9 Tempat Menarik di Genting Highlands 2025

Genting Highlands merupakan sebuah bandar stesen bukit yang terletak di puncak Gunung Ulu Kali pada ketinggian 1,800 meter dari paras laut. Destinasi ini menyediakan pelbagai kemudahan dan tarikan pelancong untuk anda terokai. Bagi mereka yang ingin melarikan diri sejenak dari cuaca Malaysia yang panas, destinasi ini merupakan tempat terbaik untuk percutian anda.

Tempat ini bukan sahaja menawarkan pelbagai tarikan permainan, namun ia turut membawa anda menyelami tanaman dan tumbuhan yang jarang anda dapati seperti bunga lavender dan strawberi. Selain itu, Genting Highlands juga menawarkan pelbagai makanan tempatan yang boleh anda cuba. Percayalah, keunikan Genting Highlands pasti membuatkan anda mengulangi kunjungan anda ke sini pada setiap musim percutian.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Genting Highlands?

Semasa melawat Genting Highlands, anda boleh bersiar-siar di tengah-tengah kehijauan yang subur sambil menghirup udara pegunungan yang segar. Anda juga boleh menikmati strawberi yang baru dipetik dan jem strawberi buatan sendiri sambil menikmati pemandangan gunung yang indah dari tempat penginapan anda.

Mengembara ke Genting Highlands melalui gondola kaca di Awana Skyway merupakan satu pengalaman yang unik dan tidak mampu dibeli. Anda juga akan dihiburkan dengan pelbagai permainan yang disediakan di taman tema terbuka dan taman tema tertutup. Selain itu, terdapat juga tarikan menarik untuk anda cuba sepanjang berada di sini seperti arked dan permainan realiti maya yang jarang anda dapati di Malaysia!

9 tempat menarik di Genting Highlands 2025

1. Genting Highlands Premium Outlets

Genting Highlands Premium Outlets
Kredit Gambar: rwgenting.com and foursquare.com

Genting Highlands Premium Outlets menggunakan konsep terbuka dan dilengkapi dengan taman permainan untuk kanak-kanak. Tempat ini terletak satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Selain menempatkan pelbagai kedai berjenama yang mewah, ia juga menyediakan tempat letak kereta di tingkat bawah tanah. Antara barangan jenama mewah yang dijual di sini ialah Coach, Nike, Aigner, Victoria’s Secret, Triumph, Akemi, Le Sportsac, Coleman’s, Kate Spade, Brooks Brothers dan Godiva. Masa terbaik untuk melawat tempat ini ialah semasa musim perayaan Krismas kerana biasanya mereka akan menawarkan diskaun yang hebat untuk barangan berkualiti baik. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memilikinya!

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: KM13, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.premiumoutlets.com.my/genting-highlands-premium-outlets/

2. The Awana Skyway

The Awana Skyway
Kredit Gambar: klook.com
The Awana Skyway
Kredit Gambar: klook.com

Awana Skyway ialah sistem lif gondola yang menghubungkan Hub Pengangkutan Awana, Kuil Chin Swee dan SkyAvenue di Genting Highlands. Anda boleh membeli tiket untuk menaiki gondola di kiosk layan diri. Untuk makluman anda, pembayaran melalui Kad Kredit atau Kad Debit turut diterima di sini. Untuk perjalanan pergi balik, kanak-kanak di bawah 90cm boleh menaiki gondola ini secara percuma, manakala orang dewasa pula dikenakan bayaran RM18 untuk gondola biasa, dan RM25 untuk gondola kaca. Anda akan dapat menikmati pemandangan langit biru yang memukau dan pemandangan bandar dari gondola anda. Jika anda bernasib baik, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam.

Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Level 4, Awana SkyCentral, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Navigate Now

Google Reviews: Here

Laman web: https://www.rwgenting.com/en/getting-here/awana-skyway.html

3. Kuil Gua Chin Swee

Chin Swee Caves Temple
Kredit Gambar: chinswee.org
Chin Swee Caves Temple
Kredit Gambar: chinswee.org

Terletak 4,600 kaki dari atas paras laut, anda boleh melawat Kuil Gua Chin Swee dengan menaiki Awana Skyway dan berhenti di Stesen Chin Swee. Kuil ini mempunyai pemandangan panorama yang indah. Terdapat laluan untuk berjalan dan juga tangga yang disediakan bagi mereka yang ingin mendaki dan meneroka kuil dengan selesa. Seni bina dan struktur kuil ini diilhamkan daripada agama Hindu dan Buddha. Jadi, sepanjang lawatan anda di sini, anda akan menemui patung Buddha yang besar. Selain itu, terdapat juga air terjun yang sejuk dan cantik. Bagi pelancong yang beragama Islam, kemudahan surau turut disediakan di sini.  Anda juga boleh berehat dengan secawan kopi di Starbucks yang berdekatan sambil melihat pemandangan indah kuil tersebut.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi- 6.00 petang)

Alamat: Exit 68, Genting Sempah, Pahang, 28750 Bentong

Google Map: Navigate Now

Google Reviews: Here

Laman web: https://www.chinswee.org/

Rujuk harga di klook

4. SkyAvenue

SkyAvenue
Kredit Gambar: foursquare.com

SkyAvenue ialah bangunan terbaru di Genting Highlands. Bangunan ini bersambung secara terus dengan kasino, taman tema tertutup dan taman tema terbuka. Terdapat skrin LED gergasi di sepanjang tingkat satu SkyAvenue. Selain itu, persembahan SkySymphony secara percuma juga terbuka kepada orang awam yang mempamerkan orkestra audio, visual dan pengaturcaraan grafik yang luar biasa. Terdapat banyak kedai di sini termasuklah kedai runcit, restoran, bar dan bistro. Anda pasti terhibur dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Resorts World Genting, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.rwgenting.com/en/things-to-do/shopping/skyavenue-complex.html

