Melaka merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terletak di wilayah selatan Semenanjung Tanah Melayu. Ia terletak bersebelahan dengan Selat Melaka dan ibu kotanya ialah Bandaraya Melaka yang popular sebagai Bandaraya Bersejarah. Selain itu, Melaka antara negeri yang sangat terkenal dari aspek pelancongannya. Negeri ini sememangnya dikenali dengan keunikan sejarah dan bangunan bersejarah yang penuh nostalgia.
Disebabkan sejarahnya, Melaka menjadi salah satu negeri yang diduduki oleh pelbagai kaum dan etnik. Dengan ini, terdapat pelbagai jenis kafe dan restoran yang kaya dengan budaya dan sejarah yang boleh ditemui di sepanjang jalan Melaka. Berikut adalah 9 kafe terbaik di Melaka.
Bagaimana Hendak Mencari Kafe yang Sesuai Untuk Anda di Melaka?
Melaka mempunyai banyak kafe yang boleh anda kunjungi dan bersantai bersama orang tersayang. Melakukan pencarian, membandingkan harga dan memilih berdasarkan pilihan anda boleh membantu anda mencari kafe yang sesuai untuk dikunjungi.
- Pencarian
Adalah disyorkan untuk anda membuat carian mengenai kafe yang ingin dikunjungi seperti mengetahui lokasi sebenar, masakan yang disediakan dan status Halal untuk mengelakkan sebarang masalah semasa anda tiba di destinasi.
- Harga Menu
Setiap kafe di Melaka mempunyai kadar harga yang berbeza berdasarkan masakan yang ditawarkan, oleh itu anda perlu membandingkan harga terlebih dahulu untuk merancang perbelanjaan bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
- Pilihan
Anda disyorkan untuk memilih kafe dengan persekitaran kegemaran anda kerana setiap kafe mempunyai persekitaran dan suasana yang berbeza. Ini akan membantu anda untuk berpuas hati dengan pengalaman yang diberikan.
9 Kafe Terbaik di Melaka 2023
1. The Daily Fix Cafe


Daily Fix Cafe merupakan antara kafe “brunch” yang paling kerap dikunjungi di Melaka, ia terletak di belakang kedai cenderamata dan agak tersembunyi jadi anda perlu mencarinya dengan teliti. Ia ditubuhkan pada 2014 oleh pasangan tempatan, Julian Yeo dan Sung Soo Teng dengan niat untuk berkongsi pengalaman mereka di Australia. Kafe ini menyediakan pelbagai jenis kopi yang dibancuh sempurna. Selain itu, ia juga terkenal dengan hidangan lempeng mereka yang beraneka. Antara lempeng yang wajib anda cuba ialah lempeng pandan yang cukup gebu dan harum aromanya.
Alamat: 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 5:30 petang (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
2. Hard Rock Cafe


Hard Rock Cafe ialah kafe rantaian bertema rock and roll yang popular dengan suasananya yang klasik dan unik, menyajikan burger dan hidangan klasik Amerika kepada anda pada harga yang berpatutan. Anda dapat menikmati pemandangan yang indah ekoran lokasi kafe ini yang terletak di Lorong Hang Jebat, di sepanjang sungai Melaka. Kafe ini juga menjadi kafe yang (insta-worthy) kerana hiasannya yang vintage dan mempunyai beberapa ikon besar yang diletakkan di pintu masuk seperti gitar mampu mencuri perhatian sesiapa sahaja yang lalu berdekatannya.
Alamat: 28, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu Operasi:
- 12:00 pm – 11:00 pm (Isnin – Ahad)
- 12:00 pm – 12:00 am (Jumaat – Sabtu)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. The Huskitory


The Huskitory ialah sebuah kafe yang unik di mana anda boleh bermain dan mengambil gambar bersama husky Siberia yang comel. Kafe ini sangat sesuai bagi pencinta anjing, untuk pengetahuan anda kafe ini pada asalnya ialah kedai haiwan dan salun “grooming” namun telah diinovasikan kepada kafe. Mereka menawarkan menu ringkas seperti kek, makanan ringan dan minuman yang boleh anda pesan sambil menikmati masa anda dengan lebih daripada 20 husky disana.
Alamat: 27, Jalan Taman Asean, Taman Asean, 75250 Melaka
Waktu Operasi:
- 11:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)
- Ditutup pada hari Isnin
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
4. Geographér Café


