9 Hotel Butik Terbaik di Ipoh 2025

Staycation merupakan percutian jarak dekat dengan kediaman anda tanpa mengambil masa perjalanan yang lama. Percutian jenis ini kini semakin popular dalam tahun 2020 disebabkan pandemik Covid-19. Ramai yang ingin bercuti ke luar negara tidak dapat menunaikan hasrat mereka, jadi mereka mengambil keputusan untuk bercuti di dalam Malaysia.

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati, bahkan ada tempat pelancongan membuatkan anda terasa seakan-akan berada di luar negara. Melancong di dalam negara juga dapat merangsang ekonomi dan merangsang industri pelancongan tempatan. Pelbagai jenis hotel dibuka untuk menyokong rangsangan industri pelancongan tempatan sambil menitikberatkan soal Covid-19.

Bagaimanakah anda menentukan tempat penginapan yang sesuai?

Apa yang penting, anda harus tahu tujuan percutian anda terlebih dahulu, sama ada ingin berehat di tempat yang tenang atau menyibukkan diri dengan aktiviti sukan yang lasak. Jika anda sudah tahu tujuan percutian anda, buatlah kajian terlebih dahulu tentang tempat penginapan yang boleh menepati tujuan percutian anda.

Cari maklumat mengenai tempat penginapan tersebut dan berapa bayaran yang bakal dikenakan sekiranya anda bermalam di situ. Paling penting, pilihlah tempat penginapan yang berdekatan dengan kediaman anda supaya dapat menjimatkan masa perjalanan dan juga wang ringgit.

9 Hotel Butik Terbaik di Ipoh 2025

1. Banjaran Hotsprings Retreat 

Banjaran Hotsprings Retreat
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Banjaran Hotsprings Retreat
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Banjaran Hotsprings Retreat
Kredit Gambar: Tripadvisor.com

Banjaran Hotsprings Retreat terletak kira-kira 20 minit dari bandar Ipoh. Di sini, terdapat kolam mata air panas semula jadi, gua wap dan juga mandian ais yang boleh menceriakan hujung minggu anda. Terdapat 2 jenis penginapan yang ditawarkan oleh hotel butik ini, iaitu Garden Villa dan Water Villa. Vila-vila yang luas ini dilengkapi dengan tab mandi panas terbuka, kolam renang peribadi, Wi-Fi percuma dan TV LCD 40 inci. Jika anda menginap di sini, anda boleh meminta perkhidmatan butler dan memanjakan diri anda dengan rawatan spa.

Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://banjaranhotspringsretreat.com/

2. Sojourn Guest House Ipoh

Sojourn Guest House Ipoh
Kredit Gambar: klook.com
Sojourn Guest House Ipoh
Kredit Gambar: klook.com
Sojourn Guest House Ipoh
Kredit Gambar: klook.com

The Sojourn Guest House Ipoh adalah sebahagian daripada HerbaLine Global Wellness Group (HGWG) yang bertumpu kepada penyediaan perkhidmatan dan pakej pelanggan yang hebat. Fokusnya adalah untuk memastikan semua penginap mengalami pengalaman kesihatan yang unik dan holistik berdasarkan moto mereka iaitu, “Eat Well, Look Well, Live Well”. Para penginap juga boleh berehat di Herbaline Facial Spa selepas seharian menerokai bandar Ipoh.

Alamat: 145, Jalan Sultan Abdul Jalil, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://sojournguesthouse.my/branch/ipoh/8

Rujuk harga di klooku003cbru003e

3. Sarang Paloh Heritage Stay & Event Hall

Sarang Paloh Heritage Stay Event Hall
Kredit Gambar: klook.com
Sarang Paloh Heritage Stay Event Hall
Kredit Gambar: klook.com
Sarang Paloh Heritage Stay Event Hall
Kredit Gambar: klook.com

Sarang Paloh ialah penginapan warisan dan dewan acara yang merupakan hasil daripada projek pemulihan warisan di tengah-tengah Bandar Lama Ipoh. Bilik-bilik yang terdapat di sini adalah berdasarkan tema berbeza yang diilhamkan oleh pelbagai jenis burung seperti Red Throated Sunbird dan Green Magpie. Sarang Paloh juga berfungsi sebagai tempat acara dan menawarkan lawatan ke mercu tanda Perak.

