Starbucks adalah rangkaian yang meluas bercirikan hidangan berunsurkan ‘coffeehouse’ dan ‘roastery’ di samping menghidangkan menu yang berasal daripada Seattle, Washington. Ia juga merupakan rangkaian Coffeehouse yang sering menjadi kegemaran para pengunjung sehingga hari ini. Selain itu, Starbucks mudah didapati di kebanyakan negara berikutan tahap popularitinya. Jadi, anda boleh mendapatkan kopi kesukaan anda di Starbucks walau dimana sahaja keberadaan anda. Namun begitu, setiap cawangan atau outlet Starbucks menzahirkan rekaan seni bina yang berbagai-bagai dan menarik dengan ciri tersendiri berdasarkan negara tersebut.
Malaysia dilihat sebagai salah satu negara yang mempamerkan rekaan yang berunsurkan seni bina yang agak moden. Oleh sebab itu, jika anda berasa jemu untuk ke outlet yang sama, anda boleh memilih untuk mencuba untuk menikmati kopi anda di outlet atau cawangan yang lain sambil meluangkan masa untuk bersantai bersama teman anda. Misalnya, anda boleh lepak di bangunan warisan atau lama di Penang yang amat selesa atau mempelajari bahasa isyarat di ‘signing store’ yang terletak di Bangsar! Berikut adalah 9 Outlet Starbucks yang Unik dan Menarik sekaligus menjadi pilihan pengunjung di Malaysia!
Adakah anda tertanya-tanya bahawa tentang faktor yang menjadikan Starbucks begitu popular sehingga hari ini?
Umum mengetahui bahawa tidak dapat disangkalkan lagi bahawa Starbucks sememangnya adalah ‘coffeehouse’ yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda. Terdapat banyak sebab yang menjadikan Starbucks sebagai ‘coffeehouse’ pilihan ramai. Ia memberikan anda suatu pengalaman atau rasa yang amat selesa dan suasana yang tenang bagi menikmati minuman kegemaran anda. Selain, kepelbagaian yang ditampilkan melalui menu juga menyumbang kepada populariti Starbucks sehingga mampu mencapai ke tahap ini dalam tempoh yang lama. Berikut adalah keterangan terhadap faktor penyumbang kepada populariti Starbucks:
- Keselesaan
Anda boleh berkunjung ke outlet Starbucks dengan mudah kerana kebanyakan outlet atau cawangan terletak berdekatan dengan lokasi anda. Tambahan pula, kebanyakannya sudah merangkumi cawangan di seluruh negeri di Malaysia. Di samping itu, Starbucks juga memastikan anda menerima kemudahan yang maksima malah memenuhi selera anda!
- Suasana persekitaran
Segelintir orang memandang outlet Starbucks yang sering mereka kunjungi sebagai rumah ketiga mereka selain rumah dan tempat kerja. Hal ini demikian disebabkan oleh suasana persekitaran yang menampilkan pemandangan dan pengalaman seperti berada di rumah sendiri. Jadi, pelanggan dapat menikmati masa di sana sama ada untuk tujuan kasual mahupun bekerja.
- Kepelbagaian dalam pilihan
Starbucks mempunyai pilihan yang meluas dalam aspek menu minuman yang dibuat secara terus pada saat minuman tersebut dipesan oleh pelanggan. Selain itu, pelbagai jenis hidangan yang lazat turut boleh dinikmati bersama minuman kegemaran anda.
9 Outlet Starbucks yang Unik dan Best untuk anda Kunjungi di Malaysia 2023
1. Starbucks Batu Ferringhi, Penang


Starbucks Batu Ferringhi terletak di Penang dan mempunyai tempat duduk di ruangan dalam dan juga luar. Outlet atau cawangan ini terletak berdekatan dengan kawasan pantai sekaligus memberi para pelanggan ruang santai ketika menikmati pesanan minuman kesukaan. Mereka juga dapat meluangkan masa dan menjamu mata dengan menikmati ketenangan laut dan persekitaran di sekeliling. Malah, mereka juga dapat mengambil gambar estetik yang berlatar belakangkan pemandangan yang cantik dan menawan.
Alamat: 69, Jalan Batu Ferringhi, 11000 Ayer Itam, Pulau Pinang
Waktu operasi:
- 8:00 pagi – 1:00 pagi (Isnin, Selasa, Ahad)
- 8:00 pagi – 10:00 malam (Rabu, Khamis)
- 24 jam (Jumaat, Sabtu)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
2. Starbucks Teluk Cempedak, Kuantan


Starbucks Teluk Cempedak adalah salah satu cawangan yang menampilkan konsep rumah kaca atau ‘glass house’ yang berlokasi di Pahang, ia turut terletak berhampiran dengan pantai sekaligus membolehkan anda untuk menikmati pemandangan yang cantik, dan melihat matahari terbenam bersama-sama teman baik anda. Sudah pasti anda boleh melakukan semua itu sambil menghirup minuman pilihan anda. Outlet Starbucks di sini turut mempersembahkan rekaan dengan ciri tingakap yang besar yang membolehkan cahaya semulajadi untuk menerangi ruangan tersebut. Hal ini pastinya memberikan anda peluang untuk mengambil banyak gambar yang mempunyai pencahayaan semulajadi yang cantik pada waktu tersebut atau lebih dikenali sebagai ‘golden hour’.
Alamat: No 1&2, Pusat Rekreasi, Teluk Cempedak, Jalan Tengku, Jalan T.A. Bakar, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu operasi: 8:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
3. Starbucks Georgetown, Penang


