Tujuan zoo didirikan adalah untuk pemuliharaan, penyelidikan, pendidikan, dan pembiakan haiwan, terutamanya haiwan terancam. Sebaliknya, taman hidupan liar pula merupakan kawasan tanah yang luas di mana haiwan tidak dikurung dan bebas berkeliaran di ruangan yang menyerupai habitat semula jadi mereka. Kebanyakan zoo moden juga menempatkan haiwan dalam kawasan yang luas yang serupa dengan habitat semula jadi mereka. Zoo dan taman hidupan liar ini amat penting kerana ia memberi tumpuan kepada kebajikan dan pemeliharaan haiwan.
Haiwan yang melalui penjagaan yang betul biasanya hidup lebih lama, makan lebih banyak, dan lebih sihat daripada haiwan di dalam hutan kerana sesetengah daripadanya sentiasa cuba melarikan diri daripada pemburu haram, atau menghadapi masalah mencari makanan di hutan. Terdapat beberapa zoo dan taman hidupan liar di sekitar Malaysia yang diselenggara dengan baik, mempunyai kakitangan terlatih, dan memerlihara pelbagai jenis haiwan yang mengagumkan. Teruskan membaca untuk mengetahui 8 zoo dan taman hidupan liar terbaik di Malaysia.
Apakah perbezaan antara zoo dan taman hidupan liar?
Zoo menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak dan keluarga. Malah, ada sesetengah zoo menawarkan program khas di mana kakitangan mereka akan pergi ke sekolah untuk menyediakan persembahan dan pembentangan mengenai program di zoo. Zoo juga melindungi haiwan terancam yang sering diburu untuk kulit atau tulangnya. Penjaga zoo dilatih khas dan boleh memberikan penjagaan yang lebih baik terhadap haiwan tersebut dengan memastikan mereka diberi makan dan dijaga dengan baik.
Taman hidupan liar pula biasanya menyediakan kawasan yang luas untuk haiwan berkeliaran dengan bebas. Taman ini menempatkan banyak hidupan liar yang diselamatkan daripada didera, diabaikan atau ditinggalkan. Pencinta haiwan biasanya lebih suka taman hidupan liar ia lebih dekat dengan haiwan dan dapat melihat haiwan tersebut dalam habitat semula jadi mereka.
8 Zoo dan Taman Hidupan Liar Terbaik di Malaysia 2025
1. Zoo Negara Malaysia


Zoo Negara Malaysia dibuka secara rasmi pada tahun 1963 dan telah menjadi zoo yang terkenal di Malaysia. Terdapat lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan di atas tanah seluas 110 ekar. Selama bertahun-tahun, zoo ini mengalami perubahan untuk menempatkan hampir 90% haiwan disimpan di dalam landskap yang menyerupai habitat semula jadi mereka.
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi- 5.00 petang)
Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.zoonegaramalaysia.my/
Rujuk Harga di klook2. Sunway Wildlife Park


Di sini, anda boleh melihat lebih daripada 150 spesies haiwan dari seluruh dunia secara dekat. Taman hidupan liar ini menawarkan tarikan interaktif seperti pertunjukan haiwan di Teater Hidupan Liar, memberi makan haiwan di Pet Village dan banyak lagi. Antara haiwan yang baru sahaja ditempatkan di sini ialah Harimau Putih, Samson dan Asha yang diletakkan di dalam ruangan kaca yang luas.
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi- 6.00 petang)
Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://sunwaylagoon.com/attraction/wildlife-park/
Rujuk Harga di klooku003cbru003e3. Zoo Melaka


Zoo Melaka ialah taman zoologi seluas 54 ekar yang menempatkan lebih daripada 1200 haiwan, termasuk 215 spesies burung, amfibia, reptilia dan mamalia. Ia juga merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara Malaysia dan merupakan zoo Malaysia pertama yang mempamerkan badak sumbu Sumatera yang terancam. Zoo ini juga mempamerkan badak sumbu putih, gajah Asia, panda merah, monyet, tupai, ular sawa molurus, serigala kelabu, kuda liar Mongolia, ular sawa pokok hijau, zirafah, harimau Indocina serta harimau Malaya.
Waktu operasi: Isnin-Khamis (10.00 pagi- 4.00 petang), Jumaat-Ahad (9.00 pagi-5.00 petang)
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: http://www.zoomelaka.gov.my/
4. Zoo Taiping