Alamat: 12, 14, 16, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.sarangpaloh.com/

Rujuk harga di klooku003cbru003e

4. Ipoh Bali Hotel

Ipoh Bali Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Ipoh Bali Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Ipoh Bali Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Hotel ini terletak di tengah-tengah Ipoh yang mengetengahkan nilai estetika dalam seni rekaannya seperti penggunaan sangkar buluh tradisional dan kayu. Rekaan ini diilhamkan daripada seni dan budaya Bali. Bilik-bilik penginapan yang tersedia memberikan suasana santai dan tenang kepada para penginap dengan rekaannya tersebut. Wifi percuma, kopi percuma dan surat khabar harian (atas permintaan) turut disediakan kepada para penginap.

Alamat: 12, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://ipohbalihotel.com/

Rujuk harga di klooku003cbru003e

5. 1969 Business Suites

Business Suites
Kredit Gambar: klook.com
Business Suites
Kredit Gambar: klook.com
Business Suites
Kredit Gambar: klook.com

1969 Business Suites ialah hotel butik yang diilhamkan daripada warisan budaya Ipoh. Hotel ini menyediakan pelbagai pilihan bilik bergantung kepada pilihan dan bajet anda. Bilik-bilik penginapan ini direka dengan menonjolkan elemen moden dan kontemporari bagi membuatkan para penginap selesa bermalam di sini. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan katil yang selesa, bantal kapas yang lembut dan TV skrin rata.

Alamat:  2, Jalan Lapangan Siber 9, Bandar Cyber, 31350 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://1969businesssuites.com.my/

Rujuk harga di klook

6. M Boutique Station 18

M Boutique Station
Kredit Gambar: klook.com
M Boutique Station
Kredit Gambar: klook.com
M Boutique Station
Kredit Gambar: klook.com

Bilik penginapan di M Boutique Station 18 ini bertemakan monokromatik, yakni menampilkan warna hitam yang berkontras dengan warna putih. Di hotel ini, anda boleh menjamu selera di M | IZAKAYA yang menawarkan santapan Jepun yang ringkas dan kasual serta hidangan kontinental tempatan. Terdapat juga Butik M yang diberi nama M | Kedai, yang menawarkan koleksi barangan yang dibuat khas untuk para pelanggan.

Alamat: 15 – 23 Jalan Pengkalan Barat 35, Taman Pengkalan Jaya, Station 18, 31650 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://s18.mboutiquehotels.com/

Rujuk harga di klook

7. The Tudor

The Tudor
Kredit Gambar: klook.com
The Tudor
Kredit Gambar: klook.com
The Tudor
Kredit Gambar: klook.com

The Tudor pada asalnya merupakan banglo berbentuk segi lapan yang dibina oleh juruterbang untuk keluarganya pada tahun 1980. Suite keluarga yang terletak di lobi utama mempunyai chandelier yang tergantung 18 kaki dari siling. Bilik loteng, bilik keluarga dan bilik berkembar terletak di tingkat satu. Bilik-bilik ini boleh diakses melalui tangga melengkung yang diperbuat daripada kayu kukuh.

Alamat: 2, Persiaran Anderson, 30300 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.thetudoripoh.com/

Rujuk harga di klook

8. Travelodge Ipoh

Travelodge Ipoh
Kredit Gambar: klook.com
Travelodge Ipoh
Kredit Gambar: klook.com
Travelodge Ipoh
Kredit Gambar: klook.com

Travelodge Ipoh terletak berhampiran dengan tempat tarikan bersejarah, budaya dan makanan yang terkenal. Hotel ini terkenal dengan layanan yang hebat dan memenuhi keperluan para penginap sewaktu mereka bercuti di sini. Bilik-bilik penginapan di sini luas, selesa, dan bersih malah kemudahannya diselenggara dengan baik. Hotel ini sering menjadi pilihan para pelancong dan sangat disyorkan kepada mereka yang ingin bercuti di Ipoh.

Alamat: Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.travelodgehotels.asia/hotel/travelodge-ipoh/

Rujuk harga di klook

9. Bedrock Hotel

Bedrock Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Bedrock Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Bedrock Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Bedrock Hotel telah dianugerahkan “Best City Hotel 2019/2020” oleh Asia Pacific Tourism & Travel Federation. Reka bentuk hotel ini mempunyai gabungan kontemporari budaya Cina dan Barat. Bilik-bilik penginapannya luas dan reka bentuknya moden. Terdapat banyak lokasi pelancongan dan restoran yang berdekatan dengan hotel ini seperti Ming Court Dim Sum, Lou Wong Beansprout Chicken dan Concubine Lane.

Alamat: 13-15, Jalan Che Tak, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://bedrockhotelipoh.com/

Rujuk harga di klook

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close