Starbucks Georgetown merupakan outlet yang memiliki rekaan luar dan rekaan atau hiasan dalaman yang vintaj. Outlet ini dibangunkan di dalam sebuah bangunan warisan di Penang. Penampilan outlet ini membuatkan ia dikategorikan sebagai salah satu outlet Starbucks yang ‘rare’ dan mempunyai tarikan kepada masyarakat tempatan dan juga pelancong untuk meluangkan masa menikmati menu minuman kegemaran mereka.
Alamat: Ground Floor, Lot, 1, Jalan Green Hall, 10200, Penang
Waktu operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
4. Starbucks Signing Store Burma Road, Penang



Starbucks Signing Store yang bertempat di Penang adalah ‘kedai’ bercirikan bahasa isyarat yang pertama di Penang dan merupakan yang kedua di Malaysia. Starbucks ini dibangunkan di bangunan tiga tingkat yang menawarkan kerja kepada rakan ‘Deaf and Hard of Hearing’ yang dioperasikan secara utama oleh mereka. Selain menikmati minuman anda, anda juga tidak akan terlepas peluang untuk mempelajari bahasa isyarat bagi membolehkan anda berkomunikasi dengan barisan barista yang ramah atau mesra pelanggan!
Alamat: 403-A, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
5. Starbucks Signing Store Bangsar Village II, Kuala Lumpur



Adakah anda percaya bahawa Starbucks yang terletak di Bangsar Village II, Malaysia merupakan ‘kedai’ pertama yang bercirikan khas penggunaan bahasa isyarat. Ia merupakan ‘Signing Store’ pertama yang dibuka pada tahun 2016. Sejak dari pembukaannya, Starbucks turut mengumumkan bahawa mereka akan membuka cawangan ‘Signing Store’ di Washington, D.C, U.S, Guangzhou, China dan Penang, Malaysia. Ini merupakan langkah yang hebat untuk mempamerkan penghargaan sekaligus menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan yang sering disisih dan kurang mendapat perhatian. Tindakan ini juga akan membuka peluang kepada pelanggan bagi mempelajari bahasa isyarat yang ringkas.
Alamat: Lot No. 2F-22 & K1, 2nd Floor, Bangsar Village II, 2, Jalan Telawi 1, 59100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
6. Starbucks Chin Swee Temple, Genting Highlands


Starbucks ini terletak di dalam Chin Swee Temple di mana ia menawarkan anda pemandangan dari sisi ‘Buddha statue’ di Chin Swee Temple yang menarik di samping dikelilingi persekitaran yang ‘hijau’. Seterusnya, anda semestinya dapat menikmati menu air kegemaran anda sambil ditemani tiupan angin sepoi-sepoi bahasa di puncak gunung Genting Highland yang tiada tandingan. Jangan lepaskan peluang ini untuk bersantai dengan insan kesayangan anda sambil menikmati minuman pilihan anda sepanjang masa.
Alamat: Chin Swee Caves Temple, Lot L12-S1, Level 12, Lobby Floor, Goh Tong, Pahang
Waktu operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
7. Starbucks Berjaya Hills, Pahang


Starbucks yang beroperasi di Berjaya Hills ini adalah antara salah satu outlet yang membolehkan anda untuk menikmati setiap hirupan minuman anda sambil ditemani oleh bayu sejuk. Hal ini kerana outlet ini terletak di atas bukit. Bukan itu sahaja, outlet ini turut menampilkan rekaan seni bina yang berasaskan inspirasi dari gaya Perancis. Jadi, ia membolehkan anda menikmati minuman sambil mengambil berbagai-bagai gambar menarik yang dapat dimuat naik di ruangan ‘feed’ instagram anda!
Alamat: La Grande, Berjaya Hills Resort, KM48, Persimpangan Bertingkat, 28750, Pahang
Waktu operasi:
9:30 pagi – 8:30 malam (Isnin – Ahad)
9:30 pagi – 9:00 malam (Jumaat – Sabtu)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
8. Starbucks Reserve, Bukit Bintang Junction



Starbucks Reserve ini pula beroperasi di Bukit Bintang Junction. Starbucks ini merupakan outlet Starbucks yang ke-300 di Malaysia. Malah, Satarbucks ini turut merupakan salah satu outlet Reserve yang menyediakan sajian menu kopi yang luar biasa dan ‘rare’ kepada para pelanggan. Rekaan dinding bata yang ‘rustic’, dan lampu moden yang tergantung serta tingkap yang tinggi menjadikan outlet Reserve ini antara salah satu outlet Starbucks yang unik untuk dikunjungi di Malaysia.
Alamat: Ground & Mezz Floor, Wolo Hotel, Corner of Jalan Bukit Bintang and, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi:
9:30 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad)
9:30 pagi -11:00 malam (Jumaat – Sabtu)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
9. Starbucks Malim Jaya, Melaka


Outlet Starbucks ini terletak di Malim Jaya, Melaka. Ia merupakan bangunan dua tingkat yang membawa sentuhan suasana persekitaran yang selesa dan anda boleh rasa seolah-olah anda berada di rumah. Rekaan yang menarik ini menyukarkan sesiapa sahaja yang melalui Starbucks ini untuk melepaskan peluang melepasinya begitu sahaja. Lazimnya, anda melihat rekaan Starbucks yang sentiasa menampilkan ciri warna khas syarikat itu, iaitu warna hijau ‘tint’. Namun, Starbucks ini lain dari lain, tetapi sangat menarik. Jangan lepaskan peluang untuk singgah di Starbucks ini apabila anda berada di Melaka. Sudah pastinya segala keseronokan ini boleh dinikmati bersama orang yang anda kasihi.
Alamat: Lot 2610, Mukim, 75400, Malacca
Waktu operasi:
8:30 pagi – 12:00 malam (Isnin – Ahad)
8:30 pagi -2:00 pagi (Sabtu)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.