Zoo Taiping kini merupakan zoo tertua di Malaysia dan terletak di Bukit Larut, Taiping. Zoo ini mempamerkan 1300 haiwan yang merangkumi 180 spesies amfibia, mamalia dan reptilia di atas tanah seluas 36 ekar. Ia juga merupakan safari malam dan menempatkan kera Macaques terbesar di Malaysia. Para pengunjung boleh melawat zoo ini semasa waktu memberi makan kepada haiwan yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari. Para pengunjung juga boleh menaiki Mini Train zoo ini secara percuma.
Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 11.00 malam)
Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://zootaiping.gov.my/main.html
5. Taman Hidupan Liar Langkawi


Taman Hidupan Liar Langkawi ini dibina untuk memberikan pengunjung pengalaman secara dekat dengan haiwan-haiwan yang berada di sini. Terdapat laluan pejalan kaki berbumbung di taman ini bagi melindungi pengunjung daripada hujan atau panas. Taman ini menonjolkan suasana seperti berada di dalam hutan hujan tropika dengan menumpukan habitat semula jadi kepada haiwan terutamanya pelbagai spesies burung. Hari ini, taman ini telah berkembang dengan mempamerkan beberapa haiwan liar dan sekaligus menjadi taman hidupan liar yang besar.
Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi- 5.30 petang)
Alamat: Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://langkawiwildlifepark.com/
Rujuk Harga di klooku003cbru003e6. Zoo Teruntum


Zoo Teruntum ialah zoo sederhana yang terletak di Kuantan dan menempatkan haiwan seperti monyet, burung unta, dan buaya. Ia merupakan zoo mesra keluarga dengan kandang luas yang diselenggara dengan baik bagi membolehkan haiwan bergerak dengan bebas. Terdapat aktiviti lain yang menyeronokkan seperti memberi makan kepada haiwan dan rancangan “dinosaur”. Terdapat juga taman permainan kecil untuk kanak-kanak berseronok. Selaon itu, terdapat pantai yang berdekatan dengan zoo ini sekaligus menjadikannya sebagai lokasi yang sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga.
Waktu operasi: Isnin-Friday (9.00 pagi-6.00 petang), Sabtu-Ahad (10.00 pagi-7.00 petang)
Alamat: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
7. Zoo dan Taman Rekreasi Kemaman


Zoo dan Taman Rekreasi Kemaman merupakan zoo mini yang menawarkan pelbagai tarikan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada pengunjungnya tentang spesies flora dan fauna yang terancam. Zoo ini menempatkan taman herba, taman tema air, taman orkid dan banyak lagi. Para pengunjung juga boleh menaiki kereta kuda, melihat kelip-kelip dengan menaiki bot di sepanjang sungai yang menenangkan.
Waktu operasi: Sabtu-Khamis (9.00 pagi-5.00 petang), Jumaat (9.00 pagi-12.30 tengah hari, 2.30 petang-5.00 petang)
Alamat: Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman, Terengganu
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.zookemaman.my/
8. Miri Crocodile Farm Wildlife Mini Zoo

Zoo ini dibuka pada tahun 1998 dan merupakan ladang buaya ke-2 di Sarawak. Ladang dan zoo ini menempatkan lebih daripada 1,000 spesies buaya dalam kolam buatan manusia di atas tanah seluas 9 hektar yang berhampiran dengan muara Sungai Baram. Terdapat juga pusat maklumat yang mengandungi soalan lazim tentang buaya. Haiwan lain yang dipamerkan di sini ialah burung merpati, beruang matahari, dan burung paling berbahaya di dunia, Kasuari.
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang)
Alamat: Lot 164, Jalan Lutong – Kuala Baram, 98000 Miri, Sarawak
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Facebook : https://www.facebook.com/miricrocodilefarm
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.