & Tea Terrace


David Brown’s Restaurant & Tea Terrace terletak di atas bukit di Bukit Pulau Pinang yang ikonik. Ruang makan restoran ini dikelilingi oleh kehijauan yang menghadap ke pemandangan indah Pulau Pinang dari atas bukit. Jika ini adalah tempat pilihan anda untuk sambutan anniversary, angin gunung yang sejuk dan persekitaran yang indah sudah pasti dapat menggembirakan pasangan anda. Bukan itu sahaja, taman-taman berlandskap yang diselenggara indah juga mampu menonjolkan suasana romantis yang anda ingin bagi sambutan anniversary ini.
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari-9.00 malam)
Alamat: Strawberry Hill, Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Air Itam, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: http://penanghillco.com.my/
5. Suffolk House Restaurant


Restoran Suffolk House telah dibina pada awal 1800-an dan pernah menjadi rumah kebanggaan gabenor British. Kini, ia merupakan satu-satunya Rumah Agam Georgia di Malaysia yang masih hidup. Ia juga merupakan pemenang anugerah kepujian 2008 dalam Anugerah Warisan Asia-Pasifik UNESCO untuk Pemuliharaan Warisan Budaya. Hidangan di Suffolk House disediakan dengan bahan-bahan sumber tempatan yang bebas daripada bahan tambahan dan pengawet. Apa kata anda bawa pasangan anda untuk menjamu selera di mercu tanda bersejarah ini. Pasti ia menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan!
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 pagi—11.00 malam)
Alamat: 250, Jalan Air Hitam, Georgetown, 10460 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.suffolkhouse.com.my
6. Orinea by Farquhar Mansion


Orinea by Farquhar Mansion ialah restoran mewah yang terletak di Sunrise Gurney yang terkenal di Gurney Drive, Pulau Pinang. Restoran ini dicipta menggunakan elemen kemewahan dan keanggunan dengan menempatkan kemudahan moden dan kreativiti yang unik. Para tetamu boleh memilih tempat duduk di luar dan menikmati pemandangan laut yang indah. Terdapat juga bilik acara yang dilengkapi panel kaca jernih mengelilingi ruang makan yang berlatarkan pemandangan laut yang menakjubkan. Secara keseluruhannya, Orinea by Farquhar Mansion ialah tempat romantis dan mewah di tepi laut untuk anda meraikan sambutan anniversary bersama pasangan.
Waktu operasi:
- Isnin-Selasa, Khamis (6.00 petang-11.30 malam)
- Jumaat-Ahad (2.30 petang-5.00 petang, 6.00 petang-11.30 malam)
- Rabu (tutup)
Alamat: 68-18-1, Sunrise Gurney, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.orineagroup.com
7. TopView Restaurant & Lounge


TopView Restaurant & Lounge terletak di tingkat 68 ini menyediakan menu lazat masakan Barat dan tempatan. Anda boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah Pulau Pinang. Jika anda ingin menjamu pasangan anda dengan hidangan yang lazat di TopView Restaurant & Lounge, anda akan dibawa ke salah satu meja yang dihias indah bersebelahan dengan panel kaca yang tinggi hingga ke syiling. Di sini anda boleh menikmati makan malam sambil diterangi lilin yang menjadikan suasananya romantis sekali.
Waktu operasi: Rabu-Isnin (12.00 tengah hari-10.00 malam), Selasa (tutup)
Alamat: Komtar Level 68, No 1, Komtar, Jln Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://thetop.com.my/top-view-restaurant-lounge
8. ThirtyTwo at The Mansion


ThirtyTwo di The Mansion dibuka pada tahun 2000 dan terletak di dalam vila yang bina pada tahun 1920-an di tepi laut. Restoran ini menawarkan menu Barat yang digandingkan dengan pilihan wain yang hebat. Untuk sambutan anniversary, anda boleh memilih pakej anniversary yang disediakan oleh ThirtyTwo. Pakej ini termasuklah kek mini, hiasan meja romantis dan belon helium. Terdapat juga bilik acara peribadi yang disediakan untuk tempahan dengan perbelanjaan makanan dan minuman yang minimum.
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari-3.00 petang, 7.00 petang -11.00 malam)
Alamat: 32, Jln Sultan Ahmad Shah, Georgetown, 10050 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman: https://www.32mansion.com.my
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.