Hiasan yang dimiliki Geographér Café ini pasti akan buat anda tertarik, tambahan pula jika anda peminat bangunan-bangunan lama kerana kafe ini di tengah-tengah Chinatown, Old Melaka. Bukan itu sahaja, Kafe ini juga menggunakan konsep klasik yang cukup cantik dan elegan, sesuai dijadikan sebagai port bergambar. Jika anda seorang vegetarian, kafe ini terbaik untuk anda kerana ia mempunyai hidangan vegetarian dan salah satu hidangan popular yang mereka sajikan ialah Nasi Lemak Vegetarian dan Sate Ayam.
Alamat: 83, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu Operasi: 11:00 am – 10:00 pm (Jumaat – Ahad)
- 12:00 pm – 9:00 pm (Isnin, Khamis)
- Ditutup pada hari Selasa, Rabu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Calanthe Art Cafe


Calanthe Art Cafe – nama kafe yang kerap menjadi sebutan ramai pengunjung di Melaka terutamanya di kalangan pencinta kopi, ini kerana kafe ini menawarkan kopi dari 13 negeri di Malaysia. Mereka juga mempunyai tapak web yang memudahkan anda untuk melihat pilihan menu dan harga sebelum berkunjung ke kafe tersebut. Suasananya yang selesa menjadikannya salah satu kafe terbaik untuk berehat selepas kesibukan bekerja.
Alamat: 11, Jalan Hang Kasturi, 75250 Melaka
Waktu Operasi:
- 9:00 pagi – 10:30 malam (Setiap Hari)
- Ditutup pada Khamis
Peta Google: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
6. Coffeeology Cafe & Restaurant


The Cofeology Cafe & Restaurant menyediakan aneka jenis kopi dan hidangan yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Reka bentuk dalamannya yang menggunakan bata dinding terdedah, kelihatan desa tetapi moden, menjadikannya latar belakang yang sempurna untuk foto Instagram anda. Mereka menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman pada harga yang berpatutan.
Alamat: 21 – 23 Coffeeology Grand Boulevard, Jalan Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi: 12:00 pm – 10:30 pm (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
7. The Stolen Cup


Stolen Cup cafe mempunyai konsep hiasan klasik yang cukup cantik namun minimal sangat sesuai jika anda ke sini untuk bersantai. kafe ini menawarkan kopi terbaik dan hidangan “French viennoiseries” beserta pengalaman “brunch” seperti di Perancis-Melbourne. Sebahagian besar makanannya termasuk pastri dan roti adalah 100% buatan tangan. Anda harus mengunjungi kafe ini dan mencuba croissant popularnya iaitu “Salted Egg Croissant” yang disukai ramai pelanggan.
Alamat: 12, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu Operasi:
- 9:30 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)
- Ditutup pada hari Rabu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
8. Sharing Plates


Sharing Plates, merupakan kafe cawangan The Daily Fix, membuka pintunya pada 2019 bagi memperkenalkan gaya yang lebih moden. Sharing Plates Cafe mengalu-alukan pengunjung dengan deretan tingkap besar berbingkai hijau pastel yang menawan, serta reka bentuk dalaman yang estetik dengan jubin seramik vintaj dan tempat duduk kayu menjadikan kafe baharu ini sangat Instagramable.
Alamat: 143, Jalan Bendahara, 75100 Melaka
Waktu Operasi: 11:45 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
9. Backlane Coffee


The Backlane Coffee merupakan permata Melaka yang tersembunyi ekoran lokasinya di belakang bangunan Fomec. Kafe Backlane ini pasti akan memikat hati anda jika anda sukakan kafe berkonsepkan antik kerana koleksi barangan antik boleh didapati di sini. Suasananya yang tenang diterangi cahaya matahari sangat sesuai untuk menikmati secawan kopi bersama rakan ataupun untuk “me time”. Selain itu, minuman dan makanan yang sedap-sedap juga merupakan tarikan utama kafe ini.
Alamat: 129, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Waktu Operasi:
- 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
- Ditutup pada hari Rabu
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.