Manusia mempunyai deria bau yang sangat tajam dan boleh membezakan lebih daripada 1 trilion bau! Setiap bau akan ditafsir mengikut perspektif masing-masing. Jadi, tidak hairanlah sekiranya bau-bauan yang kurang enak mampu mempengaruhi emosi seseorang. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri dan kelengkapan seharian terutamanya rumah untuk mengelakkan bau yang tidak enak. Jadi apakah solusi yang terbaik untuk menyahbau dan mewangikan ruangan rumah anda?
Jawapannya ialah penyegar udara atau lebih dikenali sebagai “air freshener”. Ia didatangkan dalam pelbagai jenis aroma dan bentuk yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Berikut adalah 8 air freshener terbaik di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih air freshener yang betul?
Memandangkan terdapat pelbagai pilihan air freshener di pasaran, tidak hairanlah sekiranya anda keliru untuk memilih air freshener yang sesuai dengan ciri yang anda inginkan. Beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan semasa memilih air freshener adalah seperti bajet, wangian dan jenis air freshener.
1. Bajet
Setiap air freshener menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk air freshener terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.
2. Wangian
Terdapat pelbagai wangian air freshener yang boleh anda dapati di pasaran. oleh itu, adalah lebih baik untuk anda mengetahui jenis wangian yang anda gemar sebelum membuat pembelian.
3. Jenis
Anda mungkin pernah melihat pelbagai jenis air freshener di pasaran, antaranya jenis “Semburan”, gel, dan banyak lagi. Jadi, anda disyorkan untuk menentukan jenis air freshener yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.
8 Air Freshener Terbaik di Malaysia 2023
1. Little Trees Air Freshener

Little Trees Air Freshener merupakan salah satu air freshener yang paling digemari pengguna. Ia didatangkan dengan pelbagai variasi haruman yang mampu menghilangkan sebarang bau yang tidak menyenangkan. Selain itu, air freshener ini juga boleh digunakan di semua ruangan rumah anda termasuklah almari pakaian, rak kasut dan banyak lagi.
Spesifikasi:
- Bahan: Limonene, Linalool, Hexyl cinnamic aldehyde, Lyral, Citronellol, Citral, Hydroxycitronellal, Geraniol
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan & Keburukan:
✅ Boleh digantung
✅ Mengeluarkan wangian yang kuat
✅ Tahan lama
❌ Didatangkan dengan satu saiz sahaja
Harga: RM1.39 – RM1.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Glade Autospray Lavender & Vanilla Starter

Glade Auto Spray Lavender & Vanilla Starter ini sesuai digunakan untuk menyahbau dan mewangikan ruangan rumah anda. Ia didatangkan dalam reka bentuk semburan automatik bagi memudahkan anda untuk menggunakannya. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pemasa yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Bergamot, Herba Segar, Campuran Buah, Serbuk, Vanila, Jasmine, Lavender, Etanol, Butanol, Propana
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan & Keburukan:
✅ Menggunakan bateri
✅ Boleh diisi semula
✅ Butang Boost untuk ‘extra fragrance burst’
❌ Tahan sehingga 60 hari sahaja
Harga: RM20.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Air Wick Freshmatic Automatic Spray Starter

Rumah anda berbau kepam akibat cuaca hujan dan lembap? Hilangkan bau tersebut dengan air freshener automatik daripada Air Wick ini. Ia mempunyai campuran ekstrak bunga lavender semula jadi yang segar serta mampu bertahan selama 60 hari. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan sistem pemasa yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Etanol, Propana, Butana, Wangian
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan & Keburukan:
✅ Sistem pemasa boleh laras
✅ Boleh diisi semula
✅ Sistem semburan automatik
❌ Tahan selama 60 hari sahaja
Harga: RM29.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Ambi Pur Room Fresh Gel

Ambi Pur Room Fresh Gel ialah pewangi bilik jenis gel, Air freshener jenis ini biasanya mampu bertahan lebih lama berbanding air freshener jenis semburan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan penutup yang membolehkan anda untuk menutupnya sekiranya tidak digunakan agar gel pewangi tidak kering. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dengan 3 jenis bauan untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Gel, Minyak wangi, Pewarna
- Negara Pengeluar: Sepanyol
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan & Keburukan:
✅ Berasaskan gel
✅ Wangian tahan lebih lama
✅ Pelbagai wangian
❌ Didatangkan dalam satu saiz sahaja
Harga: RM20.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Glade Solid Air Freshener

Jika anda sedang mencari air freshener dengan bauan yang segar pada harga yang berpatutan, maka Glade Solid Air Freshener ini sesuai untuk anda. Air freshener ini didatangkan dengan reka bentuk yang kecil dan ringan bagi membolehkan anda meletakkannya di mana sahaja. Bukan itu sahaja, produk ini telah terjual sebanyak 10.9 k sekali gus membuktikan kualiti yang ditawarkan sangat bagus.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Ejen Pembentuk Gel, Pemekat Guar Hidroksipropil, Pengawet Kathon™ CG-ICP, Pewarna Titanium Dioksida
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan & Keburukan:
✅ Tidak memerlukan bateri
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Boleh dikitar semula
❌ Didatangkan dalam satu saiz sahaja
Harga: RM6.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Air Wick Air Freshener Scented Gel Cone

Air Wick Air Freshener Scented Gel Cone ini mempunyai bauan bunga dan buah-buahan segar semula jadi. Ia sesuai untuk digunakan sebagai pewangi rumah dan kereta ekoran baunya yang lembut dan tahan lama. Reka bentuknya yang ringkas dan kecil membolehkannya diletakkan di mana-mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Karagenan, Sodium Carboxymethyl Cellulose, Potassium chloride, Methylparaben, Benzyl Salicylate, d-Limonene, Propylparaben
- Negara pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan & Keburukan:
✅ Kesegaran berterusan
✅ Meneutralkan bau busuk
❌ Tahan sehingga 30 hari sahaja
Harga: RM13.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. SAWADAY Mos-Bye Mosquito Repellent Air Freshener

SAWADAY Mos-Bye Air Mosquito Repellent merupakan produk air freshener 2 dalam 1, di mana ia juga boleh digunakan untuk menghalau nyamuk. Air freshener ini juga menawarkan wangian bunga dan buah-buahan semula jadi yang manis dan segar. Selain itu, ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Pewangi, Deodoran, Surfaktan, Pengawet, Agen Anti Buih, Penstabil, Pelarut
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan & Keburukan:
✅ Memberikan bau yang tahan lama
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Berfungsi sebagai penghalau nyamuk
❌ Tahan Sehingga 30 hari sahaja
Harga: RM13.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Saint Sealand Splendid Infusion Air Freshener

Saint Sealand Splendid Infusion Air Freshener ini bukan sahaja mampu menyahbau ruangan rumah anda malah ia juga boleh menghapuskan 99.9% bakteria. Air freshener ini didatangkan di dalam tin bagi memudahkan anda mengendalikannya. Bagi cara penggunaannya pula, anda hanya perlu membuka penutup tin dan dibiarkan untuk kesegaran yang berpanjangan.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Etanol, Butanol, Wangian
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan & Keburukan:
✅ Didatangkan di dalam tin logam
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Wangian tahan lama
❌ Didatangkan dalam satu saiz sahaja
Harga: RM2.29
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.