5. Taman Tema Genting Skytropolis

Indoor Theme Park Genting Skytropolis
Kredit Gambar: klook.com
Indoor Theme Park Genting Skytropolis
Kredit Gambar: klook.com

Lawati taman tema ini kerana ia menyediakan pelbagai permainan menarik untuk anda terokai. Selain itu, ia juga sesuai untuk semua peringkat umur. Antara permainan yang terkenal ialah Jumping Spurs,  Copper Express,  Royal Carousel, Power Surge dan juga Super Glider. Semua permainan yang disediakan ini bakal menguji ketahanan fizikal dan mental ini sehingga membuatkan ia sebagai destinasi terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga. Rancanglah percutian anda dan buatlah tempahan awal untuk memasuki tempat ini kerana ia selalu sesak dan dipenuhi oleh pengunjung.

Waktu operasi: Setiap hari (2.00 petang-9.00 malam)

Alamat: Level 1, First World Plaza Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.rwgenting.com/en/theme-parks/skytropolis-indoor-theme-park.html

6. Taman Tema Genting SkyWorlds

Genting SkyWorlds Outdoor Theme Park
Kredit Gambar: klook.com
Genting SkyWorlds Outdoor Theme Park
Kredit Gambar: klook.com

Taman tema ini ialah taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Terletak 6,000 kaki dari atas paras laut, ia mempunyai 9 dunia bertema unik. Selain itu, taman tema ini mempunyai permainan pengembaraan dan roller coaster yang sesuai untuk semua peringkat umur. Jika anda lapar, anda boleh menikmati beberapa taco hangat dan burger yang lazat semasa menunggu giliran anda untuk bermain. Jangan lepaskan pengalaman “Independence Day: Defiance” yang merupakan ‘teater terbang’ untuk misi angkasa lepas, atau “Boot Camp Training” yang membolehkan anda melalui laluan berhalangan fizikal kerana ia merupakan tarikan popular di taman tema ini. Bukan itu sahaja, SkyWorlds juga dipenuhi dengan reka bentuk dan seni bina yang berwarna-warni sehingga menjadikannya lokasi bergambar yang popular.

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: Genting SkyWorlds, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://www.gentingskyworlds.com

7. The Void Genting

The Void Genting
Kredit Gambar: klook.com

The Void Genting menggabungkan watak dan jalan cerita Hollywood dengan teknologi terkini bagi menyampaikan pengalaman realiti maya yang mengasyikkan buat anda. Tidak seperti permainan realiti maya yang lain, anda boleh melihat, menghidu dan menyentuh barang semasa anda berada di set filem tersebut. Anda boleh bermain “Star Wars: Secrets of the Empire VOID” bersama rakan dengan memakai peralatan yang direka khas termasuk beg galas yang dipasang pada vest, set kepala VR dan juga mikrofon. Pengalaman anda bermain di sini pastinya tidak mengecewakan, terutama bagi mereka yang meminati filem Star Wars.

Waktu operasi

  • Isnin-Khamis (12.00 tengah hari-8.00 malam)
  • Jumaat-Sabtu (10.00 pagi -10.00 malam)
  • Ahad (10.00 pagi-8.00 malam)

Alamat: 06 MY, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Navigate Now

Google Reviews: Here

Facebook: https://www.facebook.com/TheVOIDGenting/

8. Ripley’s Believe It or Not!

Ripleys Believe It or Not
Kredit Gambar: klook.com

Semasa anda berada di Genting Highlands, cuba lawati lokasi Ripley’s Believe It or Not! Ripley’s ialah program francais dari Amerika yang diasaskan oleh Robert Ripley. Program ini memaparkan acara dan barangan yang pelik dalam tamadun manusia. Selain itu, tempat ini turut memaparkan pelbagai jenis perhiasan  yang menakjubkan dan karya bersejarah yang menarik. Anda tidak akan bosan semasa berada di sini kerana anda boleh mengisi masa anda dengan membaca maklumat dan fakta pelik yang dipaparkan.

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat:  Lot SA – T2C – B13, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.owg.com.my/fun/ripleys-believe-it-or-not-adventureland/

9. Genting Strawberry Leisure Farm

Genting Strawberry Leisure Farm
Kredit Gambar: gentinghighlands.info

Ladang ini merupakan sebuah ladang kecil yang menempatkan bunga dan strawberi. Anda boleh memilih dan membeli strawberi atau membeli strawberi yang telah dibungkus. Terdapat juga produk lain seperti jem strawberi, jus, ais krim, lolipop dan produk yang diperbuat daripada lavender. Selain itu, terdapat perkhidmatan fotografi yang disediakan di sini. Kedai cenderamata juga ada di sekitar kawasan ini bagi memudahkan anda membeli cenderamata untuk dibawa pulang.

Waktu operasi

  • Isnin-Sabtu (9.00 pagi-6.30 petang) am to 6.30pm
  • Ahad (9.00 pagi-7.00 petang)

Alamat: No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/Genting-Strawberry-Leisure-Farms

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close